Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sekolah yang selamat bermaksud tidak berlakunya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan guru di

situ. Antara kejadian yang pernah berlaku di kawasan sekolah ialah kejadian pergaduhan, kecurian, dan perkosaan.
Oleh itu, wujud pelbagai ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu selamat pada mata masyarakat umum.
Ciri yang paling mudah ialah pihak sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah itu. Pengawal
ini juga boleh meronda kawasan sekolah mengikut masa tertentu sebagai usaha memastikan keselamatan sekolah
terjaga. Jadi, tindakan menggaji pengawal keselamatan menjadi langkah mudah untuk memastikan sekolah selamat.
Selain itu, setiap bilik di sekolah itu perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api yang mudah untuk diperoleh.
Maknanya, pelajar bukan sahaja diberi latihan menggunakannya tetapi hendaklah diletakkan di tempat yang paling
strategik untuk keberkesanan penggunaannya kelak. Jelaslah, alat pemadam api boleh memastikan kebakaran yang
berlaku dikawal sebelum ketibaan pihak bomba.
ambahan pula, sebuah sekolah yang selamat turut memiliki pelan arah keselamatan apabila berlakunya sebarang
kejadian seperti kebakaran, banjir, dan sebagainya. Pelan ini memudahkan pelajar mengetahui tindakan yang harus
diambil oleh mereka dan arah yang dituju ketika perkara kecemasan berlaku. Sebenarnya, kewujudan pelan sebegini
memastikan pelajar dapat menyelamatkan diri dalam keadaan tenang dan teratur apabila berlaku sesuatu perkara
buruk.
!ewujudan pengawal lalu lintas terutama di kawasan sekolah yang berhampiran jalan utama lalu lintas turut penting
dalam menjamin keselamatan penghuni sekolah. Pengawal ini akan memastikan pelajar melintas jalan dengan selamat
dan memerhatikan persekitaran ketika pelajar sedang menunggu kedatangan ibu bapa mereka itu. Sesungguhnya,
pengawal lalu lintas menjadikan pelajar lebih selamat ketika keluar dari kawasan sekolah.
!esimpulannya, setiap sekolah hendaklah memberi penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar mereka. Jika pihak
sekolah masih berdolak"dalih dalam hal ini sudah pasti sesuatu tragedi hanya menanti masa sahaja untuk berlaku.
Mungkin sudah sampai masanya pihak sekolah melihat keselamatan pelajar melebihi segala"galanya sebelum nasi
menjadi bubur.

You might also like