Cara Memupuk Semangat Nasionalisme

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Semangat Nasionalisme telah menjadi salah satu faktor kepada perjuangan

menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dahulu. Sememangnya semangat ini juga wujud
dalam kalangan masyrakat berbilang kaum pada ketika itu. Menurut kamus Dewan bahasa
edisi ketiga,NASIONALISME atau semangat kebangsaan ialah perasaan cinta yang mendalam
terhadap bangsa dan negara sendiri. Masyarakat pula membawa maksud kumpulan manusia
yg hidup bersama, sementara kaum pula dapat didefinasikan sebagai puak atau suku bangsa.
Terdapat pelbagai cara untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum. Salah satu daripadanya adalah melalui proses pendidikan yang
mana penggerak utamanya ialah Ibu-bapa dan Kementerian Pendidikan. Antara langkah
yang boleh dilakukan oleh ibu-bapa untuk memupuk semangat ini ialah dengan membawa
anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir,Melaka dan
muzium2. Sementara itu,Kementerian Pendidikan pula dapat memupuk semangat ini
dengan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib di sekolah-sekolah menengah
kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan,manakala subjek Pengajian Malaysia atau
Hubungan Etnik pula diwajibkan di kolej dan juga Universiti seluruh Malaysia.Selain itu,
pihak Kementerian melalui institusi pendidikan tersebut juga boleh menganjurkan aktiviti-
aktiviti bersempena Sambutan Kemerdekaan seperti deklamasi sajak,debat,perarakan dan
lain-lain lagi.
Di samping itu, Media massa juga dilihat dapat membantu dalam memupuk
semangat nasionalisme ini. Hal ini kerana, rata-rata masyarakat Malaysia tidak kira kaum
Melayu,Cina mahupun India pasti mempunyai alat-alat elektronik seperti televisyen dan
radio di kediaman masing2 . Justeru, Jabatan Penyiaran atau stesyen televisyen mestilah
menyiarkan sesuatu yang dapat memupuk semangat nasionalisme ini, contohnya
menyiarkan filem-filem yang mengisahkan tentang semangat cintakan negara seperti Bukit
Kepong,Sarjan Hassan dan lain2. Selain itu, biografi mengenai pejuang2 kemerdekaan
seperti tok janggut. Tun v.t sambanthan dan tun sir henry h.s lee yang diselitkan ketika iklan
juga dilihat berpotensi dalam memupuk semangat nasionalisme ini bahkan mungkin juga
dapat menjentik hati kecil masyarakat tanpa mengira kaum untuk mencontohinya.
Antara cara lain yg dapat memupuk smgt nasionalisme ini ialah melalui contoh dan
teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik. Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional
pemimpin2 dalam menangani isu2 di negara ini seperti kemiskinan,keselamatan dan lain2.
Contohnya dalam menangani isu keselamatan di Lahad Datu. Perbincangan untuk
menangani isu tersebut demi memastikan keamanan negara dgn melibatkan pemimpin2
negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik
pastinya akan dpt membuatkan masyarakat kagum dan ingin mencontohi smgt tersebut.
Manakala dr segi kemiskinan pula, contohnya pemimpin masyarakat dari kaum Melayu
memberikan sumbangan kebajikan kpd masyarakat Cina dan India yg mengalami kesusahan.

You might also like