Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN YANG DIPILIH



1.1 Kacang Bendi (Kaedah Pembiakan seks- Biji Benih)

Kacang ini selain dipanggil sebagai bendi,ia juga sering dipanggil sebagai
kacang lendir, atau pun kacang bendir manakala dalam bahasa inggeris pula adalah
Ladyfinger, nama saintifik pula adalah Abelmoschus Esculentusdari kumpulan
Hibiscus Esculentus.Tanaman ini mudah ditanam dan tidak mudah diserang
penyakit.Ia merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak
ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap.Ia mempunyai jenis
batang kayu yang lembut tetapi susah nak dipatahkan, bunga yang mempunyai 5
kelopak besar seperti bunga raya yang berwarna kuning muda ataupun warna jambu
merah. Manakala untuk bahagian buahnya pula mempunyai lendir apabila dimasak
jenis sajiannya pula terdapat kari, digoreng, direbus, salad, dan ulam.Di India,
batang bendi tersebut dibiar tua untuk dijadikan sebagai kertas, dan biji tersebut
dibiar tua untuk dijadikan pengganti kepada kopi.


1.2 Bunga Kertas (Kaedah Pembiakan Aseks Keratan Batang)

Pokok Bunga Kertas dalam bahasa Inggeris adalah bougainvillea, ia
mempunyai warna yang berwarna warni yang berkembang sepanjang dan
sentiasa menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Pokok jenis
ini mempunyai batang kayu yang sederhana keras,bunga yang nipis yang
mempunyai ciri-ciri seperti kertas yang menyebabkan namanya diberi. Ia berasal
dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam dan digunakan dalam
bahagian landskap dan sebagainya. Semasa berbunga, adalah kebiasaannya
bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan
dahan-dahan yang menarik. Selain daripada itu, pada zaman sekarang terdapat
bayak jenis bunga kertas, ada yang jenis rendah tapi berbunga banyak, dan ada
pula berbunga sikit yang sering orang guna sebagai Bonsai renek. Terdapat tiga
spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs.
Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk
menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik
selapis mahupun banyak lapis.Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan
untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan
bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan
bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya
yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Selain itu,
Pokok ini lebih suka hendaklah berada di bawah cahaya matahari dan tidak
terlindung atau lembap untuk dielakkan dari jangkitan bakteria dan kulat.


1.3 Buluh (Kaedah Pembiakan Aseks Rumpun)

Buluh juga dikenali sebagai aur atau bamboo dalam bahasa inggeris. Ia
adalah antara tumbuhan yang paling pantas membesar di dunia desibabkan oleh
system rizomnya yang unik. Struktur pokok buluh adalah berongga di bahagian
tengah dan keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang.
Ia juga tidak mempunyai xilem.Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi
ekonomi dan budaya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana
ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga keluaran mentah
serbaguna.Di seluruh dunia terdapat 75 genera dan 1250 spesis buluh manakala
Pleioblastus pumilus adalah salah satu spesis buluh yang ditanamkan seperti yang
dalam gambar rajah 1.1.3. Ia merupakan jenis buluh yang renek dan sering
digunakan sebagai lanskap. Buluh boleh terdapat hampir seluruh dunia dan habitat
pertumbuhan aslinya terdapat di semua benua kecuali benua Eropah. Buluh boleh di
kumpulkan kepada 2 kumpulan besar iaitu yang mempunyai pertumbuhan tunggal
(monopodial) dan pertumbuhan berumpun (simpodial). Buluh yang tumbuh tunggal
hanya tersebar di kawasan beriklim sederhana manakala di kawasan tropika pula
pertumbuhan adalah berbentuk berumpun.Di Malaysia terdapat 70 spesis buluh dan
sebanyak 50 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia. 30 spesis di Sabah dan 20
spesis di Sarawak.Kebanyakkan buluh di Malaysia meliar di pinggir-pinggir hutan,
kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang tebing-tebing sungai. Buluh juga
ditanam di kampung-kampung untuk kegunaan harian dan ditanam di bandar-bandar
sebagai landskap dan nurseri. Di anggarkan jumlah kawasan yang ditumbuhi oleh
buluh di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 329 000 hektar.
1.4 Pokok lemon (Kaedah Pembiakan Aseks Tut ataupun Markot)

Lemon, dalam nama saintifik,C. lemon adalah sejenis buah yang berasal dari
asia yang mempunyai ciri ciri seperti kulit tebal berwarna kuning dan masam
rasanya manakala batangnya pula adalah jenis sederhana keras serta berduri.Ia
sering digunakan dalam segi perhiasan, perisa, makanan, serta ubat.Ia merupakan
tumbuhan jenis berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana.
Lemon pertama tumbuh di India, utara Burma dan China. Di Asia Tenggara dan
Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk
pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (Itali selatan) paling lambat pada abad ke-
1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon
kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700.
Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10
mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal.
Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara
1000 dan 1150 M. Penanaman lemon besar pertama di Eropah bermula di Genoa
pada pertengahan abad ke-15,kemudian diperkenalkan ke Amerika tahun 1493
ketika Christopher Columbus membawa biji lemon untuk Hispaniola sepanjang
perjalanan itu. Penaklukan Sepanyol di seluruh Dunia Baru membantu menyebarkan
biji lemon. Ia terutama digunakan sebagai perhiasan dan ubat. Pada abad ke-18 dan
19, lemon semakin banyak ditanam di Florida dan California, ketika itu lemon mula
digunakan dalam masakan dan perisa.
Pada 1747, ujian James Lind pada pelaut yang menderita penyakit skurvi
melibatkan penambahan vitamin C dalam diet mereka dengan jus lemon.











Gambar Rajah 1.1.1:
Kaedah pembiakan
seksual - Kacang Bendi
dalam biji benih












Gambar Rajah 1.2.1: Kaedah
Aseksual keratan batang jenis
Bunga Kertas
















Gambar Rajah 1.3.1:
Kaedah Aseksual
Buluh Renek jenis
Pleioblastus pumilus
jenis
Rumpun














Gambar Rajah 1.4.1: Kaedah Aseksual
Pokok Lemon jenis tut ataupun markot






2.0 FAKTOR FAKTOR DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMILIH KAEDAH
PEMBIAKAN.

2.1 Cepat mengeluarkan hasil
Tanaman yang cepat matang memerlukan tempoh masa yang singkat
untuk mengeluarkan hasil. Tempoh matang yang pendek
membolehkan penanaman ulangan berganda dilakukan.Contoh Durian
Siam seperti D129 (Chanee), D130 (Kan Yan), dan D131 (Kato)
mengambil masa matang kira-kira 125 hari dari peringkat pengeluaran
bunga sehingga peringkat buah gugur. Klon D99 yang diperkenalkan
mempunyai tempoh matang yang lebih pendek iaitu 90 hari sahaja

2.2 Hasil tinggi
Objektif utama kebanyakan program pembiakbakaan ialah
memperkenalkan tanaman baru yang berupaya mengeluarkan hasil
tinggi. Ini kerana lebih banyak makanan perlu dikeluarkan untuk
memenuhi keperluan makanan penduduk dunia yang
meningkat.Contoh benih kopi polihibrid yang dikeluarkan oleh MARDI,
iaitu MCL 34, MCL 43, MCL 44 dan MCL 46 (untuk kopi Liberica) dan
MCR 09, MCR 10, MCR 11 dan MCR 16 ( untuk kopi Robusta) mampu
mengeluarkan hasil sebanyak 1.7 tan metrik sehektar berbanding 0.75
tan metrik sehektar untuk benih biasa.

2.3 Hasil berkualiti
Kualiti hasil tanaman ditentukan oleh kelazatan, kandungan gula dan
nutrien yang tinggi serta warna isi atau bentuk buah ayang
seragam.Pelanggan sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk
mendapatkan buah-buahan yang lebih baik. Contoh durian D 24
dianggap sebagai salah satu klon yang terbaik dan digemari di pasaran
tempatan
2.4 Resistan terhadap penyakit dan perosak
Resistan merujuk kepada ciri-ciri tumbuhan atau haiwan yang mampu
menangkis atau menghalang perkembangan patogen dan serangga
perosak.Tahap resistan tanaman terhadap serangan penyakit dan
perosak biasanya disebabkan oleh halangan mekanik tumbuhan
seperti duri resin, bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh
perosak. Contoh sifat pokok tomato dan kacang soya yang berbulu
menyebabkan vector virus seperti lelompat daundan afid tidak
menghampiri tanaman tersebut. Ini secara langsung mengurangkan
penggunaan racun mahluk perosak.

3.0 MENERANGKAN LANGKAH PEMBIAKAN DAN FAKTOR KEJAYAAN
PEMBIAKAN

3.1 Biji Benih


i) Sediakan benih kacang bendi yang cukup matang dan kering
sebanyak 3-5 biji yang sihat dan bebas perosak.
ii) Sediakan tanah yang mengikut nisbah 2.1.1 di mana 2 adalah
tanah loam, 1 pasir sungai, 1 tanah kompos atau organik
iii) Menggali lubang kecil yang sedalam 5 cm pada tanah dan letakkan
biji benih tersebut dalam lubang tersebut.
iv) Penyiraman sekurang-kurangnya dua kali sehari agar benih mudah
bercambah.
v) Apabila benih telah bercambah, ketika anak bendi telah menjadi
besar dan kuat, buanglah anak - anak bendi yang tidak perlu dari
sekeliling agar hanya 1 sahaja pokok bendi pada 1 lubang.





3.2 Keratan Batang Bunga Kertas (Bougainvillea)

i) Memilih keratan batang keras sihat serta bebas dari perosak yang
sepanjang 250 mm 300 mm untuk bunga kertas untuk prosedur
awal megeluarkan akar serta awal mengeluarkan bunga
ii) Buangkan daun daun lebih sehingga tinggalah 2 3 helai daun
sahaja.
iii) Pastikan mempunyai 1 tunas akar dan 1 tunas pucuk.
iv) Menyediakan tanah yang mengikut nisbah 2.1.1
v) Potong batang tersebut dengan menyerong 45 di bawah mata
tunas.
vi) Celupkan bahagian yang dipotong serong ke dalam ubat
penggallak akar yang dikhaskan untuk dahan sederhana keras.
vii) Tanam batang atau dahan tersebut dalam tanah yang telah
digaulkan mengikut nisbah.
viii) Selepas tanam, siram dan tentukan dahan tersebut mendapat
cukup air sehingga batang atau dahan tersebut berakar.

3.3 Rumpun Buluh Renek jenis Pleioblastus pumilus

i) Pecahkan atau dalam istilah lain uraikan rumpun tersebut dalam
keadaan atau kuantiti yang lebih kecil untuk tanam.
ii) Pastikan keadaan rumpun tersebut bebas dari sebarang penyakit
atau perosak, serta mempunyai akar.
iii) Tanah digaul mengikut nisbah 2.1.1
iv) Tanamkan rumpun tersebut dalam tanah, menyiram air pada
tanaman tersebut.




3.4 Tut atau Markot Pokok Lemon


i) Pilih dahan lurus dan sihat berukuran 300 mm.
ii) Buangkan daun,putik bunga pada dahan yang dipilih terutamanya
pada bahagian yang hendak ditut.
iii) Buat kelaran di bawah mata tunas pada dahan yang dipilih.
Tentukan kelaran itu kemas dan bersih. Buat kelaran kedua 50 mm
di bawah kelaran pertama.
iv) Kupaskan kulit di antara kedua dua kelaran dan kikis kulit hingga
bersih.
v) Sapukan ubat penggalak akar di bawakeratan pertama, iaitu di atas
kelaran kedua.
vi) Sediakan tanah yang mengikut nisbah dan buat genggaman
sehingga jadinya seperti bentuk bebola.
vii) Ambil plastik dan lilitkan keliling bahagian bawah dahan yang
dikikis dan ikat kemas.
viii) Buka plastik dan dedahkan bahagian yang dikikis. Ambil
genggaman tanah yang telah disediakan tadi dibelah dua kepalan
tanah dan lekapkan di keliling dahan yang dikikis terutamanya di
bahagian kelaran.











Rujukan

Zahari Rusdi, Norlin Hasnan, Kemahiran Hidup Bersepadu 2011, Memilih pokok
hiasan dan menyediakan keratan batang, zaharinorlin.blogspot.com
Nur Azreen Ali, arts.nature.architecture. Debungor 2011, Teknik Pembiakan
Tanaman (penyediaan dan penjagaan), debungor.blogspot.com
Norain mohd. Rejab, siri tanaman bunga-bungaan dalam lansdkap, MELUR, Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2001,Keperluan Pertumbuhan,ms 14 15
Wright, A. Clifford. History of Lemonade, CliffordAWright.com
James Lind, A treatise on the scurvy, Edisi kedua. London: diterbitkan A. Millar,
1757. [St. Thomas's Historical Collection 28.b.9].
Wikipedia, Lemon, wikipedia.org/wiki/Lemon
Chin Hoong Fong,. Queen of Trapical Flowers, THE HIBISCUS,Edisi Pertama 1986.
Propagatio,Planting, and Maintenance, 138 143
M Anem, Anim Agro technology, Pembiakan Tampang Tumbuhan 2010,
animhosnan.blogspot.com
S.P PERTANIAN .PT, Sains Pertanian, mazlansmkbbsl.blogspot.com
Aku di Fiji Islands,Cara Kami Menanam Kacang Bendi,2012,
oursimplegarden.blogspot.com
Graft, A. B. (1974). Exotica. Roehrs Company Inc.
Chaniago, D. dan Mohd. Saufi Abdullah. (1981). Pokok Pinggiran Jalan di Malaysia.
DBP, Kuala Lumpur.
Hsuan, K.. (1986). Order dan Famili Tumbuhan Berbiji di Tanah Melayu. DBP. Kuala
Lumpur.
Ismail Saidin. (1977). Bunga-bungaan Malaysia. DBP, Kuala Lumpur.
Krempin, K. (1990). Know Your Indoor & House Plants. Horwitz Grahame, Pty. Ltd.,
Sydney.

You might also like