Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

2
Minggu Kedua
2014
Seindah Ramadhan


Projek mural 'Guru Penyayang saya' telah siap sepenuhnya pada minggu lepas hasil
bantuan dan kerjasama rakan-rakan guru pelatih. Oleh itu, pada minggu ini, saya membantu
mereka pula melaksanakan Projek Seindah Ramadhan. Projek yang dilaksanakan ialah
projek tayangan video sempena Bulan Ramadhan. Peneraju utama bagi projek ini ialah
Muhammad Nadjmi bin Musa.

Antara objektif projek ini dilaksanakan ialah untuk membudayakan penghayatan
dalam ibadat berpuasa di bulan ramadhan dan menyemarakkan rasa cinta dan menjunjung
tinggi ajaran Islam yang disarankan dalam al-Quran.

Projek ini dijalankan selama 5 hari bermula pada 13 Julai hingga 17 Julai 2014.
Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat dalam projek tayangan video ini. Bilik astro dipilih
sebagai bilik tayangan kerana ruang bilik yang luas, kondusif serta mempunyai fasiliti yang
secukupnya. Antara video yang ditayangkan ialah Upin dan Ipin. Upin dan Ipin ini dipilih
bukan kerana ianya sesuai dengan peringkat umur malahan animasi ini mempunyai nilai-
nilai murni yang patut dicontohi selari dengan norma-norma masyarakat.

Tayangan video dijalankan pada waktu rehat tahap 1 ( jam 9.45 - 10.15 pagi) dan
rehat tahap 2 (10.15 - 10.45 pagi). Sebelum video ditayangkan, kami membuat persediaan
tempat dan alatan. Kami memindahkan kerusi ke tepi dinding supaya murid-murid dapat
duduk dengan selesa untuk menonton video. Selepas tamat sesi tayangan video, sesi soal
jawab dilakukan bagi memastikan murid-murid mendapat input yang diberikan.


Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

You might also like