2.konsep Semantik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BMM3112 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu

3

2.0 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud
penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu
peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk
menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat
ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik
bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut
semantik sejarah (M.Breal, 1893)

John Lyons misalnya, menegaskan bahawa makna adalah idea atau konsep yang boleh
dipindahkan daripada fikiran pendengar yang menghasilkan sesuatu bahasa lain. Beliau juga
menegaskan bahawa, apabila mengkaji makna, ianya juga akan melibatkan kajian psikologi.
Dalam erti kata lain, kajian makna melibatkan kajian apa yang berlaku dalam otak atau dengan
lebih jelas lagi melibatkan proses kognitif. Pendapat Lyons telah disokong oleh Katz dan
Postal(1964).

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa
secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan
dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam
aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan
kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan
kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari
segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang
mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian
daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang
sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak),
dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

BMM3112 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu

3

Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang paling sukar untuk
diterokai. Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat,
pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek yang bukan linguistik, seperti
kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi
penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, tajuk
perbincangan, dansebagainya. Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh
yang demikian, untuk memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-
perkara tersebut mestilah diambil perhatian.

You might also like