Cabaran Dan Peranan Yang Diambil Oleh Kerajaan Dalam Penyatupadukan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

ASSIGNMENT ctu

KERTAS KERja

Cabaran Dan Peranan Yang Diambil oleh Kerajaan
Dalam Menyatupadukan Pelbagai Etnik




2013





GROUP : EBMOH2D
NAME : NOR EMIRA BINTI ISMAIL
MATRIC NOM : 2012313549
PROGRAMME : SARJANA MUDA PENTADBIRAN
PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN
(PENGURUSAN OPERASI)
PROGRAMME CODE : BM244
COURSE CODE : CTU553 HUBUNGAN ETNIK
NAME OF LECTURER: PROF.MADYA MOHD ASRI BIN
ABDULLAH
DATE OF SUBMISSION: 12 MAY 2013
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

2



Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai
latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada
pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk
dilaksanakan. Walaupun begitu ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum
perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota
masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat
membentuk stau identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka
Tanpa perpaduan negara itu akan terdedah kepada pelbagai kelemahan dan ancaman yang boleh
menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri- Dipetik dari Prof Madya Dr.Zainal Abidin Ahmad Mazlan
Zulkifly (2006). Usaha dan strategi kerajaan Malaysia bagi mencapai perpaduan dan integrasi
nasional. Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang
dan budaya yang berbeza-beza. Oleh itu, kerajaan memainkan pernanan penting dalam negara dari
pelbagai sudut iaitu dari segi politik, ekonomi dan sosial dan pendidikan.

Dari Segi Politik, Malaysia telah mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional sejak
mencapai kemerdekaan. Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi
berpalimen. Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan sistem ini memberi peluang dalam
penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu. Menurut Wong Khek Seng, Sarimah Haji Sabran
dan Kok Meng Kee (2002). Dalam kerajaan Demokrasi berpalimen Malaysia rakyat akan memilih
pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali degan parti politik yang
memenangi majoriti kerusi dalam pihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof
Dr.Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) satu cara unik mewujudkan perpaduan politik
negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

3


kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya. Disini parti politik Barisan
Nasional menjadi permerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini
berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang bergabung bersama UMNO ( Melayu),
MIC ( India ) , MCA ( Cina ). Parti Barisan Nasional adalah yang mewakili pelbagai kaum ini telah
melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka
akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-
masing dalam Barisan National akan bekerjasam untuk membangunkan negara secara langsung
akan mewujudkan perpaduan politik antara mereka. Terdapat banyak parti politik dari kaum lain yang
masa dahulu menjadi pembangkang dan kini telah bergabung tenaga untuk memerintah Malaysia.
Penggabungan ini telah memberi semangat perpaduan politik dibawah satu ideologi walaupun terdiri
daripada pelbagai kaum.
Dari segi Ekonomi, perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum
menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi . Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan
Swee Ee (2004) proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru ( DEB
)yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat.
DEB mempunyai dua matlamat utama iaitu mengambil pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi
dan semua peringkat pekerjaan serta hak milik harta-harta yang produktif yang terdapat di dalam
negara disusun semula supaya orang Melayu akan mendapat sekurang-kurangnya 30% daripada
hakmilik tersebut. Ini menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar
untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui
DEB peluang pekerjaan yang luas dapat diwujudkan dan mengurangkan jurang perbezaan diantara
etnik-etnik dan kawasan bandar dan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi


CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

4



mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dan meninggikan taraf pembangunan ekonomi
Negara.

Daripada sudut sosial pula pembangunan sosial adalah penting kearah pembangunan dan
perpaduan negara. Pembagunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti
sosial dipetik dari Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) . Oleh itu, kerajaan perlulah
memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara.
Keraj aan berusaha keras dal am mencapai per paduan negara berikutan berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa
tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali
keamanan dan undang-undang negara, penentu pentadbiran yang licin dan sempurna, dan
pengembali keharmonian dan kepercayaanantara kaum. MAGERAN didapati berjaya
mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun
1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN
yang diketuai Tan Seri Mohd Gazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan
menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18
Julai1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan
mengat asi masal ah unt uk menghapuskan persel i si han f aham, membant u dan
menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi
Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian PerpaduanNegara dan
Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah
untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29Januari 1970 j uga t el ah
t ert ubuhnya Maj l i s Perundi ngan Negara (MAPEN) yang bertanggungjawab untuk
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

5




mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk
identity kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan
ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan. Majlis ini dianggotai
oleh pelbagai lapisan masyarakatseperti wakil -wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan
negeri, wakil dari parti politik,wak i l dar i Sabah dan Sar awak, wak i l dar i kumpul an
agama, waki l dar i badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan
sekerja dan persatuan maj i kan, waki l dar i akhbar, waki l gur u-guru dan waki l dari
kel ompok mi nori t i bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-
terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi
negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk
membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk
integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun negara penting kerana ia
merupakan asas perpaduan rakyat . Penerimaan rakyat terhadap prinsip-perinsip Rukun Negara
akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Amalan kepada prinsip-
prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat
demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah mencipta Rukun Negara untuk
mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya.
Menurut Prof Madya Dr.Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Pendidikan adalah alat
penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi
muda terutamanya bagi kanak-kanak. Kerajaan telah membuat pelbagai dasar bagi memastikan
generasi muda dapat memupuk perpaduan dalam sistem pendidikan di sekolah. Perpaduan
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

6

masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurilukum
yang sama untuk semua kaum. Dasar pendidikan kebangsaan yang termaktub di dalam Akta


Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 iaitu
dasar pendidikan kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan
tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara . Melalui dasar pendidikan kerajaan telah
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Kerajaan telah mewujudkan
Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan
Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaan
mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran dalam Bahasa
Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Peranan kerajaan dalam
menjadikan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi membolehkan pelajar berkomunikasi dengan
rakan berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan di kalangan pelajar-pelajar di sekolah.
Dahulu, kerajaan telah memberikan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar di
sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama
tanpa mengira asal usul mereka . Ini membolehkan pelajar miskin mendapat peluang belajar yang
sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha
kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional.
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan kebudayaan
kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah
negara yang stabil dan bersepadu. Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan
memahami antara satu sama lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi
dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia telah
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

7

menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini
dan agama Islam menjadi unsur paling dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan


akan menerapkan perpaduan kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang dijalankan
menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa
Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk menggalakkan masyarakat
pelbagai etnik untuk saling mengunjungi di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum,
budaya dan agama. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya
dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan pelbagai etnik di kalangan
setiap etnik.
Cabaran cabaran dalam penyatupadukan pelbgai etnik
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah
kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari
segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha
untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering
menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) the road to a
cohesive and progressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase,
is full of onak dan duri.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi
bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di
antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu dimana cabaran kepentingan etnik dari
aspek sosial. Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigm yang berlainan iaitu dari sudut
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

8

pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak
sosial . Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat
daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia.

Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan
mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu
golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama
mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat
pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut
China Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaandari aspek lokasi
yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di
Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang
bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu
sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan
kejahilan di kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh
yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam
memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya,
keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya
mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia
untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan
terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang
terasing.Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa
Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai
bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

9

Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan
kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa
ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan

menganggap tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu,
adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang
berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana
mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang
menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada
satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti
Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami
kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang
berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat
kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan
pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut
pengajiantinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan
etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada
negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara
semua kaum. Cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi, terdapat dua perkara yang perlu
ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.
Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia
dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti
perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak
terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

10

kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak
seimbang dalam ekonomi negara.


Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan
dan mereka dapat hidup dalam keadaan yang mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa
tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum
Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak
mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu
sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Cabaran kepentingan
etnik dari segi aspek politik, dimana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang
senang hat i dan mengukuhkan semangat perkauman j i ka sesuat u t i ndakan di ambi l
t anpa mendapat kat a sepakat ol eh semua pi hak. I su-i su perkauman sepert i bahasa,
kebudayaan, pendi di kan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya, ia t i dak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersat u padu.
I mpl i kasi nya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk
mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu,semangat taat setia
pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Mal aysi a akan t i nggal
sebagai l ambang sahaj a j i ka semua et ni k hanya mement i ngkan hak et ni k masi ng-
masi ng. Cabaran globalisasi yang menunjukkan proses gl obal i sasi sert a pembarat an corak
hi dup berasaskan ekonomi dan pol i t i k barat merupakan cabaran yang perl u
di hadapu ol eh rakyat Mal aysi a pada masa ki ni . I mpl i kasi dar i pada cabaran i ni j i ka
di l i hat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi
CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

11

yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat
kita rasai perbezaannya kini. . Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-
unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan


para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang
songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negetif seperti terlibat dalam
kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi
sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-
pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan
yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan
mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan
ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan
negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin
menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

Kesimpulan yang dapat kita huraikan, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus
diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi
negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi
negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya
dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah
dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan
masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang
murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

CABARAN DAN PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN
DALAM MENYATUPADUKAN PELBAGAI ETNIK

12









References :
1) Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. 1995. Siri Perpaduan Negara-Pendidikan ke arah Perpaduan.
Petaling Jaya. Penerbit Setiamas.

2) Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly .2006. LANH 1303 Pengajian Malaysia.
Kuala Lumpur : Open University

3) Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee .2004.SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

4) Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. 1995. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum.
Petaling Jaya. Penerbit Setiamas.

5) Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Pendidikan ke arah Perpaduan. Petaling Jaya.
Pen rbit Setiamas. 199

You might also like