Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Analisis Kajian Kes

Tajuk: Grandmas Boy




Aplikasi
Model/Teori/Konsep


Situasi

Huraian Kes

Strategi
Menangani/Cadangan/Komen





Model Terapi Realiti
William Glasser







Perenggan 3

Helen menggalakkan muridnya
untuk memikirkan dan memilih
satu nama untuk dijadikan nama
kelas mereka.



Helen memberi kuasa kepada
muridnya untuk memilih nama yang
mereka ingini. Ini memenuhi
kaperluan asas yang dicadangkan
oleh model ini iaitu mempunyai kuasa
dan kawalan.



Satu tindakan yang baik yang
meningkatkan akauntabiliti
pelajar terhadap kelas mereka
Untuk penambahbaikan, guru
boleh meminta mereka melukis
pahlawan mengikut imaginasi
mereka sendiri untuk ditampal
di dinding kelas.









Model Terapi Realiti
William Glasser



Perenggan 2


Helen telah menampal gambar
setiap ahli kelas dan menjadikan
gambar mereka kolaj bagi latar
belakang gambar pahlawan diatas
kuda yang mana melambangkan
kelas beliau. Gambar ini telah
ditampal pada dinding diluar kelas
mereka.





Untuk situasi ini, Helen telah
memenuhi keperluan kasih sayang
dan dipunyai murid-muridnya. Dengan
ada gambar mereka diluar kelas,
murid akan merasa dipunyai di dalam
kelas dan merasakan merupakan
sebahagian daripada kelas itu.





Cara ini menimbulkana rasa
dipunyai dan rasa sebahagian
dari organisasi.
untuk penambah baikan, guru
boleh meminta murid
melakukan sendiri aktiviti ini.
Ini bukan sahaja menimbulkan
akauntabiliti terhadap hasil
kerja, ia juga dapat memupuk
semangat kerjasama dalam
kalangan pelajar













Model Modifikasi
Tingkah Laku B.F
Skinner

Perenggan 4

Menunjukkan situasi dimana Helen
telah menyediakan stiker yang
boleh digunakan untuk menebus
hadiah yang beliau sediakan.
Beliau juga akan memberikan
anugerah Spartian of the Week
untuk muridnya yang menunjukkan
kerja keras bagi meningkatkan
gred mereka dalam bidang yang
mereka lemah.

Model yang menekankan tentang
kepentingan peneguhan ini digunakan
oleh Helen dengan memberi peluang
kepada muridnya untuk menebus
hadiah apabila mengumpulkan
sejumlah stiker. Stiker akan diberikan
jika mereka berkelakuan seperti yang
dikehendaki oleh Helen. Ini
merupakan salah satu peneguhan
positif dalam segi pemberian ganjaran
kepada murid-murid. Beliau juga
memberikan peneguhan positif
dengan anugerah bagi setiap minggu
bagi meningkatkan motivasi muridnya
untuk belajar dan berkelakuan baik
didalam kelas kerana mereka
mempunyai matlamat untuk dicapai
iaitu menebus hadiah. Dengan itu,
kelakuan baik yang ditunjukkan akan
terbiasa dan menjadi amalan mereka
.
Kaedah yang digunakan oleh
Helen sangat bagus dimana
dia dapat membentuk tingkah
laku yang dikehendaki dalam
jangkasa masa yang singkat.
Peneguhan yang diberikan
akan membuat pelajar sentiasa
menunjukkan tingkah laku
yang dikehendaki oleh guru.
Untuk penambahbaikan, Helen
perlu mempelbagaikan
ganjaran yang diberikan
kepada murid-muridnya. Ini
memastikan murid tidak bosan
dan tidak teruja untuk
mendapatkan ganjaran yang
ditawarkan.








Model Modifikasi
Tingkah Laku B.F
Skinner


Perenggan 4

Helen amat berpuas hati dengan
pencapaiannya dan jika ada
masalah tingkah laku, beliau akan
menggunakan teknik kawalan
tingkah laku asas bagi mengatasi
dan mengawal tingkah laku murid-
murid beliau dan beliau yakin
kaedah itu amat membantu beliau
menghadapi masalah tingkah laku
yang wujud. Beliau yakin dengan
kebolehan dan keberkesanan
teknik ini.

Helen menggunakan model ini untuk
membentuk tingkah laku yang di ingini
dengan menetapkan dan memberikan
peneguhan berkala. Melalui
peneguhan yang diberikan maka
Helen dapat membentuk tingkah laku
yang seterusnya seperti yang di
ingininya.

Kaedah ini berkesan dalam
jangka masa pendek tetapi
dalam jangka masa panjang, ia
mungkin tidak berkesan.
Apabila tiada lagi ganjaran,
penghapusan akan berlaku
dan tidak ada lagi tingkah laku
yang ingin diterapkan.
ini juga akan menjadikan murid
berkelakuan bukan kerana
untuk perubahan diri tetapi
untuk mengejar ganjaran.
Motivasi ekstrinsik ini tidak
bertahan lama seperti motivasi
intrinsik
Untuk penambahbaikan,
guru perlu mempelbagaikan
teknik dan model kawalan
kelas agar murid tidak hanya
mengharapkan ganjaran






Teori Humanistik
-hierarki keperluan
Abraham maslow
Keperluan kasih
sayang
Dan

Perenggan 8, 11 dan 13
Ibu bapa Justin telah bercerai dan
dia berpindah kerumah neneknya
bersama ayahnya selepas
penceraian itu. Ibunya pula terus
meninggalkan negeri dan
menyerahkan hak penjagaan
Justin kepada ayahnya. Dalam
masa itu, ibunya tidak pernah
kembali dan tidak menghubungi
Justin dan pihak sekolah.
Sementara itu, justin yang amat
menyayangi ibunya masih
berharap agar ibunya dapat
kembali dan mereka akan menjadi
sekeluarga kembali. Nenek justin
bukan sahaja memarahi Justin
kerana masih berharap, dia juga
telah meracuni fikiran Justin
dengan bercakap tentang perkara
buruk terhadap ibu Justin.

Dalam situasi ini, kita dapat melihat
bahawa Justin telah kehilangan kasih
saying seorang ibu apabila ibu
bapanya bercerai dan ibunya pula
tidak pernah menghubunginya setelah
berpindah sedangkan Justin amat
merindui dan menyayangi ibunya itu.
Selain itu, timbul konflik dalam diri
Justin apabila neneknya memarahinya
apabila dia merindui ibunya serta
memburk-burukkan ibunya. Ini telah
menafikan keperluan kasih saying
Justin dan menyebabkan keperluan
kasih saying seperti yang dinyatakan
dalam hierarki keperluan Abraham
Maslow tidak dipenuhi.

Nenek Justin tidak sepatutnya
memburukkan ibu Justin
kerana tindakannya itu telah
menimbulakan konflik dalam
jiwa dan emosi Justin.
Tindakan neneknya itu juga
menyebabkan Justin merasa
keliru tentang perasaannya
terhadap ibunya. Ini kerana dia
menyayangi ibunya itu tetapi
dia diracuni dengan perkara
dan cerita yang tidak baik
tentang ibunya. Untuk
mengatasi, Helen sebagai
seorang guru boleh
memberikan kasih sayang dan
perhatian kepada Justin
supaya dia merasa disayangi
didalam kelas. Dengan
memberikan kasih sayang, dia


akan merasa dirinya diperlukan
dan akan melakukan tingkah
laku seperti yang dikehendaki
oleh Helen. Cara ini juga
adalah seperti yang telah
dicadangkan oleh model terapi
reality Willian Glessar dimana
mengikut model ini, apabila
keperluan kasih saying murid
dipenuhi, maka mereka akan
menunjukkan tingkah laku
yang dikehendaki dan mudah
untuk mengawal tingkah laku
mereka.












Teori Humanistik
-hierarki keperluan
Abraham maslow
keperluan
keselamatan



Perenggan 14


Nenek Justin juga telah
menghukum Justin dengan
merotannya dan merampas basikal
Justin kerana Justin berperangai
seperti ini kerana menurut nenek
Justin, Justin berkelakuan sebegitu
kerana dia mahu ayahnya mencari
ibunya semula.






Tindakan nenek Justin yang
memukulnya apabila menunjukkan
tingkah laku yang tidak baik telah
menimbulakan rasa tidak selamat.
Keperluan keselamatan merupakan
salah satu keperluan asas dalam
hierarki keperluan Abraham Maslow.
Ini menyebabkan timbulnya ketidak
stabilan emosi dalam diri Justin dan
menyebabkan dia menunjukkan
tingkah laku yang tidak baik itu di
dalam kelas.





Tindakan nenek Justin itu
adalah tidak patut. Dia
sepatutnya memahami
keadaan Justin yang merindui
kasih saying ibunya dan
memerlukan ibunya kerana
usia Justin masih lagi muda.
Dia sepatutnya memberikan
kasih sayang dan membantu
Justin mengatasi masalah
kerinduan terhadap ibunya dan
bukannya memarahi Justin. Ini
akan menyebabkan Justin
menjadi lebih tertekan dan
keliru lalu melepaskannya di
dalam kelas.






Model Akibat
Logikal Dreikurs


Perenggan 18


Dalam usaha mengatasi kelakuan
Justin, Helen telah menceritakan
masalah kelakuan Justin disekolah
agar ayah dan nenek Justin dapat
membantunya dalam usaha untuk
mencari jalan mengatasi masalah
Justin. Helen telah menceritakan
bahawa Justin kerap mengelamun,
tidak menyiapkan kerja dan tidak
mahu bergaul dengan rakan
sekelas yang lain walaupun rakan
sekelas yang memulakan
perbualan





Disini, menerusi Model akibat logikal
Dreikurs, kita dapat melihat Justin
menunjukkan motif mempamerkan
kekurangan apabila enggan bergaul
dengan rakan sekelas yang lain.
Dengan berbuat demikian, dia akan
boleh mengelamun dan berada dalam
dunianya sendiri. Ini kerana dia
sentiasa mengahrapkan agar ibunya
akan kembali dan dia dapat hidup
bersama ibu bapanya sebagai satu
keluarga semula.




Untuk mengatasi masalah ini,
seperti yang dicadangkan oleh
Dreikurs, Helen perlu menarik
Justin keluar dari dunianya itu
dengan melakukan aktiviti
yang menarik dan yang Justin
minati. Dalam usaha untuk
menarik munat Justin, Helen
perlu menyelidik atau bertanya
kepada Justin tentang perkara
yang diminati dan perkara
yang mahu dilakukan
bersama-sama rakan
sekelasnya pada hari tersebut


.








Halangan kepada
pengurusan
masalah bilik darjah
-halangan ibu bapa.

Perenggan 8, perenggan 9 dan
perenggan 12

Menjelaskan mengenai sikap
nenek justin yang suka menyibuk
dan mengambil tahu dengan
melampau tentang perbincangan
antara guru Justin dengan ayah
Justin. Bukan itu sahaja, neneknya
juga telah mempengaruhi ayah
Justin dalam membuat keputusan
serta mendominasi setiap
keputusan yang akan dibuat oleh
ayah Justin. Nenek Justin telah
menolak cadangan Helen untuk
mengadakan Home-school
managment program.




Helen telah menhadapi halangan
dalam pengurusan bilik darjah dimana
bapa dan nenek Justin telah menjadi
masalah dan penghalang dalam
usahanyan itu. Nenek dan ayahnya
enggan memberikan kerjasama dan
neneknya pula sentiasa mahu
mendominasi setiap keputusan ayah
Justin.




Cara yang boleh dilakukan
oleh Helen dalam mengatasi
halangan ini ialah melibatkan
mereka secara langsung
dalam permasalahan ini.
Sebagai contih, Helen boleh
menjemput mereka dating ke
kelas semasa proses P&P
berlansung agar mereka boleh
melihat sendiri masalah yang
dihadapi oleh Justin di dalam
kelas.

You might also like