Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.

Pengenalan Kewangan Perniagaan



a) Definisi Pengurusan Kewangan.
b) Kepentingan Pengurusan Kewangan
c) Kaitan Pengurusan Kewangan dengan bidang lain.

2. Peranan Pengurus Kewangan

a) Peranan Pengurus Kewangan terhadap Perniagaan
b) Objektif Pengurusan Kewangan
c) Pembuatan Keputusan Kewangan


1.1 PENGENALAN KEWANGAN
PERNIAGAAN

Pengurusan sumber-sumber dana dan
penggunaanya untuk mencapai
matlamat kewangan syarikat





i) Kecekapan Keputusan Pelaburan.
Mencari alternatif pelaburan yang menjanjikan
pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko
kerugian.

ii) Kecekapan keputusan pembiayaan.
Analisis mendalam perlu dibuat dalam memilih
sumber pembiayaan berdasarkan kos serta
kesesuaian tempoh pembiayaan.

i) PERAKAUNAN
Akauntan lebih menumpukan kepada penyediaan
penyata kewangan.

Pengurus kewangan menilai penyata-penyata
kewangan yang disediakan oleh akauntan dan
membuat keputusan kewangan berdasarkan
analisis yang dilakukan.



ii) PEMASARAN

Pengurus Pemasaran melibatkan pelbagai aktiviti
pemasaran seperti ramalan jualan, promosi dan
lain-lain

Berdasarkan ramalan jualan, Pengurus kewangan
akan membuat perancangan kewangan dari segi
keperluan pembiayaan bagi menyokong
peningkatan atau pengurangan jualan yang
diramalkan.





iii) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Sumber Manusia - melibatkan pengurusan
kakitangan syarikat seperti:
1) Pembayaran gaji dan bonus
2) Mengadakan latihan, bengkel, kursus, atau seminar
3) Menjaga kebajikan pekerja
4) Mengadakan program motivasi kepada pekerja.

Pengurusan Kewangan akan memperuntukkan
sejumlah kos untuk memastikan aktiviti pengurusan
sumber manusia dijalankan.

iv) PENGELUARAN

Pengurusan Pengeluaran melibatkan aktiviti
penukaran input kepada output. Contoh
menentukan aset tetap yang hendak digunakan.

Pengurus Kewangan akan membuat analisis
belanjawan modal mengenai aset yang perlu dibeli
atau sebaliknya.



1.2 PERANAN PENGURUS KEWANGAN
i) Kawalan dan koordinasi kewangan
Mengawal aktiviti pengurusan kewangan seperti
menyediakan Belanjawan Tunai dalam mengawal aliran
tunai keluar masuk.
Menyelaras atau koordinasi aktiviti pengurusan kewangan
antara jabatan
Pengurus perlu berinteraksi dengan jabatan lain agar
syarikat beroperasi dengan cekap.
Contoh: keputusan pemasaran akan mempengaruhi
jualan dan seterusnya akan mempengaruhi keperluan
pembiayaan.

ii) Membuat keputusan pelaburan.

Pengurus kewangan membantu dalam
menentukan kadar perkembangan optimum
jualan, menentukan jenis-jenis aset yang akan
diperolehi.

Contoh: Aset-aset tetap yang ada itu adakah perlu
diganti, diperbaiki atau dilupuskan.

Keputusan seperti ini adalah penting kerana ia
mempengaruhi kejayaan dalam mencapai objektif
syarikat.
iii) Membuat keputusan pembiayaan

Pengurus kewangan akan menentukan campuran
terbaik pembiayaan antara jangka pendek dan jangka
panjang.

Huraian jangka pendek (polisi pembiayaan modal kerja)
Begitu juga dengan pembiayaan berbentuk pinjaman
atau ekuiti.

Seterusnya memilih sumber kewangan yang terbaik dari
aspek meminimumkan kos dan meningkatkan harga
saham.

iv) Membuat ramalan dan perancangan
kewangan.

Pengurus menjalankan analisis penyata kewangan seperti
penyata pendapatan dan kunci kira-kira menjadi bentuk
yang boleh digunakan untuk memantau kedudukan
kewangan syarikat.

Beliau perlu berinteraksi dengan eksekutif-eksekutif lain
dalam syarikat bagi merancang dan membangunkan
masa depan syarikat.

v) Berurusan dengan pasaran kewangan
Tindakan dan keputusan setiap syarikat akan
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pasaran.
Pengurus perlu terlibat sama dalam urusniaga pasaran
wang dan modal, di mana di sinilah sumber dana
diperolehi, sekuriti diniagakan dan pelabur mendapat
keuntungan atau mengalami kerugian.
Contoh: pengurus kewangan akan berurusan dengan
institusi perbankan iaitu salah satu pasaran wang bagi
tujuan pertukaran mata wang asing atau Bursa Malaysia
iaitu pasaran modal bagi urusan terbitan saham.

Memaksimumkan kekayaan pemegang
saham

Kenapa?
Merupakan matlamat paling penting kerana mereka ini
adalah pemilik syarikat dan mempunyai hak untuk
melantik bagi mengurus syarikat.
Bagaimana?
Kekayaan pemegang saham dapat dimaksimumkan
dengan memaksimumkan nilai pasaran (harga) saham.

Mengapa memaksimumkan keuntungan
bukan objektif pengurusan kewangan ?

Matlamat pengurusan kewangan adalah lebih menyeluruh
yang merangkumi pelbagai aspek iaitu matlamat jangka
panjang, mengambil kira nilai masa wang, dan mengambil
kira risiko.

Berbeza dengan matlamat memaksimumkan keuntungan
yang tidak menyeluruh hanya keinginan mendapatkan
keuntungan tanpa mempersoalkan risiko, tidak mengambil
kira nilai masa wang, dan merupakan matlamat jangka
pendek.




3 jenis keputusan kewangan

i) Keputusan Pembiayaan
ii) Keputusan Pelaburan
iii) Keputusan Dividen
i) KEPUTUSAN PEMBIAYAAN

keputusan untuk mendapatkan sumber dana
perniagaan (memilih sumber pembiayaan).

Bertujuan memulakan sesuatu perniagaan, meluaskan
perniagaan atau membeli aset perniagaan.

Contoh : Modal boleh didapati daripada pinjaman bank,
menerbitkan bon dan saham dan sumber kewangan
jangka pendek.


ii) KEPUTUSAN PELABURAN

Melibatkan aktiviti penggunaan dana untuk
mendapatkan keuntungan di masa depan pada
tahap risiko yang tertentu.

Pihak pengurusan perlu bijak memilih alternatif
pelaburan samada jangka pendek atau jangka
panjang kerana risiko yang sukar dijangka

iii) KEPUTUSAN DIVIDEN
Merupakan aktiviti menentukan peratusan
dividen untuk diagihkan kepada pemegang
saham.

Keputusan pembayaran dividen tertakluk
kepada polisi syarikat dan fima terlebih dahulu
menetapkan sama ada dividen akan diberikan
atau tidak sebelum agihan dividen boleh
dilakukan.

Pemegang saham mempunyai hak untuk
menerima dividen daripada syarikat.



SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like