Laporan Ajk Kebersihan Dan Keselamatan Dayang

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AJK KEBERSIHAN / KESELAMATAN

DISEDIAKAN OLEH : DAYANG SADIAH BINTI AWANG RASIT (PPGPJ1212)


BIDANG TUGAS
- Memastikan kebersihan arena pertandingan semasa dan selepas
pertandingan.
- Menyediakan bakul-bakul sampah, penyapu dan plastik sampah.
- Mengemas semula dan memulangkan alat perhiasan yang digunakan.
- Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program.
- Menjaga kebajikan para peserta program.
- Menyediakan kotak kecemasan.
- Memberi pertolongan cemas kepada peserta yang cedera
SEBELUM KARNIVAL
Saya telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa kebersihan dan
keselamatan. Tugas saya adalah bagi memastikan kawasan permainan bersih dan
selamat semasa karnival dijalankan nanti. Sebelum karnival, saya telah meminjam
lebih awal peti kecemasan daripada sekolah saya dan membeli plastik sampah
untuk persediaan awal bagi menjaga kebersihan semasa dan selepas karnival
SEMASA KARNIVAL
Sebelum memulakan pertandingan, saya perlu memastikan kawasan-
kawasan sekitar dewan dan kawasan pertandingan yang dikhaskan untuk kumpulan
kami adalah berada dalam keadaan bersih dan tidak ada apa-apa benda yang
bahaya yang boleh mengancam keselamatan pemain-pemain. Semua pemain dapat
rasa selamat bermain di bawah jagaan kami. Saya juga perlu memastikan kawasan
pertandingan bersih daripada segala sampah sarap yang boleh mengganggu
permainan dan mencacatkan pemandangan sekitar kawasan pertandingan.
Semasa pertandingan, tiada kecederaan dan kemalangan yang berlaku
kerana kumpulan kami menekankan aspek keselamatan dan ia juga merupakan
pesanan daripada pensyarah juga sebelum memilih permainan tradisional. Tidak
terdapat masalah dengan kebersihan kerana permainan tradisional yang kami pilih
tidak merumitkan dan tidak mengotorkan kawasan.
Sepanjang karnival, saya tidak menghadapi masalah dengan kebersihan dan
keselamatan bagi kumpulan kami.
SELEPAS KARNIVAL
Selepas karnival tamat, kami sekumpulan bekerjasama bagi membersihkan
kawasan pertandingan dan saya telah menyediakan plastik sampah untuk kumpulan
kami mengumpulkan sampah dan alatan yang telah digunakan yang tidak digunakan
lagi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan
sekumpulan saya yang telah memberi kerjasama yang amat baik dalam menjaga
kebersihan dan keselamatan para peserta.
Sepanjang karnival dijalankan, saya tidak menghadapi masalah dengan
kebersihan dan keselamatan. Saya selaku A! !ebersihan dan !eselamatan telah
menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan sempurna.

You might also like