FPK & FPG

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 35

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Dan Falsafah Pendidikan Guru


Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pada tahun 1970, Malaysia telah merangka Rukun Negara
yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan,
pembangunan dan perkembangan masyarakat.

Melandaskan kepada Rukun Negara, Malaysia berazam
untuk:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat.
Memelihara satu cara hidup demokrasi
Mencipta satu masyarakat yang adil.
Mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan
berbagai corak.
Membina satu masyarakat yang maju.



Semangat keazaman ini menjadi dorongan asas untuk
merangka Kurikulum Baru Sekolah Rendan dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dalam sistem
pendidikan.

Kedua-dua kurikulum ini dilaksanakan dalam tahun
1980.

Dasar Pendidikan Kebangsaan menjadi pertimbangan
asas untuk merangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Di Malaysia

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang telah
diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-
ciri berikut:
Percaya dan patuh kepada tuhan
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum




Selain perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan seimbang,melalui proses pendidikan, Malaysia juga ingin
mencapai matlamat pendidikan seperti:
Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh
memenuhi kewajipannya sebagai warganegara.
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap.
Melahirkan rakyat yang boleh memahami serta
mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi
mengikut perlembagaan,
Melahirkan rakyat yang setia dan taat kepada Raja dan
cintakan negara.
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan
prisip-prinsip Rukun Negara dan bersikap tolenrasi.
Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan
haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau
mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep
dan matlamat pendidikan negara.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa
menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:
Faktor agama yang dianuti oleh rakyat
Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan
kebudayaan.
Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan
seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan.
Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan
dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara.
Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan
asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan
penyempurnaan kendiri.
Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi
sedunia.
Falsafah Pendidikan dan Peranannya

Falsafah boleh diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang
benar, rasional, dan bernas.

Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan
memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang
penting dalam kehidupan.

Falsfah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju,
atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
pedidikan.

Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala
usaha mengembang dan memajukan pendidikan.

Menjadi dasar dan pertimbangan asas.

Sebagai rujukan.

Sebagai bimbingan untuk para pendidik.

Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar
pendidikan.

Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam
sebarang usaha melaksanakan atapun aktiviti pendidikan.

Matlamat Pendidikan Negara

Matlamat Pendidikan Negara ialah tujuan melahirkan insan yang
harmonis dan seimbang supaya menjadi warganegara Malaysia
yang baik dan berguna serta memiliki ciri-ciri berikut:
Percaya dan patuh kepada Tuhan.
Berilmu pengetahuan.
Berakhlak mulia.
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat bebilang kaum.

Selain perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
seimbang,melalui proses pendidikan, Malaysia juga ingin mencapai
matlamat pendidikan seperti:
Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh
memenuhi kewajipannya sebagai warganegara.
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap.
Melahirkan rakyat yang boleh memahami serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut
perlembagaan,
Melahirkan rakyat yang setia dan taat kepada Raja dan
cintakan negara.
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prisip-
prinsip Rukun Negara dan bersikap tolenrasi.
Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum.

Unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan satu usaha yang berterusan

Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengrtahuan dan kemahiran
serta penyerapan nilai murni.
Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang
hayat.

Memperkembang potensi individu

Potensi ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak
dilahirkan.
Bakat dan kebolehan meliputi aspek-aspek seperti intelek, rohani,
emosi dan jasmani seseorang.

Unsur intelek

Memberi tupuan kepada ciri-ciri daya berfikir seperti :

Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira).

Menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan
menyebarkan ilmu.

Dapat berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK).

Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan
orang lain, termasuk kemajuan negara.



Unsur jasmani

Memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu,
memperkembang kepada tahap keupayaan seperti :

Menjaga kesihatan tubuh badan diri.
Melakukan riadah dengan sempurna.
Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif
dengan cekap.
Memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk
kepentingan masyarakat.
Meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan
kepada kemajuan negara.



Unsur emosi

Memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan
kuat iaitu :

Memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku
yang terkawal.

Memiliki perasaan kasih sayang.

Memiliki semangat kekitaran, muhibbah,
kerjasama dan perpaduan.

Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai
keindahan dan kesenian.
Unsur rohani

Memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan :

Mempunyai dan menyedari dan mengingati bahawa adanya
Pencipta.

Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian
Pencipta.

Mempunyai perasaan menyedar dan menginsaf terhadap
tanggungjawab.

Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri.

Dapat membentuk akhlak yang mulia.
Perkembangan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu

Perkembangan dan potensi individu tidak
lengkap jika dilakukan secara berasingan.

Untuk membentuk insan yang berilmu
pengetahuan,bertenaga mahir, serta
berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti
kokurikulum harus diberi penekanan disamping
kurikulum akademik dilakukan di bilik darjah.

Insan yang seimbang dan harmonis :

Merupakan insan yang berilmu pengetahuan,
bertenaga mahir, mempunyai kepercayaan
kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran
yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas,
serta kematangan emosi dan sosial.
Intelek, jasmani, emosi,sosial dan rohani telah
diperkembang secara menyeluruh,bersepadu
dan dalam tahap optimum.
Memiliki kesedaran dan keinsafan

Matlamat untuk memupuk insan yang
seimbang dan harmonis boleh dicapai
apabila semua potensi yang telah
dikembangkan secara selaras,
menyeluruh dan harmonis.
Kepercayaan dan Kepatuhan kepada
Tuhan.
Antara tumpuan yang diberikan ialah;
mengakui wujudnya Pencipta;
Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta;
Mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan
yang ditetapkan oleh Pencipta;
Menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam;
Menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perbuatan diri sendiri;
Melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan;
Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan;
Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan beragama.


Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan ialah :
Mencintai ilmu pengetahuan
Gemar membaca
Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
Sentiasa berusaha menyebarkan dan meningkatkan ilmu
pengetahuan
Memanfaatkan ilmu
Berfikiran terbuka, meluas dan mendalam
Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh rakyat Malaysia
yang berketrampilan ialah:
Berilmu pengetahuan dan berkelayakan
Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan
tugasnya
Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Antara ciri-cirinya ialah:
o Mengetahui yang mana baik dan yang mana buruk;
o Menyedari kesan dan akibat;
o Mempunyai keyakinan terhadap nilai murni;
o Dapat menghayati nilai kerohanian kemanusiaan dan
kewarganegaraan, dan;
o Mengamalkan perlakuan baik
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Antara ciri yang dimiliki oleh golongan ini ialah;
menyedari tugas dan tanggungjawab
Sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran
Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang
negara
Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga,
masyarakat, bangsa, agama dan negara
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan
menikmati kesejahteraan diri

Ciri-cirinya ialah:
Daya ketahanan diri yang kuat ;
Berfikiran waras dengan tubuh badan yang sihat
dan jiwa yang tenang;
Memperoleh kemahiran untuk mewujudkan
perhubungan baik.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan

Golongan ini memperoleh keupayaan untuk memberi
sumbangan seperti:
Memupuk keharmonian keluarga.
Memupuk semangat kerjasama
Menguasai kemahiran sains dan teknologi
Mengekalkan kestabilan negara
Mematuhi, mengekal dan mempertahankan
Perlembagaan
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara
Bersemangat patriotik dan cintakan negara
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan
terhadap sistem pendidikan negara

Implikasi terhadap kurikulum;
Perubahan sukatan pelajaran
Perubahan bahan-bahan pelajaran
Perubahan program pendidikan
Perubahan sistem pendidikan
Perubahan sukatan pelajaran
Implikasi terhadap pendidik;

Perubahan sikap peribadi pendidik
Perubahan profesional

Implikasi terhadap institusi pendidikan;

Perubahan kemudahan-kemudahan
Perubahan aktiviti
Perubahan iklim sekolah


Strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)

Mengandungi tiga bidang iaitu:
Pembangunan insan
Pembangunan sumber pendidikan
Penyelidikan dan pembangunan
Pembangunan insan
Penyediaan kurikulum yang releven
Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan
Penekanan kepada pendidikan agama dan moral
Penekanan kepada sains dan teknologi
Pendekatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidang
dan pendekatan alternatif
Pemupukan semangat patriotisme

Pembangunan sumber pendidikan

Penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap
dan terkini.
Perlaksanaan program pendidikan mengikut perancangan
Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran

Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan
Mencari sumber kewangan
Merangka dasar pendidikan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Matlamat;
Menghasilkan guru yang berkualiti dari segi
peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah
laku, menguasai ilmu, kemahiran dan amalan-amalan
keguruan serta berupaya mencapai kecemerlangan
pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan
Pendidikan dalam abad ke-21



Model konseptual pendidikan guru

Dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah
Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan.
Model ini merangkumi akaunbiliti guru di bawah
tiga dimensi utama, iaitu ;
1. Ketuhanan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan
individu.
2. Kemasyarakatan penekanan peranan guru sebagai
pendidik, pemimpin dan agen perubahan.
3. Kendiri penekanan pembinaan daya kefahaman dan
patriotisme, pemupukkan budaya ilmu serta pembentukkan
sahsiah murni dan berpekerti mulia.
Model Konseptual Pendidikan Guru
merangkumi 3 aspek penting iaitu :

Pengetahuan
Kemahiran
Nilai

Implikasi Falsafah pendidikan Guru

Peranan guru sebagai pendidik;
Guru hendaklah melengkapkan diri dengan
pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata
pelajaran
Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni
dan etika keguruan kepada diri dan pelajar
Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru
Menyempurnakan tanggungjawab dan akaunbiliti
sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu dan
mengamalkannya.
Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta
nilai keguruan untuk merangsang perkembangan
pelajar.


terima kasih

You might also like