Penggal 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SULIT

944/3 STPM
EKONOMI
KERTAS 3
(1 jam)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST, KUALA LUMPUR
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
EKONOMI KERTAS 3
Masa: Satu jam

Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab lima soalan dalam Bahagian A dan satu soalan Bahagian B.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian A dan B.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian A dan B diberikan dalam tanda
kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.













Bahagian A
[30 markah]
Jawab lima soalan sahaja.
1 (a) Terangkan maksud pengangguran kitaran.
[2]
(b) Terangkan dua cara bagaimana masalah pengangguran kitaran dikurangkan.
[4]
2 (a) Terangkan maksud kadar inflasi. [2]
(b) Huraikan bagaimana kenaikan harga import mempengaruhi inflasi. [4]

3 Jelaskan tiga kesan negatif perdagangan antarabangsa [6]

4 Terangkan perbezaan antara perkongsian dan syarikat sendirian berhad dari segi
i. Penubuhan dan pemilikan
ii. Kawalan dan pengurusan
iii. Tanggungan liability [6]

5 Huraikan tiga masalah yang dihadapi oleh peminjam bagi mendapatkan kemudahan kredit. [6]

6 Terangkan tiga program yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin
(PPRT) untuk membasmi kemiskinan [6]












Bahagian B
[10 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
7. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia mengikut kawasan antara
tahun 2009 hingga tahun 2011.
Tahun Indeks harga pengguna (2010=100)
Semenanjung Malaysia Sarawak
2009 98.3 98.5
2010 100.0 100.0
2011 103.3 102.6

a. Apakah maksud indeks harga pengguna dan inflasi? [2]

b. Hitung kadar inflasi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak pada tahun 2010 dan tahun
2011. Nyatakan arah aliran kadar inflasi di kedua-dua kawasan tersebut. [3]

c. Cik May Yee bekerja di Shah Alam, manakala Encik Azmin bekerja di Kuching. Cik May
Yee dan Encik Azmin masing-masing menerima upah nominal yang sama banyak, iaitu
RM2 800 sebulan pada tahun 2010 dan RM3 200 sebulan pada tahun 2011.

i. Hitung upah benar bulanan Cik May Yee dan Encik Azmin pada tahun 2010 dan
tahun 2011. [2]
ii. Hitung peratusan perubahan upah benar bulanan bagi Cik May Yee dan Encik
Azmin pada tahun 2011. [1]

d. Jelaskan dua sebab Semenanjung Malaysia dan Sarawak memerlukan indeks harga
pengguna yang berasingan. [2]
8.
a. Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan. [2]
b. Jadual di bawah menunjukkan data hasil dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan antara
tahun 2011 hingga tahun 2013.
Butiran 2011 2012 2013
Hasil (RMjuta) 185 419 207 246 208 650
Perbelanjaan mengurus
(RM juta)
182 594 202 617 201 917
Perbelanjaan
pembangunan (RM juta)
46 416 49 822 47 750
(Sumber: Laporan Ekonomi 2012/2013)
i. Hitung belanjawan keseluruhan antara tahun 2011 hingga 2013 [3]
ii. Terangkan arah aliran belanjawan keseluruhan dalam tempoh tersebut. [1]
iii. Hitung peratusan perbelanjaan mengurus daripada jumlah perbelanjaan
Kerajaan Persekutuan antara tahun 2011 hingga tahun 2013. [3]
iv. Terangkan arah aliran peratusan perbelanjaan mengurus daripada jumlah
perbelanjaan kerajaan dalam tempoh tersebut. [1]

You might also like