Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

13.

3 LAPORAN AKTIVITI/ PENILAIAN/ REFLEKSI


MINGGU 1 (31 Mac 2014 hingga 4 April 2014)
LAPORAN AKTIVITI :
Aktiviti unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia telah dijalankan pada
hari Selasa bersamaan 1 April 2014. Pada minggu pertama saya menjalankan
praktikum di SJK(C) Perting, Bentong, iaitu 31 Mac 2014 hingga 4 April 2014,
saya telah mengikut Cikgu Yee untuk masuk ke kelas 1K membimbing murid-
murid tahun 4, 5 dan 6 bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah pada hari Selasa
iaitu 1 April 2014 pada pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang. Pada hari tersebut,
saya meminta murid-murid untuk menyalin lirik lagu Bulan Sabit Merah Malaysia
di dalam buku catatan. Seterusnya saya telah mengajar murid-murid untuk
menyanyikan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia dan menerangkan maksud lirik
lagu tersebut. Murid-murid telah berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan diri
sendiri.

PENILAIAN:
Secara keseluruhannya, aktiviti dan pengajaran yang saya laksanakan
masih boleh diterima. Saya masih berpuas hati terhadap bimbingan
pelaksanaan tugas di dalam kelas itu. Tetapi terdapat beberapa perkara yang
harus diperbaikikan seperti kawalan kelas dan kreativiti semasa aktiviti
dijalankan.

REFLEKSI:
Melalui aktiviti unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah
dijalankan pada hari Selasa bersamaan 1 April 2014, saya mendapati bahawa
terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaikikan. Contohnya, saya berasa
kawalan kelas harus dititikberatkan, saya boleh menggunakan strategi menarik
perhatian murid seperti mengetuk papan putih di hadapan kelas murid.
Begitu juga, saya mendapati bahawa pengajaran menerangkan maksud
lirik lagu Bulan Sabit Merah Malaysia adalah bosan disebabkan saya
menggunakan cara tradisional guru iaitu hanya menyampaikan maksud lirik lagu
kepada murid, cara ini adalah pengajaran secara satu hala dan akan
menyebabkan murid berasa bosan dan tidak dapat memberi perhatian.
Sepatutnya, saya boleh cuba menanyakan maksud lirik lagu kepada murid-murid.
Hal ini demikian dapat mencungkil pemikiran dan menjana idea murid-murid
untuk lebih memahami dan mengingat maksud lirik lagu tersebut. Saya harus
membimbing murid supaya mereka boleh mencari maksud lirik lagu dengan
pendapat dan perbincangan dengan kawan-kawan lain. Jika ada kesilapan, saya
boleh memberikan pembetulan dan membimbing mereka untuk menjawab
soalan dengan betul. Saya berasa cara ini lebih boleh menarik perhatian murid-
murid. Hal ini dapat menarik perhatian murid dan seterusnya menyebabkan
kawalan kelas menjadi lebih mudah bagi saya dan mereka akan lebih mengingat
apa yang telah dibelajar oleh mereka.
Walaupun ada kelemahan, tetapi saya mendapati ada kelebihan.
Contohnya saya memberi penjelasan yang jelas kepada murid tentang maksud
lirik lagu Bulan Sabit Merah Malaysia. Begitu juga, suara saya sangat jelas dan
kuat semasa mengajar dan membimbing murid-murid untuk menyanyikan lagu
Bulan Sabit Merah Malaysia. Mereka boleh mengikut dan mendengar melodi
yang saya nyanyikan. Oleh itu, kelemahan yang didapati pada hari itu akan saya
perbaikikan manakala kelebihan akan saya kekalkan.




MINGGU 2 ( 7April 2014 hingga 11 April 2014)
LAPORAN AKTIVITI:
Pada minggu kedua, hari Selasa bersamaan 8 April 2014, saya telah
menghadiri diri ke SJK(C) Perting di kelas 1M pada pukul 4.30 hingga 5.30
petang, saya mengikuti Puan Yee untuk memasuki kelas tersebut. Pada hari itu,
Puan Yee telah mengajar dan menerangkan prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia.
Kemudian, pada pukul 5 petang, sampailah giliran saya untuk membuat satu
pertandingan sesi soal jawab terhadap murid. Saya memasangkan lagu dan
murid diminta menyerahkanbuku kecil yang saya sediakan kepada rakan
sebelah sehingga satu kelas. Apabila lagu berhenti, murid yang memegang buku
kecil itu perlu menjawab soalan yang ditanyakan oleh Puan Yee seperti orang
yang mendirikan persatuan Bulan Sabit Merah dan tahun berapa didirikan.
Kemudian, saya memberi ganjaran iaitu mimi kepada murid yang dapat
menjawab soalan dengan betul.

PENILAIAN:
Secara keseluruhannya, murid-murid berasa sangat seronok semasa
pertandingan soal jawab dijalankan. Saya berasa gembira kerana dapat memberi
pengetahuan dan menerapkan nilai keyakinan serta keberanian dalam diri murid
untuk cuba yang terbaik dalam menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru.
Murid-murid juga mendapat pengetahuan yang baru iaitu prinsip Bulan Sabit
Merah Malaysia.

REFLEKSI:
Melalui aktiviti unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah
dijalankan pada hari Selasa bersamaan 8 April 2014, saya mendapati bahawa
terdapat beberapa perkara yang boleh dikekalkan dan juga diperbaikikan. Pada
minggu lepas, saya menghadapi masalah dalam kawalan kelas. Tetapi minggu
ini saya telah menerangkan peraturan dan permintaan saya kepada murid.
Contohnya jika saya mendapati mereka terlalu bising, saya akan membuat satu
isyarat iaitu meletakkan tangan di atas mulut. Perkara ini nampaknya telah
berjaya mengubah keadaan kelas yang bising dan tidak teratur.
Selain itu, disebabkan minggu lepas iaitu pada hari Selasa bersamaan 1
April 2014 saya mendapati kelemahan seperti murid berasa bosan kerana hanya
menerima ilmu daripada guru, jadi minggu ini saya telah merancang satu aktiviti
yang menarik iaitu pertandingan soal jawab dan ganjaran adalah sebagai
galakan untuk menjawab. Hal ini dilihat telah berjaya menarik perhatian ramai
murid dan menyeronokkan murid dalam kelas. Ramai murid telah berusaha
untuk menjawab soalan disebabkan untuk mendapatkan ganjaran yang saya
sediakan.
Begitu juga, saya mendapati kelemahan semasa aktiviti ini dijalankan iaitu
masalah teknikal. Saya telah menggunakan laptop saya untuk memasangkan
lagu semasa permainan dijalankan. Oleh sebab saya tidak menggunakan
speaker, jadi murid-murid tidak boleh mendengar lagu dengan jelas dan
menyebabkan mereka tidak tahu lagu itu sudah berhenti ataupun tidak. Saya
harus memikirkan perkara ini kerana jumlah murid agak ramai dan jika hanya
guna laptop, murid-murid mungkin tidak dapat mendengar lagu dengan jelas.
Secara kesimpulannya, keseluruhannya masih dijalankan dengan lancar
kerana murid juga memberi kerjasama kepada saya. Saya berasa sangat
berterima kasih kerana Puan Yee telah memberi peluang kepada saya untuk
mengendalikan kelas tersebut. Saya akan mengekalkan kelebihan dan
membetulkan kesilapan untuk menjadi diri saya sendiri lebih maju dan lebih baik
melalui praktikum ini. Saya akan teruskan usaha menyediakan aktiviti yang lebih
menarik dan membantu Puan Yee untuk mengendalikan kelas tersebut dengan
cuba sedaya upaya.

MINGGU 3 ( 14 April 2014 hingga 18 April 2014)
LAPORAN AKTIVITI:
Pada minggu ketiga, hari Selasa bersamaan 15 April 2014, saya telah
menghadiri diri ke SJK(C) Perting di kelas 1M pada pukul 4.30 hingga 5.30
petang, saya mengikuti Puan Yee untuk memasuki kelas tersebut. Pada hari itu,
oleh sebab Puan Yee tidak sihat dan sakit kerongkong, jadi saya telah
membantu untuk mengganti beliau untuk mengajar dan menerangkan syarat
yang patut ada dalam diri seseorang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Selepas
habis mengajar ketujuh-tujuh syarat tersebut, Puan Yee memberi cadangan
untuk membawa murid-murid ke padang untuk bermain bola. Hal ini sebagai
ganjaran bagi murid-murid kerana murid-murid telah berjaya mengingat pelajaran
yang telah dipelajari oleh mereka pada hari tersebut. Murid-murid berasa sangat
seronok kerana bukan sahaja boleh belajar teori-teori Bulan Sabit Merah
Malaysia, maka boleh keluar untuk bermain bola.

PENILAIAN:
Secara keseluruhannya, murid-murid telah memberi perhatian semasa
saya menjelaskan teori bagi syarat yang patut ada dalam diri seseorang ahli
Bulan Sabit Merah Malaysia. Hal ini kerana saya dan Puan Yee telah
memberitahu bahawa jika sesi soal jawab dijalankan dengan berjaya, murid-
murid boleh keluar untuk menenangkan diri untuk bermain bola. Pada hari
tersebut, saya berasa sangat gembira kerana dapat memberi pengetahuan dan
menerapkan nilai keyakinan serta keberanian dalam diri murid untuk cuba yang
terbaik dalam menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru. Murid-murid juga
mendapat pengetahuan yang baru iaitu syarat yang patut ada dalam diri
seseorang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Saya berasa seronok kerana dapat
bermain bola bersama-sama dengan murid-murid.

REFLEKSI:
Melalui aktiviti unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah
dijalankan pada hari Selasa bersamaan 15 April 2014, saya mendapati bahawa
terdapat beberapa perkara yang boleh dikekalkan dan juga diperbaikikan. Suara
saya tetap beertenaga dan jelas semasa memberi penerangan dalam teori-teori
Bulan Sabit Merah. Saya telah menyesuaikan diri dan memahami sikap murid-
murid. Saya mengetahui mereka suka dengan penerangan yang lebih menarik
seperti menerapkan jenaka. Oleh itu, semasa saya memberi penjelasan tentang
syarat-syarat yang perlu ada dalam diri seseorang ahli Bulan Sabit Merah
Malaysia, saya telah memberi contoh yang kelakar dan menyebabkan murid-
murid berasa gembira dan lebih mengingatinya.
Kelemahan yang saya dapati ialah apabila saya meminta murid menyalin
teori yang perlu dipelajari oleh mereka pada hari itu, terdapat beberapa murid
yang tidak membawa buku catatan Bulan Sabit Merah Malaysia. Saya tidak
menyediakan kertas dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu.
Murid yang tidak membawa buku catatan itu telah membuat bising dan ada yang
tidur di dalam kelas.
Berdasarkan kelemahan yang saya dapati, sepatutnya saya harus
menyediakan kertas sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran supaya
membuat persediaan bagi menghadapi masalah seperti itu. Saya tidak harus
membuat tidak tahu dan membiarkan mereka tidur dan tidak membuat apa-apa.
Saya harus bersikap lebih tegas dan memberi arahan supaya mereka tidak lupa
membawa buku catatan.
Secara kesimpulannya, keseluruhannya masih dijalankan dengan lancar
kerana kebanyakan murid mendengar arahan dan peka dengan pengajaran saya.
Saya berasa sangat berterima kasih kerana Puan Yee percaya kepada saya dan
memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan kelas tersebut. Saya akan
mengekalkan kelebihan dan membetulkan kesilapan untuk menjadi diri saya
sendiri lebih maju dan lebih baik melalui praktikum ini.
MINGGU 4 ( 21 April 2014 hingga 25 April 2014)
LAPORAN AKTIVITI:
Pada minggu keempat, hari Selasa bersamaan 22 April 2014, saya telah
menghadiri diri ke SJK(C) Perting di kelas 1M pada pukul 4.30 hingga 5.30
petang. Pada hari itu, oleh sebab Puan Yee menghadiri kursus, jadi sayalah
yang ditanggungjawabkan untuk mengganti kedudukan beliau untuk mengajar
dan menerangkan teori Bulan Sabit Merah Malaysia. Antara teori yang saya
sampaikan pada hari tersebut ialah perkara yang harus dititikberatkan oleh ahli
Bulan Sabit Merah Malaysia. Selepas habis mengajar, saya telah mengadakan
sesi soal jawab tentang topik itu. Jika mereka dapat menjawab soalan dengan
betul, saya akan memberi ganjaran kepada mereka. Kemudian, saya membawa
murid-murid ke padang untuk permainan berlari. Hal ini sebagai ganjaran bagi
murid-murid kerana murid-murid telah berjaya mengingat pelajaran yang telah
dipelajari oleh mereka pada hari tersebut. Murid-murid berasa sangat seronok
kerana bukan sahaja boleh belajar teori-teori Bulan Sabit Merah Malaysia, maka
boleh keluar untuk bermain.

PENILAIAN:
Secara keseluruhannya, murid-murid telah memberi perhatian semasa
saya menjelaskan teori bagi perkara yang harus dititikberatkan oleh ahli Bulan
Sabit Merah Malaysia. Hal ini kerana saya telah memberitahu bahawa jika sesi
soal jawab dijalankan dengan berjaya, murid-murid boleh keluar untuk
menenangkan diri untuk bermain. Pada hari tersebut, saya berasa sangat
gembira kerana dapat memberi pengetahuan dan menerapkan nilai keyakinan
serta keberanian dalam diri murid untuk cuba yang terbaik dalam menjawab
soalan-soalan yang ditanya oleh guru. Murid-murid juga mendapat pengetahuan
yang baru iaitu perkara yang harus dititikberatkan oleh ahli Bulan Sabit Merah
Malaysia. Saya berasa seronok kerana dapat menyampaikan ilmu dan bermain
bersama-sama dengan murid-murid.
REFLEKSI:
Melalui aktiviti unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah
dijalankan pada hari Selasa bersamaan 22 April 2014, saya mendapati bahawa
terdapat beberapa perkara yang boleh dikekalkan dan juga diperbaikikan. Suara
saya tetap beertenaga dan jelas semasa memberi penerangan dalam teori-teori
Bulan Sabit Merah. Saya telah menyesuaikan diri dan mengetahui mereka suka
dengan penerangan yang lebih menarik seperti menerapkan jenaka. Oleh itu,
semasa saya memberi penjelasan tentang perkara yang harus dititikberatkan
oleh ahli Bulan Sabit Merah Malaysia, saya telah memberi contoh yang kelakar
dan menyebabkan murid-murid berasa gembira dan lebih mengingatinya. Melalui
sesi soal jawab, telah dibuktikan bahawa cara mengajar saya itu adalah sesuai
dan berkesan.
Kelemahan yang saya dapati ialah apabila saya menerangkan teori
tentang perkara yang harus dititikberatkan oleh ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
saya terburu-buru untuk memulakan pengajaran dan menyebabkan murid tercicir
dalam sesetengah penjelasan saya. Mereka asyik meminta saya untuk berulang
menjelaskan teori tersebut. Di sini boleh membuktikan bahawa mereka belum
lagi membuat persediaan untuk belajar. Berdasarkan kelemahan yang saya
dapati, sepatutnya saya harus menarik perhatian mereka dahulu dan
memberikan masa untuk mereka mengambil peralatan tulis dan membuat
persediaan untuk belajar. Begitu juga, saya harus memastikan semua murid
sudahpun bersedia untuk menuntut ilmu yang baru. Saya harus memastikan
mereka telah menumpukan perhatian kepada saya dahulu sebelum saya
memberikan arahan dan penjelasan.
Secara kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran masih dijalankan
dengan lancar kerana kebanyakan murid boleh mendengar arahan dan peka
dengan pengajaran saya. Saya berasa sangat berterima kasih kerana Puan Yee
percaya kepada saya dan memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan
kelas tersebut. Saya akan mengekalkan kelebihan dan membetulkan kesilapan
untuk menjadi diri saya sendiri lebih maju dan lebih baik melalui praktikum ini.

You might also like