Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, kita sering melihat dan membaca tentang pelbagai jenis artikel,
penulisan, jurnal, berita, rencana dan sebagainya lagi melalui pelbagai media massa
seperti majalah, akhbar, jurnal, penulisan ilmiah dan lain-lain lagi. Melalui
pembacaan ini, terdapat pelbagai unsur yang digunakan oleh penulis dalam usaha
mereka menarik minat audiens untuk membaca. Analisis wacana merupakan suatu
kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik
dalam bentuk tulisan ataupun lisan.
Wacana boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan tutur yang merupakan satu
kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Perbincangan atau pertukaran idea
secara lisan. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun
tulisan. Selain itu juga, wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana
merupakan satuan bahasa. Seterusnya, wacana adalah terlengkap, terbesar dan
tertinggi dalam sesuatu kalimat. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi ayat atau
klausa. Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan
dan mempunyai pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan
koheren. Wacana juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu disampaikan
secara lisan atau tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata.
Tugasan pada kali ini meminta saya untuk melakukan analisis wacana ke
atas artikel yang telah dipilih. Aspek yang harus dititikberatkan dalam melaksnakan
analisis ini ialah dari segi aspek-aspek bahasa media. Tujuan analisis wacana
dijalankan ialah untuk melihatan unsur-unsur retorik seperti retorik pemerian, retorik
pemujukan, retorik penghujahan, retorik penerangan, retorik penceritaan dan retorik
pendedahan. Selain itu, analisis wacana ini juga meminta pelajar untuk melakukan
analisis ke atas metafora yang ada dalam artikel ini dan juga mengesan unsur
sensasi yang terdapat dalam artikel ini. Oleh yang demikian, pemilihan artikel
haruslah dilakukan dengan sebaiknya agar artikel yang dipilih mempunyai
keseluruhan aspek-aspek bahasa media yang ingin dianalisis.





2

2.0 ASPEK-ASPEK BAHASA MEDIA
2.1 Metafora
Konsep metafora adalah konsep perancangan yang mengungkapkan atau
mengidentifikasikan hubungan antara benda-benda yang lebih bersifat abstrak
daripada yang sebenarnya (nyata). Bentuk-bentuk yang nyata tersebut diolah dan
dipadukan dengan imaginasi seseorang.

Perkataan metafora adalah berasal daripada bahasa Yunani
iaitu metapherin. meta bermaksud atas dan phrein bermaksud diangkat.
Metafora merujuk kepada satu set proses linguistik yang mana sesetengah
karakteristik sesuatu subjek diangkat ke atas atau dipindahkan kepada objek yang
lain. Oleh yang demikian, jika objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-
olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama. Metafora ialah penggunaan
kata-kata yang menerbitkan makna yang lain dari makna yang tersurat. Contoh
perkataan api maknanya nyalaan panas yang membakar, dan mata adalah alat
untuk melihat. Kedua-dua perkataan api dan mata boleh menjadi metafora seperti di
matanya ada api.

Metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan
kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Metafora ialah
kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat,
seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Dalam ayat Budak
itu lembu , lembu ialah metafora. Dalam ayat Budak itu bodoh seperti lembu ,
lembu ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan seperti sebelum lembu.

Metafora adalah kiasan retoris didefinisikan sebagai perbandingan langsung
antara dua perkara yang kelihatan tidak berhubungan. Dalam metafora, sebuah
objek pertama digambarkan sebagai orang atau tepat sama dengan objek kedua.
Oleh itu, objek pertama dapat dijelaskan secara ekonomis karena implisit dan
eksplisit atribut dari objek kedua digunakan untuk meningkatkan penjelasan objek
yang pertama. Metafora dimanfaatkan dalam sastera, terutamanya dalam puisi,
dimana dengan sedikit kata-kata, emosi dan asosiasi dari satu objek dapat dikaitkan
dengan objek lain.


3

Metafora sering dilihat sebagai fungsi kognitif dasar iaitu manusia secara
alami melihat ciri-ciri umum sesuatu objek berdasarkan fakta-fakta yang berbeda,
dan perkara seperti ini mungkin diperlukan untuk pemahaman dan pembelajaran.
Sebuah metafora adalah bersifat umum iaitu sebuah kiasan yang digunakan untuk
melukis satu konsep dengan ciri-ciri yang biasanya berkait dengan yang lain.

Kebiasaannya metafora terdiri daripada dua patah kata contohnya
seperti lembah duka, lautan api, kota kesengsaraan, cahaya kepintaran, tunas
harapan, padang kehidupan, madu kesusahan, cuka kesangsiandan piala remaja.
Contoh metafora di atas adalah suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan
mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap
sesuatu yang hendak dijelaskan.

Contoh-contoh metafora:
Angin berbisik padaku tentangmu, Malam sedang menunggu matahari, Roda
kehidupan, Kotak ingatan, Gelora kenangan, Gerabak kenangan, Kolam
kenangan, Titian kasih, Bibir nasihat, Jari maklumat, Seruling ilmu, Gunung
matlamat, Lumut mundur, Hujan kejayaan, Gitar kesedaran, Sejadah keakraban,
Bukit hasrat, Pondok jasa, Wuduk kesedaran, Mentari azam, Kemarau ilmu, Angin
rasa.

Kepentingan Metafora
Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu. Bahasa
metafora bukan sahaja lembut pada pendengaran tetapi juga memiliki unsur
kelucuan. Walaupun ada antara bahasa metafora ini dapat dijadikan bahasa sindiran
namun jarang sekali pendengarnya yang sakit hati walaupun sindiran tersebut
ditujukan kepadanya. Metafora lahir daripada idea yang kreatif yang tidak jauh
daripada unsur-unsur kiasan. Penggunaannya berkait rapat dengan kepercayaan,
sikap dan nilai masyarakat. Penggunaan metafora dalam kehidupan masyarakat
menunjukkan ketinggian tahap pemikiran bermula sejak dahulu kerana mampu
mencipta pelbagai bentuk metafora yang menjadi kekayaan warisan bangsa.





4

Jadual di bawah menunjukkan hasil daripada analisis metafora berdasarkan
artikel yang telah dipilih.
Jadual 1: Analisis Metafora
Bilangan Contoh
1 Orang hanyut
2 Kurus Kering
3 Memutihkan imej
4 Mata dunia
5 Pendatang haram
6 Orang tanpa negara
7 Hujung senjata
8 Dewan Masyarakat
9 Padang hijau
10 Syurga kehidupan

2.2 Retorik
Terdapat enam jenis ciri-ciri retorik yang akan dikupas dalam bahagian ini. Berikut
adalah sedikit penerangan mengenai retorik yang akan dibincangkan. Retorik yang
pertama ialah retorik pemerian. Kebiasaannya retorik jenis pemerian ini hadir ketika
penulis ingin melakukan penjelasan atau huraian berkaitan sesuatu idea. Retorik ini
bermatlamat untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada
pembaca atau pendengar. Di antara ciri-ciri pemerian ialah dilaksanakan secara
objektif, tepat dan jelas. Contohnya memberi gambaran secara realistic berdasarkan
fakta yang konkrit. Kedua, bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun.
Struktur penulisannya juga mempunyai pendahuluan, huraian dan kesimpulan dan
yang ketiga teknik ini bersifat deskriptif dan informative. Deskriptif bermaksud
maklumat yang disampaikan secara huraian manakala informative pula adalah
maklumat yang disampaikan secara pemberitahuan.

Seterusnya ialah retorik pemujukan. Retorik pemujukan atau pengaruhan
lazimnya akan melibatkan bahasa pujukan bagi mempengaruhi pemikiran dan
keyakinan orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Ciri-ciri
retorik pemujukan ialah menggunakan bahasa yang manis, menarik dan
mementingkan kehalusan berbahasa. Hal ini bertujuan menarik khalayak
berdasarkan pengaruh psikologi dengan menyatakan kehebatan atau kebaikan
5

sesutu yang sedang diperkatakan. Kebiasaannya kita temui retorik ini dalam
pengiklanan.

Retorik yang seterusnya ialah retorik penerangan. Retorik ini berfungsi untuk
memberi penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan
tersusun misalnya dari satu langkah kepada langkah yang lain dan dari satu
bahagian kepada bahagian yang seterusnya. Manakala retorik yang keempat ialah
retorik penceritaan. Retorik penceritaan atau boleh juga dikenali sebagai naratif
bermaksud bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan
mahu pun lisan. Di antara contoh retorik penceritaan dalam penulisan ialah cerpen,
novel, drama dan sebagainya.retorik penceritaan ini dapat dikenalpasti apabila
mempunyai pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian. Selain itu,
biasanya retorik ini menggunakan gaya bahasa imejan, perlambangan, metafora,
personafikasi dan banyak lagi.

Retorik yang kelima ialah retorik pendedahan. Definisi retorik pendedahan
ialah bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu atau menunjukkan
sesuatu perihal dengan jelas dan terperinci. Matlamat retorik ini digunakan
diantaranya ialah memberikan idea atau maklumat kepada khlayak. Ciri-ciri retorik
jenis ini ialah memberikan takrifan, dihuraikan secara jelas dan diserta dengan
perbandingan. Akhir sekali ialah retorik penghujahan. Retorik penghujahan ini
membawa maksud pemujukan rasional atau intelek. Biasanya retorik jenis ini
digunakan dalam perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan
akademik. Di antara cirri-ciri penghujahan ialah memerlukan khalayak bersetuju dan
yakin dengan pendapat yang dikemukakan serta haruslah disokong dengan bukti
yang konkrit dan jelas. Teknik penyampaian retorik jenis ini terbahagi kepada dua
iaitu secara deduksi dan induksi. Jadual di bawah menunjukkan analisis artikel
menggunakan aspek-aspek retorik tersebut.

Jadual 2: Analisis Retorik
Jenis Contoh Perenggan
Pemerian 1. Lebih tiga juta orang Rohingya menjadi pelarian
di ASEAN. Daripada jumlah tersebut, di
Bangladesh dianggarkan terdapat 600 ribu orang
Rohingya, Pakistan (35 ribu orang), Arab Saudi
3



6

(400 ribu orang), sementara 100 ribu orang lagi
tersebar di Emiriah Arab Bersatu (UAE),
Thailand, Indonesia dan Malaysia.

2. Orang Rohingya ini tidak diperakui sebagai
rakyat mana-mana negara, lantas mereka
langsung tidak mempunyai sebarang identiti
pengenalan diri. Jadi, jika mereka ini ditangkap
kerana menceroboh mana-mana negara, ke
manakah mereka harus dihantar pulang?





4
Pemujukan 1. Persoalannya, adakah wajar Malaysia
memberikan hak dan keistimewaan kepada
pelarian Rohingya? Malaysia sendiri tidak pernah
menandatangani Konvensyen Hapuskan Status
Pelarian 1951 atau Protokol 1967, malah
undang-undang yang ada iaitu Akta Imigresen
1951/1963 tidak memperincikan golongan
pelarian secara khusus.
38
Penerangan 1. Rohingya yang bermaksud yang dikasihi atau
yang penyayang merupakan kelompok minoriti
yang berasal dari daerah Arakan, Myanmar.
Orang Rohingya terpaksa meninggalkan
kampung halaman mereka berikutan kerajaan
junta tentera Myanmar tidak memperakui mereka
sebagai rakyat Myanmar.

2. Mengimbas sejarah zaman Kolonial British, orang
Rohingya dikatakan sebagai Indo-Burma di
bawah kelompok muslim Arakan ini pula diiktiraf
sebagai keturunan daripada orang Chittagong
(India) beragama Islam yang berkahwin dengan
wanita tempatan (Myanmar) yang beragama
Arakan.

3. Semenjak 1948, kesengsaraan orang Rohingya
13







14







15
7

tidak pernah berakhir. Konflik etnik yang tercetus
sekitar 1948 di Myanmar mengubah nasib orang
Rohingya yang berjumlah lebih daripada tiga juta
orang.


Penceritaan 1. Ketika banyak negara saling menuding jari
berhubung dengan isu sekumpulan pelarian
Rohinya dalam keadaan tidak terurus dan
menyedihkan ditemui terdampar di pantai
kepulauan Andaman, selatan Teluk Benggala,
pada 10 Februari lalu, Malaysia tidak hanya
menjadi pemerhati.

2. Malaysia pernah menerima tetamu tidak
diundang apabila sebuah bot yang sarat dengan
47 orang pelarian Vietnam mendarat di Pulau
Perhentian, Terengganu. Kejadian yang
menggemparkan penduduk setempat sekitar
tahun 1975 itu segera diselesaikan oleh pihak
berkuasa Malaysia. Atas dasar kemanusian,
Pulau Bidong yang tidak berpenghuni dijadikan
lokasi penempatan sementara kepada pelarian
Vietnam ini yang turut dikenali sebagai orang
hanyut.


3. Menurut Abu Talib Ahmad dalam buku Konflik
Dunia Abad Ke-20 (2008), faktor yang
menyebabkan kerakyatan Rohingya tidak diiktiraf
oleh kerajaan Myanmar adalah berpunca
daripada orang Rohingya sendiri yang tidak
memberikan kerjasama terhadap program
pendaftaran kerakyatan yang dijalankan oleh
kerajaan Myanmar pada 1948 dan kegagalan
pejabat pendaftaran setempat menyimpan rekod
pendaftaran dengan sempurna sejak 1948.

1







6












16










8

4. Saya langsung tidak menyangka saya akan
sampai di Malaysia. Saya hanya mahu hidup dan
saya tidak mahu mati di tangan tentera
Myanmar, cerita Syed Kasim, 35 tahun, yang
mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan di
Myanmar.


5. Sementara itu, menurut Ketua Program
Koordinator Pelarian Rohingya, Mohammad
Sadek, kebanyakan pelarian Rohingya dinafikan
hak dalam soal kebajikan sosial. Tiada peluang
pendidikan, peluang pekerjaan, dan kesihatan
diberikan kepada mereka.

6. Sekiranya Malaysia menandatangani
Konvensyen Pelarian, tindakan itu seolah-olah
petunjuk bahawa Malaysia merestui kemasukan
pelarian ke negara ini, ujar bekas Menteri Luar,
Datuk Seri Syed Hamid Albar, ketika menjawab
soalan di Parlimen pada 2 Julai 2007.


7. Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan
Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia (UUM), Ahmad Zaki Hasan,
menjelaskan bahawa Malaysia menggariskan
satu prosedur baharu dalam menguruskan isu
pelarian Rohingya. Hal ini berikutan daripada
persetujuan yang dicapai secara bersama oleh
para pemimpin ASEAN untuk menguruskan isu
Rohingya dengan lebih sistematik.

28






36






42







46
Pendedahan 1. Bagi meneruskan kehidupan, kaum Rohingya
tidak mempunyai banyak pilihan selain melarikan
diri ke Bangladesh, Pakistan, Emiriah Arab
Bersatu (UAE), Arab Saudi, Thailand, Malaysia
18



9

dan Indonesia.

2. Di Kuala Lumpur, terdapat dua lokasi utama
petempatan orang Rohingya iaitu di Kampung
Sungai Pinang, Jalan Kapar, Klang, Selangor dan
Tasik Permai, Cheras, Kuala Lumpur.


3. Pendapatan kasar mereka sekitara RM15 hingga
RM30 sehari.

4. Meskipun tidak dilengkapi kemudahan
pembelajaran yang sempurna sekurang-
kurangnya lebih daripada 200 orang kanak-kanak
Rohingya berusia lima sehingga 16 tahun
diberikan peluang untuk belajar.
5. Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Al quran,
bahasa Arab dan fardhu Ain merupakan mata
pelajaran yang diajar oleh tenaga profesional
yang juga merupakan pelarian Rohingya.

6. Dalam sektor pekerjaan, Malaysia pada 2005
bersetuju memanfaatkan lebih daripada 60 ribu
pelarian termasuklah Rohingya, Aceh dan Moro
ke dalam sektor pekerjaan.




21




24



25




25




48
Penghujahan 1. Pada 1975 juga, Malaysia sekali lagi memberikan
bantuan kemanusiaan kepada pelarian Kemboja
yang memasuki Malaysia melalui Kelantan. Lebih
daripada 4500 orang pelarian Kemboja ini
ditempatkan di Pengkalan Chepa dan Cherating.

2. Sementara itu, sekitar 1992-1995, atas dasar
kemanusiaan, Malaysia turut membuka laluan
perlindungan sementara kepada pelarian Bosnia-
7





8


10

Herzegovina yang diserang oleh pengganas Serb
dalam misi penghapusan etnik di Bosnia pada
1992-1995.


3. Buktinya, Malaysia tahun lalu diletakkan dalam
kalangan 10 buah negara di dunia yang
mengamalkan hak asasi dan kemanusiaan paling
buruk dalam Kajian Pelarian Sedunia 2008 yang
dijalankan oleh U.S Committee for Refugees, and
Immigrants (USCRI).

4. Rekod UNHCR menunjukkan sehingga Januari
2009 terdapat lebih 46 ribu orang pelarian dari
pelbagai negara yang berdaftar dengan UNHCR
di negara ini.


5. Daripada hasil tinjauan ke atas lebih daripada 30
orang pelarian Rohingya, Dewan Masyarakat
mendapati bahawa 80 peratus daripada mereka
menyara hidup dengan mencari besi buruk,
mengumpul dan menjual barangan terbuang.

6. Di negara ini mereka bertuah, selain mendapat
perlindungan UNHCR, pelarian Rohingya juga
dilindungi beberapa pertubuhan seperti Rohingya
Information Centre (RIC), Ethnic Rohingya
Human Rights Organisation (ERHRO), Rohingya
Solidaritary Democratic Movement (RSDM) dan
Community Rohingya Islam Pro-Democracyn
Organisation (CRIPDO).





9






20





23





33




11

2.3 Sensasi
Terdapat beberapa unsur sensasi yang didapati hasil daripada analisis wacana
artikel ini. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh sensasi yang diperolehi.
Jadual 3: Analisis Sensasi
Bilangan Contoh Perenggan
1. Nasib Pelarian Rohingya Tajuk artikel


3.0 JUSTIFIKASI PENGGUNAAN BAHASA MEDIA
Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada
kalimat. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi
komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap,
tertinggi, dan terbesar atas kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan
kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada disampaikan
secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan
yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam
pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.
Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang
digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat
berupa rangkaian kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan
dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi
secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara
penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana
terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang mempelajari
wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan suatu kajian
yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik dalam
bentuk tulisan ataupun lisan.
Tugasan kedua ini meminta saya untuk mengkaji tentang justifikasi
penggunaan bahasa media dalam artikel yang dipilih ini. Justifikasi ini haruslah
merujuk aspek-aspek seperti sensasi, retorik dan metafora. Sesuatu artikel yang baik
dan mampu memikat pembaca untuk meneruskan pembacaan haruslah mempunyai
segala aspek yang dinyatakan seperti di atas. Hal ini adalah kerana, aspek-aspek
12

yang ada ini mampu memberikan kefahaman, keterujaan dan pelbagai lagi kepada si
pembaca tersebut.
Artikel yang yang saya pilih adalah bertajuk Dunia 2003. Artikel ini
diterbitkan oleh Dewan Masyarakat keluaran Januari 2003. Artikel ini
membincangkan tentang negara Amerika Syarikat yang bersungguh-sungguh
menjalankan misi memburu pengganas di negara-negara Arab, krisis bencana alam,
bekalan air, kemiskinan, kebuluran, wabak penyakit dan gerakan sosial. Pada
pendapat saya, tajuk artikel ini menarik minat para pembaca kerana artikel ini
diterbitkan pada awal tahun 2003 dan tajuk ini pastinya menarik minat pembaca
untuk mengetahui kenapa artikel ini dinamakan sedemikian.
Artikel ini juga mempunyai banyak unsur retorik dan hal ini dibuktikan apabila
saya melakukan pembacaan ke atas artikel ini, saya menjumpai pelbagai jenis retorik
antaranya retorik pemerian, retorik penceritaan, retorik penghujahan, retorik
pemujukan, retorik pendedahan dan retorik penerangan. Retorik yang digunakan ini
juga adalah bertujuan untuk menjadikan artikel ini lebih menarik untuk bacaan
pembaca.
Salah satu retorik yang saya temui ialah retorik pemerian. Kebiasaannya
retorik jenis pemerian ini hadir ketika penulis ingin melakukan penjelasan atau
huraian berkaitan sesuatu idea. Retorik ini bermatlamat untuk menyampaikan fakta
dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. Contoh retorik
pemerian yang terdapat dalam artikel ini ialah:
Abad ke-21 disambut dengan perasaan gembira yang berbaur dengan
pesimistik kerana ketika itu kemelesetan mula melanda dunia. Ekonomi Baru yang
kononnya mampu memberikan harapan baru kepada penduduk dunia, terbukti masih
membawa realiti lama, iaitu ketidakadilan sosial, kerapuhan dunia perniagaan dan
penyelewengan korporat. Kecelaruan dan ketidakpastian yang menyelubungi dunia
semakin ketara apabila berlakunya peristiwa 11 September 2001. Seperti yang cuba
diyakini pada mulanya bahawa Amerika Syarikat diserang dan dunia telah berubah
tetapi yang akhirnya yang nyata ialah pertembungan kejahilan dan pertembungan
barbarisme.
Penulis menulis retorik pemerian sedemikian adalah bertujuan untuk memberi
gambaran awal artikel ini kepada pembaca. Dengan menulis sedemikian, pembaca
akan dapat membayangkan tentang isi artikel yang bakal dibaca oleh mereka. Selain
13

itu, terdapat juga retorik berbentuk pemujukan di dalam artikel ini. Antara contoh
retorik pemujukan ialah:
Apabila tiba masanya kelak, George W. Bush pasti meninggalkan Rumah
Putih sebagai presiden Amerika Syarikat yang paling tidak popular. Kerosakan yang
ditinggalkan oleh beliau memang sukar untuk dipulihkan. Semasa di Rumah Putih
beliau boleh melakukan tarian peperangan dan bercakap tentang paksi kejahatan
dengan wajah yang sedia tersenyum, tetapi untuk berapa lama?
Retorik pemujukan atau pengaruhan lazimnya akan melibatkan bahasa
pujukan bagi mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain agar mempercayai
sesuatu perkara yang diperkatakan. Penulis menulis sedemikian adalah untuk
memujuk pembaca agar mempercayai ataupun berfikir sama ada presiden Amerika
Syarikat masih mampu tersenyum dengan segala kerosakan dan kejahatan yang
telah dilakukan beliau.
Di samping itu, terdapat juga retorik pendedahan yang digunakan oleh
penulis dalam artikel ini. Contoh retorik pendedahan ialah:
Sebenarnya, Amerika Syarikat hanya menang dari segi ketenteraan, tetapi
tewas dari segi politik. Negara kuasa besar itu gagal memikat hati hampir seluruh
warga dunia. Tindakan satu pihak Amerika, seperti serangan terhadap pengganas,
merancang peperangan terhadap Iraq, menegetepikan Protokol Kyoto, berdolak dalik
terhadap Isu Palestin dan sentiasa melindungi rejim Israel menyebabkan negara itu
sentiasa terpisah dengan dunia lain.
Matlamat retorik ini digunakan diantaranya ialah memberikan idea atau
maklumat kepada khlayak. Ciri-ciri retorik jenis ini ialah memberikan takrifan,
dihuraikan secara jelas dan diserta dengan perbandingan. Tujuan penulis menulis
sedemikian adalah untuk memberitahu para pembaca tentang perangai sebenar
Amerika Syarikat yang banyak memungkiri janji dan melakukan kerosakan kepada
keamanan dunia masa kini. Dengan menulis sedemikian, pembaca akan lebih
mengetahui pandangan penulis tentang Amerika Syarikat dan pembaca boleh
memikirkan sama ada untuk menerima mahupun tidak menerima pandangan penulis
itu.
Retorik seterusnya yang terdapat dalam artikel ini ialah retorik penceritaan.
Retorik penceritaan atau boleh juga dikenali sebagai naratif bermaksud bentuk
penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan mahu pun lisan.
14

Terdapat banyak retorik penceritaan di dalam artikel ini namun saya tertarik dengan
retorik ini contohnya:
Ketika Amerika diserang pada 11 September 2001, kebanyakan penduduk
dunia bersimpati dengan Amerika, meskipun sebilangan penduduk di Asia, Amerika
Latin, Afrika dan Eropah bersorak kegembiraan. Walaubagaimanapun, perasaan
simpati beransur-ansur hilang setahun kemudian apabila terbukti bahawa
Washington begitu taksub terhadap peperangan iaitu bermula dengan serangan
terhadap Afghanistan pada Oktober 2001. Meskipun Amerika berjaya melumpuhkan
Taliban, manakala Osama Bin Laden dan Al Qaeda bercempara, namun tidak tanduk
Amerika seperti serangan terhadap keganasan, rancangan serangan terhadap Iraq
dan sebagainya, membangkitkan perasaan Anti Amerika di seluruh dunia.
Pada saya, retorik di atas jelas menceritakan tentang Amerika yang taksub
kepada peperangan atas nama menentang keganasan. Hal ini sedikit sebanyak
membuka mata para pembaca yang sesungguhnya Amerika itu sendiri memang
sukakan keganasan dan akan berterusan menjadikan negara-negara dunia ketiga
dan negara kecil sebagai kambing hitam dalam usaha memenuhi nafsu jahat dan
buas mereka. Retorik sebegini juga mampu menarik minat dan menimbulkan
keterujaan kepada pembaca oleh kerana pendedahan yang diceritakan kepada
mereka.
Berdasarkan antara contoh-contoh retorik di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa penggunaan retorik yang pelbagai dalam penulisan wacana akan
membangkitkan keterujaan sang pembaca terhadap artikel tersebut. Penggunaan
laras bahasa yang menarik dan senang difahami juga adalah satu faktor penting
dalam memastikan matlamat ataupun objektif utama penulisan cerpen itu diterima
dan difahami oleh umum. Penggunaan bahasa media yang betul juga haruslah dititik
beratkan oleh penulis agar keindahan bahasa itu sendiri dapat ditonjolkan.






15

4.0 PENUTUP
Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya kita mampu menganalisis wacana dengan
sebaiknya. Antara kelebihan analisis wacana ialah kita mampu menilai sesuatu isu
itu dengan matang tanpa mengamalkan sikap prejudis. Sebagai contoh jika kita
dihidangkan dengan sesuatu isu yang berkaitan perkara yang menyentuh sensitivi
misalnya, kita sebagai orang yang mempunyai ilmu tentang analisis wacana akan
berfikir tentang isu tersebut dari segenap aspek pemikiran. Hal ini akan menjadikan
kita lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan dalam apa-apa isu sekalipun.
Sebagai bakal guru, konsep analisis wacana ini juga penting kerana kita akan
mengaplikasikan dalam kehidupan sebagai guru kelak. Hal ini kerana sebagai
seorang guru, yang lazimnya golongan yang dihormati dalam masyarakat, kita
acapkali akan diminta oleh ahli masyarakat sekeliling untuk memberi pandangan
mengenai sesuatu isu. Dengan sedikit ilmu mengenai analisis wacana ini, sedikit
sebanyak kita akan dapat menjawab persoalan yang diajukan dengan neutral dan
tanpa sikap prejudis.
Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa jika ilmu mengenai wacana dan
masyarakat ini dipelajari dan diaplikasikan oleh segenap kelompok masyarakat,
nescaya akan lahir sebuah masyrakat Malaysia yang bertamadun dan mempunyai
pemikiran minda kelas pertama. Kita juga tidak akan dapat melihat lagi
pertelingkahan mengenai perbezaan pendapat yang wujud antara satu sama lain.
Justeru itu, amat wajarlah jika pelajaran tentang subjek ini diperluaskan pada
segenap aspek peringkat umur bermula dari peringkat rendah sehinggalah peringkat
yang tertinggi.

You might also like