Bimbingan Dan Kaunseling

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1

1.0 PENDAHULUAN

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bertujuan membantu murid-murid agar lebih
prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina kemahiran menyelesaikan
konflik diri. Kaunseling di sekolah harus dijalankan serentak dengan aktiviti pengayaan
dan pengukuhan sesuai dengan Dasar Pelaksanaan Kaunseling Sekolah yang telah
diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu, proses membantu ini melibatkan usaha kolektif
antara kaunselor, guru biasa dan rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Matlamat
kaunseling akan dapat dicapai jika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mendapat
kerjasama dan sokongan padu guru-guru yang dapat membekalkan maklumat yang
berkaitan dengan tingkahlaku bermasalah murid-murid mereka.

Jadi, kesempatan berpraktikum disekolah selama 3 bulan atau bersamaan
dengan 12 minggu ini digunakan oleh guru pelatih untuk menilai sejauh mana
keberkesanan projek bimbingan dan kaunseling yang telah dijalankan oleh guru-guru
bimbingan dan kaunseling disekolah tersebut serta merancang satu projek bimbingan
dan kaunseling kepada murid-murid di sekolah tersebut.

Segala apa yang dipelajari dipraktikkan di dalam projek bimbingan dan
kaunseling yang dirancang dan dijalankan kepada kumpulan sasaran yang telah dipilih
menggunakan kaedah serta pendekatan yang bersesuaian dalam usaha membantu
murid-murid yang lemah mahupun murid-murid yang pandai dalam aspek pendidikan
mereka dan juga aspek-aspek lain.

Bimbingan dan kaunseling banyak memberikan kesan kepada murid-murid dan
sangat membantu kehidupan mereka. Murid-murid yang perlukan guru-guru yang mahir
untuk memberikan mereka bimbingan dan kaunseling yang sewajarnya supaya mereka
dapat menumpukan perhatian mereka sepenuhnya kepada pembelajaran mereka.

You might also like