LAPORAN MINIT MESYUARAT KALI TERAKHIR PROGRAM SENAMAN
KALISTENIK PPISMPPJ 1611
Tarikh: 06 Ogos 2012 Tempat: Bilik Kuliah 23 Masa: 11.30 12.30 tengahari Kehadiran: Semua AJK Tertinggi, AJK Induk dan AJK Kecil, Semua guru pelatih PPISMPPJ 1611
AGENDA MESYUARAT 01. Ucapan alu-aluan dan terima kasih daripada pengerusi kepada yang sudi hadir. 02. Pengerusi memulakan mesyuarat post mortem dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meringankan tulang sepanjang program senaman kalistenik ini diadakan. 03. Pengerusi membuka soalan kepada semua AJK mengenai perjalanan pelaksanaan kerja setiap AJK sepanjang senaman kalistenik ini. 04. Setiap AJK menerangkan tentang perjalanan kerja sebelum, semasa dan selepas program senaman kalistenik ini. 05. Keseluruhannya, semua AJK menyuarakan perjalanan pelaksanaan kerja dengan baik tanpa unsur ketidakpuasan hati. 06. Ucapan penutup dan terima kasih daripada Pengerusi. 07. Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.25 tengahari.
Disediakan oleh,
(Hazairi Bin Herman) Penolong Setiausaha Program Senaman Kalistenik 2012