4 Penulisan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Hadi Syahmi bin Hamzah

911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 1

1.0 Pengenalan Stilistik.
Stilistik berasal daripada perkataan style iaitu Bahasa Inggeris yang membawa
maksud gaya dan daripada bahasa serapan, linguistik yang bermakna
tatabahasa.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga stilistik merupakan kajian penggunaan
gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan yang berkaitan dengan stail atau
gaya, terutamanya gaya bahasa.Manakala menurut Pendita Bahasa Zaba yang
merupakan tokoh bahasa dan pemikir Melayu, stilistik merupakan teknik penggunan
gaya bahasa secara berkesan di dalam sesuatu penulisan.Menurut tokoh bahasa
eropah pula iaitu Bally, Jacobson,Leech,Widdowson,Levin,Chatman,Dalan dan lain-lain
stilistik sebagai suatu deskripsi linguistik daripada bahasa yang digunakan di dalam
teks sastra.
Apa yang dapat disimpulkan, stilistik ialah satu kajian stail yang melibatkan
bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan.Ia juga meliputi kajian mengenai teknik
pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan
yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk
mendapatkan kefahaman sebenar tentang teks kesusasteraan.Selain itu, ia merupakan
satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri linguistik yang berbeza yang berlaku di dalam
kalangan kelompok social.Kelompok sosial itu pula dibezakan oleh bidang pekerjaan
atau perbezaan kelas di dalam sesuatu masyarakat.
Stilistik merujuk kepada kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti
dengan menggunakan kaedah linguistik.Kaedah ini telah banyak dipakai.Di samping
itu,ia juga merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa
sastera.Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik.Variasi
linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks
situasi.Tambahan pula, stilistik mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin
sosiolinguistik dan dialektologi.


Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 2

2.0 Ciri-ciri Stilistik.
Stilistik boleh dibahagi kepada dua ciri utama. Pertama, ialah kajian tentang
kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan, perbandingan,
pertautan, pertentangan, peribahasa, sindiran dan gaya retorik.Ciri yang kedua ialah
pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti
fonologi, morfologi,sintaksis dan semantik.
Manakala Pengkajian bahasa stilistik secara umumnya boleh dibahagi kepada
lima bahagian. Pertama ialah gaya bahasa perbandingan seperti mejan,
metafora,personifikasi,pleonasme dan simile. Kedua ialah gaya bahasa pertautan
Contohnya ialah sinekdok,eufemisme,epitet,antonomasia,eponim, metonimia dan alusi.
Ketiga ialah gaya bahasa penyirnaan. Contohnya ialah sinkof,afesis,akronim,apokop,
elipsis dan aferisis. Seterusnya ialah gaya bahasa pengulangan atau repetisi.
Antaranya ialah asonansi.aliterasi,anafora dan epifora. Kelima ialah gaya bahasa
pertentangan iaitu hiperbola inversi dan paradoks.











kajian tentang
kelainan bahasa
yang mengandungi
bentuk gaya bahasa
pemakaian bahasa
yang termasuk segala
yang tercakup dalam
linguistik
Ciri-ciri
Stilistik
Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 3

3.0 Stilistik di dalam Bahasa.
Walaupun stilistik, sebagai satu displin ilmiah yang agak baru, namun pemikiran
tentang gaya atau stail sudah lama timbul.Pemakaian bahasa mempunyai pelbagai
jenis kegunaan tertentu, seperti untuk menghuraikan ilmu pengetahuan, digunakan
dalam ilmu pengetahuan, bidang penulisan, berhujah serta berkonunikasi dan
pemakaian dalam konteks tidak rasmi.Apa yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi
tetapi bagaimana caranya ia dilafazkan dan ditulis.Variasi stilistik dalam penggunaan
bahasa melayu dapat dilihat daripada beberapa dimensi berikut:






Seperti yang dinyatakan diatas, variasi stilistik merupakan gaya yang digunakan
oleh pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks
masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek perbualan
antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu mengeluarkan buah
fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan anggapan seseorang atau
pendengar terhadap seseorang penutur.
Aspek komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya
penyampaian bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu,
penggunaan bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa
Individu (bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri
atau bahasa sehari-hari)
Dialek(bahasa yang dituturkan mengikut daerah
geografi atau kedudukan sosial)
Masa (ketika/zaman yang dituturkan)
Wacana Media(dituturkan,ditulis,direkod melalui
tayangan gambar dan sebagainya).
Fitur tetap stilistik
Laras (bahasa undang-
undang,sains,perubatan,ekonomi,politik dan
sebagainya)
status (slanga,jargon,lemah-lembut,diraja dan
sebagainya)
bahasa pergaulan rasmi
gaya bahasa rasmi
Fitur sementara stilistik
Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 4

statusnya dan latar belakang sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi
rendah nada atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan
kedudukankastanya, darjatnya, mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga,
jargon dan sebagainya, berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi (Alias dan
AbdullahYusof, 2007: 25)

4.0 Bahasa Perbandingan.
Menurut Kamus Dewan,bahasa boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem lambang
bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam sesuatu kelompok
manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa perbandingan merupakan satu
bentuk atau pun gaya bahasa yang sering digunakan di dalam penulisan mahu pun
pertuturan kita seharian.
Bahasa perbandingan digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias.Ia
secara tidak langsung akan dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin
disampaikan.Selain itu, bahasa perbandingan dapat menyamakan sesuatu benda
dengan keadaan atau peristiwa yang lain.
Terdapat beberapa contoh bahasa yang menunjukkan perbandingan yang sering
digunakan di dalam sesebuah penulisan karya. Antaranya ialah seperti berikut:
a) Simile.
Perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan.Pengunaan kata seperti, ibarat, bak,
bagaikan, umpama, laksana, dan serupa.
Contohnya:
(a) Seperti seekor rerama terbang
(b) Ibarat api yang hidup segan mati tak mahu
(c) Bagaikan mahu terkeluar biji matanya

Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 5

b) Personafikasi
Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak
bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Gaya bahasa personafikasi ialah bahasa kiasan
yang menggambarkan benda-benda mati atau barang-barang yang tidak bernyawa
seolah-olah memiliki sifat kemanusiaan. Contohnya adalah seperti berikut:
i. Hati ini selalu memberontak
ii. Guruh dan langit sedang berteriakan
iii. Subuh telah mengundur diri
iv. Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra.
c) Metafora
Gaya bahasa metafora adalah perbandingan secara langsung, iaitu ia memberi sifat
sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Terdapat dua jenis metafora, iatiu seperti
berikut:
(i) Metafora yang tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti
bagaikan,laksana,bak, dan bagai.Contohnya:
Abang benar-benar harimau di dalam rumah
Hari ini bapa menjadi singa
(ii) Metafora yang menggabungkan unsure konkrit dan abstrak. Contohnya:
Roda kehidupan
Manik-manik peluh
Gunung harapan
d) Eufemisme
Eufemisme adalah bahasa yang digunakan untuk tujuan memperhaluskan kata atau
ucapan. Ia juga disebut sebagai ucapan atau ungkapan lembut.
Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 6

Contohnya:
perkataan bunting lebih indah digantikan dengan berbadan dua.
perkataan kencing lebih indah digantikan dengan pergi membuang air kecil.

e) Alegori
Alegori adalah cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakanuntuk
pendidikan. Kebanyakan gaya bahasa ini digunakan di dalam penceritaan yang
mewakilkan watak binatang sebagai objek.
Sebagai contohnya, di dalam cerita kanak-kanak:
watak singa selalu digunakans ebagai seorang raja.
sang kancil yang selalu digunakan untuk melambangkan seseorang yang
bijaksana.
f) Antilesis
Gaya bahasa ini adalah bahasa yang membandingkan dua perkara yang berlainan di
dalam masa yang sama. Setiap ayat yang dibina mesti terdiri daripada dua frasa ayat
yang mempunyai makna yang bertentangan. Gaya bahasa ini banyak digunakan di
dalam sesebuah penulisan karya sastera mahu pun di dalam perbualan seharian.
Antara contohnya ialah:
i. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
ii. Segala kebaikan yang dilakukan oleh ibunya telah dibalas dengan kejahatan
yang menyakitka.




Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 7

5.0 Kemampuan Stilistik dalam Memantapkan Bahasa Melayu.
Salah satu kemampuan stilistik di dalam bahasa ialah pendedahan kepada
kepelbagaian gaya bahasa. Gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa seperti yang
ingin dinyatakan penulisannya, sehingga menimbulkan kesan tertentu kepada
pembacanya.
Gaya dapat dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa pengulangan,
gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa pertautan dan gaya bahasa pertentangan
.Berdasarkan gaya bahasa yang digunakan, seseorang pengarang karya tidak perlu
bergantung kepada aspek tatabahasa sahaja. Beliau boleh menggunakan gaya bahasa
sebagai panduan dalam membentuk atau menghasilkan sesuatu karya yang lebih
kreatif dan dapat memberi kesan kepada pembaca.Gaya bahasa yang digunakan di
dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sebuah karya
oleh pengarang merupakan usaha untuk melengkapkan tema dan persoalan dan
sebagainya di dalam karya yang dihasilkan.
Seterusnya, stilistik dianggap sebagai cara mengetengahkan unsur keindahan.
Menerusi stilistik, kita dapat menilai keindahan di dalam sastera. Stilistik merupakan
gaya yang dapat menampilkan nilai keindahan melalui cara menyusun dan
menggambarkan sesuatu secara tepat dan mendalam . Nilai yang dimaksudkan ialah
objek atau pengalaman yang dapat memberikan kepuasan terhadap
minat,penghayatan atau kemahuan seseorang. Selain itu, gaya atau stilistik mampu
membentuk atau menggambarkan emosi, contohnya melalui puisi. Menurut Aminuddin
(1995: 35) mengatakan stilistik atau stail sebagai bentuk pengungkapan sesuatu
bahasa sesuai dengan emosi dan sesuatu yang ingin disampaikan oleh pengarang
secara tidak langsung.
Selain itu, melalui stilistik kita dapat membezakan penggunaan ayat antara
penggunaan tatabahasa dengan betul dengan penggunaan gaya bahasa.Tatabahasa
atau nahu, merupakan peraturan bagi menggunakan golongan atau komponen kata
Bahasa Melayu dengan betul, yang meliputi kata nama, kata kerja, kata sifat, kata ganti
Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 8

nama, kata hadapan, katahubung, kata seru, kata bantu, kata nafi, kata darjat
(perbandingan) dan praktikel.
Menerusi stilistik juga kita dapat menggunakan gaya bahasa atau ayat
dengan baik serta dapat menguasainya. Melalui cara ini, sesuatu karya akan lebih
indah dan kreatif. Menurut Umar Junus (1986:129), unsur gaya merupakan unsur yang
mempunyai hubungan erat dengan ke kreatifan, cara pengucapan dan ideologi.Ketiga-
tiga perkara tersebut dapat disalurkan melalui gaya dan gaya dipelajari melalui bidang
stilistik.
Yang terakhir sekali , menurut Umar Junus (1989:75) menerusi stilistik kita
dapat mengenal pasti aspek penggunaan wacana .Wacana boleh ditampilkan melalui
beberapa cara iaitu secara lisan, puisi dan prosa. Cara penulisan pengarang juga
dikatakan sebagai satu unsur gaya yang memberikan makna dan interpretasi serta
kesan melalui stilistik ini.













pendedahan kepada
kepelbagaian gaya bahasa
seseorang pengarang karya
tidak perlu bergantung
kepada aspek tatabahasa
sahaja
dapat menggunakan gaya
bahasa atau ayat
dengan baik
dapat mengenal pasti aspek
penggunaan wacana
dapat membezakan
penggunaan ayat antara
penggunaan tatabahasa
dengan betul dengan
penggunaan gaya bahasa
stilistik dianggap sebagai
cara mengetengahkan
unsur keindahan
Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 9

6.0 Refleksi tentang Fungsi Stilistik dalam Memantapkan Bahasa Melayu.
Refleksi yang boleh saya buat berdasarkan fungsi stilistik ini melalui pemerhatian
dan pembacaan saya, terdapat pelbagai fungsi stilistik dalam memantapkan bahasa
melayu serta ia mempunyai keberkesanan ia dalam bahasa melayu berdasarkan
fungsi-fungsi yang dinyatakan dibawah.
Sebagai permualaannya, stilitik mempunyai banyak fungsi. Antaranya,
digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias. Maka, secara tidak langsung ia
akan dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin disampaikan. Ini sesuai
denganmasyarakat kita yang tidak suka untuk berterus-terang.
Di samping itu, ia digunakan untuk menyamakan sesuatu benda dengan
keadaan atau peristiwa yang lain. Seperti contoh, unsur metafora digunakan
untukmembandingkan sesuatu benda dengan keadaan atau pun peristiwa yang lain
dengan menyatukan sesuatu perkataan yang maujud dengan keadaan yang abstrak.
Secara tidak langsung, pembaca akan tahu maksud perkataan tersebut dengan melihat
unsur yang telah digabungkan.
Seterusnya, stilistik juga mempunyai fungsi yang tersendiri, terutama didalam
sesebuah penulisan prosa tradisional. Ia digunakan untuk menerangkan sesuatu
maksud perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di dalam gaya bahasa eufemisme,
perkataan seperti bunting boleh digantikan dengan ayatseseorang yang telah
mengandung. Secara tidak langsung, perkataan tersebut akan menjadi lebih gramatis
dan sedap untuk dibaca .
Selain itu, stilistik adalah bertujuan sebagai penggambaran atau pelukisan watak
dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang sesuatu akibat daripada perbuatan
yang tidak baik. Seperti contoh, bahasa perbandingan bagaikan harimau kehilangan
belangnya boleh membawa maksud seseorang yang berkuasa dalam sesuatu hal,
tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada tindakannya yang tidak baik.


Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 10


Tambahan pula stilitik terdiri daripada unsur gaya bahasa yang membandingkan
sesuatu perkara yang mempunyai pertalian yang sama dan berbeza. Gaya bahasa ini
amat penting dalam membentuk ayat yang gramatis di dalam penulisan sesebuah
karya.
Di samping itu, ia juga digunakan di dalam kehidupan kita seharian. Tanpa
kewujudan aspek gaya bahasa ini, maka sesebuah penulisan itu tidak akan menarik
para pembaca menghayati secara efektif sesebuah karya yang dibaca. Penulis amat
berharap agar para pembaca dapat membezakan dan lebih memahami aspek penting
di dalam bahasa perbandingan demi kesejahteraan bahasa Melayu yang kita sayangi.













Hadi Syahmi bin Hamzah
911103-02-5647
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 11

7.0 Penutup.
Kesimpulannya, stilistik merupakan gaya atau stail yang memang tidak dapat
dipisahkan dengan sesuatu karya yang mempunyai hubungan rapat dengan konteks
teks dan konteks situasi.
Stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan gaya,sama ada di dalam
bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang masih baru, di dalam tradisi
ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah berupaya meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di
dalam hubungan sosialisasi, seseorang perlu menentukan stail pengucapannya.
Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk ilmiah
ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan
sesebuah makna.
Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan
seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu,maka
penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan
geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar,kedudukan status
mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah
loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu
disampaikan.
Jelaslah bahawa pelbagai pendapat berkaitan dengan stilistik.
Namun, berdasarkan pendapat sendiri, stilistik mempunyai kepentingan dan fungsi
yang tersendiri di dalam bahasa, khususnya sastera. Antaranya termasuk mewujudkan
unsur estetik di dalam sesebuah karya, dapat mempelbagaikan gaya bahasa dan lain-
lain seperti yang telah dibincangkan. Walau bagaimanapun, stilistik masih dipertikaikan
dari segi penggunaan gaya yang kadangkala dikatakan melanggar hukum tatabahasa.
Oleh itu, keberkesanan stilistik di dalam bahasa harus dilihat daripada kesan
penggunaannya dan kelemahan penggunaannya di dalam bahasa. Kesemuanya dapat
dinilai berdasarkan pandangan pengkaji bahasa dan penilai sesuatu karya itu
sendiri.Namun yang pastinya, stilistik bukan hanya terbatas kepada persoalan bahasa
di dalam karya sastera, malah stilistik juga boleh dilihat di luar hubungan sastera.

You might also like