Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster

House, London. Perjanjian ini ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-
Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British. Mengikut perjanjian ini,
kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Antara perkara-
perkara lain yang tercatat dalam Perjanjian Kemerdekaan ini ialah perubahan berkaitan dengan
Kementerian dan jabatan bagi Persekutuan Tanah Melayu serta pemansuhan jawatan Penasihat British.

Wakil dari Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang hadir sama pada upacara ini ialah Dato Abdul
Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Encik T.H.Tan, Encik Abdul Kadir Shamsuddin, Kolonel H.S.
Lee dan wakil-wakil daripada Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang Haji
Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak), Dato Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan
Kelantan), Dato Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor) dan Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan
Selangor). Manakala perwakilan daripada Kerajaan British yang turut serta pada upacara ini ialah Mr.
John Hore, Menteri Negara; Mr. Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan
Tanah Melayu; Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu dan Mr. Oscar
Spencer, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu.
4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948.

[a] Huraikan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

- Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
- Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai
Negeri.
- Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan Negara.
- Tiga jenis kerakyatan diwujudkan ( iaitu secara Kuat Kuasa Undang-Undang, Permohonan dan
Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima)
- Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
- Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
- Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara.
- Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen, (iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di
bawah kuasa Parlmen )
- Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan
Undangan Negeri dan EXCO.

[b] Jelaskan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

- Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
- Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana akan mewujudkan perpaduan
antara kaum.
- Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah.
- Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah Negara yang berdaulat dan
merdeka mengikut acuan sendiri.
- Dengan pengalaman sejarah yang sama, setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat
yang merdeka.
- Perbezaan warna kulit,agama, bahasa dan bangsa diketepikan.

5 Nyatakan peranan Tunku Abdul rahman Putra al-haj dalam usaha pembinaan negara dan bangsa?

- Presiden UMNO
- Ketua Menteri pertama.
- Kebijaksanaan mengendalikan pakatan murni antara kaum
- Mengetuai rombongan kemerdekaan ke London
- Kemerdekaan dapat dicapai dengan harmoni dan gemilang.
- Mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan

Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) di Negeri-
negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939


Rasa tidak puas hati sultan -

Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu
juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik,
menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral
atau Gabenor.


Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.-

Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
(Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja
bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan
kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap
dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai
persekutuan.

Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang
merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan
bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.



Di samping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang
tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing
maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam
sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri

Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. Sir
Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah
membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada
kerajaan-kerajaan negeri akan dapat mengurangkan kuasa Rasiden Jeneral .

Sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan
Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu
meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan
orang-orang Melayu.

You might also like