Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ANALISIS VIDEO EDUCATION IN SINGAPORE

Berdasarkan video yang telah saya lihat, saya mendapati bahawa Singapura
adalah sebuah Negara yang amat mementingkan pendidikan . Justeru tidak
hairanlah mengapa mereka turut disenaraikan dalam kalangan Negara-negara yang
mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Mereka percaya bahawa dalam
membangunkan system pendidikan, guru memainkan peranan yang sangat besar
kearah itu. Oleh itu, guru-guru yang dihantar ke sekolah adalah dalam kalangan
mereka yang mendapat pendidikan di Institut pendidikan sebelum dihantar ke
sekolah. Sepanjang berada di sekolah, guru-guru permulaan ini akan diselia
dibawah guru senior atau lebih dikenali sebagai mentor. Jika hendak dibandingkan
dengan system pendidikan kita, saya merasakan sistem mentor ini turut
diaplikasikan bagi guru-guru permulaan di Malaysia. Namun berkemungkinan sistem
mentor yang kita praktikkan di sekolah masih belum mencapai tahap yang setanding
dengan Singapura praktikkan.
Selain itu, saya juga amat tertarik dengan usaha kementerian pendidikan
mereka yang telah melancarkan satu program iaitu PLC dimana saya pandangan
saya program ini amat membantu guru-guru berbincang dan mencapai satu kata
sepakat yang mampu memperbaiki kemahiran pengajaran mereka. Dalam program
PLC ini, semua guru akan duduk bersama dan saling bertukar-tukar buah fikiran
bagi membantu guru-guru yang menghadapi masalah dalam sesi pengajaran
mereka.

You might also like