Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PAKATAN MURNI

MENGAPLIKASI (15 markah)


Sebagai pemimpin masyarakat, bagaimanakah anda mengukuhkan semangat
perpaduan dalam kalangan penduduk?
Semangat perpaduan dapat dikukuhkan melalui aktiviti gotong-royong seperti
dalam kenduri-kendara atau membersihkan kawasan kampung. Amalan kunjung
mengunjung perlu disemarakkan terutamanya pada musim perayaan. Rumah terbuka
peringkat kampung boleh dilaksanakan bagi memberi ruang semua penduduk berjumpa.
Selain itu, kempen-kempen yang dapat menyemarakkan perpaduan perlu
dijalankan seperti ceramah, pertandingan sukan rakyat, menganjurkan pesta jualan
dan sebagainya. Amalan lain ialah seperti rukun tetangga, membina penempatan yang
membawa kepada percampuran kaum, menyambut perayaan secara bersama, dan
menubuhkan persatuan peringkat kampung seperti koperasi nelayan. Sebagai pemimpin, saya juga
akan menggalakkan masyarakat setempat bertutur
menggunakan bahasa Melayu, hidup saling menghormati dan memahami perbezaan
budaya, kepercayaan dan agama setiap kaum.











MENILAI (10 markah)
Buktikan kejayaan yang dicapai hasil daripada kemantapan perpaduan .
Antara kejayaan yang dicapai oleh negara hasil kekukuhan perpaduan ialah
wujudnya kestabilan politik dan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Dunia
mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang.
Perpaduan juga membolehkan rakyat hidup dengan penuh harmoni dan aman
damai. Masyarakat dapat menjalinkan hubungan akrab sesama mereka dan
mengamalkan kebebasan beragama dan bersuara.
Perpaduan juga mendorong kepada kejayaan dalam bidang ekonomi. Pelaburan
sentiasa meningkat dan nilai matawang (RM) sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Keadaan ini juga menarik pelancong dari negara luar mengunjungi Malaysia seterusnya
membantu perkembangan industri lain seperti perhotelan.

MENJANA IDEA (10 markah)
Mengapakah perpaduan sukar dikecapi dalam masyarakat berbilang kaum?
Perpaduan menjadi agenda utama negara kerana masyarakatnya yang berbilang kaum. Ini
kerana setiap kaum mempunyai latar belakang sosioekonomi dan pengalaman sejarah yang
berbeza. Mereka juga mengamalkan adat dan kepercayaan yang berbeza malah menuturkan
bahasa yang berlainan. Selain itu, perpaduan sukar dicapai berdasarkan pola penempatan
yang berbeza. Keadaan bertambah sukar apabila setiap kaum mempunyai ideologi politik
yang berbeza berdasarkan penubuhan parti-parti politik berdasarkan kaum, mempunyai
persepsi negatif terhadap bangsa lain , kurang sikap saling menghormati sebaliknya taksub
kepada kaum sendiri. Ditambah dengan kegagalan media massa menyampaikan mesej
perpaduan malah sering menimbulkan isi-isu sensitif.







7. MENGHAYATI NILAI MURNI (10 markah)
Apakah nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh warganegara Malaysia dalam
menyuburkan semangat perpaduan?
Bagi menyuburkan semangat perpaduan, kita perlulah memiliki sikap hormat-menghormati
antara satu sama lain. Jangan sesekali mempertikaikan atau menyentuh isu-isu sensitif yang
boleh membawa kepada kemarahan kaum lain. Sebarang masalah yang boleh memudaratkan
keharmonian dan perpaduan perlu ditangani dengan bijak dan berhati-hati. Selain itu, kita
perlu menghormati pemimpin negara dan bersama-sama dengan mereka dalam memastikan
perpaduan dapat dikekalkan. Rakyat juga perlu menghormati dan menghayati lambang-
lambang negara. Ketaatan kepada raja dan negara perlu ada dalam setiap jiwa rakyat
Malaysia. Sebagai warganegara, kita seharusnya berbangga dengan pencapaian dan kejayaan
Negara pada hari ini hasil eratnya perpaduan antara kaum. Kita perlu terus memantapkan
kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang malah sedia berkorban demi mempertahankan
kedaulatan Negara.

8. RUMUSAN (5 markah)
Rumuskan tentang pentingnya perpaduan dalam aspek pengetahuan yang
diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa
depan Malaysia yang gemilang.
Antara pengetahuan yang diperoleh ialah pentingnya perpaduan bagi menjamin kemakmuran
dan kemajuan negara. Kita juga dapat mengetahui proses ke arah pembentukan pakatan
murni sebelum kemerdekaan. Generasi hari ini perlu menghargai usaha pemimpin terdahulu
dalam menyatupadukan penduduk berbilang kaum di negara kita melalui konsep
musyawarah. Semua kaum di Malaysia perlu berusaha mengekalkan perpaduan demi
mengekalkan keamanan negara. Pemimpin negara masa kini harus berusaha lebih gigih
dalam mengukuhkan perpaduan agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih
sempurna. Saya berharap perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat disuburkan lagi bagi
memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Selain itu,
diharapkan semangat perpaduan yang sedia ada tidak diganggu gugat dengan isu-isu sensitif
yang boleh menjejaskan keharmonian dan kemajuan Negara.

You might also like