Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 8
DAN 9


KEPELBAGAIAN TUMBUHAN DAN KEPELBAGAIAN HAIWAN


1.1 Sinopsis

Tajuk ini membincangkan tentang Kekayaan Spesis, Kesamarataan Spesis,
Mengukur Kepelbagaian Spesis dan Ujikaji dalam Kurikulum Sekolah Rendah.
Kekayaan spesies adalah bilangan sebenar jenis-jenis spesis yang berbeza yang
terdapat dalam alam ini. Keserasian (kesamarataan) spesis ialah perbezaan
jumlah jenis spesis dengan spesis yang lain dalam sesuatu persekitaran.
Kesamarataan spesis boleh diukur dengan indeks keserasian Pielou.
Kepelbagaian spesies mengambil kira kedua-dua kekayaan spesies dan
kesamarataan (keserasian) spesies. Untuk mengukur kepelbagaian spesis kita
mestilah terlebih dahulu memahami dua komponen yang berbeza iaitu kekayaan
spesis dan kelimpahan spesis. Kepelbagaian spesis boleh diukur menggunakan
indeks Shannon-Wiener Indeks (H) , Simpsons Index () dan Indeks persamaan.

1.2 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:
i. Memahami tentang konsep kekayaan spesis
ii. Memahami tentang konsep kesamarataan (keserasian) spesis
iii. Boleh mengukur kepelbagaian spesis
iv. Melaksanakan amali 4.

1.3 Konsep Kekayaan Spesis Tumbuhan dan Haiwan

Kekayaan spesies tumbuhan atau haiwan adalah bilangan jenis spesis
tumbuhan atau haiwan yang berbeza. Kekayaan spesis hanya kiraan jenis spesis
sahaja bukannya bilangan individu dalam spesis. . Sebaliknya, kepelbagaian spesis
mengambilkira kedua-dua kekayaan spesies dan kesamarataan (keserasian) spesis .
Kekayaan spesis tumbuhan atau haiwan sering digunakan sebagai kriteria apabila
menilai kaedah pemuliharaan habitat tumbuhan dan haiwan secara relatif . Walau
bagaimanapun, kekayaan spesis tumbuhan dan haiwan tidak boleh menggambarkan
identiti spesis tumbuhan atau haiwan itu sendiri. Satu kawasan yang mempunyai
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

banyak individu spesis di mana kekayaan spesies adalah sama, dianggap mempunyai
nilai pemuliharaan yang lebih tinggi daripada kawasan lain.
1.4 Konsep Kesamarataan (Keserasian) Spesis Tumbuhan dan Haiwan

Keserasian (kesamarataan) spesis merujuk kepada jumlah antara spesis yang
tidak jauh berbeza dalam persekitaran. Ini juga boleh ditakrifkan sebagai indeks
kepelbagaian . Contohnya, jika satu komuniti terdapat 40 ekor musang dan 1000 ekor
anjing, komuniti tersebut kurang kesamarataan spesis. Tetapi jika terdapat 40 ekor
musang dan 42 ekor anjing, kesamarataan spesis adalah tinggi.
Keserasian spesis dalam komuniti boleh diwakili oleh indeks keserasian Pielou:

Jika adalah bilangan yang diperolehi dari indeks kepelbagaian Shannon dan
adalah nilai maksimum , Bersamaan dengan:















Di mana ; J ' dihadkan antara 0 dan 1 jika perbezaan antara
spesis kurang. Jika J ' yang lebih tinggi guna indeks
keserasian Hurlburt di mana
S adalah jumlah bilangan spesies.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.5 Mengukur Kepelbagaian Spesis

Untuk mengukur kepelbagaian spesis tumbuhan atau haiwan kita mestilah
terlebih dahulu memahami dua komponen yang berbeza iaitu kekayaan spesis dan
kelimpahan spesis.

1.5.1 Definisi
.:
a. i. Kekayaan spesis = Pelbagai spesis atau bilangan spesis yang berbeza
(atau genera, keluarga, dan lain-lain).
ii. Kelimpahan spesis = kelimpahan relatif spesies
b. Kekayaan spesis = indeks berdasarkan bilangan spesis
i. Kekayaan spesis berangka = bilangan spesies setiap nombor yang
dinyatakan individu
ii. Kepadatan spesis = bilangan spesies seunit
c. Spesis = Kelimpahan atau kesamarataan (keserasian)
Menerangkan kelimpahan relatif spesis.

1.5.2 Kelebihan Julat Kepelbagaian Komuniti Tumbuhan

a. Kepelbagaian tumbuhan menyediakan sumber makanan kepada
pelbagai spesis serangga dan vertebrata.
b. Kepelbagaian tumbuh-tumbuhan mengandungi beberapa tumbuh-
tumbuhan yang boleh hidup semasa musim kemarau, tahan serangan
oleh serangga dan tahan dari wabak penyakit. jadi kawasan atau habitat
ini mampu melindungi tanah dan foraj dalam beberapa tahun.
c. Kepelbagaian tumbuh-tumbuhan mengandungi pelbagai bahan genetik
yang berguna dalam jangkamasa panjang..
d. Kepelbagaian tumbuhan menambahbaik pengikatan nitrogen tanah
dan menyuburkan tanah.
e. Komuniti tumbuhan yang sihat pada umumnya mempunyai semua
kelebihan dan boleh mengekalkan kekayaan spesis.




SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.5.3 Kelemahan Kepelbagaian Komuniti Tumbuhan

a.. Mendatangkan banyak masalah kepada pengurusan disebabkan perbezaan
spesis tumbuhan. Spesis yang berbeza mempunyai tolerensi ragutan
yang berbeza dan kadar perkermbangan fenologi.
b.. Tidak semua spesis tumbuhan sesuai untuk foraj.
c.. Komuniti manusia seringkali merosakkan habitat spesis pengacau
sedangkan spesis jenis ini banyak menyumbang kepada kekayaan spesis.

1.5.4 Indeks Mengukur Kepelbagaian Spesis

1.5.4.1 Shannon-Wiener Indeks (H ')

i. Indeks yang paling biasa digunakan dalam kajian ekologi
ii. Nilai-nilai antara 0-5, biasanya antara 1,5-3,5.
iii. Kiraan


dimana ; ni = bilangan individu atau jumlah (contohnya
biojisim) setiap spesies
dan N = jumlah individu dalam kawasan
dan ln = nombor log semulajadi .

Kelebihan dan Kekurangan:
(1) Agak mudah untuk mengira
(2) Agak sensitif kepada perbezaan lokasi sebenar
(3) Terdapat beberapa keadaan di mana 'H adalah sama antara lokasi
walaupun pada lokasi yang berlainan.








SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.5.4.2 Simpsons Index () -
i. adalah ukuran yang dominan. Oleh itu , (1-)boleh mengukur kepelbagaian
spesis.
ii. Memberi kebarangkalian mana-mana dua individu yang diambil secara rawak
dari perbezaan komuniti spesis yang sangat besar.

Pengiraan;


Di mana;
ni = Bilangan individu atau jumlah setiap spesis
N = Jumlah individu dalam lokasi.

Kelebihan dan Kekurangan:

(1) Kurang sensitif kepada kekayaan spesies dan banyak wajaran ke arah
spesis yang paling banyak
(2) Secara umumnya kurang sensitif berbanding dengan Shannon-Weiner 'H
1.5.4.3 Indeks Persamaan
i.- Adalah persamaan ukuran antara komuniti berdasarkan kepada komposisi
Spesis di mana ia berguna dalam membandingkan komuniti di bawah
pengurusan yang berbeza dan juga boleh digunakan untuk
membandingkan perubahan komposisi dari masa ke masa (contohnya
menentukan bagaimana komuniti 10 tahun yang lalu ... Jika data wujud)
ii.- Persamaan indeks mengatasi beberapa kelemahan seperti apabila
membandingkan indeks kepelbagaian komuniti yang sangat berbeza yang
tidak bermakna dan indeks Kepelbagaian sering tidak berubah untuk lokasi
dengan spesies yang sama tetapi berbeza lokasi.
iii. Nilai Indeks persamaan terdiri 0-1 dengan nilai yang lebih tinggi
menunjukkan persamaan yang lebih besar



SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.6 Ujikaji dalam Kurikulum Sekolah Rendah

1.6.1 Ujikaji KSSR Tahun 2 (Tumbuhan)
Tujuan:

Murid mengenalpasti jenis tumbuhan di persekitaran mereka. Dalam pembelajaran ini,
murid diperkenalkan kepada perisian pemproses kata (MS Word). Murid akan belajar
bagaimana menghasilkan teks bergambar dalam satu halaman.

Tempoh Masa: 60 minit (2 waktu)

Bahan Pengajaran & Pembelajaran:
1. Gambar tumbuh-tumbuhan.
2. Persembahan MS Power Point tentang jenis tumbuh-tumbuhan di
persekitaran.
3. Modul Pembelajaran murid MS Word.
Kreativiti:
Murid dapat menghasilkan buku skrap digital mengenai tumbuh-tumbuhan
dengan kreatif.

Tugasan:

1. Menyediakan satu folder yang mengandungi pelbagai gambar tumbuh-
tumbuhan. Folder ini diletakkan di dalam folder My Documents.
2. Menyediakan lembaran kerja melabel tumbuhan dan menyimpannya dalam
folder My Documents
3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print Preview. Ini
penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan pembaziran kertas.
4. Mencetak hasil kerja murid bagi mengelakkan kesesakan penggunaan mesin
pencetak.

Cadangan Aktiviti:

1. Menggunakan MS PowerPoint untuk memperkenalkan pelbagai jenis
tumbuh- tumbuhan dalam persekitaran.
2. Memaparkan gambar tumbuh- tumbuhan seperti bunga raya, pokok pisang
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

dan pokok mangga kepada murid.
3. Menyebut nama tumbuh-tumbuhan. Murid mendengar dan mengulang apa
yang guru sebutkan.

Pentaksiran: Kaedah Rubrik

-. Menggunakan borang rubrik yang mengandungi pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dicapai seperti berikut:
-Mengetahui ciri-ciri tumbuhan (pucuk, daun, bunga, buah, dahan, batang
dan akar)
-Melancar MS Word dan Menyisip imej
-Menaip perkataan menggunakan Text Box.
-Menyimpan dokumen


Pemulihan:

Murid yang tidak dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
sepatutnya dicapai akan mempelajari dan membuat kemahiran semula dengan
bimbingan guru atau rakan.

Pengayaan: (Projek Kelas):

1. Murid bekerja secara berpasangan untuk menghasilkan buku skrap digital
mengenai tumbuh-tumbuhan.
2. Murid yang dapat menguasai semua pengetahuan, kemahiran dan nilai
dengan betul akan membuat satu tugasan yang menggunakan pilihan
saiz, fon dan imej yang mereka minati.







SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.6.2 Ujikaji KSSR Tahun 3 (Haiwan)

Tujuan:

Dalam pembelajaran ini murid akan belajar cara untuk menyisip video
melalui folder yang disediakan. Murid juga akan melihat persembahan video
yang mereka sisipkan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang
dicadangkan ialah pembelajaran kontsruktivisme di
mana murid membina sendiri pengetahuan berdasarkan pengalaman.

Tempoh Masa: 60 minit ( 2 waktu )

Kreativiti: Menghasilkan persembahan yang mengandungi video pendek.

Bahan Pengajaran & Pembelajaran :

1. Imej habitat hidup di air dan di darat.
2. Video pendek habitat hidup di air.
3. Modul Pembelajaran Menyisip Video
Nota:
1. Dicadangkan komputer murid dihidupkan terlebih dahulu.
2. Sediakan folder yang mengandungi video pendek
3. Pastikan format video yang sesuai

Cadangan Aktiviti:

1. Tunjukkan satu persembahan slaid yang ada imej statik dan bergerak
(video).
2. Cara menyisip video dari folder My Documents.
3. Menyimpan fail.
4. Melihat persembahan.
5. Keluar dari MS PowerPoint.



SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Pentaksiran

Senarai Semak dalam Kedeah Pemerhatian.

Pemulihan

Guru akan membuat latih tubi kepada murid yang belum menguasai
kemahiran menyisip video.

Pengayaan

Murid menghasilkan satu persembahan MS PowerPoint kreatif yang merangkumi:

1. Teks pelbagai warna dan saiz..
2. Sisipan imej.
3. Menyimpan video.



















SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Amali 4
Mengukur dan Membandingbeza Kepelbagaian
Spesis

Pengenalan:

Pada awal amali kita menguji beberapa kesukaran yang ditemui apabila kita cuba
menempatkan individu-individu ke dalam taburan taxa, atau spesies, berdasarkan
morfologi mereka sahaja. Dalam amali ini kita akan melihat satu contoh , di mana kita
menggunakan morphospecies dari pengumpulan kupu-kupu dari tiga pulau bagi
membuat perbandingan kepelbagaian spesis , dan kemudian membuat beberapa
cadangan berkenaan keutamaan pemuliharaan berdasarkan bandingan. (Apakah dia
morphospecies?)
Membanding Kepelbagaian Spesis Kupu-Kupu Asia Tenggara

Invertebrata seringkali digunakan sebagai penunjuk biodiversiti kerana, secara
takonominya mereka mempunyai banyak spesis, dan secara ekologinya mereka sangat
berguna menentukan jenis-jenis habitat, nich dan dari segi strategi-strategi. Beberapa
kumpulan, seperti kumbang, semut dan kupu-kupu dan juga rama-rama secara
bandingannya mudah digolongkan ke dalam morhospecie dengan hanya
menggunakan ciri-ciri morfologi luaran mereka.

Tugasan
Kupu-kupu dalam amli ini didatangkan dari tiga pulau
iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau
Redang. Ia dibeli oleh Dr.Dale bagi kegunaan mengkaji
perbezaan dalam kepelbagaian spesis yang secara
rasionalnya untuk mengutamakan program
pengembalian ekologi bagi pulau-pulau tersebut.
Terdapat banyak petunjuk kepelbagaian yang boleh dikira dan dibuat perbandingan
dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson (Simpsons Diversity Index).
Baca penerangannya pada akhir amali ini.


SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Pertama, anda mesti susun semua kupu-kupu ke dalam kumpulan-kumpulan.
Gunakan ciri-ciri yang biasa ada pada semua kupu-kupu, tetapi ada
kepelbagaian masing-masing. Sebagai contoh, panjang antena, warna kepak,
tanda corak kepak, saiz abdomen atau thorax atau bentuk dan ciri-ciri lain
yang berguna, tetapi bukan jumlah kaki! Saiz juga bukan ciri-ciri yang baik
untuk digunakan (mengapa?).
Unit operasi taksonomi (operational taxonomic units or OTUs), yang anda
definisikan (kumpulan) boleh diertikan sebagai spesis pecahan Beri nama unik
bagi setiap spesis untuk memudahkan perbincangan.(apa yang dibuat oleh
para taksonomis).
Pertama, ambil satu spesis kupu-kupu, bandingkan dari semua ketiga-tiga
pulau pada masa yang sama, dan warnakan atau tanda semua individu yang
anda fikir dari kumpulan yang sama(spesis). Kemudian ambil spesis kupu-kupu
seterusnya mengikut prosedur., sehingga semua kupu-kupu telah diletakkan
dalam kumpulan masing-masing.
Kedua, kira berapa banyak individu antara setiap spesis dari setiap pulau dan
masukkan nilai ke dalam jadual yang disediakan
Kemudian, kirakan kepelbagaian spesis dari setiap pulaudengan menggunakan
Indeks Simpson D. anda boleh kira secara manual atau guna kalkulator dari
laman web. Terdapat arahan pada akhir amali. Jika anda menggunakan
kalkulator dalam talian (online calculator), anda akan lebih mudah mengira
kekayaan spesis dan kesamarataan spesis.

Laporan Anda
Anda akan berbincang berdasarkan isi-isi dibawah dan laporan bercorak essei (lebih
kurang 600 perkataan). Berikan Tajuk, pengenalan, dan sertakan jadual kekayaan,
kesamarataan dan Nilai D bagi setiap spesis kupu-kupu, dan keutamaan anda untuk
memulihara ketiga-tiga pulau tersebut.



SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Panduan Laporan Anda .

Apakah asas binaan (basic building blocks) atau Unit Operasi Taksonomi
(operational taxonomic units) dari kepelbagaian (biodiversity) ? Terangkan.
Huraikan apakah maksud (1) kekayaan spesis dan (2) kesamarataan spesis.
Pulau manakah paling tinggi , sederhana dan paling rendah kepelbagaiannya?
Pulau yang manakah anda hendak utamakan pemuliharaan? adakah mengikut nilai
kepelbagaian? Apakah faktor-faktor yang boleh anda ambil kita dalam menentukan
keutamaan program pemuliharaan?
Jika kita tidak mempunyai sumber bagi melindungi semua spesis, apakah kriteria
yang boleh digunapakai untuk menentukan usaha-usaha pemuliharaan ini terus
dilakukan?

Tarikh Akhir

Semak fail penilaian bagi menentukan tarikh akhir. Laporan ini meliputi 10% dari
jumlah markah anda.

Rujukan:

Burgman M.A. & Lindenmayer D.B (1998) Conservation Biology for the Australian
Environment. Surrey Beatty & Sons. Chapter 2 What should be conserved ?
sections 2.1-2.5.


SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Jadual 1. Jumlah spesis dan jumlah individu dari setiap spesis bagi tiga pulau
Malaysia. D = Indeks diversiti Simpson. P = kedudukan keutamaan bagi pemulihan; 1=
paling mendesak,2= mendesak, 3=kurang mendesak.

Species Pulau
Sipadan
Pulau Talang-
Talang
Pulau
Redang

















kekayaan spesis
kesamarataan spesis
Index Simpson (D)

Keutamaan untuk
Pemuliharaan







SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Memahami Indeks Diversiti Simpson
Berikut adalah beberapa laman sesawang yang baik untuk menerangkan bagaimana
untuk membandingkan kepelbagaian spesis secara kalkulator dalam talian (online
calculator).
http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm
http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html
Indek Diversiti Simpson adalah untuk mengukur kepelbagaian. Dalam ekologi ia sering
digunakan untuk mengukur biodiversiti dalam sesuatu habitat. ia digunakan untuk
mengira jumlah kehadiran spesis maupun kelimpahan sesuatu spesis.
Kepelbagaian Biologi (Biological Diversity - the great variety of life)
Kepelbagaian biologi boleh diukur dengan banyak cara. Dua faktor utama diambilkira
semasa mengukur kekayaan dan kesamarataan kepelbagaian (diversiti). Kekayaan
adalah ukuran jumlah kehadiran organisma yang berbeza jenis dalam sesuatu
kawasan tertentu. Sebagai contoh, kekayaan spesis adalah jumlah kehadiran spesis
yang berbeza. Walau bagaimanapun diversiti bukan hanya bergantung kepada
kekayaan tetapi juga kepada kesamarataan. Kesamarataan pula membandingkan
persamaan saiz populasi bagi setiap jenis spesis yang ada dalam sesuatu kawasan.
1. Kekayaan Spesis (Species Richness)
Jumlah spesis setiap sampel adalah ukuran bagi kekayaan. Lebih banyak spesis yang
ada dalam satu sampel, menunjukkan sampel itu kaya. Kekayaan spesis sebagai satu
ukuran tersendiri tidak mengambilkira jumlah individu yang ada bagi setiap spesis. Ia
memberikan pemberatan kepada semua spesis di mana individu yang sedikit sama
dengan individu yang banyak. Contohnya satu bunga daisy mempunyai banyak
pengaruh ke atas kekayaan sesuatu kawasan yang mempunyai 1000 bunga
buttercups.
2 . Kesamarataan Spesis (Species Evenness)
Kesamarataan adalah satu ukuran dari bandingan kelimpahan dari spesis yang
berbeza yang membina kekayaan sesuatu kawasan. Sebagai contoh, kita mungkin ada
dua sampel bungaan liar dari lapangan berbeza. Sampel dari lapangan pertama
mengandungi 300 bunga daisy, 335 bunga dandelion dan 365 buttercup. Sampel dari
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

lapangan kedua mengandungi 20 daisy, 49 dandelion dan 931 buttercup (lihat jadual di
bawah). Kedua-dua sampel sama kekayaannya (3 spesis) dan sama jumlah individu
(1000). Bagaimanapun , sampel pertama lebih kesamarataan berbanding dengan
sampel kedua. Ini kerana jumlah individu dalam sampel pertama diserakkan secara
rata antara 3 spesis. Dalam sampel kedua , kebanyakkan individu adalah buttercup,
dengan hanya sedikit daisy dan dandelion yang ada. Oleh itu Sampel 2 kurang
pelbagai (diversiti) berbanding Sampel 1.

Bilangan Individu
Spesis Bungaan Sampel 1 Sampel 2
Daisy 300 20
Dandelion 335 49
Buttercup 365 931
Jumlah 1000 1000

Satu komuniti yang didominasi oleh satu atau dua spesis dikatakan kurang
kepelbagaian (diverse) berbanding satu dari beberapa spesis yang berbeza yang
mempunyai kelimpahan spesis yang sama.
Jika kekayaan spesis dan kesamarataan spesis meningkat, maka kepelbagaian
meningkat .Index Diversiti Simpson mengukur kepelbagaian yang mengambilkira
kedua-dua kekayaan dan kesamarataan.
Jika kepelbagaian meningkat, maka nilai Indek D Kepelbagaian Simpson (Simpsons
Diversity Index D) meningkat..
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Mengira Indeks Diversiti Simpson Secara Dalam Talian

Langkah 1. Hidupkan komputer anda dan susurkan laman web berikut
http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html
Anda akan paparan berikut di skrin.




Langkah 2. Klik pada tag kalkulator
dan perkara berikutnya dipaparkan.




Langkah 3. Pada skrin
terdapat borang
kemasukan data, taip
jumlah individu setiap
spesis kupu-kupu yang
dijumpai dari pulau
pertama. Nilai mesti dijarakkan. Skrin menunjukkan contoh dimana terdapat tujuh
spesis . Spesis pertama 10 individu dan spesis ketujuh 12 individu.


Langkah 4. Klik butang calculate diversity dan kotak keputusan akan dipaparkan
seperti di bawah.
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI



Langkah 5. Dalam jadual 1, rekodkan Nilai D Simpson (2 titik perpuluhan sahaja), Nilai
Kekayaan Spesis dan Kesamarataan Spesis Shannon . Dari contoh di atas D=0.82,
Kekayaan=7 dan Kesamarataan=0.92.

Langkah 6. Ulangi pengiraan bagi dua pulau yang lain.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


Mengira Indek Diversiti Secara Manual

Indek dikira dengan formula berikut:
D = 1/ p
i
2

Dimana p
i


= pecahan kelimpahan spesis i
th
atas pulau. Sebagai contoh jika anda ada
sampel dari dua spesis iaitu 5 individu dari spesis pertama dan 8 individu dari spesis
kedua (jumlah 13 individu)

D = 1 / (5/13)
2
+ (8/13)
2
)
= 1 / (0.38)
2
+ (0.62)
2
)
= 1/(0.52)
D = 1.92
jadi, nilai D meningkat, inilah diversiti.



SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


Contoh Mengira Indek Kepelbagaian Simpson

Spesis Pulau Sipadan Pulau Talang-Talang Pulau
Redang
1. 5 5
2. 8 7
3. 9 2
4. 6

Jumlah individu 22 20
Indek Simpson (D) 2.8 3.6

Pulau Sipadan D = 1/((5/22)
2
+ (8/22)
2
+ (9/22)
2
)
= 1/(0.23)
2
+ (0.36)
2
+ (0.41)
2
)
= 1/(0.05 + 0.13 + 0.17)
= 1/0.35
D = 2.8

Pulau Talang-Talang D = 1/((5/20)
2
+ (7/20)
2
+ (2/20)
2
+ (6/20)
2
)
= 1/(0.25)
2
+ (0.35)
2
+ (0.10)
2
+

(0.30)
2
)
= 1/0.06 + 0.12 + 0.01

+

0.01)
= 1/0.28
D = 3.6

Oleh itu, D = 3.6 lebih besardari D = 2.8 . Kita boleh katakan bahawat Pulau Talang-
Talang mempunyai lebih kepelbagaian (diversity) dari Pulau Sipadan.



SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Kupu-kupu Asia Tenggara
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI



SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

22

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

23


TAJUK 10 PERUBAHAN TREND POPULASI

1.1 Sinopsis
Populasi adal ah semua organisma yang tergolong dalam spesi syang sama
dan hidup dalam kawasan geografi yang sama. Per ubahan t r end popul asi adalah
perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar
kelahiran, kadar kematian, imigrasi dan emigrasi. . Kelahiran menambah individu baru kepada
populasi manakala kematian membuang individu daripada populasi. Begitu juga, imigrasi
menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar (emigrasi) membuang individu. Kadar
pertumbuhan populasi positif apabila pertambahan individu lebih ramai daripada pengurangan
individu. dan adalah sama dengan sifar apabila jumlah individu yang bertambah dan berkurang
adalah sama. Saiz penduduk dikenali sebagai Keupayaan Muatan (K), yang ditentukan oleh faktor-
faktor alam sekitar. Pertumbuhan populasi boleh dimodelkan oleh lengkung geometri (iaitu, lengkung tak
linear), samaada keluk yang berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi
duakali ganda antara setiap jangka masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini dipanggil
pertumbuhan eksponen. Bentuk lengkung pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor: iaitu
saiz populasi permulaan atau awal (N
0
),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadar
di mana populasi berkembang jika ia mempunyai sumber makanan.

1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1.2.1 menyatakan tentang saiz populasi permulaan, Kepadatan Populasi dan
Keupayaan Muatan
1.2.2 memahami tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi
1.2.3 memahami tentang biodiversiti tersembunyi






SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

24

1.3 Saiz Populasi Permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan

Populasi adalah sekumpulan individu dengan ciri-ciri yang sama (spesies) yang hidup
menempati ruang yang sama pada waktu tertentu. Anggota-anggota populasi hidup dalam
habitat yang sama, mempunyai persamaan morfologi, anatomi, dan fisiologi serta mampu
menghasilkan keturunan dan berkembang biak secara bersama. Konsep populasi banyak
dipakai dalam ekologi dan genetik. Para Ekologis memaknakan populasi sebagai unsur dari
sistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli
genetik, menganggap bahawa populasi adalah sebagai satu wadah bagi pertukaran alel-alel
yang dimiliki oleh individu-individu anggotanya. Pergerakan frekuensi alel dalam suatu populasi
menjadi perhatian utama dalam kajian genetik populasi. Sebagai contoh, pada suatu ladang
seluas 200 meter persegi terdapat 800 batang jagung, 500 ekor belalang, 50 ekor jangkrik, 10
ekor burung, dan 3 pokok belimbing. Berdasarkan data tersebut maka di dalam ladang tersebut
terdapat beberapa populasi, yaitu populasi jagung, populasi belalang, populasi jangkrik,
populasi burung, dan populasi belimbing.
Saiz Populasi Permulaan (N
0
) dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu fungsi kesihatan,
penerokaan ruang, diversiti, masalah kesukaran, pemilihan tekanan dan jumlah individu dalam
populasi.


Saiz populasi permulaan (awal) boleh dikira dengan menggunakan pertumbuhan
populasi eksponen seperti berikut :
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

25



Kepadatan populasi adalah hubungan antara jumlah individu dan luas atau isipadu
ruang yang diduduki pada waktu tertentu. Misalnya, pada tahun 1990 Daerah Peringat yang
luasnya 30 km
2
dihuni 100.000 orang, 3.000 ekor kambing, dan 6.000 ekor ayam. Berdasarkan
angka tersebut kepadatan penduduk Daerah Peringat tahun 1990 adalah 100.000 orang/30 km
2

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

26

= 3333 orang per km
2
. Artinya, setiap luas 1 km
2
rata-rata ditempati 3333 orang. Kepadatan
populasi kambing adalah 100/km
2
dan kepadatan populasi ayam adalah 200/km
2
.
Keupayaan Muatan (K) ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung oleh
persekitaran dan bergantung kepada keperluan makanan, habitat , air dan lain-lain yang
terdapat dalam persekitaran. Dalam populasi biologi , Keupayaan Muatan ditakrifkan sebagai
beban maksimum persekitaran, yang berbeza dari konsep keseimbangan populasi. Keupayaan
Muatan merujuk kepada bilangan individu yang boleh disokong di kawasan tertentu dalam had
sumber semulajadi, tanpa memusnahkan alam semula jadi, sosial, budaya dan ekonomi bagi
generasi masa kini dan masa depan.Dalam erti kata lain, Keupayaan Muatan bagi populasi
dikatakan dicapai apabila kestabilan menghampiri nilai maksimum dengan sumber yang terhad
seperti makanan, air dan bekalan. Apabila saiz populasi kecil daripada Keupayaan Muatan,
kadar pertumbuhan populasi adalah positif supaya saiz populasi meningkat .Apabila saiz
populasi lebih besar daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah negatif
supaya saiz populasi berkurang. Pertumbuhan populasi akan berhenti apabila saiz populasi
menyamai Keupayaan Muatan. Keupayaan Muatan mewakili keseimbangan saiz populasi.
Contoh keupayaan muatan ialah seperti contoh dibawah dimana seketul daging hanya boleh
menampung keperluan 6 larva lalat sahaja .


SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

27

1.4 Pertumbuhan Populasi (R)

Pertumbuhan populasi ialah perubahan (peningkatan atau pengurangan) dalam saiz
populasi dari masa ke masa dan diukur sebagai peratusan perubahan dalam bilangan individu
di dalam populasi .Berlaku apabila kadar kelahiran melebihi kadar kematian atau imigrasi
melebihi emigrasi.

Kadar kelahiran> Kadar Kematian = populasi meningkat
Kadar kelahiran <Kadar Kematian = populasi mengecil
Kadar Kelahiran = Kadar kematian = populasi stabil, Keupayaan Muatan tercapai.



1.4.1 Kadar Kelahiran (b)


Kadar kelahiran adalah punca paling penting dalam pertambahan saiz populasi.
Proses: kelahiran, penetasan, percambahan, pembiakan berjantina adalah dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti kesuburan dan kesuburan purata,nisbah jantina di dalam populasi dan
kadar pembiakan dalam populasi.

1.4.2 Kadar Kematian (d)

Merujuk kepada kematian individu-individu dalam populasi. Kematian disebabkan oleh
beberapa faktor seperti kematian fisiologi, faktor-faktor genetik, kematian akibat kemalangan,
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

28

musuh semula jadi, kannibalisma dan kekurangan makanan. Kematian dalam populasi hidupan
liar adalah sukar untuk ditentukan kerana tindakan pemangsa jarang diperhatikan dan
kecepatan kematian akibat penyakit dan perasit..

1.4.3 Imigrasi dan Emigrasi

Imigrasi bermaksud penghijrahan ke dalam sesuatu kawasan kerana mencari
pasangan dan makanan di kawasan baru. Manakala Emigrasi bermaksud penghijrahan keluar
dari satu tempat ke tempat lain. Haiwan liar seperti harimau, serigala dan beruang muda
meninggalkan populasi mereka kerana dihalau oleh induk kerana telah matang ataupun kerana
kekurangan makanan.

1.4.4 Pengiraan Pertumbuhan Populasi


Contoh:
Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan
mengapa saiz populasi akhir berbeza?
Jadual menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi
badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa
(generasi).

Selang masa
(t) = generasi
Populasi Badak A Populasi Badak B
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan, (R)
0 N
0
= 30 N
0
= 20
1 58 1.9 39 2.0
2 123 2.1 82 2.1
3 236 1.9 161 2.0
4 484 2.0 318 2.0
5 955 2.0 643 2.0




SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

29

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai
pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah
bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan
data yang diiberikan.
2. Bentuk graf dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 1.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi badak A,



Populasi badak B,



Soalan

Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat
perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5?
Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan (awal), faktor
pertumbuhan, atau faktor alam sekitar?

Graf menunjukkan bentuk eksponen. Populasi Badak B mempunyai kadar pertumbuhan,
R yang tinggi. Saiz penduduk bagi selang masa ke 5 berbeza bagi kedua-dua populasi badak
disebabkan oleh saiz awal populasi (populasi permulaan). Bilangan saiz populasi awal bagi
badak A sebanyak 30 adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awal badak B dimana hanya
terdapat 20 sahaja. Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi badak B.



SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

30

1.5 Faktor-faktor Yang mempengaruhi Pertumbuhan Populasi

Ada dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi iaitu faktor bersandarkan
kepadatan (Density-dependent factors) dan faktor tidak bersandarkan kepadatan (Density-
independent factors).

Faktor bersandarkan kepadatan (Density-dependent factors) adalah faktor-faktor yang
mengawal pertumbuhan populasi apabila saiz populasi adalah besar seperti makanan dan
bekalan air, cahaya, udara, pemangsa,penyakit, parasit dan ruang wilayah.

Faktor tidak bersandarkan kepadatan (Density-independent factors)ialah tidak
bergantung kepada saiz populasi seperti cuaca , ribut, gempa bumi, kebakaran, banjir dan
pengairan.


1.6 Biodiversiti Tersembunyi
Biodiversiti tersembunyi adalah hidupan yang tidak disedari kepentingan kehadiran
mereka. Terbahagi kepada dua iaitu komponen komuniti dalam tanah dan mikroorganisma
1.6.1 Komponen Komuniti Dalam Tanah
Megiabiota merangkumi vertebrata seperti ular, musang, tikus dan arnab yang
kebanyakannya menggali tanah untuk mencari makanan dan sebagai tempat
perlindungan.
Macrobiota (diameter >2mm) (contoh semut, anai-anai, labah-labah). Akar pokok juga
selalunya dikira sebagai biota tanah.
Mesobiota (diameter 0.1 2.0mm) biasanya tinggal di dalam rongga tanah. Kumpulan
ini kebanyakannya tergolong di bawah arthropoda mikro seperti gegat dan hamama.
Mikrobiota (diameter <0.1mm) terdapat dengan banyaknya, di merata tempat dan terdiri
daripada pelbagai jenis. Mikroflora merangkumi alga, bakteria, fungi, yis yang boleh
mengurai dan kebanyakannya bahan organik. Mikrofauna merangkumi nematod,
protozoa turbelaria, tardigrad dan rotifer.
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

31


1.6.2 Mikroorganisma

Kebiasaannya mikroorganisma dikaitkan dengan penyebab penyakit tetapi hakikatnya
terdapat banyak mikroorganisma yang memberi manfaat kepada manusia. Mikroorganisma
yang berfaedah, dikenali sebagai mikrob berfaedah, memberi banyak kebaikan dalam
pemuliharaan alam sekitar. Kini banyak formulasi mikrob berfaedah dijual secara komersial di
pasaran untuk kegunaan dalam pertanian sama ada sebagai baja biologi, kawalan perosak
tumbuhan, agen pereputan sisa pertanian, bahan nyah bau dan membantu menghadamkan
makanan dalam perut haiwan ruminen. Mikroorganisma menjalankan proses hidup seperti
bernafas, membesar dan bergerak apabila dibekalkan dengan keperluan asas dan persekitaran
yang sesuai.

Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama:
(a) bakteria
(b) virus
(c) fungi
(d) protozoa

1.6.2. 1 Bakteria

Bakteria ialah organisma yang sangat kecil. Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk.
Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya (Rajah 1.1).


Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh.
Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga. Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang
sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi. Bakteria membiak sangat aktif di
tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

32

berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-
birit, sakit kerongkong dan sebagainya.Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai
kuman

1.6.2.2 Virus

Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan
menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya. Virus boleh menjangkiti tumbuhan,
haiwan dan bakteria.Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab
kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.

1.6.2.3 Protozoa


Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria. Protozoa ialah organisma
akuatik.Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria
adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.





SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

33

1.6.2.4 Fungi


Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma. Fungi hidup di
dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.Fungi
membiak daripada spora.Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi.
Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan
mikroskop.Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau
bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.

You might also like