Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

OLEH :

NURULHUDA BINTI MOHAMAD ZABER



PENSYARAH :
EN MAHMUD KHUSAIRI BIN ABDULLAH
PENENTANGAN BRITISH TERHADAP PEJUANG TEMPATAN
Perjuangan Pemimpin Tempatan
Menentang British
Gerakan pemimpin tempatan wujud sejak kedatangan British kerana dasar
yang telah dilaksanakan oleh pihak British telah menekan penduduk
tempatan.

Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk
menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang
luar.

Gerakan perjuangan yang dijalankan dipimpin oleh penduduk tempatan
seperti Penghulu Dol Said, Dato Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Sebab-sebab
penentangan
Dasar
Penaklukan
British

Eksploitasi
Terhadap Ekonomi
Tempatan

Pelaksanaan
Pentadbiran Barat
Terhadap Masyarakat
Tempatan

Campurtangan
British dalam Adat
Resam Tempatan

Kesulitan
Penduduk
tempatan

Pembesar Tempatan
Kehilangan Kuasa
dan pengaruh

Dasar Penaklukan British
Penentangan penduduk tempatan terhadap British adalah kerana dasar
penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan,
Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Dasar penaklukan British terhadap NNM bertujuan untuk mengukuhkan
kuasa politik.

Apabila British menguasai satu wilayah, maka kawasan itu adalah terikat
dengan perintah dan peraturannya.

Contohnya, selepas menguasai Melaka daripada Belanda, British telah
memasukkan Naning ke dalam jajahan takluknya dan memaksa Nanaing
menghantar ufti ke Melaka tetapi tidak diterima oleh pemerintah Naning
iaitu Penghulu Dol Said yang menyebabkan berlakunya pemberontakan.

EKSPLOITASI TERHADAP EKONOMI
TEMPATAN

British juga berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan bagi
kepentingan meeka melalui perjanjian yang dimeterai dengan
pemimpin tempatan.

Menerusi perjanjian ini, saudagar NNS telah dibenarkan terlibat dalam
perlombongan dan perdagangan bijih timah.

Penguasaan British dalam ekonomi tempatan menimbulkan
kemarahan di kalangan penduduk tempatan.


Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap
Masyarakat Tempatan

Penentangan juga berlaku kerana British telah memaksakan sistem
pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.

British telah memperkenalkan pelbagai peraturan seperti sistem cukai,
undang-undang dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang
maksimum.

Contohnya, di Terengganu, British bertindak memperkenalkan
peraturan tanah yang mensyaratkan penduduk tempatan
mendapatkan kebenaran mereka untuk mengusahakan tanah dan
dikenakan cukai tanah.
Campur Tangan British Dalam Adat Resam
Tempatan
British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai Barat
yang bertentangan dengan budaya tempatan yang menyebabkan
berlakunya penentangan.

Misalnya, di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam
masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini iaitu amalan
menggunakan orang suruhan.

Tindakan ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan
Pengaruh

Penjajahan British ke atas kawasan milik pembesar menyebabkan
pembesar hilang pengaruh ke atas kawasan dan anak buah.

Pembesar dilantik oleh Sultan atau masyarakat untuk mentadbir sebuah
kawasan yang memberi mereka kuasa untuk menjaga hal-ehwal
daerahnya seperti :
- pentadbiran/perundangan/ekonomi/social
Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin tempatan dan
mendorong mereka menentang British.

Penentang daripada kalangan pemimpin tempatan ini mendapat sokongan anak
buah mereka kerana didorong oleh perasaan taat setia dan kehidupan yang tertekan
akibat pelaksanaan pelbagai peraturan oleh British
Kesulitan Penduduk Tempatan
Peraturan yang diperkenalkan oleh British seperti peraturan tanah
dan cukai telah menyulitkan kehidupan penduduk tempatan.

Penentangan yang dilakukan oleh pembesar disokong oleh
penduduk tempatan.
PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN DI SABAH DAN
SARAWAK
Sarawak Linggir, Rentap dan Syarif Masahor
Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning.

Pada tahun 1842, James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak telah
berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga
menimbulkan banyak bantahan daripada pemimpin tempatan.

Keengganan mereka menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke
menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

Penentangan di Sarawak diketuai oleh pemimpin-pemimpin seperti Rentap,
Rentap dan Syarif Masahor yang mana corak penentangannya adalah sama.
LINGGIR (1849)

Beliau merupakan pemimpin kaum Iban di Saribas yang
menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849
dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.
Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah
James Brooke dan Kapten Farquhar yang menghalang
pelayaran mereka di Sungai Saribas.
Walau bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tidak
berjaya dalam pertempuran tersebut.
RENTAP

(Nama sebenar Libau dan bergelar Raja Darat dan Raja Ulu)
Rentap bermaksud penggoncang dunia merupakan pemimpin Iban yang
menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana tindakan James Brooke
yang menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun.

Beliau telah membuat serangan ke atas pasukan James Brooke di Kubu
Nanga Skrang untuk menghalang kezaliman James Brooke di daerah
tersebut.

Serangan ini telah berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James
Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka.

Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok tetapi sekali lagi mereka
diserang oleh James Brooke.

Tentera James Brooke telah berjaya mengalahkan Rentap dan pengikut-
pengikutnya pada tahun 1861.

Ini menyebabkan beliau terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan
serangannya semakin lemah.

SYARIF MASAHOR (1857)


Syarif Masahor merupakan Gabenor Sarikei yang dilantik oleh
Sultan Brunei dan sangat dihormati oleh orang Iban dan Melanau.

Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor
dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak
penguasaan James Brooke di Sungai Rajang iaitu wilayah mereka
pada tahun 1857.

Ini kerana penguasaan James Brooke ke atas wilayah mereka akan
menyebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan
pengaruh terhadap penduduk tempatan.

Sambungan..
James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit pada tahun 1858 yang
kemudiannya telah diserang oleh Syarif Masahor.
Seterusnya, beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapor telah menyerang James Brooke
di Kuching namun tentangan mereka gagal.
Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi kemudian diserahkan kepada British
di Singapura oleh Sultan Brunei.
Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan
oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

Penentangan Mat Salleh
di Sabah
1894 - 1900
KAWASAN MAT SALLEH
Mat Salleh : Mohammad Salleh bin Datu Balu, berketurunan Suku Sulu Paitan

Beberapa siri penentangan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di
Sabah telah dilakukan oleh pemimpin tempatan.

Penentangan yang paling besar telah dilakukan oleh Mat Salleh yang
merupakan pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.

Penentangan ini disebabkan pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat
Salleh.

Ini kerana mereka bukan sahaja menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
tetapi turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.


Sambungan..
Pegawai-pegawai syarikat juga bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.

Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak
dilayan malah kampungnya telah diserang dan dibakar oleh Gabenor Beaufort
yang menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

Namun, pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah membuat serangan
mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

Ini membuatkan SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu
menyerahkan Tambunan kepadanya.

Walau bagaimanapun, SBUB telah mungkir janji dan ini menyebabkan Mat
Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.

Serangan ini dibalas oleh SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.

Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

BIBLIOGRAFI

You might also like