Peranan Lelaki

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Peranan Lelaki

Negara kita mengamalkan sistem patriaki yang mana golongan lelaki mengetuai sesebuah keluarga.
Secara tidak langsung sistem ini memberi kuasa kepada lelaki dalam memimpin keluarga, membuat
keputusan, menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas yang selesa untuk kesejahteraan
kesihatan hidup berkeluarga. Namun begitu, amalan ini semakin terhakis akibat tuntutan semasa
seperti peningkatan kos hidup dan bertambahnya bilangan perempuan yang berpendidikan tinggi.
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mencari rezeki dikongsi bersama dengan isteri.

Teladan yang baik yang ditunjukkan oleh seorang bapa akan membantu anak lelaki membesar
sebagai individu, bapa, suami dan pekerja yang sihat dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial.

Peranan lelaki yang sering dibincangkan dalam kesihatan keluarga ialah dalam aspek perancang
keluarga. Peranan merancang keluarga dilihat lebih memfokus kepada perempuan. Untuk
membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan bahagia pihak lelaki perlu mengambil bahagian
dalam perancangan keluarga. Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebuah keluarga memerlukan
peranan dua pihak iaitu suami dan isteri. Pendek kata, tanggungjawab membina keluarga sihat,
sejahtera dan bahagia harus dipikul secara bersama dan adil.


Stereotaip Gender


Stereotaip gender terutama dari aspek peranan, terus menjadi isu perbualan. Dalam sistem komuniti
yang diketuai oleh lelaki atau kaum bapa, stereotaip gender ini masih jelas diamalkan. Sejak usia
muda lagi anak lelaki dididik untuk berperwatakan, budaya pakaian, komunikasi serta bersosial
seperti seorang lelaki yang diharapkan oleh masyarakat secara lazimnya.

Perwatakan dan budaya berpakaian serta penampilan yang terkeluar daripada ciri-ciri hakiki seorang
lelaki dilihat sebagai satu masalah dalam gender, misalnya, lelaki pondan. Apabila sudah dewasa
mereka diharap akan mampu mencari rezeki dan mengetuai keluarga sendiri.

Anak perempuan akan dididik dengan nilai, peranan serta perwatakan seorang perempuan yang
diterima secara lazim oleh masyarakat. Mereka dididik untuk bersifat lemah-lembut, bersopan-
santun dan tahu serta mahir dalam menguruskan rumah tangga. Perempuan yang lebih menonjolkan
ciri-ciri seorang lelaki akan dilabel sebagai tomboy.

Walaupun golongan perempuan telah mencapai tahap pendidikan dan kerjaya setanding dengan
lelaki, tetapi mereka masih perlu menjalankan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun
perempuan memilih untuk hidup membujang tetapi ibu bapa atau masyarakat masih berharap agar
seorang perempuan itu masih mampu menjalankan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas
rumah.

Dalam dunia pekerjaan, stereotaip gender dilihat semakin berkurangan. Ramai perempuan yang
mampu melaksanakan kerjaya yang sebelum ini dikuasai oleh lelaki. Misalnya bekerja sebagai
anggota polis dan tentera.

You might also like