Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Nota

1. Apa itu dokumen perniagaan dalam negeri?


Cacatan bertulis dalam bentuk borang, surat, nota atau risalah yang digunakan
apabila sesuatu urus niaga dalam negeri di jalankan antara pembeli dan penjual.

2. Kenapa dokumen perniagaan ini penting dalam peniagaan?
a) Membuktikan persetujuan di antara pembeli dan pembekal
b) Bukti urus niaga yang telah dijalankan
c) Sebagai dokumen sumber untuk merekod dalam buku-buku perakaunan

3. Terdapat tiga(3) peringkat urus niaga:
a) Sebelum urus niaga
b) Semasa urus niaga
c) Selepas urus niaga

4. Berikut adalah peta konsep Dokumen perniagaan dalam negeri




DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM
NEGERI
Sebelum proses
urus niaga

- Surat Tanya
- Surat Jawapan
- Sebut Harga
- Senarai Harga
- Katalog

Semasa proses
urus niaga
- Borang Pesanan
- Nota Makluman
- Nota Serahan
- Nota Kiriman
- Invois
- Invois Pro-forma
- Nota Kredit
- Nota Debit
Selepas proses
urus niaga
- Penyata Akaun
- Resit
Dokumen SEBELUM SEMASA SELEPAS
Surat tanya -Surat yang dikirim oleh
pembeli kepada
pembekal untuk dapat
maklumat barang yang
dibeli.
-dihantar untuk
membuat perbandingan
harga, syarat serahan
dan syarat

Surat Jawapan -Surat balasan yang
dikirim oleh pembekal
kepada pembeli untuk
menjawab surat tanya
pembeli.
-disertakan bersama
sebut harga, senarai
harga dan katalog

Sebut harga -senarai yang
menyatakan harga
barang-barang yang
diminta atau ditanya
oleh pembeli dalam
surat tanya

Senarai harga -satu senarai harga
semua barang yang
dijual pembekal

Katalog -buku, bahan, atau
risalah bercetak yang
mengandungi gambar
barang-barang, serta
maklumat ringkas.
-Cth: katalog
Avon,Tupperware

Borang Pesanan -Dokumen yang
dihantar oleh pembeli
kepada pembekal.
-tujuan: untuk pesan
barang.

Nota Makluman -Dokumen yang
dihantar oleh pembekal
kepada pembeli untuk
beri tahu barang telah

dihantar.
Nota Serahan -dokumen yang dibawa
bersama-sama dengan
barang apabila
pembekal menghantar
dan serah barang
kepada pembeli
menggunakan
kenderaan sendiri.

Nota Kiriman -Dokumen yang
dikeluarkan oleh
syarikat pengangkutan
apabila pembekal
menggunakan khidmat
syarikat pengangkutan
untuk hantar barang
kepada pembeli.
-terdapat 3 salinan,1
untuk pembekal,1 untuk
pembeli.

Invois -dokumen yang
dihantar oleh pembekal
kepada pembeli apabila
urus niaga jual beli
barang dilakukan secara
kredit.

Invois Pro-forma -dihantar oleh
pembekal kepada
pembeli kerana
pembekal mahu
pembeli menjelaskan
bayaran sebelum
pembekal menghantar
barang.

Nota Kredit -Dokumen yang
dihantar oleh pembekal
kepada pelanggan
untuk beritahu
pelanggan akaun telah
dikreditkan
-bermakna hutang
pelanggan dikurangkan.
Nota Debit Dokumen yang
dihantar oleh pembekal
kepada pelanggan
untuk beritahu
pelanggan akaun telah
didebitkan
-bermakna hutang
pelanggan telah
bertambah.


Maklumat dan syarat dalam sebut harga dan senarai harga
1. Maklumat tentang barang seperti jenama, harga,kuantiti, tarikh serahan

2. Syarat masa serahan
- Serahan Sedia
- Serahan Segera
- Serahan hadapan

3. Syarat bayaran angkutan
- Percuma ke atas kapal(P.ke D.K)
- Percuma ke dalam gerabak (P. ke D.G)
- Kos, Insurans, Tambang (K.I.T)
- Angkutan Hadapan (Ang. had)
- Angkutan dibayar (Ang. Dib)

4. Syarat Bayaran
- Tunai waktu Pesan (T.W.P)
- Tunai Segera
- Bayar Waktu Terima ( B.W.T)
- Penerimaan tempoh tertentu sahaja
- Dengan akaun diakui

5. Syarat Diskaun
- Diskaun niaga
- Diskaun tunai



Contoh pengiraan Diskaun Niaga dan Diskaun Tunai




Puan Ani, merupakan seorang usahawan membeli barang-barang bernilai RM10 000 dari
pembekal Elektrik Hup Seng di Jalan Nusantara , Kedah. Syarat bayaran yang dinyatakan oleh
pembekal dalam invois ialah :
- Diskaun niaga 8%
- Diskaun tunai 5% 7 hari
Harga bersih dalam invois yang perli dibayar oleh Puan ani ialah
Harga senarai RM 10 000
Tolak diskaun niaga 8% RM 800
(8/100 X RM 10 000)
Harga bersih dalam invois RM 9 200


Jika Encik Saiful membayar dalam masa 7 hari dari tarikh invois, harga yang perlu dibayar ialah

Harga bersih dalam invois RM 9 200
Tolak diskaun tunai 5% RM 460
(5/100 X RM 9 200)
Jumlah yang perlu dibayar RM 8 700

You might also like