Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

A - PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN

NEGARA

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping
penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan
kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar
dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di
mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa
perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah
berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga
antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan
semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap
dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana
rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama.
Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada
masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah
masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan
aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum
boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan
tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan
merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain
perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor
pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai
akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia.
Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang
pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana
sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf
ekonomi rakyat.
Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing
untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk
melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan
damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan
pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata
negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin
Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa
negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir
negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia
telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi
beberapa pertubuhan antarabangsa.
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai
usaha dalam mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia
tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia
seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita
kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian
antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam
sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan
ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi
tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan
keharmonian yang telah terbina sekian lama.


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/07/huraian-kepentingan-
perpaduan-kaum-di-malaysia-sejarah-pt3.html#ixzz3Cd2H3gFa
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

You might also like