Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

22 August 2014

XXXXX
XXXXX
XXXXX

Tuan / Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN REKACIPTA & INOVASI 2014 DAN MELAWAT
PAMERAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
(UTP)


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sempena Majlis Konvokesyen UTP Ke-14 yang bertemakan Invention & Innovation for
Rural Development, pihak UTP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan
Pendidikan Negeri Perak ingin menjemput penglibatan pereka-pereka muda dari sekolah-
sekolah seluruh semenanjung untuk menyertai pertandingan Rekacipta & Inovasi 2014
yang bertemakan Invention & Innovation for Rural Development. Pertandingan ini
dilaksanakan seiring dengan Pameran Akademik dan Penyelidikan (AcadRex), UTP 2014.

Sukacita dimaklumkan bahawa AcadRex 2014 merupakan satu program kemasyarakatan
UTP yang berkemungkinan akan turut dikunjungi oleh YB. Dato Dr. Muhammad Amin bin
Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan
Tuan Haji Mohd Idris Bin Haji Ramli, Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

Bersama-sama ini disertakan Borang Penyertaan untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Borang penyertaan perlu dikembalikan sebelum 17 September 2014, jam 5:00 petang
kepada:

Urusetia Pertandingan Rekacipta & Inovasi 2014
Pejabat Penyelidikan & Inovasi (RIO)
Universiti Teknologi PETRONAS,
31750, Tronoh,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 368 8164 / 8161/ 8257 / 8174
Faks : 05- 365 4086
E-mel : acadrex@gmail.com








Borang penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Rekacipta dan Inovasi yang
berjaya disenarai pendek akan dimaklumkan melalui laman facebook
(facebook.com/UTPACADREX) dan dibawa ke peringkat akhir Pertandingan Rekacipta &
Inovasi 2014, bertempat di tapak AcadRex 2014. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Lokasi : Foyer, Kompleks Canselor UTP
Tarikh : 17-19 October 2014
Masa : 8:00 pagi 5:00 petang

Penginapan kepada peserta dan guru pembimbing akan disediakan oleh pihak penganjur.

Pihak UTP juga ingin melibatkan Badan-Badan Kerajaan, NGO, Syarikat Swasta, pelajar-
pelajar Universiti, Kolej dan kem PLKN, murid-murid sekolah dan masyarakat umum untuk
melawat Pameran Akademik dan Penyelidikan (AcadRex) 2014 yang akan diadakan seperti
tarikh dan masa diatas.

Oleh yang demikian, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan / puan dapat menghantar
pelajar-pelajar daripada institusi tuan / puan untuk sama-sama hadir pada hari tersebut.
AcadRex 2014 akan memberikan pendedahan dan maklumat yang berguna mengenai UTP
dan agensi-agensi lain yang turut terlibat di dalam Pameran ini.

Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh ditujukan kepada Saudara Sharizul Azlan
Bin Mohd Azizi (sharizulazlan.azizi@petronas.com.my)

Sekian, terima kasih



Yang benar




___________________________________
Thavasegaran A/L Muthu Manickam
Pengerusi ACADREX 2014
Universiti Teknologi PETRONAS

You might also like