2014 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cetakan Pertama Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, audio dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia DataPengkatalogan-dalam-Penerbitan
Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum Panduan pengajaran pendidikan muzik Tahun 5 : Kurikulum standard sekolah rendah :
ISBN 978-967-420-050-2 1. Music-Instruction and study. 2, Curriculum Planning. I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 372.87
Pengenalan v Judul Lagu vii
Perincian Tajuk Kecil Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 3 Nyanyian 4 Perkusi 8 Muzik dan Gerakan 12 Rekoder 16 Penghasilan Muzik 28 Apresiasi Muzik 30 Notasi Muzik 34
Amalan Kita 42 Edelweiss 50
CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REPERTOIR LAGU REPERTOIR LAGU
Contoh RPH 61
Maklumat Lagu 64 Kandungan CD 66
68 Penghargaan
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) MAKLUMAT LAGU MAKLUMAT LAGU PENGHARGAAN PENGHARGAAN
Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Muzik Tahun Lima ini telah dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini disediakan sebagai bahan rujukan untuk membantu guru menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah. Buku ini diharapkan dapat membantu guru untuk menterjemahkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pendidikan Muzik.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum mengambil inisiatif mengumpulkan panel-panel terpilih bagi mencurahkan idea untuk menghasilkan Panduan Pengajaran ini. Buku ini mengandungi pelbagai contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid melakukan aktiviti muzik dengan sokongan pelbagai bahan audio.
Panduan Pengajaran ini mengandungi contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Nyanyian Perkusi Muzik dan Gerakan Rekoder Penghasilan Muzik Apresiasi Muzik; dan Membaca dan Menulis Notasi Muzik
Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam buku ini merupakan cadangan. Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti tersebut supaya bersesuaian dengan kesediaan dan kebolehan murid dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan waktu Pendidikan Muzik ialah 30 minit seminggu. Bagaimanapun setiap unit pengajaran direka bentuk mengikut peruntukan masa yang sesuai. Ini bermakna, guru mempunyai waktu fleksibel yang selesa untuk mencapai standard pembelajaran dalam waktu yang diperuntukan untuk setiap unit pengajaran. v
Buku panduan ini dibekalkan dengan CD audio. CD ini mengandungi lagu, muzik iringan dan latihan pendengaran untuk membantu guru mencapai standard pembel aj aran yang di hasrat kan. Namun, l agu-l agu yang di bekal kan merupakan lagu cadangan. Guru boleh memilih dan menggunakan lagu daripada koleksi mereka sendiri yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam penghasilan buku panduan ini. Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Muzik Tahun Lima ini diharap dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
vi
JUDUL LAGU CD/TRACK MUKA SURAT Abang Balik Kampung (Vokal) 03 6 Adikku Sayang (Vokal) 01 5 Amalan Kita 39 48 Edelweiss 47 56 Negaraku Tercinta (Vokal) 09 10
vii
CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aktivi pengajaran dan pembelajaran
3 3 PERINCIAN TAJUK KECIL AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3 Fokus pengajaran dan pembelajaran
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik Tahun 5 Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik Tahun 5 Cadangan Elemen Merentas Kurikulum.
Waktu pengajaran 3 waktu x 30 minit Cadangan Bahan Bantu Belajar
Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik Tahun 5 Cadangan aktiviti.
4 Track 01 Adikku Sayang (Vokal) Track 02 Adikku Sayang (Instrumental) Track 03 Abang Balik Kampung (Vokal) Track 04 Abang Balik Kampung (Instrumental) Track 05 Adikku Sayang (Vokal) + Abang Balik Kampung (Vokal) Track 06 Adikku Sayang + Abang Balik Kampung (Minus one)
Minggu 1 1. Mendengar, menepuk detik dan menyanyi lagu Adikku Sayang. (Track 01 dan 02) Minggu 2 2. Mendengar, menepuk detik dan menyanyi lagu Abang Balik Kampung. (Track 03 dan 04) Minggu 3 3. Menyanyi lagu Adikku Sayang dengan audio vokal Abang Balik Kampung. (Track 03) 4. Menyanyi lagu Abang Balik Kampung dengan audio vokal Adikku Sayang. (Track 01) 5. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A menyanyikan lagu Adikku Sayang, kumpulan B menyanyikan lagu Abang Balik Kampung secara berkembar. Rujuk DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5 Pengalaman Muzikal
1.1 Menyanyi lagu daripada pelbagai repertoir.
Lagu Berkembar
1.1.2 Bernyanyi lagu berkembar.
Elemen nilai murni - Kerjasama. - Yakin pada diri sendiri.
5 Adikku Sayang
Bangun adikku sayang Bawa pukat dan joran Tangkap ikan dan udang Buat jamu hidangan
Adik adikku sayang Nun jauh abang pulang Riang dan rindu hilang Kita keluarga riang
6 ABANG BALIK KAMPUNG
Abang balik kampung Kampung dekat gunung Rumah tepi sungai Kawan hidup damai
Jangan marah marah Abang sayang saya Kalau balik rumah Boleh kita jumpa
7 Adiikku Sayang Abang Balik Kampung LAGU BERKEMBAR Adikku Sayang & Abang Balik Kampung Adikku Sayang Abang Balik Kampung Adikku Sayang Abang Balik Kampung
1.2.1 Memainkan corak irama berdasarkan skor.
- meter Minggu 1 1. Menyanyi sambil menepuk detik lagu Adikku Sayang (Track 01). 2. Murid menepuk corak irama berpandukan kad irama untuk mengiringi lagu. Minggu 2 3. Murid dibahagikan kepada 2- 4 kumpulan. Setiap kumpulan memilih satu jenis alat perkusi dan satu kad irama. 4. Murid memainkan alat perkusi mengiringi lagu Adikku Sayang bermula dari bar yang bertanda ( * ) . (Track 01) 5. Murid memainkan gabungan mana-mana corak irama untuk mengiringi lagu Adikku Sayang bermula dari bar yang bertanda ( * ) mengikut kumpulan. (Track 01) Rujuk DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5 Irama
- meter
Pengalaman Muzikal
1.2 Memainkan alat perkusi. Track 01 Adikku Sayang (Vokal) Elemen kreativiti - Memainkan perkusi dengan pelbagai corak irama.
8
Arahan
1. Murid menepuk corak irama seperti yang terdapat pada kad irama.
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan memilih satu jenis alat perkusi dan satu kad irama bagi mengiringi lagu Adikku Sayang. Mainkan alat perkusi bermula dari bar yang bertanda (*).
Kad irama
Kad irama 1 Kad irama 2 Kad irama 3 Kad irama 4 9
10 Adikku Sayang
Bangun adikku sayang Bawa pukat dan joran Tangkap ikan dan udang Buat jamu hidangan
Adik adikku sayang Nun jauh abang pulang Riang dan rindu hilang Kita keluarga riang
Minggu 1 1. Mendengar rakaman sajak Negaraku Tercinta. (Track 07) 2. Berbincang tentang kesan bunyi yang didengar pada iringan muzik tersebut. (Track 07) 3. Murid membuat pergerakan berdasarkan bunyi yang didengar. Contoh: Bergerak mengikut bunyi air dan helikopter. (Track 07) Minggu 2 4. Murid mencipta kesan bunyi berdasarkan rakaman muzik iringan sajak Negaraku Tercinta. Contohnya menggunakan alat perkusi, perkusi badan dan suara untuk mendapatkan warna ton. (Track 08) Minggu 3 5. Murid mencipta pergerakan kreatif berdasarkan rakaman muzik iringan sajak Negaraku Tercinta.(Track 08) Minggu 4 6. Murid membuat persembahan puisi Negaraku Tercinta sambil membuat pergerakan dan kesan bunyi. (Track 11 dan 12) Rujuk DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5 Pergerakan berdasarkan - warna ton - irama
Pengalaman Muzikal
1.3 Bergerak mengikut muzik.
1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. - warna ton - irama Track 07 Sajak Negaraku Tercinta Track 08 Muzik Iringan Sajak NegarakuTercinta Track 09 Negaraku Tercinta (Vokal) Track 10 Negaraku Tercinta (Instrumental) Track 11 Negaraku Tercinta (sajak + lagu Vokal) Track 12 Negaraku Tercinta (sajak dan lagu Instrumental)
Elemen kreativiti - Mencipta kesan bunyi dan pergerakan.
12
13
Negaraku Tercinta
Kau tanah tumpah darahku Lahir hasil perjuangan bangsa Dahagakan kemerdekaan Yang tak rela bumi dijajah.
31 Ogos tahun 57 sejarah telah dilakar Jalur Gemilang megah berkibar Tersohor dalam acara segala Harum namamu di persada dunia.
Oleh, Khairul Bariah Binti Haroen
Catatan: Semasa pengajaran, guru hendaklah memberi penekanan terhadap aspek aktiviti berikut: i. penghasilan kesan bunyi ii. pergerakan
14 Ge
Ge
Track 13-18 Latihan perlidahan dan penjarian not F Track 19-24 Latihan perlidahan dan penjarian not E Track 25 Latihan perlidahan dan penjarian not F dan E Track 26 Melodi Kaunter 1 (Adikku Sayang) Track 27 Melodi Kaunter 2 (Adikku Sayang) Track 28 Melodi Kaunter 1 dan 2 (Adikku Sayang)
Minggu 1 1. Murid mengenal pasti penjarian not F dan memainkan latihan penjarian not F. (Track 13-18) 2. Murid mengenal pasti penjarian not E dan memainkan latihan penjarian not E. (Track 19-24) Minggu 2 3. Latihan perlidahan, pernafasan dan penjarian not F dan E. (Track 25) 4. Murid mengenal pasti not E dan F pada melodi kaunter 1 dan memainkan melodi kaunter 1 lagu Adikku Sayang. (Track 26) Minggu 3 5. Murid mengenal pasti not E dan F pada melodi kaunter 2 dan memainkan melodi kaunter 2 lagu Adikku Sayang. (Track 27) Minggu 4 6. Murid memainkan kedua-dua melodi kaunter lagu Adikku Sayang dengan iringan muzik.(Track 28) Rujuk DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5 Rekoder: - Penjarian not E dan F - Melodi kaunter
Pengalaman Muzikal
1.4. Memainkan rekoder secara ensembel.
1.4.1 Memainkan not E, F, G, A, B, C dan D dengan ton yang baik. - memainkan not
- penjarian not E dan F - pernafasan - perlidahan ( dengan sebutan tu ) - embouchure - postur
Nilai murni semasa melakukan aktiviti muzik - Bertoleransi semasa melakukan aktiviti muzik - Bertanggungjawab terhadap tugas dan peranan yang diber.
16
17
Tangan kiri Tangan kanan 6 5 4 7
3 2 1 0 Ulangkaji : Asas penjarian rekoder
Penjarian rekoder not F Tangan kiri 0 Tangan kanan 4 1 2 3
18 F
Latihan perlidahan dan penjarian not F
Arahan :
Murid mendengar rakaman CD, menyanyi dengan sebutan perlidahan dan memainkan rekoder. Langkah 1 Murid mendengar rakaman CD
Langkah 2 Murid menyanyi dengan sebutan perlidahan
Langkah 3 Murid memainkan rekoder Latihan 1 : Track 13
Latihan 2 : Track 14
Latihan 3 : Track 15
Latihan 4 : Track 16
Latihan 5 : Track 17
Latihan 6 : Track 18
tu tu tu tu tu-ud tu tu tu tu-ud tu tu tu tu-ud tu tu tu tud tu tu tud tu tu-ud 19
0 1 Tangan kiri Tangan kanan 4 2 3 5 Penjarian rekoder not E
20 E
Latihan perlidahan dan penjarian not E
Arahan :
Murid mendengar rakaman CD, menyanyi dengan sebutan perlidahan dan memainkan rekoder. Langkah 1 Murid mendengar rakaman CD
Langkah 2 Murid menyanyi dengan sebutan perlidahan
Langkah 3 Murid memainkan rekoder Latihan 1 : Track 19
Latihan 2 : Track 20
Latihan 3 : Track 21
Latihan 4 : Track 22
Latihan 5 : Track 23
Latihan 6 : Track 24
21
tu tu tu tu-ud tu tu tu tu-ud tu tu tu tu tu-ud tu tu tud tu tu-ud tu tu tu tud
Latihan
Arahan :
1. Tepuk corak irama skor di bawah. 2. Menyanyi dengan sebutan perlidahan. 3. Memainkan rekoder. 4. Ambil nafas pada permulaan frasa bertanda V. 5. tu_ disebut di pertengahan frasa. 6. tu_ud disebut pada akhir frasa.
NAMA : _______________________________________ KELAS : _______________
Arahan : Hitamkan pada lubang penjarian rekoder not F dan E
26 E F
JENIS-JENIS REKODER Sopranino Soprano Tenor Alto Bass Contra Bass 27
Rujuk DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5 Irama: - Corak irama Penghasilan Muzik
2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif. 2.1.2 Mencipta corak irama mudah.
- meter Track 01 Adikku Sayang (Vokal) Track 03 Abang Balik Kampung (Vokal)
Minggu 1 1. Guru memperkenalkan kad corak irama
meter .
2. Murid menepuk corak irama tersebut. Minggu 2 3. Murid bermain permainan Kotak Beracun dalam kumpulan kecil. (lampiran penghasilan muzik) Minggu 3 4. Murid memainkan ciptaan corak irama untuk mengiringi lagu Adikku Sayang atau Abang Balik Kampung. (Track 01 atau 03)
Elemen kreativiti dan nilai murni - Eksplorasi muzik melalui ciptaan irama yang berbeza-beza. 28
29 Aktiviti Permainan Kotak Beracun
Arahan :
1. Guru menyediakan 4 set kad corak irama. 2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. 3. Murid duduk dalam bulatan mengikut kumpulan masing-masing. 4. Guru memainkan muzik dan murid mengedarkan kotak mengikut pusingan jam. 5. Apabila muzik berhenti, murid terakhir dalam setiap kumpulan yang memegang kotak akan mengambil satu kad irama. 6. Murid tersebut dikehendaki melekatkan corak irama di papan hitam mengikut ruang yang disediakan untuk setiap kumpulan dan menepuk corak irama tersebut. Murid yang lain mengajuk tepukan corak irama mengikut giliran kumpulan masing-masing. 7. Aktiviti 3 hingga 5 diulang semula sebanyak 3 kali tetapi murid kedua dan seterusnya dikehendaki menepuk corak irama dari kad corak irama yang pertama. 8. Murid memainkan ciptaan corak irama kumpulan masing-masing.
Contoh kad irama
Muzik Tradisional Malaysia - Dikir Barat
Apresiasi Muzik 3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir. - Muzik Popular - Muzik Tradisional Malaysia - Muzik Klasik Barat - Muzik Asia
3.1.1 Memberi pendapat tentang muzik yang didengar menggunakan terminologi muzik secara berpandu.
Ciri-ciri muzik : - Alat Muzik ( contoh: alat bertali, tiupan) - Cara Persembahan Track 29 Dikir Barat Track 30 Audio rebana ubi ibu Track 31 Audio rebana ubi anak Track 32 Audio tetawak Track 33 Audio marakas Track 34 Audio canang Rujuk DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5
Minggu 1 1. Mendengar audio Dikir Barat. (Track 29) 2. Bersoal jawab tentang cara persembahan Dikir Barat.
Minggu 2 3. Guru memperkenalkan alat muzik Dikir Barat. (gambar dan audio) - rebana ubi ibu (Track 30) - rebana ubi anak (Track 31) - tetawak (Track 32) - marakas (Track 33) - canang (Track 34) 4. Menamakan alat muzik yang terdapat dalam persembahan Dikir Barat berdasarkan audio yang didengar. (Track 35)
30
Elemen TMK dan kreativiti - Melayari internet untuk mengenal pasti muzik tradisional di Malaysia.
NOTA GURU Dikir Barat merupakan muzik tradisional Malaysia yang popular di negeri Kelantan.
Cara Persembahan Dikir Barat 1. Awak-awak
Awak-awak merupakan kumpulan penyanyi latar dalam Dikir Barat. Awak-awak berperanan sebagai penyanyi korus (beramai-ramai) dalam kumpulan. Mereka menyanyi sambil menggerakkan lengan, tangan dan bahagian atas anggota badan dalam posisi duduk seolah-olah menari mengikut irama muzik. Persembahan ini boleh dimeriahkan dengan tepukan yang kuat.
2. Juara / Tok Juara
Juara / Tok Juara duduk sebaris dengan awak-awak di barisan hadapan. Juara / Tok Juara memulakan lagu, gaya pergerakan seperti zikir dengan lenggok suara yang bebas.
3. Tukang Karut
Tukang Karut merupakan penyanyi utama dan ketua bagi kumpulan Dikir Barat. Tukang Karut bebas bergerak di atas pentas sambil menyanyi.
31
Latihan
NAMA : ____________________________________ KELAS : ________________.
1. Namakan setiap gambar dibawah berdasarkan peranannya dalam persembahan Dikir Barat.
a. ___________________
b. ____________________
c. _________________
2. Penyanyi korus dalam kumpulan Dikir Barat dikenali sebagai _______________________
3. Bagaimanakah lagu dan gaya pergerakan oleh Tok Juara dalam persembahan Dikir Barat?
1. Namakan alat muzik ensembel Dikir Barat berdasarkan gambar di bawah. 2. Tuliskan nombor berdasarkan turutan audio yang didengar. marakas tetawak rebana ubi anak canang rebana ubi ibu 33 GAMBAR NAMA NOMBOR AUDIO
Minggu 1 1. Murid diperkenalkan kepada not E dan F pada baluk. 2. Murid bermain permainan Kuiz Menamakan Not.
Minggu 2 3. Murid diperkenalkan dengan not minim
bertitik .
4. Murid membuat latihan menulis dan menamakan not. 5. Latihan pengukuhan. Rujuk DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5 Not E dan F
Membaca dan Menulis Notasi Muzik
4.1 Membaca dan menulis notasi muzik 4.1.2 Menama dan menulis not E, F, G, A, B, C dan D pada baluk.
E F G A B C D
- Semibrif - Minim Bertitik - Minim - Krocet - Kuaver Kad Baluk Kad Huruf
34
Penciptaan - Mencipta irama berdasarkan kad irama
Permainan Kuiz Menamakan Not
1. Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid ( kad baluk dan kad huruf ).
Contoh kad baluk dan kad huruf:
kad baluk kad huruf
2. Guru menunjukkan kad baluk, murid menjawab dengan menggunakan kad huruf.
3. Guru menunjukkan kad huruf, murid menjawab dengan menggunakan kad baluk.
Catatan:
Guru memperbanyakkan kad huruf dan kad baluk G, A, B, C, dan D. 35
Mata Pelajaran dan Kelas Pendidikan Muzik / Tahun 5 Ikhlas Tajuk Muzik Tradisional Malaysia - Dikir Barat Masa 30 minit Standard Pembelajaran 3.1.1 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid boleh menamakan alat muzik yang terdapat dalam ensembel persembahan Dikir Barat.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mendengar audio Dikir Barat. (Track 29) 2. Mengenal dan menamakan alat-alat muzik yang terdapat dalam ensembel Dikir Barat. 3. Mendengar audio alat muzik ensembel Dikir Barat. (Track 30-34) 4. Mengenal pasti dan menamakan alat muzik ensembel Dikir Barat dari audio yang didengar. 5. Latihan (Track 34) Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Melayari internet untuk mengenal pasti muzik tradisional lain yang terdapat di Malaysia.
Bahan Bantu Belajar Track 29 Dikir Barat Track 30 Audio rebana ubi ibu Track 31 Audio rebana ubi anak Track 32 Audio tetawak Track 33 Audio marakas Track 34 Audio canang
Refleksi (selepas PdP)
39 orang murid dapat mengenal pasti dan menamakan alat muzik Dikir Barat. ( ditulis selepas PdP)
61
MAKLUMAT LAGU
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Nyanyian Judul Lagu : Abang Balik Kampung Track : 03 Lagu dan Lirik : Aishah Akhbar Penyanyi : Nur Ilyana Syuhaidah bte Rosidan Amirah Norshidah bte Nor Azman Susunan Muzik : Bakhtiar Bin Mohd Salleh Recording & Mixing : Rosman bin Adam
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Nyanyian Judul Lagu : Adikku Sayang Track : 01 Lagu dan Lirik : Khalijah Binti Mohamed/Lee Chai Huat/Lee Chong Yern/Zaiton Binti Mohamad Penyanyi : Nor Irfan Fitri bin Azman Susunan Muzik : Bakhtiar Bin Mohd Salleh Recording & Mixing : Rosman bin Adam
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Muzik dan Gerakan Judul Sajak : Negaraku Tercinta Track 07 Lagu dan Lirik : Khairul Bariah Binti Haroen Penyajak : Mior Sharul Nizal Bin Mior Ismail Susunan Muzik : Bakhtiar Bin Mohd Salleh Recording & Mixing : Osman Bin Ibrahim
64
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Muzik dan Gerakan Judul Lagu : Negaraku Tercinta Track : 09 Lagu dan Lirik : Khairul Bariah Binti Haroen / Mohd Fazil Bin Musa Penyanyi : Nur Syahera bte Punawi Amirah Norshidah bte Nor Azman Nor Irfan Fitri bin Azman Susunan Muzik : Bakhtiar Bin Mohd Salleh Recording & Mixing : Rosman bin Adam
Judul Lagu : Amalan Kita Track : 42 Gubahan Rekoder dan Perkusi : Khalijah Binti Mohamed/Lee Chai Huat/Lee Chong Yern/Susie Khor/ Khairul Bariah Binti Haroen Susunan Muzik : Bakhtiar Bin Mohd Salleh Recording & Mixing : Osman Bin Ibrahim
Judul Lagu : Edelweiss Track : 50 Gubahan Rekoder dan Perkusi : Chan Kit Yip/Khalijah Binti Mohamed/Lee Chai Huat/Lee Chong Yern/Susie Khor/Khairul Bariah Binti Haroen Susunan Muzik : Bakhtiar Bin Mohd Salleh Recording & Mixing : Osman Bin Ibrahim
65
TRACK JUDUL LAGU 01 Adikku Sayang (Vokal) 02 Adikku Sayang (Instrumental) 03 Abang Balik Kampung (Vokal) 04 Abang Balik Kampung (Instrumental) 05 Adikku Sayang + Abang Balik Kampung (Vokal) 06 Adikku Sayang + Abang Balik Kampung (Minus one) 07 Sajak Negaraku Tercinta 08 Muzik Iringan Sajak Negaraku Tercinta 09 Negaraku Tercinta (Vokal)
10 Negaraku Tercinta (Instrumental)
11 Negaraku Tercinta (Sajak dan Lagu)
12 Negaraku Tercinta (Sajak dan Lagu Instrumental)
13-18 Latihan perlidahan dan penjarian not F 19-24 Latihan perlidahan dan penjarian not E 25 Latihan perlidahan dan penjarian not F dan E 26 Adikku Sayang (Melodi Kaunter 1) 27 Adikku Sayang (Melodi Kaunter 2) 28 Adikku Sayang (Melodi Kaunter 1 + 2) 29 Dikir Barat 30 Audio rebana ubi ibu 31 Audio rebana ubi anak 66
TRACK JUDUL LAGU 32 Audio tetawak 33 Audio marakas 34 Audio canang 35 Audio soalan Dikir Barat 36 Amalan Kita Rekoder 1 37 Amalan Kita Rekoder 2 38 Amalan Kita Rekoder 1 + 2 39 Amalan Kita Perkusi 1 40 Amalan Kita Perkusi 2 41 Amalan Kita Perkusi 3 42 Amalan Kita Rekoder + Perkusi 43 Amalan Kita Minus one 44 Edelweiss Rekoder 1 45 Edelweiss Rekoder 2 46 Edelweiss Rekoder 1 + 2 47 Edelweiss Perkusi 1 48 Edelweiss Perkusi 2 49 Edelweiss Perkusi 3 50 Edelweiss Rekoder + Perkusi 51 Edelweiss Minus one
67
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha murni menyediakan buku Panduan Pengajaran Pendidikan Muzik Tahun Lima ini.
Antara pihak yang terlibat:
Guru-guru Pensyarah Universiti Pendidikan Guru Malaysia Pensyarah Universiti Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (penyanyi) IPGM Kampus Temgnggong Ibrahim, Johor Bahru (rakaman lagu) 68