Laporan Khatam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

LAPORAN PROGRAM INTERNSHIP

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PERASMIAN


PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN TUAN KECHIL

Anjuran : Pelajar Guru IPG Kampus Pulau Pinang

Tarikh : 25 Julai 2014
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi 12.10 tengah hari
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil


SENARAI KANDUNGAN

1.0 Objektif

2.0 Strategi Pelaksanaan



3.0 Refleksi

a) Kekuatan
b) Kelemahan

4.0 Cadangan Penambahbaikan

5.0 Kesimpulan



6.0 Lampiran ( laporan bergambar)










LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : ARIFF AL-BAQI BIN MOHD ISKANDAR
NO. KAD PENGENALAN : 910501-10-6069
PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2011
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN TUAN KECHIL
NAMA PROJEK/AKTIVITI : MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PERASMIAN
PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADAN
TEMPOH PELAKSANAAN : 8.00 PAGI 12.10 TENGAH HARI
TARIKH PELAKSANAAN : 25 JULAI 2014

1.0 Objektif

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Melahirkan murid yang sentiasa peka dengan kebesaran bulan Ramadan;
3.2 Memupuk minat murid untuk membaca al-Quran;
3.3 Memupuk minat murid untuk mendalami ilmu al-Quran;
3.4 Melahirkan murid yang cinta akan bulan Ramadan.






2.0 Strategi Pelaksanaan

1. Sebelum sesuatu projek atau majlis yang kami rancang dilaksanakan, perkara
yang paling penting adalah penyediaan kertas kerja. Aspek ini yang paling utama
kerana kertas kerja perlu dihantar kepada Guru Besar sebelum bermulanya
sesuatu aktiviti atau program kerana pihak pentadbir yang diketuai oleh Guru
Besar yang akan memberi kata putus mengenai majlis yang dicadangkan
khususnya mengenai tarikh yang telah kami pilih bersama guru-guru Panitia
Pendidikan Islam. Antara objektif utama majlis Khatam Al-Quran dijalankan
adalah untuk memupuk minat murid membaca al-Quran. Penyediaan kertas
kerja juga adalah penting kerana merangkumi senarai ahli jawatankuasa yang
akan bertugas dan juga atur cara majlis. Sesuatu majlis atau program amat
memerlukan senarai ahli jawatankuasa pelaksanaan agar segala tugas dapat
diselesaikan dengan teratur dan dalam jangka masa yang cepat.

2. Segala persiapan yang rapi telah kami laksanakan sebelum bermulanya majlis
itu agar majlis berjalan dengan lancar. Untuk majlis tersebut iaitu Majlis Khatam
Al-Quran, kami perlu mengenal pasti dahulu murid yang telah khatam al-Quran.
Setelah senarai murid yang akan memperdengarkan bacaan al-Quran telah
dibuat, maka kami akan menilai bacaan setiap daripada mereka supaya bacaan
mereka fasih dan betul. Kami mengambil masa selama dua hari untuk meneliti
setiap bacaan murid agar mereka yang terpilih adalah betul-betul layak untuk
memperdengarkan bacaan pada majlis tersebut.

3. Majlis Khatam Al-Quran telah bermula pada jam 8.00 pagi. Semua murid
berkumpul dan mengambil tempat duduk masing-masing di dewan terbuka
sebelum bermulanya majlis. Pada mulanya, murid berada dalam keadaan bising
dan kurang terkawal tetapi setelah diawasi oleh guru-guru, keadaan kembali baik
dan murid mula memberi perhatian terhadap majlis. Majlis tersebut telah
dipengerusikan dengan baik dan tenang oleh Encik Mohd Nizar. Setelah Encik
Zulkifli iaitu Guru Besar SK Bagan Tuan Kechil mengambil tempat bersama guru-
guru Penolong Kanan, maka majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat suci al-
Quran yang diperdengarkan oleh Encik Hasbullah bin Mat Isa sebagai pembuka
acara majlis.


4. Setelah itu, maka acara kemuncak majlis tersebut berlangsung iaitu acara
khatam al-Quran yang disertai oleh murid-murid seramai 22 orang. Setiap murid
membaca satu surah yang telah ditetapkan. Acara tersebut telah dipimpin
dengan jayanya oleh Encik Hasbullah bin Mat Isa. Semasa acara khatam al-
Quran berlangsung, semua murid telah memberi kerjasama yang baik dan
mendengar dengan sepenuh perhatian terhadap bacaan ayat al-Quran yang
diperdengarkan oleh rakan-rakan mereka di atas pentas. Peserta-peserta yang
terlibat juga telah dapat membaca surah-surah lazim yang ditetapkan dengan
bacaan yang baik dan lancar. Hal ini disebabkan proses persediaan yang diteliti
yang telah dijalankan oleh guru-guru khususnya Panitia Pendidikan Islam.

5. Majlis tersebut telah diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru
Besar di samping merasmikan Majlis Penutupan Program Ihya Ramadhan.
Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai pentingnya murid menguasai
bacaan al-Quran pada peringkat awal lagi supaya tidak menyesal di kemudian
hari. Beliau juga menekankan bahawa kita juga perlu mendalami maksud yang
tersirat di sebalik bacaan ayat al-Quran yang kita baca kerana dalam al-Quran
terdapat banyak ilmu yang amat berguna dalam memandu manusia ke arah
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

6. Sebelum majlis berakhir, semua murid telah beratur dan bersalam-salaman
dengan guru-guru. Mereka juga menerima duit raya dan bubur lambuk untuk
dibawa pulang ke rumah. Murid kelihatan begitu seronok menerima duit raya
daripada guru-guru dan pulang ke rumah dengan gembira kerana hari tersebut
juga adalah hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti sempena Hari
Raya Aidilfitri.


3.0 Refleksi

1. Kekuatan Projek/ aktiviti

a) Antara kekuatan majlis tersebut adalah persediaan yang cukup rapi sebelum
hari bermulanya majlis. Persediaan tersebut adalah hasil daripada semua
pihak dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus mengerah tenaga dan
keringat bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.
b) Memberi pengetahuan kepada murid tentang cara-cara bertakbir raya dengan
betul
c) Tayangan video sirah dapat mendidik murid supaya memiliki perilaku yang
mulia.

2. Kelemahan Projek/ aktiviti:

a) Di sebalik kekuatan yang dimiliki, terdapat juga kelemahan yang perlu
diterima iaitu dari segi kawalan murid semasa majlis. Oleh itu, kawalan murid
perlu lebih ditekankan supaya tidak mengganggu upacara majlis terutamanya
majlis yang melibatkan tetamu undangan khas.
b) Tempat yang hanya mampu memuatkan sejumlah audien yang kecil
membuatkan keadaan kelihatan sesak dan sempit.

4.0 Cadangan Penambahbaikan
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa
yang akan datang :
1. Merancang aktiviti yang teratur agar tidak ada masa yang terbuang semasa
majlis atau program diadakan.
2. Kawalan murid perlu diperkemaskan dengan lebih tersusun dengan melantik
beberapa orang guru sebagai pemantau.




5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya Ramadan
telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar mengikut apa yang telah dirancang.
Majlis tersebut adalah termasuk dalam program tahunan peringkat sekolah dan
semestinya majlis yang besar kerana melibatkan semua warga SK Bagan Tuan Kechil.
Kami bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang dan kekuatan kepada kami
dalam mengetuai dan memimpin majlis tersebut sehingga selesai dengan jayanya hasil
daripada kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah samada terlibat
secara langsung atau secara tidak langsung.
Oleh itu, kami mengharapkan agar majlis tersebut memberi manfaat kepada
semua pihak dan semoga segala usaha yang dijalankan diredai oleh Allah.

6.0 Lampiran (Galeri Foto) :


Encik Hasbullah sedang mendengar setiap bacaan daripada peserta khatam al-Quran.

Encik Hasbullah memimpin majlis khatam al-Quran.


Ucapan daripada Tuan Guru Besar, Encik Zulkifli.

You might also like