Model Kajian Tindakan - Hana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP

MATEMATIK
SEMESTER 7

5.0 CADANGAN TINDAKAN
5.1 Perancangan tindakan
Model kajian tindakan
Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para
penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis &
McTagart(1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan
berdasarkan gelungan seperti berikut:
i. Mereflek
ii. Merancang
iii. Bertindak
iv. Memerhati
Langkah-langkah tersebut boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.

NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7


Rajah 2: Kerangka kajian

Ujian diagnostik
Ujian pra
Temubual
Sesi pemulihan 1
(penyebut 2-4)
Sesi pemulihan 2
(penyebut 5-7)
Sesi pemulihan 3
(penyebut 8-10)
Ujian pasca
Temubual
NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7

Kajian dimulakan dengan membuat refleksi ke atas isu-isu berbangkit semasa
pengajaran dan pembelajaran lepas iaitu topic pecahan. Seterusnya, pengkaji
memfokuskan kajian kepada masalah pemahaman konsep dalam membandingkan
dua nilai pecahan tak wajar. Selepas menetapkan fokus kajian dan objektif kajian,
pengkaji mula merancang kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid-murid. Bagi meningkatkan kefahaman murid dalam topik
pecahan, pengkaji telah merancang satu kaedah yang dikenali sebagai Magic
Transparent . Pengkaji akan melaksanakan kaedah tersebut kepada murid-murid
dan melakukan pemerhatian sepanjang proses pelaksanaan bagi melihat
keberkesanan tindakan yang dijalankan. Sekiranya, gelungan pertama tindakan ini
tidak berjaya, pengkaji akan mengulang semula gelungan tersebut sehingga objektif
kajian tindakan tercapai.
Berikut adalah empat langkah Model Kemmis & McTagart (1988) yang diikut oleh
pengkaji:
i. Mereflek
Pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik dan pemerhatian bagi
mengenalpasti pemasalahan yang dihadapi oleh murid-murid. Berdasarkan
kepada data yang digunakan pengkaji telah mengenalpasti punca dan sebab
kepada masalah responden dalam menyelesaikan soalan berkaitan
perbandingan dua pecahan tak wajar. Empat responden telah dipilih untuk
dijalankan pemulihan berdasarkan kepada markah mereka melalui ujian
diagnostik. Selepas itu, pengkaji menjalankan ujian pra bagi mengenalpasti
pencapaian mereka berkaitan tajuk yang dipilih. Pengkaji mendapati
NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7

responden tidak tahu sifir yang perlu dipilih untuk menyamakan kedua-dua
penyebut pecahan tak wajar tersebut. Di samping itu, responden turut
menyatakan mereka tidak yakin dan tidak memahami konsep membanding
nilai dua pecahan tak wajar.
ii. Merancang
Pengkaji telah merancang satu kaedah dalam membantu responden
meningkatkan kemahiran mereka dan kefahaman dalam membanding dua
nilai pecahan tak wajar. Kaedah ini dikenali sebagai Magic Transparent di
mana ia menggunakan kertas transparensi untuk menunjukkan gambaran
yang lebih jelas tentang pecahan tak wajar.
iii. Bertindak
Kaedah Magic Transparent ini diperkenalkan kepada responden sebagai
sesi pemulihan setelah ujian pra dilaksanakan.
Kaedah Magic Transparent
Pengkaji akan memberikan kertas soalan kepada setiap responden. Sebagai
contoh antara

dengan

yang mana lebih besar. Setiap responden akan


diberikan empat keeping kertas A4 dan empat keping kertas transparensi.
Responden perlu melukis pecahan

menggunakan dua kertas A4 dan


memasukkan ke dalam kotak yang disediakan. Kemudian, dengan
menggunakan dua kertas transparensi responden perlu melukis pecahan


dan melorekkan tiga bahagian. Kemudian, kerats transparensi tersebut
dimasukkan ke dalam kotak yang sama di bahagian yang telah disediakan
agar kedua-dua kertas A4 dan kertas transparensi tersebut bertindih. Akhir
NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7

sekali murid-murid perlu mengira berapa bahagian yang bertindih sebagai
penyebut dan bahagian berlorek sebagai pengangka. Responden akan
mendapati pecahan yang dikira adalah

. Dengan menggunakan kertas yang


selebihnya, responden perlu mengulang semula di mana kertas A4 putih
dilukis pecahan

dan kertas transparensi dilukis

dilorekkan. Kemudian,
menggunakan kotak yang disediakan,responden perlu memasukkan kedua-
dua kertas secara bertindih dan mengira bahagian yang berlorek. Melalui
jawapan yang responden dapati, mereka perlu menulis jawapan di kertas
soalan yang diberi.
Kaedah Ilustrasi Berdasarkan Magic Transparent
Pengkaji memberikan kertas soalan yang telah dibahagikan kepada dua
bahagian seperti rajah di bawah:

Which is bigger between

and

?
1)





2)





NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7


Cara menjawab:

Which is bigger between

and

?
1)





2)





Pengkaji akan menunjukkan cara menjawab seperti di atas di mana garis
putus-putus adalah untuk menunjukkan pecahan yang ingin dilorek manakala
garis panjang adalah pecahan yang lagi satu. Untuk nombor satu, garis
putus-putus adalah untuk

dan garis panjang adalah untuk

seterusnya,
untuk nombor dua, garis putus-putus adalah untuk

dan garis panjang


adalah untuk

Kemudian, responden perlu mengira bilangan yang dibahagi


sebagai penyebut dan bilangan yang berlorek sebagai pengangka. Akhir
sekali, responden perlu menandakan tanda ( / ) pada jawapan yang betul.
/
NURHANA FIRHANI BINTI ABDUL AZIS PISMP
MATEMATIK
SEMESTER 7

Setelah responden menyelesaikan kaedah ilustrasi, responden akan
mendapati bahawa jawapannya adalah sama. Pengkaji akan membuat
pemerhatian terhadap responden semasa menjalankan kedua-dua kaedah
yang diajar.
iv. Memerhati
Pengkaji membuat pemerhatian terhadap sikap responden semasa menjawab
soalan-soalan dalam ujian pasca samada mereka yakin mahupun tidak.
Melalui pemerhatian yang dibuat, pengkaji akan membuat analisis yang
berkaitan.

You might also like