Folio Geog Ting 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

SHARIFAH RODZIAH,
TELOK MAS, 75460 MELAKA

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA


TERHADAP PEMBANGUNAN
DI PEKAN SUNGAI UDANG, MELAKA

Nama: Nor Fauziatun Bt Mohd Fauzi


Tingkatan: 2 Zainab
Nama Guru: Pn. Norhatini Bt Shaari

..
T. Tangan Murid

T. Tangan Guru

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

Senarai Kandungan

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

5-7

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

11

Rujukan

12

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya,Pn.
Norhatini Shaari kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk
menyiapkan projek Kajian Geografi Tempatan ini. Terima kasih juga kepada Pengetua
SMK(A)SR, Hjh Lailawati Ahmad yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan
untuk menyiapkan projek ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya, Mohd Fauzi B
Endut dan Nor Zaitun Zakaria yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan
untuk saya menyiapkan kajian ini. Kepada rakan setugas, Farhana Abd. Ghani saya
melahirkan rasa besar hati atas kerjasama semasa melaksanakan kajian ini.

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran untuk mata pelajaran Geografi, muridMurid Tingkatan 2 diberi peluang menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini
dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi Tempatan. Murid-murid telah ditetapkan tajuk
kajian oleh guru.
Saya menjalankan kajian di bawah tajuk Kepentingan Pengangktan Jalan Raya
terhadap Pembangunan di Pekan Sungai Udang, Melaka. Kajian dijalankan di jalan raya di
sekitar Pekan Sungai Udang.Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini ialah
dua minggu.Setiap pelajar perlu menulis laporan yang lengkap tentang kajian yang telah
dijalankan.

OBJEKTIF KAJIAN

Beriku adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja kursus ini:
a) Mengenal pasti bagaimana pengangkutan jalan raya memainkan peranan penting
dalam membangunkan kawasan kajian.
b) Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan pengangkutan jalan raya
.
c) Mengetahui langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

KAWASAN KAJIAN

Pekan Sungai Udang terletak di dalam kawasan Masjid Tanah yang terletak di
daerah Melaka Tengah.Kawaan ini disempadani oleh Paya Rumput di bahagian Utara dan
Timur Laut, Tangga Batu di bahagian Selatan, Kampung Baharu Sungai Udang di
bahagian Barat Laut, dan Kampung Pantai Tanah Merah di bahagian Barat Daya. Sungai
Udang terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah. Di Pekan Sungai Udang
terdapat dua kem tentera iaitu Kem Terendak yang terletak bersebelahan dengan Kem
Sungai Udang.

Peta Lakar 1 Peta Kedudukan Pekan Sungai Udang


6

Pekan Sungai Udang merupakan kawasan perdagangan kerana terdapat banyak


7

pasaraya-pasaraya besar. Terdapat juga loji Petronas yang menapis minyak. Pekan Sungai
Udang juga merupakan kawasan pelancongan kerana terdapat hutan simpan yang
berperanan sebagai Hutan Rekreasi Sungai Udang dan kawasan latihan tentera.
Pekan Sungai Udang dipenuhi dengan kawasan perumahan.Pekan Sungai Udang
Juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, stesen minyak, sekolah
menengah dan sekolah rendah, klinik, pasaraya, masjid, dan sebagainya.

KAEDAH KAJIAN
8

Selepas ditetapkan tugasan, saya memilih beberapa kaedah kajian digunakan semasa
menjalankan kajian ini. Berikut adalah kaedah yang digunakan:
a) Pemerhatian:

Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi


penduduk, jenis kemudahan sosial yang ada, dan jenis kemudahan lain yang
terdapat disitu.

Saya juga memerhatikan cirri kawasan kajian dan tempat sekitarnya dari
segi kemajuan dan pembangunannya.

b) Rujukan Perpustakaan:

Saya mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti


peta kawasan kajian dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Saya mendapatkan maklumat-maklumat melalui risalah, majalah, keratan


akhbar, serta buku teks Geografi Tingkatan 2.

HASIL KAJIAN
Daripada hasil maklumat yang saya kumpulkan, saya mendapati bahawa pada awal kurun
ke-20, sistem pengangkutan jalan raya dibina pada awalnya adalah untuk menghubungkan
kawasan kegiatan ekonomi dengan Bandar-bandar lain untuk kepentingan British yang
bertujuan untuk memudahkan pentadbiran mereka di Tanah Melayu.
Saya mendapati bahawa pengguna yang menggunakan perhubungan jalan raya
terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Selain dilalui oleh kenderaan seperti kereta,
motor, mahupun basikal, ia juga dilalui oleh lori-lori yang mengangkut barang-barang
seperti barangan pukal, minyak, tong gas, dan barangan makanan.
Penggunaan jalan raya sememangnya menjimatkan masa, kos, dan tenaga. Faktor
inilah yang menyebabkan penduduk lebih memilih untuk menggunakan jalan raya
berbanding pengangkutan lain.
Selain itu banyak lagi kepentingan jalan raya bagi penduduk kawasan Sungai
Udang seperti:

10

Jimat tenaga,
kos, dan wang

Tanah yang dekat


dengan jalan raya
lebih mahal

KEPENTINGAN
JALAN RAYA

Wujudnya
bazaar-bazar baru

Mengangkut
hasil pertanian
dan barangan
2 Kepentingan
bagi penduduk
Udang
HasilRajah
pemerhatian
selama 1Jalan
jam Raya
menunjukkan
bahawaPekan
1982 Sungai
kenderaan
yang
melalui jalan raya di Sungai Udang 1200 terdiri daripada motosikal, 2 buah bas, 600 buah
kereta, dan 180 buah lori. Lihat Jadual 1.
BIL JENIS KENDERAAN
JUMLAH
1.
Motosikal
1200
2.
Bas
2
3.
Kereta
600
4.
Lori
180
Jumlah
1982
Jadual 1 Jumlah kenderaan melalui jalan raya Sungai Udang mengikut jenis kenderaan.
1200
1000
800

Motosikal
Bas
Kereta
Lori

600
400
200
0

1 Jam

Rajah 3 Carta Bar Jumlah kenderaan yang melalui jalan raya Sungai Udang

11

Hasil daripada soal selidik, saya mendapati bahawa kenderaan yang paling banyak
menggunakan jalan raya Sungai Udang ialah motosikal.Bas yang melalui jalan ini
datangnya dari Stesen Bas Masjid Tanah dan Melaka Sentral. Kereta merupakan
kenderaan yang paling banyak selepas motosikal. Penduduk Pekan Sungai Udang lebih
memilih untuk menggunakan motosikal berbanding kereta, bas, dan lori kerana lebih
mudah untuk ke suatu tempat dengan motosikal. Lori-lori yang melalui jalan Sungai
Udang kebanyakannya mengangkut barangan pukal, minyak, tong gas, dan barangan
makanan yang dihantar ke pasaraya-pasaraya.
Keadaan bentuk muka bumi yang berhutan, tanah rata, serta sungai yang mengalir
perlahan tidak menyukarkan perjalanan. Faktor cuaca yang panas terik menyebabkan
ketidakselesaan pengguna jalan raya. Pada waktu tertentu berlaku kesesakan jalan raya
seperti pada waktu pagi kerana orang ramai sedang ke tempat kerja masing-masing.

12

RUMUSAN
Di kawasan kajian ini, iaitu Pekan Sungai Udang berlaku penurunan dan
peningkatan jumlah kenderaan yang melalui jalan ini.Walaupun wujunya persaingan
daripada alat pengangkutan lain, jalan raya tetap menjadi salah satu pengangkutan yang
penting pada zaman moden ini. Jalan raya digunakan untuk mengangkut barangan pukal
dan hasil pertanian komersial. Pembinaan jalan raya di kawasan ini dapat juga dikaitkan
dengan perkembangan perindustrian. Secara tidak langsung dapatlah dirumuskan bahawa
pembangunan di Pekan Sungai Udang ini turut dirangsangkan oleh adanya perkhidmatan
jalan raya yang merentasi kawasan ini.

13

RUJUKAN
1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2 m/s 228-236.
2. Peta Topografi Melaka terbitan tahun 1994.
3. Peta lakar di kad undangan perkahwinan.

14

You might also like