Laporan Kempen Membasmi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 2014

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SK KUALA BARAM II, MIRI LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014

1
LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BARAM II
MIRI, SARAWAK

Pada 21 Julai 2014, Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II (SKKBII) telah
mengadakan Kempen Cari dan Musnah Nyamuk Aedes bagi Tahun 2014. Kempen
tersebut telah dimulakan dengan taklimat dan ceramah yang bertajuk Bahaya
nyamuk Aedes oleh Puan Hajah Wan Aminah binti Haji Wan Dahili, Guru Besar
SKKBII. Ceramah tersebut telah diadakan ketika perhimpunan mingguan sekolah
dan dihadiri oleh semua murid Tahun Satu hingga Tahun Enam termasuk guru-guru
SKKBII. Ceramah berlangsung selama kira-kira satu jam 30 minit bermula dari pukul
7.10 pagi.

















Perhimpunan mingguan sempena Kempen Cari dan
Musnah Nyamuk Aedes 2014
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Guru Besar,
Puan Hajah Wan Aminah binti Haji Wan Dahili.
SK KUALA BARAM II, MIRI LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014


2










Pada 22 Julai 2014 pula telah diadakan sesi tayangan video Bahaya Nyamuk
Aedes Tak Ambil Peduli, Maut Menanti. Sesi tayangan video ini bertempat di Pusat
Sumber SKKBII dan melibatkan semua murid SKKBII. Sesi tayangan video ini
bermula pada pukul 7.10 pagi dan berlangsung secara berperingkat-peringkat
bermula dengan murid Tahun Satu sehinggalah kepada murid Tahun Enam. Sesi
tayangan video ini berakhir pada kira-kira pukul 10.00 pagi. Tayangan video ini telah
dikendalikan oleh Cikgu Abang Redzuan bin Juli dan Cikgu Muhammad Faris bin
Mustafa.











Murid-murid khusyuk mendengar ceramah yang
disampaikan oleh Puan Guru Besar.
Sesi tayangan video di Pusat Sumber SK Kuala
Baram II
SK KUALA BARAM II, MIRI LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014


3




















Kempen Cari dan Musnah Nyamuk Aedes ini diteruskan dengan gotong-
royong peringkat sekolah. Gotong-royong membersih kawasan sekolah telah
diadakan pada hari Rabu bersamaan 23 Julai 2014. Gotong royong yang melibatkan
murid-murid Tahap Dua dan guru-guru SKKBII itu telah bermula pada pukul 1.30
petang dan berakhir pada pukul 3.30 petang. Gotong-royong ini telah bermula
dengan ucapan Puan Hajah Wan Aminah bin Haji Wan Dahili, Guru Besar SKKBII
dan taklimat pembahagian kawasan oleh Cikgu Cecilia ak Francis, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SKKBII.
Murid Tahun Satu sedang menonton tayangan video.
Murid-murid khusyuk mnonton video yang
ditayangkan.
SK KUALA BARAM II, MIRI LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014


4
Kawasan persekitaran sekolah telah dibahagi-bahagikan kepada murid-murid
Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam sambil dibantu oleh guru-guru kelas
masing-masing dan guru-guru lain. Kawasan persekitaran sekolah meliputi kawasan
tapak perhimpunan, dewan terbuka, kantin, surau, kawasan hadapan sekolah dan
tandas murid lelaki dan perempuan serta padang sekolah. Walaupun gotong-royong
diadakan pada bulan puasa, murid-murid dan guru-guru sangat bersemangat dan
telah menunjukkan sikap bekerjasama dalam menjayakan program ini.





















Murid Tahun Lima sedang membersihkan kawasan
tandas murid lelaki.
Murid dan guru bekerjasama membersih longkang
yang tersumbat.
SK KUALA BARAM II, MIRI LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014


5



















Selain itu, bagi merancakkan lagi kempen ini, Panitia Bahasa Melayu SKKBII
telah menganjurkan pertandingan menulis karangan pada hari Khamis bersaman 24
Julai 2014. Pertandingan menulis karangan ini telah melibatkan murid-murid Tahun
Enam. Karangan yang ditulis mesti berkisarkan mengenai bahaya nyamuk Aedes
dan Demam Denggi. Pertandingan menulis karangan ini diadakan di kelas masing-
masing pada masa mata pelajaran Bahasa Melayu.


Murid gembira dapat menyumbang tenaga dalam
menjayakan program gotong-royong ini.
Guru-guru juga turut menyumbang tenaga dalam
membersih dan menceriakan kawasan sekolah.
SK KUALA BARAM II, MIRI LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014


6

























Pertandingan Menulis Karangan Anjuran Panitia
Bahasa Melayu.
Sebahagian murid Tahun Enam yang menyertai
pertandingan menulis karangan ini.
Murid tekun menulis karangan.
SK KUALA BARAM II, MIRI LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014


7
Diharapkan kempen seperti ini dapat terus diadakan lagi pada tahun-tahun
yang akan datang agar maklumat berkaitan bahaya nyamuk Aedes dan Demam
Denggi dapat disampaikan kepada murid-murid sekolah khususnya murid-murid
sekolah rendah. Mereka perlu didedahkan mengenai bahaya nyamuk Aedes dan
Demam Denggi seawal Tahun Satu supaya mereka memperoleh kefahaman yang
jelas mengenai wabak ini.

Disediakan oleh: Tarikh: 5 Ogos 2014


(MUHAMMAD FARIS BIN MUSTAFA)
Penyelaras Program Bersepadu Sekolah Sihat
SK Kuala Baram II, Miri

You might also like