Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks Ucapan Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit Berunifom BSMM

1

Terima kasih saudari pengerusi majlis.

Yang dihormati saudari pengerusi majlis

Yang berusaha,.

Encik Zulkiply Bin Mohd Nor, Ketua Unit Kokurikulum,

Saudara Ammar Bin Ahmed, Kem Komanden,

Para Pensyarah,

serta mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana limpah dan kurnia-Nya, kita diberi
kesempatan dan ruang untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Unit
Berunifom BSMM IPG Kampus Ipoh ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan
tahniah kepada jawatankuasa pengelola perkhemahan kerana berjaya menganjurkan
perkhemahan unit berunifom BSMM pada tahun ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Penganjuran kem perkhemahan ini merupakan salah satu daripada komponen
penting dalam menyemai budaya sihat dalam kalangan masyarakat. Penglibatan
yang positif daripada lapisan masyarakat dan peringkat usia secara tidak langsung
dapat menyemarakkan lagi nilai perpaduan dalam diri masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa. Oleh hal yang demikian, penglibatan ini juga boleh meningkatkan
nilai integrasi nasional dalam kalangan warganegara serta merealisasikan gagasan 1
Malaysia.

Teks Ucapan Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit Berunifom BSMM
2

Dalam konteks kehidupan pelajar, penglibatan diri dalam aktiviti gerak kerja
kokurikulum (GERKO) secara aktif, pada hakikatnya dapat membentuk peribadi
mulia dan terpuji dan melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Penilaian gred mata kokurikulum dalam aspek kelayakan permohonan masuk ke
institut pengajian tinggi (IPT) dilihat banyak membantu para pelajar untuk
menyeimbangkan aspek akademik dan kokurikulum. Kesannya, negara Malaysia
berupaya melahirkan modal insan yang seimbang dan produktif serta bersemangat
daya saing dengan masyarakat lain. Tanggapan sebilangan ibu bapa dan pelajar
bahawa kegiatan kokurikulum tidak penting adalah tidak wajar sama sekali. Mereka
berpendapat bahawa kokurikulum boleh menjejaskan prestasi akademik para pelajar.
Dalam hal ini, peranan seorang guru untuk mengukuhkan keyakinan pelajar untuk
menyertai aktiviti kokurikulum amat diperlukan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Sebagai seorang bakal guru, tugas untuk memberikan kesedaran moral
terhadap murid-murid sudah semestinya tersedia untuk digalas. Sebagai seorang
bakal guru juga, tugas kita bukanlah hanya mengajar di dalam kelas, tetapi mendidik
murid-murid di luar bilik darjah tidak kira apa jua ilmu sekalipun.

Harapan saya, dengan penganjuran kem perkhemahan unit berunifom ini
dapat melahirkan insan guru yang sentiasa mematuhi peraturan dan sentiasa bergiat
aktif, sama ada aspek akademik mahupun kokurikulum. Sebagai sebuah institut
pendidikan guru (IPG) yang akan melahirkan guru-guru yang berkaliber dan berkualiti,
kita seharusnya persiapkan diri untuk menghadapi apa-apa jenis cabaran yang
terdapat dalam profesion perguruan ini.



Teks Ucapan Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit Berunifom BSMM
3

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola dan para pelajar
atas penganjuran perkhemahan unit berunifom BSMM ini.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Penutupan
Perkhemahan Unit Berunifom BSMM Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2012 ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like