Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

25/8/2014 ~Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia~

http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ 1/8
Monday , Mar ch 3 0, 2 009
PENGENALAN
NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI
CA 08059
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis
kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini
disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan
mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini
termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana
ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan
juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan
tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas
penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi
mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh
ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan
lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah
congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:46 AM 4 pendapat
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
NAJIHAH YAAKOB
CA 08116
Sepak Raga
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan
~kebanggaan kita~
About Me
~Permai nan
Tradi si onal
Mal aysi a~
Bl og i ni tel ah
di adakan bagi
memenuhi kehendak sukatan
subjek Ti tas kami ...Kami tel ah
mengambi l keputusan untuk
mengetengahkan permai nan-
permai nan tradi si onal di
Mal aysi a..enjoy readi ng about
i t..!!
Vi ew my compl ete profi l e
~Baca lah~
2 009 (1 4)
Mar ch (1 4)
PENGENALAN
JENIS PERMAINAN
TRADISIONAL KAUM
MELAYU
Bat u Ser emban
JENIS PERMAINAN
TRADISIONAL KAUM
CINA
Go
Xiang Qi
Yo-y o Cina
JENIS PERMAINAN
TRADISIONAL KAUM
INDIA
Chat ur anga
PERMAINAN
TRADISIONAL
MELAYU
PERMAINAN
TRADISIONAL CINA
~Permainan Tradisional
Kaum-kaum di Malaysia~
Thi s bl og i s cr ea t e t o show t he v a r i et y of
per ma i na n t r a di si ona l a mong peopl e i n Ma l a y si a
25/8/2014 ~Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia~
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ 2/8
bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya
dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah
dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang
dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu
dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak
jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:22 AM 2 pendapat
Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan
Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu
lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan
seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya
ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang
kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa
digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam
bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan
buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah
kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah
tujuh.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:16 AM 2 pendapat
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
NASIHA AMIRA ZAINAL ABIDIN
CA 08046
Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan
untuk empat orang y ang berasal dari China.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan
pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada v ariasi y ang dimainkan,
nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejay aan. Di Asia, mahjong juga popular
sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
PERMAINAN
TRADISIONAL INDIA
PERBEZAAN
PERMAINAN DAHULU
DAN SEKARANG
KESIMPULAN
25/8/2014 ~Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia~
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ 3/8
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:54 AM 1 pendapat
Go
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua
orang. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam bahasa
China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks
tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang
mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam
dan putih.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:35 AM 0 pendapat
Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan
cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.
Xiangqi berada dalam keluarga yang sama
dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari
China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur
Cina. Permainan ini didapati telah mula
dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di
China. Xiangqi merupakan salah satu
permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik
termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang
panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang
sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah
buah catur.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:31 AM 1 pendapat
Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang
sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang
panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing
pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua
kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak
Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun
1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional
dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah
patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina
dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju.
Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:16 AM 2 pendapat
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
25/8/2014 ~Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia~
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ 4/8
SITI NASUHA AZMAN
CA08064
Kho-kho
'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di
kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini
pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli
sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan
berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan
kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta
lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9
daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-
kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi
kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat
di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai
pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan
menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya
dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan
dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran
mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain
yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2
giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan
petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 6:49 AM 1 pendapat
Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah
catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan
tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern
ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram
Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang
sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan
dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu
sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata
yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang
guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.
Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain
Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan
Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Al al-Mas'd memberi rincian tentang
penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik,
perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan
tempat lainnya. Catatan Mas'd juga menunjukkan Ivory di India merupakan
daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta
25/8/2014 ~Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia~
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ 5/8
memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan
Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan
nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang
kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua
bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi
pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 4:18 AM 0 pendapat
Fr iday , Mar ch 2 7 , 2 009
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU
CONGKAK
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melay u.
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melay u
Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalny a, samada pengaruh luar
telah datang bersama pedagang atau sememangny a telah dicipta
oleh orang Melay u ketika itu. Permainan congkak dipercay ai
berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana y ang anda
percay ai. Bagaimanapun, bukti tertua y ang dijumpai oleh cari gali purba y ang dibiay ai
oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur y ang mempuny ai
dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7 000 SM di masa kini Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan y ang digunakan adalah papan congkak
dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangny a
dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji
saga, batu-batu kecil dan sebagainy a. Setiap papan congkak hany a boleh dimainkan oleh
dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 1 4 lubang y ang dipanggil "kampung".
Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Panjang papan congkak tujuh lubang biasany a sekitar 80 cm dan lebany a 1 8 cm. Papan
congkak lazimny a dibuat dari kay u hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainy a.
Terdapat juga papan congkak y ang dibuat dari kay u rambutan, nangka dan sebagainy a,
mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan
menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka
akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan
dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga
buah y ang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri
atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekirany a buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan y ang setentang dengan
kampungny a iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak
lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahny a mati. Sekirany a buah
terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah y ang masih bany ak di mana-mana kampung sendiri. Sekirany a buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja
dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusny a hingga mati. Setelah tamat
pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika
ada kampung y ang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi
apabila bermain pada pusingan y ang kedua, ketiga dan seterusny a hingga pihak lawan
mengaku kalah.
25/8/2014 ~Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia~
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ 6/8
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:48 AM 1 pendapat
PERMAINAN TRADISIONAL CINA
MAHJONG
Mahjong atau mahjung (Cina
Tradisional: , Cina Ringkas: ,
pinyin: Mjing; Kantonis: Mhjeung;
merupakan permainan untuk empat
orang yang berasal dari China. Juga
dikenali sebagai bahasa Cina: ; pinyin: Mqu; Kantonis: Mhjeuk; Jepun: Mjan.Mahjong
membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung
kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di
Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek
permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau
16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi
kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung
telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui
kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina
berseseuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-
doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang
diturunkan oleh Confucius. Zhng ( , harfiah tengah) Merah, F ( , harfiah kemakmuran)
Hijau, Bi ( , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan
Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin
adalah rujukan kepada (zhnggu) nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga
mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong"
(, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum
era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang
mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan
permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu
permainan kad Cina yang disebut sebagai Mdio () (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara
harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yz (), secara harfiah bererti Daun) di zaman awal
Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan
kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9
dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-
benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan
sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa
pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta
permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan
yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan
1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Nngp, dua
orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mdio.Permainan tradisional
Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China
ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai
simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut
dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang
Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular,
terutamanya di kalangan penutur Kantonis.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:28 AM 0 pendapat
PERMAINAN TRADISIONAL INDIA
25/8/2014 ~Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia~
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ 7/8
KABADI
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam
permainan tradisional India. Permainan ini sangat
terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas
di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah
permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di
Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan
Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk
tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan
tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan
dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang
digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang).
Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan
ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat
semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang
kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah
seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada
pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan
padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti
berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah
seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan
adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti
berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu
akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan
atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut
dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan
mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona,
manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan,
pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah
berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu
pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:12 AM 8 pendapat
PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG

Permainan merupakan satu aktiv iti
rekreasi sama ada untuk mendapat
keseronokan, mengisi masa lapang
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan
berseorangan ataupun secara
berkumpulan. Permainan biasany a
mempuny ai peraturan y ang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada y ang menang
dan ada y ang kalah, ataupun seri. Permainan y ang melibatkan aktiv iti fizikal biasany a
dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan
antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan
permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan
gasing mempuny ai ciri-ciri kesenian y ang melambangkan keindahan dan keharmonian
raky at di Malay sia. Aktiv iti ini kebiasaanny a akan dilakukan secara berkumpulan
dimana mereka mempuny ai minat y ang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga,
pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiv iti seperti ini dapat
dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasany a adalah permainan komputer
y ang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia
serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan dahulu.
Selain itu, permainan komputer akan meny ebabkan ketagihan di kalangan pemain.
Pemain y ang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan
kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-mata untuk bermain permainan
25/8/2014 ~Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia~
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ 8/8
tersebut.
Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan
sekarang yang berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti
counter strike yang bersifat ganas yang mendapat sambutan hangat daripada
golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan
minda golongan orang muda zaman ini.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:59 AM 0 pendapat
KESIMPULAN
Kemajuan teknologi telah
membuatkan hilangny a warisan y ang
duluny a sangat dibanggakan. Tetapi,
adakah kita sedar y ang sebenarny a
permainan tradisional y ang kita warisi
sejak dulu lagi semakin lama semakin
dilupakan dan hilang bersama dengan
peredaran zaman. Yang sedihny a ada
dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-
permainan tradisional tersebut seperti congkak, lay ang-lay ang, gasing, wau dan
sebagainy a. Bany ak faedah y ang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh
mengeratkan silaturahim sesama manusia, meny ihatkan badan kerana mengeluarkan
peluh dan dapat memelihara warisan buday a zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat
mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiv iti y ang perlu diperkenalkan
kepada pelancong-pelancong y ang datang ke Malay sia. Ia juga akan menjadi kebanggaan
raky at Malay sia sendiri. Malangny a anak Malay sia tidak memikirkan tentang perkara
tersebut mereka hany a inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi
terkini sehigga melupakan warisan y ang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh
mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa y ang sama masih lagi
memelihara dan pertahankan warisan nenek moy ang.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:18 AM 0 pendapat
Subscr ibe t o: Post s (At om)

Blog Design by Gisele Jaquenod

You might also like