Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Sains Malaysiana 34(2)(2005): 49-54

Kepekatan Logam Berat dalam Air di Lembangan Sungai Semenyih, Selangor


(Heavy Metals Concentrations in Water of Sungai Semenyih Watershed, Selangor)
M. SHUHAIMI-OTHMAN & MUHD BARZANI GASIM
ABSTRAK
Kajian kepekatan logam berat dalam air di lembangan Sungai Semenyih telah dijalankan di mana 11 stesen pensampelan
telah dipilih. Sampel air permukaan bagi penentuan logam berat telah diambil dan beberapa parameter kualiti air telah
ditentukan di setiap stesen. Logam berat merkuri (Hg), kadmium (Cd), zink (Zn), plumbum (Pb), kuprum (Cu), nikel (Ni),
ferum (Fe), cobalt (Co) dan mangan (Mn) telah ditentukan dalam sampel air. Keputusan menunjukkan secara amnya
logam berat kajian berada di bawah kepekatan maksimum yang dicadangkan tetapi melebihi kepekatan berterusan yang
dibenarkan bagi air permukaan (EPA) dan kepekatan bagi melindungi hidupan akuatik (CCME). Analisis statistik (ANOVA)
menunjukkan terdapat perbezaan beerti (p<0.05) antara stesen pensampelan bagi semua logam berat kajian. Bagi logam
Fe dan Mn terdapat trend peningkatan daripada hulu ke hilir lembangan Sungai Semenyih. Bagi parameter kualiti air,
kajian menunjukkan terdapat trend peningkatan terutama bagi parameter konduktiviti dan kekeruhan di beberapa stesen
terutama yang berhampiran kawasan pertanian, industri dan penduduk.
Katakunci: Logam berat, Sungai Semenyih, lembangan
ABSTRACT
A study on heavy metal concentrations in water of Sungai Semenyih watershed has been conducted at 11 sampling
stations. Surface water samples for heavy metals determination were collected and some water quality parameters were
determined at each station. Metals such as mercury (Hg), cadmium (Cd), zinc (Zn), lead (Pb), copper (Cu), nickel (Ni),
iron (Fe), cobalt (Co) and manganese (Mn) were determined in the water samples. The results showed that in general
heavy metals concentratios were lower than maximum concentrations allowed but higher than continuous concentration
(EPA) and concentration for aquatic life protection (CCME). Statistical analyses (ANOVA) show that there are signicant
differences (p<0.05) between sampling stations for all metals and there was a trend of increase in Fe and Mn from
upstream to downstream Sungai Semenyih watershed. For other water quality parameters, there was a trend of increase
in conductivity and turbidity at some stations especially at agriculture, industrial and residential areas.
Keywords: Heavy metal, Sungai Semenyih, Watershed
PENGENALAN
Logam berat telah lama digunakan dalam pelbagai aktiviti
manusia sejak beribu tahun dahulu. Walau bagaimanapun
kesan dan pencemaran logam berat hanya mula diketahui
dan didedahkan pada lewat tahun 1950 (Kendrick et
al. 1992). Kehadiran logam berat di persekitaran boleh
berlaku secara semula jadi atau antropogenik. Punca-
punca semula jadi adalah seperti hasil luluhawa atau kesan
tindakan cuaca (angin atau suhu) ke atas batuan igneus dan
metamork. Manakala, proses pembakaran bahan api fosil,
perlombongan dan peleburan galian, buangan industri,
penggunaan baja dan pestisid dalam pertanian merupakan
penyumbang utama sumber antropogenik (Kendrick
et al. 1992). Dalam konteks pencemaran persekitaran,
logam boleh dibahagikan kepada tiga kriteria utama iaitu
logam tidak kritikal, logam toksik yang tidak larut dan
jarang hadir dan logam toksik dan banyak digunakan
(Forstner & Wittmann 1981). Tidak seperti pencemar
organik yang boleh hilang kesan ketoksikannya akibat
proses biodegradasi, logam tidak didegradasi dan kesan
ketoksikannya boleh kekal lama di persekitaran (Clark
1992), manakala sesetengah logam berat seperti merkuri
dan kadmium diketahui mempunyai kesan toksik walaupun
pada kepekatan yang rendah (Forstner & Wittman 1981).
Kawasan kajian ini terletak di daerah Hulu Langat,
Selangor di antara latitud 02
0
53 50U hingga 03
0
07
10U dan longitud 101
0
50 5T hingga 101
0
57 15T.
Keluasan kawasan kajian adalah 266.60 km
2
di mana
ianya bersempadan dengan Negeri Sembilan di timur dan
mukim Beranang di selatan. Ianya meliputi 3 Mukim iaitu
Hulu Semenyih (utara), Semenyih (tengah) dan Beranang
(selatan). Kawasan kajian di Sungai Semenyih mengalir
bermula daripada Hutan Simpan di sebelah utara (kawasan
tadahan Semenyih) melalui kawasan rendah ke arah selatan
dan berakhir di Kg. Bahagia, Bangi Lama (MDHL 1996) di
mana ianya bercantum dengan Sungai Beranang. Sungai
Semenyih juga merupakan salah satu sumber bekalan air
minuman untuk penduduk bagi kawasan Selangor dan
Kuala Lumpur. Oleh itu pemuliharaan serta pemantauan
yang berterusan adalah perlu untuk memastikan sungai
ini bebas daripada pencemaran. Objektif kajian ini adalah
untuk melihat status kepekatan logam berat di lembangan
Sungai Semenyih dan pengaruh beberapa parameter kualiti
50
air terhadap kepekatan logam dalam air.
BAHAN DAN KAEDAH
Sebelas stesen pensampelan telah dipilih dalam lembangan
Sungai Semenyih seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
1. Lokasi stesen pensampelan dan kegiatan guna tanah di
sekitarnya ditunjukkan dalam Jadual 1. Pensampelan telah
dijalankan pada bulan Mac tahun 1999 di mana di setiap
stesen, sampel air permukaan (3 replikasi) telah diambil
menggunakan botol polietelina (60 mL), diawet dengan asid
nitrik (70%) kepada pH <2 dan disimpan dalam keadaan
gelap dan sejuk (4
o
C) sehingga dianalisis. Di samping
itu parameter kualiti air turut dicatatkan di setiap stesen
pensampelan iaitu suhu, pH, oksigen terlarut, kekeruhan
dan konduktiviti menggunakan meter YSI 556 yang telah
di tentukur terlebih dahulu di makmal. Logam berat dalam
sampel air telah ditentukan dengan menggunakan alat
Spektroskopi Plasma Gandingan Aruhan Pemancaran
Atom (ICP-AES, Perkim-Elmer Plasma 2000). Sebanyak
sembilan logam berat telah ditentukan dalam sampel air
iaitu merkuri (Hg), kadmium (Cd), zink (Zn), plumbum
(Pb), kuprum (Cu), nikel (Ni), ferum (Fe), kobalt (Co) dan
mangan (Mn).
Anal i si s st at i st i k (ANOVA) di gunakan bagi
membandingkan kepekatan logam berat di antara stesen
pensampelan dan ujian korelasi digunakan bagi melihat
pengaruh parameter kualiti air ke atas kepekatan logam
berat dalam air.
HASIL DAN PERBINCANGAN
Kepekatan logam berat dalam air di 11 stesen pensampelan
ditunjukkan dalam Rajah 2 bagi logam Cd, Pb, Cu, Ni dan
Co manakala Rajah 3 bagi logam Zn, Fe dan Mn. Kepekatan
Hg adalah sangat rendah di semua stesen pensampelan dan
di bawah limit penentuan ICP-OES (<0.1 g/L). Kajian ini
menunjukkan kepekatan logam Cd dalam air di lembangan
Sg. Semenyih adalah di antara 0.06 hingga 0.98 mg/L, Pb
RAJAH 1. Sebelas stesen pensampelan di
Sungai Semenyih, Selangor
JADUAL 1. Lokasi stesen pensampelan dan kegiatan guna tanah di sekitarnya
Stesen Lokasi Guna tanah di sekitarnya
1 03
0
0710 N &101
0
50 55 E Hutan simpan (Sg. Rephen)
2 03
0
0220 N &101
0
50 22 E Kawasan rekrerasi (Sg. Tekala)
3 03
0
0050 N &101
0
50 18 E Ladang/ kawasan pertanian (Sg. Pening-pening)
4 02
0
5558 N &101
0
50 25 E Perlombongan, pertanian & kawasan penduduk
(Sg. Lalang)
5 02
0
5552 N &101
0
50 25 E Kawasan industri (Sg. Semenyih)
6 02
0
5540 N &101
0
50 23 E Kawasan industri (Sg. Semenyih)
7 02
0
5528 N &101
0
50 12 E Kilang minyak (Sg. Macang)
8 02
0
5518 N &101
0
50 14 E Kawasan penduduk, pertanian & penternakan
(Sg. Saringgit)
9 02
0
5520 N &101
0
50 03 E Kawasan bandar (Sg. Purun)
10 02
0
5045 N &101
0
45 35 E Kawasan penduduk, pertanian & penternakan
(Sg. Rinching)
11 02
0
5038 N &101
0
45 30 E Penghujung Sg. Semenyih sebelum bercantum dengan
Sg. Beranang (Rinching Hilir Bt.5)
di antara 0.81 hingga 12.1 mg/L, Cu di antara 5.96 hingga
21.2 mg/L, Ni di antara 1.01 hingga 7.10 mg/L, Co di antara
0.23 hingga 1.17 mg/L, Zn di antara 14.7 hingga 70.1 mg/L,
Fe di antara 188 hingga 1029 g/L dan Mn di antara 8.93
hingga 492 mg/L. Analisis statistik menunjukkan terdapat
perbezaan yang beerti (ANOVA p<0.01; Tukey-Kramer
p<0.05) di antara stesen pensampelan bagi logam Cd, Pb,
Cu, Ni, Co, Zn, Fe dan Mn di dalam air (Jadual 2).
Kepekatan logam berat dalam air hasil kajian ini
51
RAJAH 2. Kepekatan logam Cd, Pb, Cu, Ni dan Co dalam air
di 11 stesen pensampelan di Sg. Semeyih.
RAJAH 3. Kepekatan logam Zn, Fe dan Mn dalam air di 11
stesen pensampelan di Sg. Semeyih
dibandingkan dengan nilai yang dicadangkan oleh Garis
Panduan Kualiti Air, Canada (CCME 1999), Agensi
Perlindungan Alam Sekitar, Amerika Syarikat (EPA 2004)
iaitu bagi nilai kepekatan maksimum (CMC) dan kepekatan
berterusan (CCC) yang dibenarkan bagi air permukaan
tanpa menyebabkan kesan signifikan kepada hidupan
akuatik dan interim kualiti air kebangsaan (INWQS) (Tong
dan Goh 1997) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
Keputusan menunjukkan bagi logam Hg kepekatannya
adalah sangat rendah di semua stesen (<0.1 g/L) dan di
dalam julat kepekatan semula jadi. Bagi logam Cd didapati
di semua stesen kepekatannya adalah rendah dan tidak
melebihi kepekatan maksimum yang dicadangkan (EPA-
CMC 2 g/L). Walau bagaimanapun kebanyakan stesen
mempunyai kepekatan yang lebih tinggi daripada kepekatan
berterusan yang dicadangkan (0.25 g/L) kecuali stesen 7,
8, 10 dan 11 (Rajah 2) dan kepekatan yang disyorkan oleh
CCME (0.017 g/L). Bagi logam Zn didapati kepekatan di
semua stesen adalah rendah dan dibawah limit kepekatan
berterusan yang dicadangkan (EPA-CCC <120 g/L). Walau
bagaimanapun kepekatan di kebanyakan stesen adalah
melebihi tahap kepekatan yang dicadangkan oleh CCME
(30 g/L) kecuali stesen 4, 6 dan 7. Kepekatan yang paling
tinggi didapati di stesen 2 (70.1 g/L) iaitu berhampiran
kawasan perkelahan Sg. Tekala dan berkemungkinan hasil
daripada tindakan cuaca ke atas batuan secara semula jadi
(batuan jenis granit).
Logam Pb di kebanyakan stesen adalah rendah dan
kurang daripada kepekatan maksimum yang dicadangkan
(EPA-CMC, 65g/L) dan INWQS (50 g/L). Walau
bagaimanapun kebanyakan stesen pensampelan melebihi
kepekatan berterusan yang dicadangkan (EPA-CCC, 2.5
52
g/L) kecuali stesen 7. Bagi logam Cu, kepekatan di
kebanyakan stesen adalah melebihi kepekatan berterusan
yang dicadangkan (EPA-CCC, 9 g/L) kecuali di stesen
3, 4, 5, 6 dan 9 dan semua stesen melebihi kepekatan
yang dicadangkan oleh CCME (2-4 g/L). Stesen 11
mempunyai kepekatan Cu yang paling tinggi (21.2 g/L)
berkemungkinan hasil aktiviti pertanian, penternakan dan
industri di kawasan hilir Sg. Semenyih. Kuprum banyak
digunakan dalam racun perosak, bahan makanan ternakan,
barang-barang elektrik, tekstil dan cat (Alabaster &
Lloyd 1980). Bagi logam Ni kepekatan di semua stesen
pensampelan adalah rendah dan di bawah kepekatan
berterusan yang dicadangkan (EPA-CCC, 52 g/L). Begitu
juga dengan logam Co yang berada dalam julat kepekatan
semula jadi di semua stesen. Bagi logam Fe kepekatan di
semua stesen adalah di bawah kepekatan berterusan yang
dicadangkan (EPA-CCC 1000 g/L) kecuali di stesen 8
manakala berdasarkan panduan CCME kebanyakan stesen
melebihi kepekatan yang disyorkan iaitu 300 g/L kecuali
stesen 1 dan 2. Terdapat trend peningkatan bagi logam Fe
daripada stesen hulu ke hilir. Bagi logam Mn hanya garis
panduan INWQS sahaja yang memberikan garis panduan
kepekatan iaitu 100 g/L bagi kelas II. Berdasarkan garis
panduan ini kebanyakan stesen berada di bawah kepekatan
yang dicadangkan kecuali stesen 7, 9 dan 10 dan logam Mn
juga menunjukkan trend peningkatan daripada stesen hulu
ke hilir. Trend peningkatan logam daripada kawasan hulu
ke hilir sungai telah dilaporkan oleh Shuhaimi-Othman et
al. (2004) bagi logam berat Cu, Cd, Zn dan Pb dalam air
dan sedimen di Sg. Langat. Kajian yang dilakukan oleh
Sukiman Sarmani (1985) mendapati kepekatan logam
berat dalam air di Sg. Langat adalah di antara 0.09-0.33
mg/L bagi As, Cd 0.01-0.06 mg/L, Co 0.01-0.03 mg/L, Cu
0.02-0.04 mg/L, Hg 0.002-0.004 mg/L dan Pb 0.05-0.07
mg/L.
Parameter kualiti air yang dicatatkan di setiap stesen
pensampelan ditunjukkan dalam Jadual 4. Keputusan
menunjukkan terdapat perbezaan yang signikan antara
stesen pensampelan bagi semua parameter kajian (ANOVA,
p<0.05). Terdapat trend peningkatan terutama bagi
parameter konduktiviti dan kekeruhan di beberapa stesen
terutama yang berhampiran kawasan pertanian, industri dan
penduduk. Perbandingan dengan nilai INWQS menunjukkan
julat suhu dan konduktiviti di semua stesen berada dalam
kelas I. Walau bagaimanapun terdapat peningkatan yang
signikan di stesen 7-10 berbanding stesen lain (ANOVA,
JADUAL 2. Ringkasan analisis ANOVA dan Tukey-Kramer bagi
kepekatan logam di antara stesen persampelan
Stesen 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
2 bdh
3 bdefgh bdefgh
4 bdefh abdefh abdg
5 bdefgh bdefgh bfgh bdh
6 abdegh abdegh abdfg ag abdegh
7 abdegh abdefgh abcdefgh abcdegh abcdegh abdegh
8 abdefh abdefh abdgh abdh abdfgh bdfgh abdefgh
9 bdfgh abdefgh begh bdegh gh abdefgh abdefgh abdh
10 abefgh abdefgh abdgh abdgh adfgh bdfgh abdefh bdgh adgh
11 abdefh abefh abddgh abdh abdeh bdgh abcdegh deh adegh bdegh
Stesen dengan abjad menunjukkan terdapat perbezaan beerti (Tukey-Kramer, p<0.05)
a=Cd; b=Zn; c=Pb; d=Cu; e=Ni; f=Fe; g=Co; h=Mn
JADUAL 3. Kriteria logam berat dalam air tawar yang dicadangkan oleh CCME, EPA dan INWQS
Logam CCME- Perlindungan EPA- EPA- INWQS
hidupan akuatik Kepekatan Maksimum Kepekatan Berterusan Kelas II (g/L)
(Air tawar) g/L (CMC) g/L (CCC) g/L
Merkuri (Hg) - 1.4 0.77 1
Kadmium (Cd) 0.017 2.0 0.25 10
Plumbum (Pb) 1-7 65 2.5 50
Kuprum (Cu) 2-4 13 9.0 20
Nikel (Ni) 25-150 470 52 50
Kobalt (Co) - - - -
Zink (Zn) 30 120 120 5000
Ferum (Fe) 300 - 1000 1000
Mangan (Mn) - - - 100
Sumber: CCME 1999; INWQS (Tong & Goh 1997); EPA 2004
53
p<0.01; Tukey-Kramer, p<0.05). Bagi parameter oksigen
terlarut hanya stesen 1, 2 dan 7 berada dalam kelas I (> 7
mg/L), stesen yang lain berada dalam kelas II (5-7 mg/L)
manakala stesen 7 dan 9 berada dalam kelas III (3-5 mg/
L). Bagi parameter pH hanya stesen 7 dan 8 berada dalam
kelas I manakala stesen yang lain dalam kelas II kecuali
stesen 3 berada dalam kelas III. Bagi parameter kekeruhan
hanya stesen 1 berada dalam kelas I (< 5 NTU) manakala
stesen lain berada dalam kelas II. Kekeruhan yang tinggi
di kebanyakan stesen mungkin disebabkan oleh kehadiran
kandungan pepejal terampai yang tinggi di dalam air.
Kualiti air diketahui mempengaruhi akumulasi,
ketersediaan dan ketoksikan logam berat terhadap
organisma. Kajian lepas yang telah dilakukan menunjukkan
kualiti air seperti kealkalian, pH, keliatan air dan karbon
organik mempengaruhi ketersediaan, ketoksikan dan
bioakumulasi logam dalam ekosistem akuatik (Bradley &
Morris 1986; Iivonen et al. 1992; Stephenson & Mackie
1988). Bagi melihat pengaruh antara parameter kualiti
air dan pengaruhnya terhadap kepekatan logam berat
dalam air, analisis korelasi telah dijalankan dan hasilnya
ditunjukkan dalam Jadual 5. Keputusan menunjukkan
bagi parameter kualiti air, suhu berkorelasi secara positif
dengan konduktiviti manakala konduktiviti berkorelasi
secara negatif dengan oksigen terlarut (p<0.05). Bagi
logam berat, parameter kualiti air seperti konduktiviti, suhu
dan oksigen terlarut didapati berkorelasi dengan beberapa
logam berat dalam air seperti Fe dan Mn (p<0.05). Analisis
menunjukkan di antara parameter kualiti yang dikaji,
konduktiviti air didapati paling mempengaruhi kepekatan
logam berat dalam air berbanding parameter yang lain.
KESIMPULAN
Kajian ini mendapati secara amnya kepekatan logam
berat kajian dalam air di Lembangan Sg. Semenyih masih
rendah tetapi terdapat trend peningkatan terutama di
kawasan yang mempunyai sumber kemasukan hasil aktiviti
antropogenik seperti pertanian dan industri. Terdapat trend
peningkatan logam berat Fe dan Mn daripada stesen hulu
ke hilir Sg. Semenyih manakala bagi parameter kualiti air
didapati terdapat peningkatan terutama bagi parameter
konduktiviti dan kekeruhan di beberapa stesen terutama
yang berhampiran kawasan pertanian, industri dan
JADUAL 4. Nilai purata (S.P.) parameter kualiti air di 11 stesen di Sungai Semenyih
Stesen Suhu Konduktiviti Oksigen Terlarut pH Kekeruhan
(S/cm) (NTU)

1 24.8 0.5 47.6 0.5 7.4 0.2 5.95 0.01 2 0.1
2 25.5 0.2 23.1 0.1 7.5 0.1 5.96 0.01 97 5
3 30.2 0.2 54.4 0.6 5.2 0.1 4.62 0.02 168 13
4 28.2 0.1 46.2 0.2 6.5 0.3 5.73 0.01 340 30
5 29.1 0.1 38.2 0.5 7.0 0.2 5.65 0.03 360 25
6 27.2 0.2 47.6 0.2 6.8 0.1 6.29 0.02 200 22
7 28.5 0.2 300.3 0.3 2.4 0.1 7.80 0.02 465 32
8 32.2 0.3 163.5 0.4 6.9 0.1 6.50 0.01 72 21
9 32.4 0.2 231.2 0.5 3.0 0.2 5.98 0.02 55 12
10 32.2 0.1 163.5 0.2 5.7 0.2 6.00 0.03 62 15
11 26.3 0.2 61.2 0.1 6.0 0.1 5.65 0.01 254 20
JADUAL 5. Nilai koesien korelasi linear (r) antara parameter
kualiti air dan kepekatan logam berat dalam air
Suhu Konduktiviti DO pH Kekeruhan
Konduktiviti 0.656*
DO -0.368 -0.791*
pH -0.035 0.549 -0.427
Kekeruhan 0.186 0.038 -0.253 0.066
Cd -0.287 -0.655* 0.344 -0.607* -0.217
Zn -0.250 -0.517 0.663* -0.404 -0.522
Pb -0.186 -0.657* 0.638* -0.543 0.081
Cu -0.340 -0.030 0.218 0.112 -0.345
Ni -0.196 0.297 -0.474 0.600 -0.164
Fe 0.868** 0.640* -0.397 -0.098 0.380
Co 0.329 0.664* -0.422 0.554 -0.137
Mn 0.671* 0.814** -0.854** 0.384 0.488
* korelasi beerti pada p < 0.05 ** korelasi beerti pada p< 0.01
*** korelasi beerti pada p< 0.001; DO-oksigen terlarut
54
penduduk. Parameter kualiti air seperti konduktiviti, suhu
dan oksigen terlarut didapati berkorelasi dengan beberapa
logam berat dalam air seperti Fe dan Mn.
RUJUKAN
Alabaster, J.S. & Lloyd, R. 1980. Water quality criteria for
freshwater sh. For the Food and Agricultural Organisation,
United Nations. Butterworths.
Bradley, R.W. & Morris, J.R. 1986. Heavy metals in sh from
a series of metal-contaminated lakes near Sudbury, Ontario.
Wat. Air Soil Pollu. 27: 341-354.
CCME 1999. Canadian environmental quality guidelines.
Canadian Council of Ministers of the Environment,
Winnipeg.
Clark, R.B. 1992. Marine Pollution. Claderon Press, Oxford,
UK.
EPA (Environmental Protection Agency, United State) 2004.
National RecommendedWater Quality Criteria. Ofce of
Science and Technology, Washington, DC.
Forstner, U. & Wittman, G.T.W. 1981. Metal pollution in the
aquatic environment. New York: Springer-Verlag.
Iivonen, P., Piepponen, S. & Verta, M. 1992. Factors affecting
trace-metal bioaccumulation in Finnish headwater lakes.
Environ. Pollu. 78: 87-95.
Kendrick, M.J., May, M.T., Plishka, M.J. & Robinson, K.D. 1992.
Metals in biological systems. Ellis Harwood Limited.
MDHL (Majlis Daerah Hulu Langat) 1996. Rancangan Struktur
Majlis Daerah HuluLangat dan Pihak Berkuasa Perancang
Tempatan Hulu Langat 1995-2020. Laporan Pemeriksaan
Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor.
Sukiman Sarmani 1985. Kajian pemonitoran kualiti air lembangan
Sungai Langat,Selangor. Sains Malaysiana 14(2): 245-255.
Stephenson, M. & Mackie, G.L. 1988. Multivariate analysis of
correlations between environmental parameters and cadmium
concentartions in Hyalella azteca from central Ontario lakes.
Can. J. Fish. Aquat. Sci. 45: 1705-1710.
Shuhaimi-Othman, M., Barzani, M & Yatih, N. 2004. Kajian
kandungan logam beratdalam air, sedimen dan udang air
tawar M. lanchesteri di Sungai Langat, Selangor. Prosiding
Simposium Biologi Kebangsaan Ke-7. FST, UKM: 433-
436.
Tong, S.L. & Goh, S.H. 1997. Water quality criteria and standard
development and river classication in Malaysia. J. Ensearch
10: 15-26.
Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, UKM Bangi, Selangor D.E.
Malaysia
E-mail: Shuhaimi@pkrisc.cc.ukm.my

You might also like