Pengaruh Rakan Sebaya Kanak-Kanak

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PRA 3107

PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
AHLI KUMPULAN
ROHAYA ABDUL RAHMAN WAN ROHAIZA
WAN MOHD RAHIM
ISMI ISHAK
PENSYARAH
PN.RATANAMLA A/P KALIMUTHU
Soalan 7 :

Selain ibubapa, rakan sebaya (sahabat)
banyak mempengaruhi perkembangan
sosioemosi kanak-kanak. Tingkah laku meniru
model ini mendatangkan kesan positif dan
juga negatif. Bincangkan pengaruh
rakan sebaya terhadap perkembangan
sosioemosi kanak-kanak dan tindakan anda
dalam menangani kesan-kesan negatif.
Sosioemosi merujuk kepada kemahiran kanak-
kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain
dan masyarakat di sekelilling mereka.Ia
melibatkan kemahiran secara lisan atau
bukan lisan dan berlaku secara peniruan dan
modeling.
Definisi Sosioemosi
menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah
sahabat yang sama umurnya. Rakan
Sebaya juga ialah sahabat daripada
lingkungan latar belakang yang sama dan
suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan
matlamat atau dalam kata lain mempunyai
minat yang sama.
Definisi Rakan Sebaya
Konsep rakan sebaya di mana Berns (1997) pernah
menyatakan bahawa rakan sebaya merupakan
sekumpulan manusia yang biasanya mempunyai
persamaa ataupun hampir serupa daripada segi
umur, jantina, kedudukan sosial, dan juga minat.
Justeru itu pergaulan dengan rakan sebaya akan
mempengaruhi cara penilaian, pembelajaran,
pemakaian, dan tabiat pemakanan seseorang
(Barbour dan Barbour, 1997).
Konsep Rakan Sebaya Berns
Bagaimana Interaksi Rakan Sebaya,persahabatan, Dan
Jantina Boleh Mempengaruhi Perkembangan
Kecekapan Sosial
RAKAN SEBAYA DAN PERSAHABATAN

a) Interaksi positif dengan rakan membolehkan kanak-kanak memperolehi
semangat bersaing serta kemahiran penyesuaian dengan orang lain.
(kajian Harlow 1962).

b) Interaksi antara kanak-kanak boleh mempercepatkan perkembangan
kognitif seseorang kanak-kanak. Contohnya : seorang kanak-kanak
pendiam akan mengalami perubahan hampir 80% apabila belajar
bercakap daripada rakan yang gemar bercakap.
Jantina

a) Kanak-kanak lebih memberi peneguhan kepada rakan sejantina
kerana mereka lebih gemar berinteraksi dengan sahabat yang sejantina.
Kanak-kanak akan bijak mengawal dan mengenalpasti had-had batasan
pergaulan sosial dengan rakan berlainan jantina.
KONSEP TEORI PERSAHABATAN - Robert Selman
Tahap 1
berlaku semasa
kanak-kanak pra
sekolah di mana
sahabat dianggap
sebagai kawan
sepermainan sahaja
Biasanya sahabat
yang menjadi teman
adalah kawan yang
tinggal berdekatan
dengan rumah kanak-
kanak
persahabatan
dieratkan lagi dengan
perkongsian alat
permainan dan
kanak-kanak pada
tahap ini tidak
mementingkan nilai
persahabatan
Tahap 2
karakteristik pada
permulaan
persekolahan.
Selman mengelarkan
tahap ini sebagai one
way assistance.
Tahap ini berlaku
kepada kanak-kanak
yang berumur dalam
lingkungan 8 hingga 10
tahun.
Kawan adalah sahabat
setia yang boleh
dipercayai dan diharap
untuk membantu
mereka pada bila-bila
masa
Tahap 3
merupakan tahap
yang
membolehkan
kanak-kanak akhir
dan remaja awal
mempunyai
persahabatan yang
dikenali oleh
Selman sebagai
intimate and
mutually shared
relationship.
kanak-kanak
sudah meningkat
remaja dan
persahabatan yang
dijalinkan lebih
mendalam dan
nilai persahabatan
sudah mula
difahami
Kepentingan persahabatan dalam perkembangan
psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2
fungsi persahabatan
Fungsi 1 - PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.

Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala
kebaikan dan keburukan diri kita.


Fungsi 2 - MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK.

Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga
dilakukan oleh sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh
mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak.
Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada
dalam perkembangan sosial yang sihat.

Kanak-kanak popular : sering dipilih sebagai kawan baik dan jarang
tidak disukai oleh rakan sebaya.

Kanak-kanak biasa (average) : sering juga dipilih sebagai kawan
baik tetapi tidak seramai kanak-kanak popular.

Kanak-kanak yang disisihkan (neglected) : kurang dipilih sebagai
kawan baik tetapi tidak dibenci oleh rakan sebaya.

Kanak-kanak yang ditolak (rejected) : jarang dipilih sebagai rakan
sebaya dan tidak disukai oleh rakan sebaya.

Kanak-kanak kontrovesi: dipilih sebagai kawan baik dan
dalam masa yang sama dibenci.
Status Rakan Sebaya / Peer Status

Jenis tingkah
laku positif
Pintar cerdas
Cepat belajar
Ingin tahu
proaktif
Tingkah laku
negatif
Pergantungan berlebihan
Hiperaktif
Kebimbangan
Tingkahlaku nerosakan
Tingkah laku menganggu
Pengunduran diri
JENIS TINGKAH LAKU
Interaksi positif mewujudkan semangat bersaing antara rakan serta
kemahiran penyesuaian dengan orang lain (kajian Harlow 1962)

Interaksi antara kanak-kanak mempercepatkan perkembangan kognitif
kanak-kanak. Misalnya kanak-kanak pendiam akan cepat belajar bercakap
apabila bergaul dengan rakan lain yang gemar bercakap.

Agen peneguhan kerana rakan sebaya sentiasa membantu di dalam setiap
aktiviti yang dilakukan dengan bekerjasama menyelesaikan aktiviti yang
diberikan oleh guru.


Kesan positif pengaruh rakan sebaya terhadap
perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Mempelajari sesuatu yang baru dengan memerhati tingkah laku rakan
yang lebih positif. Contohnya mengangkat tangan semasa menjawab
soalan.

Mewujudkan persaingan yang positif. Contohnya kanak-kanak cuba
bersaing untuk menjawab soalan di dalam kelas dan mendapatkan
ganjaran daripada tingkah laku tersebut.

Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang
bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif
daripada mereka.

kanak-kanak akan memperolehi kemahiran menyesuaikan diri
dalam masyarakat

Kanak-kanak akan belajar menghormati hak orang lain,
bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab
keatas tugas yang diberi dan mematuhi peraturan dalam usaha
mewujudkan keharmonian dalam kumpulan




Samb..
Kesan Negatif Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap
Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak
Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil
atau lebih muda dari mereka.
Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka
Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan
Sering bercakap bohong atau bercakap besar
Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri,
menghisap rokok


Suka menyakiti hati kawan-kawan
Merosakkan harta benda
Tidak duduk diam
Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap
Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua
Panas baran
Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang
diberi
Samb..
1. Assertive Discipline Model
Lee Canter (1976) Pemerhatian terhadap guru dalam bilik
darjah.
Pendekatan positif dan secara langsung Guru mengajar,
kanak-kanak belajar.
Guru perlu perhatikan kanak-kanak dan diberikan pujian
dan sokongan sekiranya mereka melakukan perbuatan
baik.
Guru sedia rancangan disiplin yang jelas tentang harapan
dan kesan
Wujud suasana penyayang dan menyokong sesuai untuk
tingkatkan pembelajaran.
Tindakan Guru Dalam Menangani Kesan Negatif
Pengaruh Rakan Sebaya
Prinsip yang perlu diikuti :
Guru tegaskan perlakuan tanggungjawab
Jika gagal dilaksanakan adalah kelemahan guru
Kawalan tegas dan berpatutan menjamin kebebasan
individu
Hak guru
a. Tentukan persekitaran pembelajar
b. Tentukan tingkahlaku yang sesuai untuk kanak-
kanan
c.Harap bantuan pihak pentadbir atau ibu bapa bila
sesuai
Samb..
Hak Kanak-kanak
Guru bantu perkembangan dan kurangkan
tingkah laku kendiri yang bermasalah dan
destruktif.
Sokongan guru untuk tunjuk tingkah laku
bersesuaian.
Peluang pilih untuk tingkah laku berdasarkan
pengalaman
Samb..
2. Model Glasser (1985) Pemberian pilihan yang baik secara tenang dan logik,
hasilkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya.
Keperluan
Dimiliki, kebebasan, keperluan berjenaka
Cadangan
Strukturkan pembelajaran supaya kanak-kanak mempunyai motivasi tinggi
untuk bekerja dalam kumpulan.
Kanak-kanak pandai bantu yang lemah.
Kanak-kanak pandai penuhi keperluan memimpin.
Kanak-kanak lemah dapat sumbang kepada kumpulan.
Mesyuarat kelas
Bincang peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah fokus pada
penyelesaian masalah.
Kekuatan
Pilihan yang disediakan.
Ketabahan guru untuk tolong kanak-kanak bermasalah dengan cara yang
sesuai.

3. Model Ginott pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif untuk
disiplin melalui komunikasi berkesan antara guru dan kanak-kanak.
Prinsip
Masalah konflik yang tercetus harus ditangani bukan kanak-kanak yang terlibat.
Disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai.
Galakkan kerjasama dan pemuafakatan bukan paksaan.
Guru tidak label kanak-kanak tapi berkomunikasi untuk bantu
selesaikan masalah. Kebolehan guru berkomuniksai secara berkesan
penting untuk selesaikan masalah tingkah laku.
Penekanan kepada harga diri kanak-kanak dan guru perlu menjaga
tingkah laku sebagai contoh kepada murid.


4. Model Dreikurs
Disiplin ajar kanak-kanak bentuk peraturan yang membataskan
tingkah laku. Tingkah laku mereka menggambarkan usaha untuk
dimiliki.
Untuk galakkan tingkah laku positif adalah disiplin. Guru perlu
jelaskan kesan daripada tingkah laku mereka.

Samb..
Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.
Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban
mereka akan sentiasa berasa bersalah.
Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.
Jika kanak-kanak hidup dengan saksama
mereka akan belajar menjadi adil
Jika kanak hidup dengan kesejahteraan,
mereka akan hidup menjadi setia
Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran
mereka akan belajar menghargai diri
.Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan
mereka akan belajar kasih sayang
KANAK-KANAK BELAJAR DARIAPA YANG
MEREKA ALAMI
http://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkat-perkembangan-
kanakkanak-dan-teoriteori-perkembangan-yang-berkaitan

http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-sosial-kanak-
kanak.html

http://notapraumi.blogspot.com/2012/08/konsep-teori-persahabatan-3-
tahap.html

http://ajourneyofateacher-to-be.blogspot.com/2012/01/faktor-yang-
mempengaruhi-proses.html

You might also like