Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1

1. PENGENALAN KLINIK KESIHATAN TEBAKANG


1.1 : LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN TEBAKANG
Klinik Kesihatan Tebakang merupakan sebuah klinik yang terletak di
Daerah Serian. Klinik ini terletak kira-kira 16 kilometer dari Bandar Serian.
Klinik ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Haji Sulaiman Haji Daud pada tanggal 13
September 1977. Kini, klinik ini telah dihubungkan dengan jalan raya berturap
bagi memudahkan penduduk kampung untuk datang mendapatkan rawatan di
klinik. Bekalan air bersih yang dirawat dan bekalan elektrik turut disalurkan ke
klinik ini. Klinik ini telah diselia oleh Penolong Pegawai Perubatan U32, Encik
Febrie Amot Anak Collin. Secara keseluruhannya, Klinik Kesihatan Tebakang
mempunyai 15 orang kakitangan kesihatan.

Gambarajah 1.1 : Klinik Kesihatan Tebakang, Sarawak.

2

1.2 : KAWASAN OPERASI KLINIK KESIHATAN TEBAKANG
Kawasan operasi Klinik Kesihatan Tebakang merangkumi 25 buah
kampung. Di dalam radius kurang daripada 5 kilometer, terdapat 7 buah
kampung yang berada di dalam kawasan operasi Klinik Kesihatan Tebakang,
manakala 18 buah kampung yang lain berada di dalam kawasan radius lebih
daripada 5 kilometer. Terdapat 9 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah
menengah yang berada di bawah penyeliaan Klinik Kesihatan Tebakang.
Selain itu, Wakil Kesihatan Kampung (WKK) turut dilantik di 16 buah
kawasan kampung, manakala 10 buah kampung mempunyai Pasukan
Kesihatan Kampung (VHT). Berdasarkan kajian yang dijalankan, majoriti
penduduk kampung yang berada di bawah penyeliaan Klinik Kesihatan
Tebakang menjalankan pekerjaan sara diri atau aktiviti pertanian.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penanaman lada hitam, padi dan
getah. Selain itu, ada juga sebilangan penduduk yang bekerja di sektor
perkhidmatan awam, perniagaan, pekerja swasta, separuh kerajaan dan
badan berkanun. Tinjauan yang dijalankan menunjukkan populasi penduduk
yang diselia oleh Klinik Kesihatan Tebakang dianggarkan seramai 11,656
orang penduduk.




3

Berikut merupakan populasi penduduk mengikut kaum yang berada di
bawah seliaan Klinik Kesihatan Tebakang :-


Carta 1.1 : Populasi Penduduk Mengikut Kaum Di Daerah Tebakang.

Berdasarkan carta pai di atas, seramai 10,257 orang penduduk terdiri
daripada kaum Bidayuh, manakala populasi kaum Melayu dianggarkan
seramai 1,028 orang penduduk. Penduduk berbangsa Cina pula merangkumi
229 orang atau 2%, manakala lain-lain kaum yang berada di bawah kawasan
operasi Klinik Kesihatan Tebakang dianggarkan seramai 152 orang sahaja.

1.3 : UNIT DAN PERKHIDMATAN DI KLINIK KESIHATAN TEBAKANG
Klinik Kesihatan Tebakang mempunyai empat buah unit yang
bertanggungjawab bagi memantapkan lagi sistem kesihatan di daerah
88%
9%
2%
1%
Bilangan Populasi Penduduk Mengikut Kaum di
Daerah Tebakang
Bidayuh Melayu Cina Lain-Lain
4

Tebakang. Antara unit yang ditubuhkan ialah Unit Jabatan Pesakit Luar
(OPD), Unit Kesihatan Ibu dan Anak (MCH), Unit Bekalan Air dan Kesihatan
Alam Sekitar (BAKAS) dan Unit Kesihatan Bergerak (VHT).
Di bawah unit ini, terdapat 13 buah unit kecil yang ditubuhkan.
Antaranya ialah Jagaan Ibu Mengandung (MCH), Kesihatan Alam Sekitar,
Kesihatan Sekolah, Pasukan Kesihatan Kampung, Pendidikan Kesihatan,
Pengumpulan data, Kesihatan Mental, Latihan Paramedik, Wakil Kesihatan
Kampung (WKK), Panel Penasihat Kesihatan (PPK), Klinik SIHAT, Program
Warga Tua dan Program Doktor Muda.












5

2. PENGENALAN LAPORAN EPIDEMIOLOGI
2.1 : TAJUK LAPORAN EPIDEMIOLOGI
Sebelum pemilihan tajuk laporan epidemiologi dilakukan, saya dan ahli
kumpulan telah mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti tajuk yang
sesuai untuk mengelakkan percanggahan tajuk sesama ahli kumpulan.
Setelah meneliti data dan statistik bulanan serta tahunan penyakit yang kerap
berlaku di Klinik Kesihatan Tebakang, saya telah memilih untuk membuat
laporan mengenai konjunktivitis. Konjunktivitis merupakan penyakit berjangkit
ketiga tertinggi di Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010.

2.2 : PENGENALAN KONJUNKTIVITIS
Konjunktivitis merupakan sejenis penyakit berjangkit inflamasi pada
mata yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat tempatan. Penyakit
ini boleh menyerang seseorang individu tanpa mengira usia, jantina, bangsa
dan agama. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan konjunktivitis?
Menurut Allegrante (2003), konjunktivitis didefinisikan sebagai inflamasi
yang berlaku pada lapisan konjunktiva mata. Inflamasi ini berlaku disebabkan
oleh jangkitan bakteria, jangkitan virus, iritasi bahan kimia dan reaksi alergi
pada mata. Antara tanda dan simptom penyakit ini ialah kemerahan pada
mata, discaj mukopurulen atau purulen dari mata, kegatalan pada mata, mata
terasa berpasir, kepedihan pada mata, kebengkakan pada kelopak mata dan
sensitif terhadap cahaya (fotofobia jika kornea terlibat). Penyakit ini boleh
terjadi pada sebelah mata atau kedua-dua bahagian mata.
6

Oleh sebab itu, diharapkan agar penyediaan laporan epidemiologi ini
dapat membantu sedikit sebanyak masyarakat tempatan dalam mengenali
tanda dan simptom konjunktivitis serta kepentingan untuk mendapatkan
rawatan dengan segera. Rawatan yang betul, tepat dan segera dapat
mengurangkan komplikasi-komplikasi yang boleh memudaratkan kesihatan
mata yang boleh menjejaskan aktiviti kehidupan harian seseorang individu.














7

3. DATA DAN STATISTIK


Graf 1.1 : Jumlah Kes Konjunktivitis Berdasarkan Kumpulan Umur dan
Jantina di Klinik Kesihatan Tebakang Pada Tahun 2010.

Graf 1.1 menunjukkan jumlah kes konjunktivitis berdasarkan
kumpulan umur dan jantina yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit
Luar, Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010. Kes konjunktivitis didapati
kerap berlaku di kalangan golongan berumur 20 59 tahun, iaitu seramai 126
orang. Golongan berumur 10 19 tahun pula mencatatkan kadar kes kedua
tertinggi iaitu seramai 116 orang. Selain itu, seramai 89 orang golongan
berumur di bawah 10 tahun dijangkiti konjunktivitis, sekaligus mencatat kes
konjunktivitis ketiga tertinggi pada tahun 2010. Golongan berumur melebihi 60
< 10 Tahun 10-19 Tahun 20-59 Tahun > 60 Tahun
Lelaki 46 57 61 10
Perempuan 43 59 65 10
-
10
20
30
40
50
60
70
B
i
l
a
n
g
a
n

P
e
s
a
k
i
t

Jumlah Kes Konjunktivitis Berdasarkan Kumpulan Umur dan
Jantina Di Klinik Kesihatan Tebakang Pada Tahun 2010
8

tahun mencatatkan kes terendah iaitu seramai 20 orang sahaja. Secara
keseluruhan, kes konjunktivitis di Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010
ialah seramai 351 kes.
Bagi jumlah kes berdasarkan jantina, golongan wanita berumur 20
59 tahun mencatatkan kes tertinggi iaitu seramai 65 orang, diikuti golongan
berumur 10 19 tahun yang mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu seramai 59
orang. Seramai 43 orang golongan berumur di bawah 10 tahun dijangkiti
konjunktivitis, diikuti golongan berumur melebihi 60 tahun yang mencatatkan
kes terendah bagi golongan wanita iaitu seramai 10 orang sahaja.
Bagi golongan lelaki, golongan berumur 20 59 tahun mencatatkan
kes tertinggi iaitu seramai 61 orang. Seramai 57 orang dijangkiti konjunktivitis
bagi golongan berumur 10 19 tahun, sekaligus mencatatkan kes kedua
tertinggi bagi kaum lelaki pada tahun 2010. Selain itu, golongan berumur di
bawah 10 tahun mencatatkan kes ketiga tertinggi iaitu seramai 46 orang,
diikuti seramai 10 orang sahaja yang dijangkiti konjunktivitis bagi golongan
berumur melebihi 60 tahun, sekaligus mencatatkan kes terendah bagi
golongan lelaki pada tahun 2010.





9


Carta 1.2 : Bilangan Pesakit Luar Mengikut Etnik Yang Mendapatkan
Rawatan Di Klinik Kesihatan Tebakang Pada Tahun 2010.

Carta pai 1.2 di atas menunjukkan bilangan pesakit luar mengikut etnik
yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan
Tebakang pada tahun 2010. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, golongan
etnik Bidayuh mencatatkan kedatangan yang tertinggi iaitu seramai 8,414
orang. Golongan etnik Melayu pula mencatatkan kedatangan kedua tertinggi
iaitu seramai 1,826 orang. Golongan etnik Cina pula mencatatkan kedatangan
ketiga tertinggi iaitu seramai 231 orang, diikuti seramai 45 orang etnik Iban
yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010 .
Lain- lain golongan etnik Peribumi Sarawak pula mencatatkan kedatangan
terendah iaitu seramai 2 orang sahaja.
Secara amnya, etnik Bidayuh mencatatkan kadar kedatangan yang
tertinggi kerana majoriti masyarakat tempatan yang berada di bawah seliaan
Klinik Kesihatan Tebakang berbangsa Bidayuh. Melalui jumlah kedatangan
20%
2%
77%
1% 0%
Bilangan Pesakit Luar Mengikut Etnik Yang
Mendapatkan Rawatan Di Klinik Kesihatan Tebakang
Pada Tahun 2010
Melayu Cina Bidayuh Iban Lain-Lain
10

pesakit seramai 10,518 orang yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit
Luar, Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010, seramai 351 orang pesakit
telah didiagnos sebagai konjunktivitis. Statistik ini menunjukkan konjunktivitis
merupakan penyakit berjangkit ketiga yang kerap berlaku di Klinik Kesihatan
Tebakang.
Melalui statistik ini, kadar kes konjunktivitis masih boleh dikawal
daripada terus menular. Di samping itu, statistik ini juga menyarankan
kakitangan kesihatan di Klinik Kesihatan Tebakang agar aktiviti pencegahan
dan kawalan konjunktivitis dapat dipertingkatkan lagi melalui aktiviti-aktiviti
kesedaran seperti pendidikan kesihatan, amalan penjagaan kebersihan diri
dan rawatan yang sesuai.










11

4. PERBINCANGAN
4.1 : PENYEBAB KES KONJUNKTIVITIS
Penyakit konjunktivitis atau penyakit mata merah bagi istilah tempatan
merupakan penyakit berjangkit yang sering menjangkiti masyarakat zaman
kini tanpa mengira umur, bangsa, jantina dan agama. Konjunktivitis
merupakan inflamasi pada mata yang berlaku pada lapisan konjunktiva
disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti jangkitan bakteria, jangkitan
virus, iritasi bahan kimia dan kesan alergi. Data dan statistik yang diperoleh
daripada Klinik Kesihatan Tebakang digunakan sebagai garis panduan bagi
menerangkan faktor-faktor penyebab perebakan jangkitan ini di kalangan
penduduk tempatan.
Berdasarkan kajian dan tinjauan yang dilakukan, kes konjunktivitis
berlaku disebabkan oleh kekurangan amalan kebersihan diri di kalangan
masyarakat tempatan. Konjunktivitis boleh menjangkiti seseorang melalui
sentuhan secara langsung dan tidak langsung. Amalan perkongsian tuala,
pakaian, alat solek dan barangan peribadi boleh memudahkan transmisi
jangkitan ini. Selain itu, amalan pencucian tangan yang seringkali diabaikan
turut menjadi faktor penyebab jangkitan dan penularan kes konjunktivitis.
Selain itu, kurang pendedahan terhadap penyakit konjunktivitis
merupakan salah satu faktor penyebab berlakunya penyebaran kes ini di
kalangan penduduk setempat. Hal ini kerana majoriti penduduk di sekitar
daerah Tebakang bekerja dalam aktiviti pertanian. Setiap hari, mereka
seringkali terdedah pada alam sekitar seperti tanah, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan. Amalan pencucian tangan yang tidak betul selepas
12

melakukan aktiviti bertani, malah ada sebilangan penduduk yang tidak
mencuci tangan seringkali mencetuskan jangkitan ini pada mata sehingga kes
konjunktivitis berlaku. Tambahan pula, ada sebilangan daripada penduduk
tempatan yang kurang berpengetahuan dan buta huruf. Ada juga sebilangan
penduduk yang menggunakan kaedah secara tradisional seperti menitiskan
air urin pada mata yang mengalami infeksi konjunktivitis. Mereka juga kurang
mengetahui bagaimana penyakit konjunktivitis merebak, rawatan dan
pengurusan yang bersesuaian serta langkah-langkah pencegahan yang tepat
bagi mengelakkan kes konjunktivitis daripada berlaku.
Di samping itu, amalan penjagaan mata yang kurang dititikberatkan
seringkali mencetuskan reaksi alergi ke atas mata. Penggunaan alat-alat
solek dan kanta mata yang kurang bersesuaian seringkali mencetuskan
konjunktivitis. Hal ini boleh memudaratkan keadaan mata sekiranya dibiarkan
berterusan. Iritasi bahan kimia pada mata turut mencetuskan kes
konjunktivitis. Penggunaan bahan-bahan kimia seperti sabun, pencuci muka
dan syampu yang mengenai mata turut menyebabkan kes konjunktivitis.

4.2 : PENCEGAHAN DAN KAWALAN KES KONJUNKTIVITIS
Jangkitan kes konjunktivitis dapat dielakkan sekiranya pencegahan
dan kawalan yang tepat dapat dilakukan. Antaranya ialah menitikberatkan
amalan pencucian tangan yang betul. Selain itu, perkongsian barangan
peribadi seperti tuala, pakaian dan alat solek perlu dielakkan kerana ini boleh
menyebabkan jangkitan pada mata berlaku secara tidak langsung.
13

Penggunaan alat solek dan kanta mata yang sesuai juga penting bagi
mengelakkan tercetusnya reaksi alergi pada mata.
Di samping itu, tindakan dan pengurusan yang tepat perlu dilakukan ke
atas mata sekiranya mata mengalami kontek terhadap bahan kimia seperti
sabun, bahan pencuci muka dan syampu. Pencucian mata di bawah aliran air
yang bersih secara berterusan selama 5 hingga 10 minit amat digalakkan
sebagai tindakan awal sekiranya mata mengalami kontek dengan bahan
kimia.
Sekiranya jangkitan berlaku, pesakit dinasihatkan agar mendapatkan
rehat yang mencukupi dan elakkan berada di tempat awam. Hal ini kerana
konjunktivitis amat mudah menjangkiti individu yang lain sekiranya berlaku
sentuhan secara langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, rawatan dan
pengurusan yang bersesuaian juga perlu dilakukan bagi mengelakkan
komplikasi lewat yang tidak diingini berlaku ke atas mata.

4.3 : RAWATAN KONJUNKTIVITIS
Konjunktivitis yang dicetuskan oleh jangkitan bakteria dapat
dikenalpasti melalui penghasilan discaj mukopurulen oleh mata yang
dijangkiti. Penggunaan antibiotik berspektra luas seperti titisan dan salap
Chloramphenicol 1% diberikan bagi membunuh dan merencat pembiakan
bakteria di mata yang dijangkiti. Namun, ada juga kes konjunktivitis yang
dapat pulih secara semulajadi tanpa rawatan dalam tempoh 2 hingga 5 hari.
14

Konjunktivitis yang dicetuskan oleh jangkitan virus dapat dikenalpasti
melalui penghasilan cecair discaj yang jernih. Jangkitan yang disebabkan
oleh virus tidak mempunyai rawatan yang spesifik. Pesakit kebiasaannya
diberikan rawatan secara simptomatik seperti demahan sejuk ke atas mata.
Selain itu, pesakit juga tidak digalakkan menyentuh mata yang mengalami
infeksi untuk mengelakkan jangkitan daripada berlaku secara langsung dan
tidak langsung.
Selain itu, konjunktivitis yang dicetuskan oleh reaksi alergi
kebiasaannya diberikan anti-histamin seperti Tablet Chlorpheniramine
Maleate 4mg. Selain itu, penggunaan steroid seperti Dexamethasone 0.5%
turut dititiskan ke atas mata sekiranya mata mengalami konjunktivitis yang
teruk.
Di samping itu, konjunktivitis yang dicetuskan oleh iritasi bahan kimia
perlu menjalani prosidur irigasi mata. Penggunaan Normal Saline 0.9% atau
aliran air yang bersih amat digalakkan bagi mencuci mata yang mengalami
infeksi. Pesakit dinasihatkan agar tidak menyentuh mata bagi mengelakkan
kemudaratan ke atas mata, sekaligus mengelakkan jangkitan ke atas mata
yang normal.

4.4 : CADANGAN / SYOR
Di Malaysia, ada pelbagai lagi usaha, inisiatif dan komitmen yang perlu
dipertingkatkan lagi bagi membuka minda dan pandangan masyarakat
mengenai penyakit konjunktivitis. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh
15

dilakukan, khususnya bagi membantu masyarakat luar bandar dalam
mendapatkan maklumat yang betul dan berguna mengenai penyakit ini.
Berikut merupakan cadangan-cadangan yang boleh dipraktikkan di peringkat
komuniti. Antaranya ialah :-

1. Kempen
Kempen kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dan
Kementerian Penerangan perlu mengadakan kempen untuk
memberi maklumat kepada masyarakat tentang penyakit
konjunktivitis. Kempen boleh dilakukan sama ada melalui
pemberian ceramah dan mengedarkan risalah serta poster.

2. Pendidikan kesihatan
Perawat boleh memberikan pendidikan kesihatan mengenai
penyakit tersebut kepada orang ramai yang hadir untuk
mendapatkan rawatan di klinik terutamanya dari aspek
penjagaan kebersihan diri dan langkah-langkah pencegahan
penyakit tersebut.

3. Mempertingkat dan mempelbagaikan bahan rujukan
Usaha untuk mempertingkat bahan rujukan seperti buku teks,
journal, artikel dan internet adalah perlu bagi memudahkan
usaha masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan
tentang penyakit konjunktivitis.
16

5. RUMUSAN / KESIMPULAN
Kesimpulannya, konjunktivitis merupakan inflamasi yang berlaku
lapisan konjunktiva. Jangkitan pada mata ini berlaku disebabkan oleh
jangkitan bakteria, jangkitan virus, iritasi bahan kimia dan reaksi alergi.
Konjunktivitis boleh merebak melalui sentuhan secara langsung dan tidak
langsung. Penyakit ini juga boleh menjangkiti individu tanpa mengira usia,
bangsa, agama dan jantina. Konjunktivitis merupakan penyakit berjangkit
ketiga tertinggi di Klinik Kesihatan Tebakang pada tahun 2010.
Penyakit ini berlaku disebabkan oleh kurangnya pendedahan
mengenai penyakit ini dan amalan kebersihan diri yang kurang dititikberatkan.
Walaupun golongan berumur 20 hingga 59 tahun, terutamanya golongan
wanita mencatatkan kes yang tertinggi pada tahun 2010, ini tidak bererti
penyakit ini tidak dapat dikawal dengan sepenuhnya.
Melalui aktiviti pencegahan dan kawalan seperti pendidikan kesihatan
dan rawatan yang sesuai, penyakit ini masih mampu dikawal daripada terus
menjangkiti individu yang lain. Sebagai penolong pegawai perubatan, prinsip
rawatan, pencegahan dan kawalan yang sesuai perlu diterapkan dalam
menangani jangkitan ini daripada terus merebak. Namun, masyarakat
komuniti juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga
kesihatan diri. Rawatan dan pengurusan yang sesuai dapat mengelakkan
komplikasi-komplikasi yang tidak diingini berlaku pada mata kerana mata
merupakan sinar kehidupan bagi setiap individu.

You might also like