Boneka Prasekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

1




FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA





SEMESTER MEI 2014

HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3
2.0 DEFINISI BONEKA 4
3.0 JENIS-JENIS BONEKA 4
4.0 PROSEDUR PENGHASILAN BONEKA 6
5.0 SEBAB MENGAPA BONEKA TANGAN MENJADI PILIHAN 7
GURU-GURU PRASEKOLAH
6.0 RANCANGAN AKTIVITI BERCERITA 9
7.0 RUMUSAN 12
RUJUKAN 13
LAMPIRAN 14

HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

3

1.0 PENGENALAN

Boneka merupakan benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanya boneka selalu
digunakan untuk mengajar kelas pemulihan atau di kelas prasekolah yang dijadikan sebagai
bahan bantu belajar untuk guru dan murid. Boneka juga boleh dijadikan sebagai alat
permainan untuk kanak-kanak dan dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk
anak perempuan.

Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah
menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan
Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis
Boneca yang membawa maksud hidup. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi
lagi. Ketika itu boneka yang dihasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan
potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka
sebagai gentian korban manusia. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud
barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai
alat atau barang permainan.

Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai
boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan
watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka
boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan
dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka. Apa yang perlu ada pada sesuatu
boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah hidup. Boneka juga
mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah
dan lain-lain. Pemain boneka akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusi dialog
yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka digunakan
sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita yang berkesan. Pendengar dapat menghayati
disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

Boneka juga adalah satu objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip
yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa
boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar,
menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar.
HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

4


Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh
juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu.
Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian
dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru
sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.


2.0 DEFINISI BONEKA

Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung dalam beberapa
watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan
Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinasikan boneka sebagai objek atau bahan yang
digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan.

Manakala Jamilah Ahmad(1999) mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri
daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau
mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan
kepada tiga peringkat, iaitu mudah dan ringkas, sederhana dan rumit.

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak
patung atau anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan
memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.


3.0 JENIS-JENIS BONEKA

Terdapat beberapa jenis boneka antaranya :-

i) Boneka Tangan
Boneka tangan merupakan alat yang paling mudah untuk dihasilkan dan selalu
juga digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak
prasekolah kerana ianya sangat menarik dan efektif. Antara bahan yang boleh
HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

5

dijadikan boneka tangan adalah stokin, beg kertas, sarung tangan, sampul
surat,kotak dan sebagainya.

ii) Boneka Sarung Tangan / Jari.
Boneka ini boleh diubah menjadi badan atau anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau sebilangan jari dimasukkan ke
dalam sarung tangan itu dan pemain boleh gerakkan tangan bagi menggerakkan
watak. Manakala setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Misalnya jika
tema keluarga, jari ibu mewakili boneka bapa, jari telunjuk boneka emak, jari
hantu bonekaabang, jari manis boneka kakak dan jari kelingking ialah boneka
adik. Boneka jari ini juga dikenali sebagai finger puppets. Boneka ini boleh
dihasilkan daripada kertas, kain felt atau benang kait yang dilukiskan wataknya
dansaiznya sesuai dengan jari kanak-kanak.

iii) Boneka lidi.
Boneka lidi diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudia lidi panjang
diletakkan pada badan boneka atau anggota tertentu bagi menggerakkannya.
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas yang tebal, diwarnakan dan bentuknya
di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, kad manila, plastik
lutsinar atau kertas biasa kemudian dilaminatekan ia. Boneka ini sangat senang
dihasilkan dan kanak-kanak sendiri boleh lakukan di managuru hanya memberi
template boneka, contohnya kaum-kaum di Malaysia. Setelah siap mereka
gamkan pada lidi dan boleh melakonkan aksi spontan menggunakan boneka itu
bersama-sama temannya.

iv) Shadow Puppets
Shadow Puppets amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikuti
dengan nyanyian dan tarian. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua
dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan
boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang
satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan
kelihatan di atas skrin. Lidi digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
Wayang ini biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya
wayang kulit. Watak-watak yang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya
HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

6

seperti bentuk yang bolehdigerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup
dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow Puppets memerlukan kemahiran yang
tinggi dalam pengawalan pergerakan watak-watak yang dibina dalam plot
sesebuah cerita

v) Boneka Bertali.
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper mache-plaster-
of-Paris atau kayu. Ada juga boneka tali dihasilkan menggunakan belon. Tali-tali
halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Tali
yang digunakan adalah jenis tali biasa atau tali tangsi yang lebih elastic supaya
pergerakannya lebih nampak natural. Semasa digunakan tali akan ditarik-tarik
untukmenggerakkan anggota badan boneka. Boneka jenis ini sesuai digunakan
untuk watak seperti berlari, terbang, menggelongsor dan melompat.


4.0 PROSEDUR PENGHASILAN BONEKA TANGAN

Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal
digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan
pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk.

Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah
kain flanel , kertas dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus
dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik.

Boneka tangan kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan
mereka lebih bebas. Membuat boneka tangan memang unik. Berikut ada cara
membuat boneka tangan dari kain perca dan flanel:

1) Sediakan bahan-bahannya seperti pola, jarum kain flanel, kapas/dakron dan benang
sulam.
2) Lukis pola ke kain flanel (plissss pakai kapur jahit atau pakai pensil warna)
3) Gunting pola sesuai dengan pola yang sudah anda buat.
4) Jahit/sulam aplikasi seperti mata, mulut dan lain-lain.
HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

7

5) Satukan bahagian depan dan belakang dengan menggunakan jarum dan jahit secara
jahitan jelujur.
6) Tinggalkan sedikit ruang kira-kira 3 cm untuk memasukkan bahan isi seperti kapas
atau kekabu untuk mengemukkan boneka.
7) Kemudian selesaikan jahitan hingga semua sisi terjahit semua.
8) Pasang aplikasi lainnya seperti mata, hidung, pipi, baju dan sebagainya.
9) Boneka tangan selesai dibuat.

Tips atau petua yang perlu diikuti sewaktu membuat boneka tangan.
a) Jika kita memiliki pola dengan beberapa warna misalnya kelincinya ingin memakai
baju berbahan flanel warna biru atau matanya menggunakan bahan flanel putih,
ditampalkannya selepas (step) tahap yang keempat.
b) Boneka biasanya terdiri dari beberapa bahagian misalnya bahagian kepala, badan dan
kaki. Jika ingin pisahkan bahagian-bahagian itu, buat bahagian-bahagian tersebut
hingga selesai dahulu, barulah gabungkan atau cantumkan dengan cara dijahit.


5.0 SEBAB MENGAPA BONEKA TANGAN MENJADI PILIHAN GURU-GURU
PRASEKOLAH

Boneka adalah satu bahan bantu mengajar yang sangat berguna untuk guru menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak prasekolah. Ianya boleh digunakan
sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita atau mesej bagi menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri kanak-kanak. Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahandan
alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.

Apa yang penting, kanak-kanak seronok dan menurut kajian daripada penggunaan
boneka amat bermanfaat bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran dan
pembelajaran ataupun sebagai satu terapi untuk kanak-kanak yang terganggu emosi.
Implikasi boneka dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dapat meningkatkan daya
kreativiti dan imaginasi murid di mana mereka dapat mewujudkan emosi marah, sedih,
gembira, sunyi, malu dan cemburu. Selain itu, murid juga dapat menggabungkan kemahiran
berbahasa dan kemahiran bersosial. Dua kemahiran ini amat penting diterapkan dalam diri
HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

8

murid kerana ianya sangat membantu murid mencapai kemahiran sosial yang positif dan
bahasa yang digunakan akan lebih tersusun kreatif dan memperluaskan diksinya.

Bagi meningkatkan komunikasi kanak-kanak di prasekolah, guru boleh menggunakan
pelbagai kaedah dan kreativiti. Antara kaedah yang saya lihat mampu meningkatkan
komunikasi kanak-kanak di prasekolah ialah dengan menggunakan boneka. Melalui cara
atau kaedah ini kanak-kanak di prasekolah mampu meningkatkan keupayaan kemahiran
berkomunikasi kanak-kanak dan meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak
tersebut. Ini kerana dengan boneka kanak-kanak di prasekolah boleh diminta untuk bercerita
dan berkongsi apa sahaja pengalaman yang mereka tahu dan miliki.

Apa yang jelas, boneka digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah
yang dihadapi iaitu meningkatkan keupayaan komunikasi dan menambahkan bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak. Dalam kaedah atau cara ini, kanak-kanak diberi
kebebasan untuk memilih boneka. Kanak-kanak dan guru menjalankan aktiviti bercerita
dengan menggunakan boneka. Kanak-kanak juga menggunakan boneka untuk menjawab
soalan yang di kemukakan kepadanya.

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bermain boneka bersama-sama rakan.
Implikasinya, kanak-kanak dapat bercerita kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan
berani. meningkatkan bilangan perbendaharaan kata yang dikuasai mereka.

Boneka tangan menjadi pilihan guru-guru prasekolah kerana ia dapat membantu guru
mencapai objektif pembelajaran dengan lebih sempurna kerana pendekatannya yang menarik
dan sememangnya mudah difahami oleh murid sekaligus akan menjadikan suasana
pembelajaran menyeronokkan dan bermakna.

Di samping itu, penggunaan boneka tangan dalam pembelajaran juga dapat
melahirkan individu yang berdaya saing, inovatif dan unik dengan rekaan-rekaan boneka
yang pelbagai. Bukan sahaja guru yang boleh menghasilkan boneka, malah murid juga boleh
diminta menghasilkan boneka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.



HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

9

6.0 RANCANGAN AKTIVITI BERCERITA

Judul Cerita : Kasihnya Ibu
Nilai : Kasih-sayang, Amanah dan Bertanggungjawab.
Objektif : Kanak-kanak dapat
a) menyusun perkataan negatif dan positif yang mempunyai dua suku kata.
b) mengeja dan menyebut perkataan dua suku kata dengan baik dan lancar.
c) membezakan sikap baik dan tidak baik .
d) memupuk nilai kasih-sayang.

Peralatan : Pentas boneka, 3 buah boneka tangan, Radio dan Lagu 123.

Rancangan Mengajar (Aktiviti Bercerita)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 8.15 - 9.15 pagi.
Kelas : Prasekolah 1
Tajuk : Kasihnya Ibu
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
a) Menyusun perkataan positif dan negatif yang mempunyai dua suku kata.
b) Mengeja dan menyebut perkataan dua suku kata dengan baik dan lancar.
c) Dapat membezakan sikap baik dan sikap tidak baik.
d) Dapat memupuk semangat kasih-sayang antara mereka.

Set Induksi:
Guru memperdengarkan lagu 123.
Guru meminta murid menyanyikan lagu 123 bersama-sama.

Langkah 1:
Guru menunjukkan boneka-boneka kepada murid sambil memperkenalkan watak-watak
boneka yang ditunjukkan.
Seterusnya menceritakan permulaan kisah yang akan dilakonkan.


HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

10

Langkah 2:
Guru mula mengajar dengan menggunakan boneka dengan mempersembahkan lakonan
boneka. ( Lihat Lampiran Skrip )

Langkah 3 :
Selepas persembahan boneka,guru bersoal jawab dengan murid.
Soalan 1- Ceritakan secara ringkas tentang watak Mak Siti dalam lakonan tadi?
Soalan 2 - Apakah yang dibawa balik oleh Mak Siti ?
Soalan 3 - Apakah pesanan Mak Siti kepada anak-anaknya ?
Soalan 4 Apakah yang dilakukan oleh anak-anak Mak Siti ?
Soalan 5 Bagaimanakah perasaan Mak Siti di akhir cerita ?

Langkah 4 : Guru menyuruh murid-murid membina perkataan negatif dan positif yang
mempunyai dua suku kata.
Contoh : Kasih-sayang, baik, nakal, tamak, tidak amanah dan sebagainya.

Langkah 5 :
Guru meminta murid menyusun dan mengkelaskan perkataan negatif dan positif yang
mempunyai dua sukukata mengikut urutan cerita.

Langkah 6 :
Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid mengisi tempat kosong dengan
perkataan negatif dan positif yang tertinggal.

SKRI P CERI TA

Mak Siti tinggal di sebuah kampung bersama dua orang anak lelakinya, Kehidupan mereka
sangat miskin. Pada suatu hari, Mak Siti membawa balik makanan untuk dimakan bersama-
sama anaknya.
Mak Siti : Anak-anakku, ini ibu bawa balik makanan. Nanti bolehlah kita makan
bersama-sama.
Anak 1 dan 2 : Ya.kami memang lapar ni.
Mak Siti : Kalau kamu lapar, kamu makan la dulu. Tapi tinggalkanlah ibu sedikit
makanan ya. Ibu mahu mandi dahulu.
HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

11


Mak Siti pun terus berlalu pergi ke bilik mandi untuk mandi. Sewaktu Mak Siti mandi,
kedua-dua orang anak lelakinya terus makan.

Anak 1 : Adik, jom kita habiskan makanan ni. Sedap sangat makanan ini.
Anak 2 : Janganlah abang, tadikan ibu minta kita tinggalkan sedikit untuk ibu. Abang
tak kesian ke dengan ibu?
Anak 1 : Aaaahhh.apa abang peduli.sedap makanan ini.

Anak pertamanya terus makan makanan itu hingga habis tanpa meninggalkan sedikit pun
untuk ibunya. Selesai mandi, ibunya bertanya di manakah makanan untuk ibunya.

Mak Siti : Anak-anakku, manakah makanan untuk ibu?
Anak 2 : Makanansemua abang dah habiskan ibu(Dengan nada sedih)
Mak Siti : Ooohhh..(dengan nada kecewa).

Mak Siti memanggil kedua-dua anaknya ke sisinya. Kemudian Mak Siti menceritakan kisah
Batu Belah Batu Bertangkup kepada anak-anaknya. Kedua-dua anaknya mendengar dengan
penuh khusyuk. Selesai bercerita Mak Siti bertanya kepada anak-anaknya.
Mak Siti : Anak-anakku, adakah kamu berdua ingin ibu menjadi seperti Ibu dalam
kisah itu.
Anak 2 : Ibutak nak ibu, adik tak nak kehilangan ibu.
Anak 1 : Ibumaafkan abang ibu. Abang yang bersalah. Abang yang makan kesemua
makanan itu hingga habis tadi. Ibu maafkan abang ya. Abang berjanji tak
akan buat lagi (sambil menangis).

Ketiga-tiga mereka berpeluk-pelukkan sambil menangis dan meminta maaf. Mulai daripada
hari itu, kedua-dua anaknya amat patuh dengan arahan dan kata-kata ibunya.






HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

12

7.0 RUMUSAN

Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat meransang minda murid untuk memahami
sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan
membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman
adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak menghubung-kaitkan dengan
keseronokkan, meningkatkan perhatian, meredakan tekanan, meluaskan perbendeharaan kata
kanak-kanak di samping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik.

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam
perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan. Justeru itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam
membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi
perkembangan kreativiti yang lebih positf dan tidak terhalang

Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk
memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,
kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam
penyediaan bahan. Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan
komunikasi dan bahasa, sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.


HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

13

RUJUKAN

Abd Rahman Md Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika Dan Amalan Moral, Serdang,
Penerbit UPM.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (1994 ) Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ee A.M (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Pooh Swee Hiang (1997) Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK). Penerbit
Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur

Rosini Abu et.al (2000) Kemahiran Berfikir ED3943- Modul PJJ, Universiti Putra Malaysia,
Serdang.

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi : Strategi Dan Teknik Mengajar Yang Berkesan,
Penerbit PTS Publication and Distributors

Som Hj.Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramlan (2000). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan
Kreatif (KBKK). Longman Kuala Lumpur




HBPS4103_PERKEMBANGAN KREATIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

14

LAMPIRAN

Lirik Lagu : Lagu 123

SatuKasih yang abadi.
Tiada tandingi.Dia yang satu
DuaSayang berpanjangan
Membawa ke syurgakasihnya ibu
TigaLapar dan dahaga
Rela berpayahan, setianya ayah..
EmpatMudah kau ketemu..
Berhati selalubeza antara kasih dan kekasih.
Ibuku ingat dahulu
Menyisir rambutku kemas selalu
Ayahmenghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu..hingga dewasa
Sayangdengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalanharus kau renungkan.

You might also like