Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan.

Ia
merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-
bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.
Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak
digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi
menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit
yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen,
batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan
cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang
dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak
kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah
menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan
kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk
kerja-kerja pembinaan.
Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregate pembinaan (biasanya batu
kelikir dan pasir) dan air.
Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah dicampur dan dituang; air bertindak balas dengan
simen dalam proses kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen,
yang mengeras, mengikat komponen lain serentak dan akhirnya membentuk bahan seperti batu.
Konkrit lebih banyak digunakan berbanding bahan buatan manusia di bumi ini
[1]
. Ia digunakan
sebagai laluan pejalan kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan lintasan, struktur meletak kereta,
dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu pagar, pagar, dan tiang.
Sehingga 2005 sekitar enam juta meter padu konkrit dihasilkan setiap tahun, yang bersamaan
satu meter persegi bagi setiap orang di dunia ini.. Konkrit merupakan industri bernilai US$35
laksa (billion) yang menggajikan dua juta pekerja di Amerika Syarikat sahaja. Sekitar 55,000 batu
jalan di Amerika diperbuat daripada bahan ini, dan negara China menggunakan sekitar 40% dari
penghasilan simen dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]
Orang Assyria dan Babylon menggunakan selut sebagai simen dalam konkrit mereka. Mesir
Purba menggunakan simen batu kapur dan gipsum. Semasa Empayar Rom, konkrit dihasilkan
dengan menggunakan campuran quicklime, abu pozzolanic / pozzolana dan aggregate yang
diperbuat daripada pumice yang menyerupai konkrit simen Portland moden. Pada tahun 1756,
Seorang jurutera British, John Smeaton mengasaskan penggunaan simen Portland dalam
konkrit, menggunakan batu kelikir dan serbuk bata sebagai aggregate. Pada masa kini
penggunaan bahan dikitar sebagai bahan konkrit semakin popular kerana undang-undang alam
sekitar yang semakin ketat. Yang paling menonjol diantaranya adalah abu terbang (fly ash),
keluaran sampingan kilang janakuasa arang batu. Ini memberi kesan besar dengan
mengurangkan jumlah kuari dan tempat pembuangan sampah yang diperlukan.
Ciri-ciri konkrit telah diubah semenjak zaman Rom dan Mesir, apabila ia didapati menambah abu
gunung berapi kepada campuran membenarkannya mengeras di bawah air. Sama juga, orang-
orang Rom mengetahui bahawa menambah bulu kuda menjadikan konkrit kurang mengucup
semasa mengeras, dan menambah darah menjadikannya tahan fros. Pada masa kini penyelidik
telah menambah bahan lain bagi mencipta konkrit yang amat kuat, ringan, malah konkrit yang
mampu mengalirkan eletrik.

Komponen konkrit[sunting | sunting sumber]
Komponen konkrit ditentukan pada awalnya semsas campuran dan akhirnya semasa menuang
konkrit. Jenis struktur yang dibina dan kaedah pembinaan menentukan bagaimana konkrit
diletakkan dan dengan itu menentukan komposisi campuran.
Simen[sunting | sunting sumber]
Simen Portland merupakan simen paling biasa digunakan. Ia merupakan bahan asas bagi
konkrit, mortar pembinaan dan plaster. Jurutera British, Joseph Aspdin mepaten simen Portland
pada tahun 1824, dan ia dinamakan sempena tebing batu kapur di Kepulauan Portland Isle of
Portland di England disebabkan warnanya, menyerupai batu yang dikuari di situ. Ia terdiri
daripada campuran kalsium oksida, silikon dioksida dan aluminum okside. Simen Portlanddan
bahan seumpamanya dihasilkan dengan memanaskan batukapur(sumber kalsium) dengan selut
dan mengiling bahan ini (dikenali sebagai klinker), dengan sumber sulfate (biasanya gypsum).
Apabila bercampur air serbuk yang terhasil akan membentuk hidrate pepejal selepas tempoh
tertentu.
Applikasi suhu tinggi, seperti oven batu-bata dan seumpamanya, pada kebiasaannya
memerlukan penggunaan konkrit pantulan, disebabkan konkrit berasaskan simen Portland
mampu musnah atau dirosakkan oleh suhu tinggi, tetapi konkrit refraktori (refractory concretes)
mampu tahan keadaan seperti itu.

Air[sunting | sunting sumber]
Air boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit. Nisbah air berbanding simen (w/c ratio - water to
cement) merupakan faktor utama menentukan kekuatan konkrit. Nisbah w/c akan menghasilkan
konkrit yang lebih kuat, sementara nisbah w/c lebih tinggi menghasilkan konkrit dengan kekuatan
yang kurang.
[2]
Paste simen merupakan bahan yang terbentuk hasil campuran air dan bahan
bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa agregat atau sokongan. Kelenturan atau kelikatannya
ditentukan oleh kandungan air, jumlah kandungan pes simen dalam campuran keseluruhan dan
ciri-ciri fizikal (saiz maksima, bentuk dan gred) agregats.
Agregats[sunting | sunting sumber]
Campuran air dan simen mengeras dan semakin kukuh dalam tempoh tertentu. Untuk
mendapatkan penyelesaian yang ekonomik dan pratikal, kedua-dua agregats halus dan kasar
digunakan bagi membentuk sebahagian besar campuran konkrit. Pasir, anak batu danbatu
kelikir merupakan bahan utama yang digunakan bagi tujuan ini. Bagaimanapun, ia semakin
menjadi kebiasaan bagi agregat dikitar semula (dari sisa pembinaan, perobohan dan
pembongkaran) untuk digunakan sebagai sebahagian penggantian agregat semulajadi,
sementara sebahagian agregat bahan sampingan industri, termasuk sanga (sisa) relau bagas
dingin udara (air-cooled blast furnace) dan abu dasar adalah juga dibenarkan.
Batu perhiasan seperti quartzite, anak batu sungai atau serpihan kaca kadang kala ditambah
kepada permukaan konkrit sebagai perapian "agregat terdedah" akhir, popular dikalangan pereka
penghias laman.
Campuran tambahan (Admixtures)[sunting | sunting sumber]
Campuran tambahan adalah bahan dalam bentuk serbuk atau cecair yang ditambah kepada
konkrit bagi memberikannya ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada konkrit biasa. Dalam
kegunaan biasa, dos campuran tambahan adalah kurang dari 5% jisim simin, dan ditambah
kepada konkrit pada maca campuran / batch. Jenis campuran tambahan biasa adalah:
Pemecut bagi mempercepatkan proses hidration (pengerasan) konkrit.
Perencat (Retarder) memperlahankan penghidratan campuran simen bagi menambah masa
kerja.
Memasukkan Udara bagi menambah dan mengedarkan buih udara kecil dalam campuran
simen, yang akan mengurangkan kerosakan semasa kitaran cuaca beku dan cair.
Pemplastik boleh digunakan bagi meningkatkan kebolehkerjaan plastik atau konkrit "baru",
membenarkan ia diletakkan lebih dengan mudah, dengan usaha yang
sedikit.Superpemplastikan membenarkan konkrit yang direka khusus mengalir setiap sudut
walaupun disekeliling alang besi yang sesak, Pilihan lain, mereka boleh memilih untuk
mengurangkan kandungan air dalam konkrit (pengurang air) sementara masih memelihara
kebolehkerjaan. Ini meningkat ciri-ciri kekuatan dan ketahanannya.
pigmen boleh digunakan untuk mengubah warna konkrit, bagi kecantikan.
Tambahan[sunting | sunting sumber]
Tambahan merupakan bahan bukan organik yang sangat halus kebiasaannya mempunyai ciri-
ciri pozolan atau ciri-ciri hidraulik pendam. Ia ditambah semasa penggaulan konkrit untuk
meningkatkan kepunyaan campuran simen. Istilah ini tidak digunakan apabila bahan tersebut
ditambah di kilang sebagai salah satu unsur simen campuran.
Abu terbang: Satu hasil sampingan logi janakuasa arang batu, ia digunakan sebahagiannya
bagi menggantikan simen Portland (sehingga 60% jisimnya). Ciri-ciri debu terbang
bergantung kepada jenis batu arang yang dibakar. Secara umum, debu terbang bersilika
adalah pozzolanic, sementara debu terbang berkapur debu mempunyai ciri-ciri hidraulik
pendam.
Sanga relau bagas yang digiling (Ground granulated blast furnace slag - ggbs): Satu hasil
sampingan pengeluaran keluli, digunakan sebahagiannya bagi menggantikan simen Portland
(sehingga 80% jisim). Ia mempunyai ciri-ciri hidraulik pendam.
Wasap silika: Satu keluaran sampingan pengeluaran aloi silikon dan ferosilikon. Wasap silika
adalah menyerupai abu terbang abu, kecuali ia mempunyai zarah bersaiz 100 ganda lebih
kecil. Ini menghasilkan suatu permukaan yang lebih tinggi berbanding nisbah isipadu dan
reaksi pozzolanic yang tindak balas lebih pantas. Wasap silika digunakan bagi meningkatkan
kekuatan dan ketahanan campuran simen, tetapi pada umumnya memerlukan penggunaan
superpemplastisan agar mudah digunakan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Semasa hidration dan pengerasan, konkrit perlu membentuk ciri-ciri fizikal dan kimia tertentu.
Antara lain adalah kekuatan mekanikal, ketelusan kelembapan yang rendah, dan kestabilan kimia
dan volumetrik adalah perlu.

Kebolehkerjaan (Workability)[sunting | sunting sumber]
Kebolehkerjaan (atau kelikatannya) adalah kebolehan campuran konkrit baru untuk mengisi
bentuk / membentuk dengan sempurna dengan bentuk yang diingini (getaran) dan tanpa
mengurangkan kualiti konkrit. Kebolehkerjaan bergantung kepada kandungan air, campuran
tambahan (admixtures) kimia, agregat (taburan bentuk dan saiz), kandungan simen dan tempoh
(tahap penghidratan). Meningkatkan kandungan air atau menambah campuran tambahan kimia
akan meningkatkan kebolehkerjaan konkrit. Air berlebihan akan mendorong peningkatan
penyingkiran air (air permukaan) dan / atau pemisahan agregat (apabila simen dan agregat mula
berpisah), mengakibatkan konkrit yang bermutu rendah. Pengunaan agregat dengan gred yang
tidak diingini boleh menhasilkan campuran kasar dengan kadar mendak rendah, yang tidak boleh
dijadikan mudahkerja dengan tambahan air yang bersesuaian.
Kebolehkerjaan boleh diukur dengan "ujian turun", satu ukuran mudah bagi menguji kelikatan
campuran simen baru menurut ujian piawai ASTM C 143 atau EN 12350-2. Kemendakan
biasanya diukur dengan mengisi satu "kon Abrams" dengan suatu sampel dari satu kumpulan
baru campuran simen. Kon diletakkan dengan bahagian lebar pada satu permukaan tidak
menyerap. Apabila kon diangkat naik, konkrit yang tinggal akan tumbang pada jumlah tertentu
akibat tarikan graviti. Suatu sampel yang kering akan mendak sedikit sahaja, sekitar satu atau
dua inci (25 atau 50 mm). Satu campuran simen agak basah mungkin mendak sehingga enam
atau tujuh inci (150 to 175 mm).
Kemendakan boleh ditingkatkan dengan mencampur bahan kimia seperti agen pengurang air
(super pemplastikan) tahap-tengah atau tahap-tinggi tanpa mengurangkan nisbah air/simen. Ia
adalah tabiat tidak selok bagi menambah air tambahan pada pengaul konkrit. Konkrit cair seperti
konkrit mengemas diri (self-consolidating), diuji dengan kaedah mengukur aliran lain. Salah satu
kaedah termasuk meletakkan kon pada bahagian kecil dan memantau aliran melalui kon
sementara ia diangkat perlahan-lahan.

Simen[sunting | sunting sumber]
Simen bertindak balas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponen-komponen konkrit.
Terdapat pelbagai jenis simen seperti:
Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan;
Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)
Simen bewarna;
Simen cepat mengeras.
Batu-baur[sunting | sunting sumber]
Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam bancuhan konkrit.
Ia biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan:
1. Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi 5mm. Ia boleh
didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.
2. Batu baur kasar: Saiznya antara 5 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari kuari.
Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit
Air[sunting | sunting sumber]
Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit:
1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.
2. Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
3. Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam sime untuk mengikat semua batu dalam
bancuhan konkrit.

Sifat konkrit[sunting | sunting sumber]
Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam pembinaan,
terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.
Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain.
Konkrit boleh dibancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan.
Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
Kualiti campuran konkrit bergantung kepada:
Kualiti bahan-bahan bancuhannya.
Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir: batu baur)
ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.
Cara mencampur dan mengangkut.
Kualiti acuan yang digunakannya.
Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.
Pengawetan yang digunakan.

Jenis konkrit[sunting | sunting sumber]
Konkrit biasa[sunting | sunting sumber]
Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.
Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive stress) dan
tiada tegasan tegangan (tensile stress).
Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok, lantai
atas tanah.
Konkrit bertetulang[sunting | sunting sumber]
Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli didalamnya
untuk menambah kekuatan daya tegangan.
Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.
Konkrit tuang dahulu[sunting | sunting sumber]
Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam bengkel atau tapak pembinaan
dengan kuantiti yang banyak.
Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih dahulu dan
kualitinya dapat dikawal dengan baik.
Konkrit tegas-dahulu[sunting | sunting sumber]
Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi.
Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban yang
lebih tinggi.
Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,
Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:
1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi
ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
2. Tegas kemudian (post-tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum
bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan,
meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.
Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang,
struktur kalis air, cerucuk dsb.
Konkrit ringan[sunting | sunting sumber]
Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap udara
(seperti CO
2
) supaya hasilnya lebih ringan.
Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur yang tidak
memegang beban
Konkrit selular[sunting | sunting sumber]
Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang kosong diantaranya bagi
membolehkan rumput atau tumbuhan hidup.
Kegunaanya utamanya adalah untuk menyokong cerun bukit. Juga digunakan bagi kawasan
letak kereta (occasional use), driveway;
Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya.
Konkrit in-situ[sunting | sunting sumber]
Merupakan permukaan kejur yang paling murah;
Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik dan mudah retak;
Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan letak kenderaan;
Konkrit pre-cast[sunting | sunting sumber]
Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di kilang;
Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan;
Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak kenderaan.
Konkrit mampat giling[sunting | sunting sumber]
Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah satu konkrit kaku kandungan
simen rendah yang diletakkan dengan menggunakan teknik yang dipinjam daripada kerja tanah
dan penurapan. Konkrit diletakkan pada permukaan yang hendak dilitupi, dan ia dipadatkan pada
tempatnya dengan menggunakan jengiling (jentera pengiling), penggolek berat besar yang
lazimnya digunakan dalam kerja tanah. Campuran konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan
akan mengeras bagi membentuk satu kepingan blok yang teguh.
[3]
Konkrit mampat giling
lazimnya digunakan untuk turapan konkrit, tetapi juga digunakan untuk membina empangan
konkrit, kerana kandungan rendah simen menghasilkan kurang haba semasa pengerasan
berbanding kebiasaanya bagi penuangan konkrit biasa yang banyak.
Pengukuhan konkrit[sunting | sunting sumber]
Bagi mengukuhkan lantai konkrit, pengeras lantai (floor hardening) boleh digunakan dalam
perapian terakhir lantai konkrit. Pengeras lantai menawarkan pengukuhan tambahan pada kos
yang jauh lebih rendah. Ia juga boleh digunakan bagi mengukuhkan lantai konkrit sedia ada,
dengan itu mengelak keperluan bagi menggantikan lantai konkrit yang baru.
Selain itu kesemua bahan berasaskan simen mengeras apabila air ditambah kepadanya dan
proses pengeringan bermula. Pengeringan optima simen berlaku dalam tempoh 28 hari. Pada
awalnya kekuatan terbentuk agak pantas; simen mencapai 50% kekuatannya dalam tempoh 3-5
hari. Bagaimanapun, kekuatan jangka panjang simen didapati dalam tempoh 28 hari dan
memerlukan kelembapan bagi mencapai kekuatan optimanya. Oleh itu ia amat penting bagi
pembina bagi memahami kaedah perapian (curing) bahan

You might also like