Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Cawangan Kesihatan Primer merupakan salah satu cawangan terbaru ditubuhkan pada tahun 1996 berbanding

dengan cawangan kesihatan keluarga dan pemakanan lebih dari 30


tahun yang lepas. Bermula dengan fokus untuk membangunkan perkhidmatan Pakar
Perubatan Keluarga, fungsinya telah dikaji semula meliputi bukan sahaja perubatan keluarga tetapi lebih
menyeluruh iaitu penyampaian perkhidmatan primer diperingkat temu
pertama yang di beri oleh kementerian kesihatan. Malahan, usaha untuk melihat perkhidmatan primer
yang diberi oleh sektor swasta di beri perhatian agar satu dasar atau
kaedah yang komprehensif yang menekankan ekuiti dan kesaksamaan dapat di ketengahkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia


Sub Cawangan

Terdiri daripada 4 sub-cawangan iaitu:
Polisi Kesihatan





SUB CAWANGAN PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN
WELLNESS DAN KLINIKAL

Pengenalan

Sub-Cawangan ini bertanggungjawab merancang, melaksana, memantau dan menilai perkhidmatan kesihatan yang
disediakan di klinik kesihatan. Ini membolehkan program-program dan aktiviti-aktiviti kesihatan yang
diimplementasikan untuk masyarakat lebih komprehensif, bersepadu, efisien dan berkualiti
Perkhidmatan yang diberikan ini merangkumi 5 peringkat penjagaan kesihatan primer iaitu promosi kesihatan,
perkhidmatan pencegahan penyakit berteraskan konsep wellness, penjagaan perubatan termasuk bantuan
kecemasan, limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi.


Objektif

1. Untuk memperkukuh dan mengintegrasikan aktiviti pencegahan dan penilaian risiko penyakit, pengurusan
penyakit akut dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dan rehabilitasi penyakit.
2. Untuk memperkukuh dan mempertingkatkan kerjasama serta penglibatan komuniti dan sektor swasta ke arah
penjagaan kesihatan primer yang mantap, bersepadu dan tanpa sempadan. aktiviti-aktiviti kesihatan terutama
promosi kesihatan dan pencegahan penyakit bagi memperbaikki status Kesihatan masyarakat dengan lebih berkesan.
3. Perlaksanaan kesihatan wellness di klinik-klinik dilaksanakan secara bersepadu.


Strategi

1.1 Penglibatan masyarakat secara aktif bagi mengurangkan mobiditi dan motaliti penyakit.
1.2 Perkhidmatan yang disediakan di klinik-klinik kesihatan adalah mengikut prosedur dan standard serta garis
panduan yang ditetapkan
1.3 Penyediaan perkhidmatan bantuan kecemasan primer yang lengkap, berkesan dan berkualiti oleh anggota yang
mahir dengan sistem komunikasi dan rangkaian yang efektif dengan perkhidmatan di peringkat sekunder
1.4 Perkhidmatan rehabilitasi, paliatif dan perawatan di rumah, klinik dan komuniti dilaksanakan bagi
mengurangkan disabiliti, mobiditi dan motaliti penyakit bagi meningkatkan kualiti hidup.


Aktiviti

3.1 Mempertingkatkan kapasiti penglibatan masyarakat bagi memperbaiki status Kesihatan komuniti melalui
'community action'.
Mengenalpasti dan menyenarai keutamaan aktiviti komuniti yang memberi impak kesihatan.
Membangun dan memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam aktiviti penjagaan kesihatan.
Menyelaras dan memantau program/aktiviti promosi kesihatan dalam komuniti.
Menyedia garis panduan untuk kegunaan program komuniti
Mengenalpasti 'amalan terbaik' dalam aktiviti penglibatan komuniti untuk perlaksanaan amalan tersebut secara
menyeluruh dan lebih berkesan.

3.2 Membangun perkhidmatan Wellness yang komprehensif dan tersusun di peringkat penjagaan kesihatan primer
untuk memperbaiki tahap kesihatan individu dan masyarakat
Mengenalpasti risiko kesihatan termasuk pekerjaan dan persekitaran yang perlu diberi intervensi
Menyediakan kaedah penilaian risiko mengikut keutamaan yang memberi impak paling berkesan terhadap
kesihatan
Menyelaras dan memantau aktiviti pencegahan dan intervensi dan pengurusan risiko di peringkat penjagaan
kesihatan primer.
Menilai kesesuaian 'teknologi/tool' yang diguna serta hasil output berbanding dengan peningkatan kesedaran.
Memperkukuhkan penilaian risiko kesihatan melalui program, aktiviti dan protokol saringan kesihatan di
peringkat penjagaan kesihatan primer di sektor awam dan swasta.

3.3 Mengintegrasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan penyakit akut dan kronik bagi penyakit
berjangkit dan tidak berjangkit serta memperkukuhkan perkhidmatan yang berkualiti di peringkat Penjagaan
Kesihatan Primer.
Mengkaji secara menyeluruh prevalens penyakit di peringkat klinik Kesihatan
Menyediakan kaedah-kaedah intervensi secara 'pakej' dari pelbagai program bagi penyakit mengikut kumpulan
sasaran.
Memantau sumber yang diluluskan, membuat "prioritization" dan penggunaan mengikut jenis penyakit yang
diurus.
Menyediakan kaedah dan konsep program-program kualiti seperti program kepastian kualiti (QAP) dan prosedur
operasi piawai (SOP) mengikut program yang diurus.
Mempertingkatkan penggunaan Clinical Practice Guideline secara konsisten dan mewujudkan Clinical
Pathway di peringkat Penjagaan Kesihatan Primer

3.4 Memperkukuhkan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Pra-hospital Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer
Membuat 'mapping' perkhidmatan kecemasan yang disediakan oleh Poliklinik Komuniti dan Klinik Desa
mengikut tahap.
Mengenalpasti 'gaps' dan keperluan bagi membangun perkhidmatan kecemasan yang 'appropriate' dan 'effisien'
di peringkat klinik.
Menyelaras dan memperkukuhkan kemahiran tenaga manusia melalui program latihan 'emergency and trauma
care' di penjagaan kesihatan primer
Mempertingkatkan infrastruktur dan keperluan asas bantuan kecemasan termasuk sistem rangkaian untuk
berhubung terus dengan perkhidmatan 'call center' di hospital.
Menyelaras dan memantau proses 'credentialing and privileging' untuk prosedur-prosedur kecemasan untuk
anggota kesihatan penjagaan kesihatan primer.
Menyelaras dan memperkukuhkan pemberian perkhidmatan bantuan kecemasan di antara penjagaan primer dan
sekunder dalam "first response in crisis and disaster'.

3.5 Mengintegrasi perlaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi pesakit di
peringkat kesihatan primer.
Mengenalpasti skop program rehabilitasi penyakit kongenital, akut atau kronik yang bersepadu di peringkat
primer mengikut resos yang ada dan dirancang.
Menyelaras dan memantau perlaksanaan perkhidmatan rehabilitasi di klinik kesihatan dan komuniti (rumah,
sekolah dan lain-lain).
Menyedia dan mengawalselia perkhidmatan penjagaan pasca-operasi dan paliatif di peringkat kesihatan primer.
Menyelaras dan memantau perlaksanaan perkhidmatan rawatan penjagaan di rumah.


Terdapat 8 Klinik Kesihatan yang beroperasi di Kesihatan Daerah Jerantut.KK Jerantut beroperasi sebagai Klinik
Ibu & Anak. Walaubagaimanapun pada Jan 2009 seorang Pakar Kesihatan Keluarga telah ditempatkan di sini. KK3
Jerantut masih dalam proses teknikal dan dijangka tender akan keluar selewat-lewatnya Disember 2009.
Klinik Kesihatan (8)
1. Jerantut
2. Kuala Tembeling
3. Kuala Tahan
4. Jengka 8
5. Damak
6. Sg.Tekam Utara
7. Kg.Bantal
8. Lepar Utara 4


Kembali Ke Laman Utama
Type or paste your HTML here.
Kesihatan Primer

You might also like