Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1903-1990)

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor
Setar, Kedah pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan anak ke-20 kepada
Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24. Bonda YTM Tunku
ialah Che' Menjalara anak kepada Luang Nara Borirak, Ketua Mataban, di
Thailand.
YTM Tunku memulakan persekolahan rasmi ketika berumur enam tahun,
mula-mula di Sekolah Melayu di Alor Setar, kemudian di Government English
School. Ketika berumur sepuluh tahun YTM Tunku Abdul Rahman telah dihantar
ke Bangkok untuk tinggal bersama kakanda sulungnya YTM Tunku Yusuf dan
belajar di Sekolah Debsurin. Pada tahun 1915, setelah YTM Tunku Yusuf pulang
ke rahmatullah YTM Tunku telah kembali ke Kedah dan meneruskan
persekolahannya di Penang Free School.
YTM Tunku Abdul Rahman telah melanjutkan pengajian di St. Catherine
College, Universiti Cambridge pada tahun 1920 dengan biasiswa Negeri Kedah.
Di sanalah Tunku pertama kali mengalami diskriminasi kaum. Permohonannya
untuk tinggal di dalam kolej itu ditolak disebabkan warna kulit. Kemudian,
setelah diketahui beliau adalah anak raja, beliau ditawarkan tempat tinggal di
kolej itu, tetapi berdasarkan prinsip, beliau telah menolak tawaran itu dan
tinggal di bilik sewa sepanjang kursusnya.
Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang
dan Sejarah dari Universiti Cambridge pada tahun 1925. Pada tahun 1926,
dengan sifat kepimpinan dan semangat kebangsaan yang mula berkobar-
kobar, Tunku telah mengusahakan penubuhan Kesatuan Melayu Great Britain
dan beliau dilantik menjadi Setiausaha pertamanya.
Pada tahun 1947, didorong oleh keazaman yang kuat YTM Tunku Abdul
Rahman ke England untuk menghabiskan pelajarannya di Inns of Court. Beliau
berjaya mendapat kelayakan undang-undang dan pulang ke Kedah. Pada
tahun 1949 YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Ketua Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Kedah dan pada 26 Ogos 1951
YTM Tunku Abdul Rahman telah menggantikan Dato' Onn Jaafar menjadi Yang
di Pertua UMNO.
Semasa menjadi Presiden UMNO, YTM Tunku Abdul Rahman telah
berusaha menyelesaikan masalah politik di Tanah Melayu dengan
mendapatkan kerjasama daripada semua kaum dan hasilnya telah tertubuh
Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA, dan MIC.
Setelah pilihanraya umum yang pertama diadakan di negara ini pada
bulan Julai 1955, di mana Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada jumlah
52 buah kerusi yang dipertandingkan, YTM Tunku Abdul Rahman dilantik
menjadi Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke
London untuk berbincang dengan Kerajaan British bagi mendapatkan
kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Rundingan ini berjaya mendapat
persetujuan British dan tarikh 31 Ogos 1957 telah ditetapkan sebagai tarikh
kemerdekaan.
Pada tahun 1961, dalam satu majlis makan tengah hari dengan
wartawan asing di Singapura, YTM Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan
bahawa Tanah Melayu akan mengadakan satu persefahaman dengan Britain,
Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan negara Malaysia.
Penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak telah diisytiharkan pada 16 September 1963.
Bagaimanapun Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Pada 22 September 1970, YTM Tunku Abdul Rahman dalam keadaan
teramat sedih kerana Tragedi 13 Mei 1969, meletakkan jawatan dan Tun Abdul
Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

You might also like