Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

LULUHAWA

Konsep luluhawa
Luluhawa merupakan proses pemecahan, peleraian ,pereputan dan penguraian batuan di
permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu menyebabkan berlakunya
perubahan fizikal atau kandungan kimia batuan oleh agen-agen luluhawa seperti iklim (
suhu, hujan dan fros ) serta biotik

Kata kunci
Proses pemecahan, pereputan dan penguraian batuan
Menyebabkan berlakunya perubahan fizikal atau kandungan kimia
batuan
Agen-agen luluhawa seperti iklim ( suhu , hujan dan fros ) serta biotik

Faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa batuan

Faktor semulajadi

Bentuk muka bumi
Aktif di kawasan bercerun berbanding dengan kawasan yang bentuk muka buminya rata.
Batuan di kawasan bercerun sentiasa terdedah kepada agen-agen luluhawa kerana bahan-
bahan regolit yang terluluhawa tidak kekal lama di kawasan tersebut ( sentiasa
dipindahkan oleh agen hakisan seperti air mengalir, glasier ) .
Sebaliknya di kawasan yang bentuk muka buminya rata, bahan-bahan regolit hasil
kegiatan luluhawa sentiasa melitupi bahagian batuan daripada terdedah dan keadaan ini
menyebabkan kegiatan luluhawa terganggu.
Cerun yang menghadap angin lazim akan menerima jumlah hujan tahunan yang lebat
berbanding cerun yang membelakangi arah tiupan angin.
Hujan yang lebat akan menggalakkan berlakunya luluhawa kimia di kawasan cerun yang
mengadap angin lazim tersebut tersebut.
Iklim
Unsur-unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa ialah suhu, bahangan matahari, hujan dan fros.
( a ) Bahang matahari dan suhu
Mempengaruhi kegiatan luluhawa sama ada luluhawa kimia ataupun luluhawa
fizikal/mekanikal.
Di kawasan gurun panas julat suhu harian yang tinggi menyebabkan berlakunya
luluhawa fizikal/mekanikal melalui proses pengembangan dan pengecutan. Pada
waktu siang bahang matahari yang diterima di kawasan gurun panas adalah tinggi
menyebabkan suhunya tinggi (lebih daripada 40 C ) dan keadaan ini menyebabkan
batuan di kawasan tersebut mengembang. Pada waktu malam suhu di kawasan ini jatuh
secara mendadak ( kurang daripada 10 C ).Penurunan suhu secara mendadak ini
menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengecut. Proses kembang-kecut yang berlaku
secara berulangkali dalam tempoh yang lama menyebabkan batuan di kawasan
tersebut mengelupas dan akhirnya pecah.
Suhu juga mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia khususnya di kawasan tropika
lembab. Suhu yang sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27 C ) menyebabkan
kegiatan luluhawa kimia aktif sepanjang tahun. Menurut Van Den Hof setiap
kenaikan suhu sebanyak 1 C akan meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak
10 %.
( b ) Hujan
Membekalkan sumber air untuk sebarang proses luluhawa.
Semua proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan,
pengoksidaan dan hidrolisis memerlukan air untuk tindak balas kimia.
Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000 mm ) menyebabkan proses
luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan tersebut.
( c ) Fros
Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat
berkesan untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal.
Pada waktu siang air hujan akan memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan pada
waktu malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku air yang terdapat dalam rekahan
tersebut akan membeku.
Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah
mengembang sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya.
Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan
yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar.
Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya
pecah.
Jenis batuan
Batuan yang berbeza mempunyai daya ketahan yang berbeza terhadap luluhawa.
Batuan yang lembut daripada jenis enapan seperti batu kapur dan batu pasir lebih mudah
terluluhawa misalnya melalui proses larutan dalam luluhawa kimia. Batuan yang lebih
keras seperti feldspar, dan kuarza lebih tahan terhadap luluhawa sama ada luluhawa
kimia atau fizikal.
Ketahanan sesuatu batuan itu terhadap luluhawa bergantung kepada kandungan mineral,
warna dan struktur rekahan yang terdapat pada batuan tersebut.
( a ) Kandungan mineral
Ketahanan mineral yang terdapat dalam batuan terhadap luluhawa adalah berbeza-beza.
Batuan yang mengandungi bahan yang boleh menyerap air akan mengalami luluhawa
kimia melalui tindakan penghidratan. Antara kandungan kimia batuan yang biasanya
mengalami penghidratan ialah kalsium sulfat ( anhidrit ), feldspar dan mika.
Batuan yang mengandungi banyak sebatian besi ( ferum ) akan mudah terluluhawa
melalui tindakan pengoksidaan.
( b ) Warna batuan
Batuan yang berwarna gelap biasanya mengalami tindakan luluhawa yang lebih giat
kerana lebih banyak menyerap dan menyimpan haba bahang matahari berbanding batuan
yang berwarna cerah yang kurang menyerap dan menyimpan haba. Contoh batuan gelap
ialah gabro, olivin, augit dan biotit menyerap lebih banyak bahang daripada matahari
berbanding batuan yang mempunyai permukaan yang lebih cerah seperti felsfar, kuarza,
dan muskovit yang lebih memantulkan balik sebahagian bahang matahari yang
diterimanya.
( c ) Struktur rekahan
Struktur retakan dan rekahan yang wujud di permukaan batuan akan memudahkan air dan
hablur ais ( fros ) bertindak ke atas batuan tersebut.
Proses beku dan cair ( pengembangan ) yang berlaku dalam struktur rekahan batuan
menyebabkan rekahan tersebut bertambah membesar dan akhirnya pecah kerana
isipadunya bertambah sebanyak 10 %.
Struktur retakan dan rekahan pada permukaan batuan juga penting dalam menggalakkan
berlakunya luluhawa kimia ke atas batuan.
Apabila berlakunya hujan, air hujan tersebut akan masuk ke dalam rekahan tersebut dan
berlakulah tindakan luluhawa kimia secara pengkarbonan dan larutan seperti mana yang
berlaku ke atas batu kapur.
Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh- tumbuhan membekalkan asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi mempercepatkan
tindakan balas kimia terhadap batuan.
Contoh karbon dioksida yang dilepas ke udara akibat pepeluhan tumbuhan akan
dilarutkan oleh air hujan lalu membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik lemah ini
amat sangat diperlukan dalam proses pengkarbonan, dan larutan yang bertindak balas
dengan batuan seperti batu kapur dan dolomit.
Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa fizikal. Pembesaran akar-akar
tumbuhan boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan.
P. Birot ( 1966 ), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm dan satu
meter panjang apabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar
akan berupaya untuk menggerakkan satu bongkah batuan seberat 10 tan.
Tindakan hidupan dalam tanah
Tindakan hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung
dapat membantu kegiatan luluhawa.
Hidupan dalam tanah sentiasa melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan
memindahkan tanah ke permukaan.
Apabila berlakunya hujan air akan masuk jauh ke dalam tanah melalui lubang-lubang ini
dan kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam tanah.
Mikroorganisma
Terdapat mikroorganisma daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan akan
mengeluarkan asid organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan
sekaligus membantu mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.
Masa
Batuan yang lebih keras seperti batu daripada kumpulan igneus memerlukan masa yang
lebih lama untuk terluluhawa berbanding batuan lemah dan lembut daripada kumpulan
enapan.
Faktor Aktiviti manusia- aktiviti pembangunan

JENIS-JENIS LULUHAWA
Luluhawa batuan secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu luluhawa
mekanikal/ fizikal, luluhawa kimia / dalaman, dan luluhawa biologi

LULUHAWA FIZIKAL

Konsep luluhawa fizikal
Luluhawa mekanikal/fizikal merupakan proses pemecahan dan peleraian batuan di
permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa fizikal
seperti iklim ( suhu, hujan dan fros ) serta biotik dengan tanpa mengubah kandungan
kimia batuan.

Kata kunci
Proses pemecahan dan peleraian batuan
Agen-agen luluhawa mekanikal/fizikal seperti iklim ( suhu , hujan dan fros ) serta biotik
Tanpa mengubah kandungan kimia batuan

PROSES LULUHAWA FIZIKAL

Pengembangan hablur garam.
Proses ini berlaku secara meluas di kawasan gurun panas.
Pemanasan matahari yang melampau di kawasan ini menyebabkan air di bawah tanah
ditarik ke atas oleh daya rerambut ( capillary force ) dan tersejat ke permukaan.
Apabila air tersejat, hablur-hablur garam akan tertinggal di dalam rongga atau retakan
batuan ( batu pasir ).
Proses sejatan yang berterusan akan menyebabkan kuantiti hablur garam dalam rongga
atau rekahan batuan bertambah dan mengembang .
Tekanan yang diwujudkan oleh pertambahan kuantiti hablur garam ini akan
menyebabkan batuan tersebut tersepai.
Tindakan fros

Tindakan Fros yang berulang
Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat
berkesan untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal.
Pada waktu siang, air hujan yang memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan
pada waktu malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku air yang terdapat dalam
rekahan tersebut akan membeku.
Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah
mengembang sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya.
Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan
yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar.
Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya
pecah.
Tindakan fros ini akan menghasilkan serpihan yang bersegi-segi dan serpihan batuan itu
akan terkumpul di kaki gunung sebagai talus.
Pelepasan tekanan

Gambar menunjukkan Luluhawa secara pemecahan bongkah
Pelepasan tekanan merujuk kepada proses pengurangan tekanan pada batuan.
Semasa bongkah batuan tersebut tertanam di dalam bumi , tekanan batuan yang terletak
di atasnya menyebabkan bongkah batuan tersebut berada dalam keadaan kecut.
Apabila tanah lapisan atas batuan tersebut di hakis oleh agen-agen hakisan menyebabkan
batuan tersebut terdedah ke permukaan bumi.
Proses pendedahan ke permukaan bumi ini dikenali sebagai pelepasan tekanan.
Pendedahan ini menyebabkan batuan tersebut mengembang akibat daripada tekanan yang
berkurangan.
Batuan ini kemudiannya merekah dan retak.
Proses pengembangan yang berterusan akan menyebabkan kepingan-kepingan besar
batuan akan terpisah daripada batuan induk.
Proses pelepasan tekanan ini biasa berlaku ke atas batuan igneus seperti granit.
Tindakan basah dan kering
Berkesan di kawasan tropika yang mengalami musim hujan dan kering yang nyata.
Semasa musim hujan batuan akan basah dan mengembang manakala semasa musim
kering sejatan akan berlaku ke atas batuan tersebut menyebabkan batuan tersebut
mengecut.
Proses basah dan kering yang berlaku secara yang berulang dalam tempoh tertentu akan
menyebabkan batuan tersebut merekah dan akhirnya pecah.

Gambar menunjukkan batuan yang mengalami kelupasan
Proses basah kering juga berlaku di kawasan pinggir laut tropika lembap.
Semasa air pasang batuan di kawasan pinggir pantai akan basah dan mengembang
manakala semasa air laut surut batuan pinggir pantai akan terdedah kepada pancaran
matahari yang terik menjadikannya kering semula.
Proses basah kering ini akan berlaku secara berulangkali dan akhirnya menyebabkan
batuan pinggir pantai merekah dan kemudiannya pecah dan relai.









Tindakan Kembang- kecut


Luluhawa Akibat Perubahan Suhu Yang Berulang
Tindakan kembang dan kecut berlaku dengan giat di kawasan yang mengalami
perubahan suhu yang ekstrem seperti di kawasan gurun panas.
Di kawasan gurun panas julat suhu hariannya sangat besar. Pada waktu siang pemanasan
oleh matahari ( suhu tinggi ) menyebabkan lapisan luar batuan mengembang lebih cepat
daripada bahagian dalam batuan tersebut. Sebaliknya pada waktu malam suhunya rendah
menyebabkan lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut lebih cepat daripada bahagian
dalam bataun tersebut.
Proses ini kembang kecut akan berlaku secara berulang-ulang dan keadaan ini
menyebabkan bahagian luar batuan akan merekah dan pecah secara mengelupas lapisan
demi lapisan.
Tindakan biologi
Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa fizikal.
Pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan. P. Birot
( 1966 ), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm dan satu meter
panjang apabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar akan
berupaya untuk menggerakan satu bongkah batuan seberat 10 tan.
LULUHAWA KIMIA
Konsep luluhawa kimia
Luluhawa kimia merupakan proses pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi
atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa kimia seperti iklim (
suhu, dan hujan ) serta biotik dengan mengubah kandungan kimia batuan.

Kata kunci
Proses pereputan dan penguraian batuan
Agen-agen luluhawa kimia seperti iklim ( suhu dan hujan ) serta biotik
Mengubah kandungan kimia batuan

PROSES LULUHAWA KIMIA
Hidrolisis
Hidrolisis merupakan satu proses kimia yang melibatkan tidak balas antara mineral (
galian ) yang terdapat dalam batuan dengan air lalu menyebabkan mineral tersebut
menjadi lemah.
Contoh tindak balas antara air dengan bahan mineral dalam batu granit iaitu felsfar dan
mika.
Melalui proses hidrolisis ini felsfar telah membentuk tanah liat putih yang dikenali
sebagai kaolin.
Kaolin banyak terdapat di kawasan batuan granit di kawasan tropika lembap.
Penghidratan
Penghidratan ( hydration ) berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan
telah menyerap air lalu mengubah bahan mineral tersebut kepada bahan mineral yang
baru.
Contoh bahan mineral anhidrit atau kalsium sulfat yang bertindak balas dengan air dan
kemudian menyerapnya lalu membentuk mineral baru yang dikenali sebagai gipsum.
Melalui proses penghidratan bahan mineral yang terdapat dalam batuan bukan sahaja
berubah daripada segi kandungan kimia malah melibatkan perubahan isipadu.
Pengoksidaan
Pengoksidaan ialah proses tindak balas antara mineral batuan dengan air dan oksigen
yang terdapat dalam udara. Proses pengoksidaan paling giat berlaku terhadap batuan
yang mengandungi mineral besi (ferum ) lalu melemahkan struktur batuan tersebut.
Batuan daripada kumpulan igneus yang mengandungi banyak kandungan besi seperti besi
sulfida ( pirit ), ferus oksida( magnetit ) dan feromagnesium ( mika dan hornlend )
apabila terdedah kepada air dan oksigen di udara akan bertukar warna kepada keperangan
dan sifat kimianya.
Proses pengoksidaan kerap berlaku di kawasan tropika lembap di mana batuan yang
mengandungi besi yang terluluhawa telah menghasilkan tanih laterit.
Larutan
Larutan ialah proses di mana mineral yang terdapat dalam batuan akan menjadi cair
apabila bertindak balas dengan air.
Larutan biasanya berlaku ke atas batuan yang mudah larut seperti batu kapur dan dolomit.

Bentuk muka bumi Batu Kapur akibat Luluhawa Kimia
Air hujan atau asid karbonik telah melarut permukaan batu kapur tersebut lalu
menghasilkan larutan kalsium bikarbonat .
Pengkarbonan


Proses pengkarbonan berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan
bertindak balas dengan karbon dioksida di udara dan air hujan atau asid karbonik.
Contoh tindak balas antara kalsium karbonat yang terdapat dalam batu kapur dengan air
hujan atau asid karbonik akan menghasilkan kalsium bikarbonat.
Proses ini kerap berlaku di kawasan batu kapur dengan membentuk pelbagai bentuk
muka bumi yang menarik.



FAKTOR- FAKTOR LULUHAWA KIMIA / DALAMAN DI KAWASAN TROPIKA
LEMBAP

( i ) Iklim
( a ) Hujan

Membekalkan sumber air untuk tindak balas kimia dalam semua proses luluhawa kimia
seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis.
Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000 mm )dan turun sepanjang
tahun mengalakkan proses luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan tersebut.
( b ) suhu
Mempengaruhi kadar luluhawa kimia khususnya di kawasan tropika lembab.
Suhu yang sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27 C ) menyebabkan kegiatan
luluhawa kimia aktif sepanjang tahun.
Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu sebanyak 1 C akan meningkatkan
keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10 %.
( ii ) Biolog
( a ) Peranan tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan yang banyak di kawasan tropika lembap membekalkan bahan-bahan
organik melalui pereputan ranting-ranting atau daun-daun yang gugur.
Bahan-bahan organik yang mereput akan menghasilkan asid organik seperti asid humik
dan asid fulvik yang bertindak balas terhadap batuan di samping membantu
mempercepatkan tindak balas kimia terhadap batuan.
( b ) Hidupan dalam tanah dan mikroorganisma
Iklim di kawasan tropika lembap yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan
pembiakan hidupan dalam tanah seperti cacing dan tikus yang membantu melonggarkan
sruktur tanah dengan mengorek lubang dan memindahkan tanah ke permukaan.
Apabila berlakunya hujan, air dan gas-gas tertentu akan masuk jauh ke dalam tanah
melalui lubang-lubang tersebut dan kesannya luluhawa kimia akan berlaku jauh ke
dalam tanah.
Mikroorganisma jenis kulat yang hidup di kawasan tropika lembap mengeluarkan asid
organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu
mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.



BENTUK MUKA BUMI HASIL TINDAKAN LULUHAWA KIMIA

Pandang darat batu kapur ( karst )
Pandang darat batu kapur ( karst ) merupakan bentuk muka bumi paling biasa ditemui di
kawasan tropika lembap hasil daripada tindakan luluhawa kimia atau dalaman.
Terhasil melalui tindakan luluhawa kimia melalui proses larutan dan pengkarbonan.
Tindak balas antara kalsium karbonat yang terdapat dalam batu kapur dengan air hujan (
asid karbonik ) akan menghasilkan kalsium bikarbonat lalu membentuk muka bumi di
kawasan gua batu kapur yang mengandungi stalatktit, stalakmit, tiang kalsit, sungai
bawah tanah dan sebagainya.
Contoh gua yang mempunyai bentuk muka bumi batu kapur ( karst )ialah Gua Niah dan
Mulu di Sarawak,dan Batu Caves di Selangor.
Pembentukan tanah laterit
Kewujudan tanah laterit berkait rapat dengan proses pengoksidaan dalam luluhawa kimia.
Batuan igneus yang mengandungi banyak kandungan besi seperti besi sulfida ( sulferit ),
ferus oksida ( magnetit ) dan feromagnesium ( mika dan hornlend ) apabila terdedah
kepada air dan oksigen di udara akan bertukar warna kepada keperangan dan sifat
kimianya.
Pembentukan tanah liat putih ( kaolin )
Tanah liat putih ( kaolin ) adalah hasil tindakan luluhawa kimia melalui proses hidrolisis.
Mineral ( galian ) yang terdapat dalam batuan akan menyerap air dan bertindak balas
dengannya lalu menyebabkan mineral tersebut menjadi lemah.
Contoh tindak balas antara air dengan mineral dalam batu granit iaitu felsfar telah
membentuk tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin.
Pembentukan tors dan bornhard
Tors merujuk kepada tunggul-tunggul sisa yang telah mengalami proses gondolan sama
ada oleh luluhawa dan hakisan.
Luluhawa kimia yang bertindak mereput dan menguraikan struktur batuan bukit yang
kemudiaan dihakis dan diangkut ke tempat lain oleh air yang mengalir.
Sisa-sisa batuan keras yang tahan kepada luluhawa dan hakisan akan tertinggal dalam
bentuk bonjolan dikenali sebagai tors.
Bentuk muka bumi tors banyak terdapat di kepulauan Sulawesi dan cerun Banjaran
Titiwangsa di Malaysia.
Bornhard pula merujuk kepada tonjolan-tonjolan batuan yang timbul dari dalam bumi
setelah batuan di sekitar kawasan tersebut terluluhawa dan kemudiaannya di hakis dan
diangkut oleh air.
Bonjolan ini akan timbul dipermukaan bumi dan dikenali sebagai bornhard.
Terdapatnya bahan regolit yang tebal
Regolith merujuk kepada lapisan tanah di bahagian atas permukaan bumi yang longgar
atau peroi akibat aktiviti luluhawa kimia di kawasan tersebut.
Semakin tebal lapisan ini menunjukkan semakin aktif luluhawa kimia di kawasan
tersebut.
Kajian yang dijalankan di Hong Kong mendapati regolith setebal 60 meter ditemui di
kawasan tersebut ,manakala di hutan hujan tropika di Kepulauan Borneo menjumpai
lapisan regolith setebal antara 50-100 meter.
Keadaan ini menunjukkan bahawa di kawasan-kawasan tersebut kegiatan luluhawa kimia
berlaku jauh ke dalam bumi.
LULUHAWA BIOLOGI

Konsep luluhawa biologi
Luluhawa kimia merupakan proses pereputan ,penguraian dan pemecahan batuan
di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa biotik
seperti tindakan akar tumbuhan, lumut, kulampair dan hidupan dalam tanah seperti
cacing , tikus dan mikroorganisma.

Kata kunci
* Proses pereputan ,penguraian dan pemecahan batuan
* agen-agen luluhawa biotik seperti tindakan akar tumbuhan, lumut,
kulampair dan hidupan dalam tanah seperti cacing , tikus dan
mikroorganisma.


PROSES LULUHAWA BIOLOGI


Tindakan akar Tumbuhan

( a ) Tindakan akar tumbuh-tumbuhan
Pembesaran akar-akar tumbuhan khususnya akar tunjang boleh meretak dan memecahkan
sesuatu batuan.
Akar tumbuhanapabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar
secara perlahan-lahan akan berupaya untuk batuan yang terdapat di kawasan tersebut.
Proses ini juga dikenali sebagai bajian akar.


( b ) Tindakan haiwan dalam tanah
Hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat
membantu kegiatan luluhawa.
Hidupan dalam tanah melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan
memindahkan tanah ke permukaan.
Lubang-lubang yang diwujudkan oleh haiwan ini membolehkan air hujan dan gas-gas
tertentu jauh ke dalam tanah kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam tanah.
( c ) Mikroorganisma
Tumbuhan daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan akan mengeluarkan asid
organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu
mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI TINDAKAN LULUHAWA KEPADA
AKTIVITI MANUSIA

( a ) Kegiatan pertanian - bahan regolith yang tebal subur untuk kegiatan pertanian
- tanah laterit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

( b ) Kegiatan perindustrian - Tanah liat ( kaolin ) industri tembikar
- Batuan Kapur untuk industri Simen.

( c ) Kegiatan pelancongan - Pandang darat karst Pemandangan yang menarik dan unik

You might also like