Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kenapa perlu menyejukkan badan

Fasa ini dilakukan di akhir aktiviti yang dijalankan iaitu selepas melakukan aktiviti bersenam,
bersukan mahupun permainan, kita hendaklah melakukan aktiviti penyejukkan atau
merehatkan badan. Oleh itu kita perlu, perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan
selama kira-kira 5-6 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Contohnya, jika
anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan aktiviti berjalan.

Kenapa pentingnya untuk kita melakukan aktiviti penyejukkan badan selepas
bersenam :
1. Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana darah akan
terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik
ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh
menyebabkan kesakitan/kekejangan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang
terkumpul dalam otot.
2. Asid laktik yang banyak terkumpul di otot dapat dihantar semula ke hati untukk
disimpan dan dijadikan semula tenaga apabila diperlukan.
3. Selepas aktiviti, darah pada otot mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi,
darah ini harus dihantar ke jantung dan seterusnya ke paru-paru. Ketika ini gas
karbon dioksida akan dilepaskan ke udara dan gas oksigen akka diambil sebagai
ganti.
4. Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
5. Menurunkan kadar denyutan jantung ke tahap normal dan menggalakkan pengaliran
darah ke jantung.
6. Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
7. Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.

You might also like