Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Tarian kathak

Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik


India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya
kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai
Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di
lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus
dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan
menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik
muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan
dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan
penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan
adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16
seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian
Asia Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.













Tarian zapin
Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional.
Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal
dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan
penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah
Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana
bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti
di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya
yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin
biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia
ditarikan.















Tarian sumazau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah
yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia
merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering
dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari
Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan
burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di
sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan
tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada
penari lain tanpa bersentuhan.















Tarian singa
Tarian Singa (bahasa Cina: ; pinyin: wsh) adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina,
yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua
penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-
dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram,
dan dentumanmercun yang dikatakan akan membawa tuah.















Tari Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian Melayu traditional.
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis
berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia dipersembahkan
kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan
dan duduk diatas pelamin.
Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. Tarian
Inai ini jarang dipersembahkan berbanding tarian istana yang
lain, disebabkan ia dikhusus bagi peristiwa tertentu seperti
perkahwinan, berkhatan, dan pertabalan diraja.
Tarian ini mempunyai asal istiadat dan memiliki pergerakan jari
dan tangan yang rumit dalam pergerakan tari bulatan yang
berterusan. Ia mempunyai gabungan pergerakan tarian yang
terdapat dalam Mak Yong, Silat dan kedudukan akrobatik yang
dikenali meliuk, dalam mana penari membongkokkan badan
kebelakang sementara berdiri dengan muka memandang
kelantai. Pada masa lalu, tarian ini dipersembahkan oleh dua
lelaki.











Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat
beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan
Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud
menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan
kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi
buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama
tarian tersebut.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana
bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang
kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan
tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang
tertentu untuk menghormati tetamu.

You might also like