Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TOKOH SENI TEATER

KONTEMPORARI
Syed Alwi bin Syed Hassan

DATUK SYED ALWI SYED HASSAN

Merupakan Tokoh Seniman Negara Malaysia. Beliau
dilahirkan di Taiping, Perak, Malaysia.
PENDIDIKAN
Syed Alwi bersekolah di Sekolah Melayu Pondok Tanjung dan
Sekolah Taiping. Seterusnya belajar di University of
Minnessota, Amerika Syarikat dalam bidang teater dan
kewartawanan serta merupakan anak Melayu pertama yang
melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang teater.

Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D.
Rockefeller III untuk mengkaji perkembangan teater dan
filem semasa di Amerika antara April dan Jun 1980.

PENGGIAT TEATER
Syed Alwi pernah bertugas dengan RTM, TV3 dan NTV7 sebagai pengurus, penerbit,
pelakon, penulis dan pengarah selain pernah bertugas dengan Filem Negara, Panggung
Negara, Akademi Seni Kebangsaan, Universiti Malaya dan Pejabat Penerangan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.

Syed Alwi dianggap sebagai tokoh terkemuka yang mengangkat martabat teater tanah
air daripada corak purbawara dan bangsawan kepada corak yang lebih bersifat
kontemporari. Syed Alwi terkenal kerana teater dua zamannya iaitu zaman penjajahan serta
zaman kemerdekaan dan banyak menghasilkan karya yang mantap dan mempunyai impak
khususnya dalam memperkatakan isu-isu berhubung bangsa Melayu.

Syed Alwi adalah pengasas Kumpulan Teater Seni Malaya (Malayan Art Theater Group)
pada tahun 1951, yang kemudian bertukar menjadi Malaysian Art Theater Group

HASIL KARYA
Drama Alang Retak Seribu (1973), Tok Perak (1974) serta dua
drama berbahasa Inggeris "I Remember The Rest House"
(1992) dan "Member of The Club" (1994) menerima pelbagai
pujian. Beliau pernah mengarah dan berlakon dalam beberapa
pementasan teater terkenal antaranya Midsummer Nights
(Starveling), Androcles and the Lion (Slave) dan Henry V
(Duke of Bedford) sehingga 1953.
ANUGERAH
Kerajaan Malaysia memberi Anugerah Seni
Negara pada 19 September 2002, iaitu satu
penghargaan dan pengiktirafan tertinggi
kerajaan kepada penggiat seni negara.
KEMATIAN
Pada 1 Disember 2008 , beliau ditemui mati di kediamannya di
Kampung Sungai Serai,Kuang, Rawang Selangor. Ketua Bahagian
Siasatan Jenayah Selangor SAC II Hasnan Hassan menyatakan anaknya
Norsham menemui mangsa di bahagian dapur rumah banglo jam 8.30
malam. Polis percaya beliau meninggal dunia lebih kurang 48 jam. Ada
kesan calar dan lebam di badan tetapi tiada kesan pecah masuk di
banglo. Terdapat sebuah meja yang terbalik dengan banyak ubat-ubatan
di sekitarnya. Ada kemungkinan beliau jatuh lalu meninggal dunia atau
disamun. Jenazah beliau dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk
bedah siasat
DA T U K S Y E D
A L WI A DA L A H P E N E R I MA G E R A N F U L B R I G H T DA N ME ME G A N G A .
J D R O C K E F E L L E R F E L L OWS H I P. B E L I A U T E L A H D UA
K A L I ME N E R I MA A N U G E R A H S A S T E R A N E G A R A D R A MA , S E R T A 2 0 0 2
A N U G E R A H A R T I S N E G A R A
TAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
ROSDIANAH RASIT
NURHIDAYAH RAMLI
NORAINASAFILA MUSA
NURZAKIRAH MOHD

You might also like