Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.

1. Sambil berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.




2. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke semasa.
3. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang
memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan beredar mengelilingi
Bumi.
4. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.
5. Fasa Bulan terdiri daripada:
Anak bulan
Bulan sabit
Bulan separa
Bulan purnama / penuh
6. Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama ialah 29 hari.








Fasa-fasa Bulan
Fasa-fasa Bulan
Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi.
Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan
bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika
gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan
mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap
"Arial", "sans-serif"; font-size: 12pt; line-height: 150%; mso-ansi-language: EN-US;">









Fasa fasa bulan disebabkan peredaran Bulan mengelilingi Matahari dan cahaya Matahari yang jatuh ke
permukaannya merupakan fasa yang kita dapat lihat. Kita cuma melihat sebahagian sahaja permukaan
Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi


Gambar rajah : contoh fasa-fasa bulan dalam sebulan pada bulan May 2009.

Empat fasa bulan utama

Anak bulan/bulan sabit


Anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam
gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris
atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada
cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan
melalui mata kasar.
Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan
dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu
terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan
dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk
mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu
apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan,
dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.
Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam
kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha.
Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap
Bulan purnama

Bulan purnama adalah salah satu fasa bulan di mana bulan terletak di belakang bumiditinjau dari
matahari.
Karena satu siklus bulan lamanya 29.5 hari, maka bulan purnama biasanya terjadi di antara hari ke-14
dan 15 dalam kalender lunar.
Bulan separa






Pengenalan

Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya
mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik,
maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-
ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi
dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Ia tidak disebabkan oleh bayang-bayang
atauumbra bumi yang jatuh ke atas permukaan bulan (keadaan ini hanya berlaku
semasa gerhana bulan).



Rajah di atas menunjukkan peredaran bulan mengelilingi bumi.

Bentuk dan nama fasa bulan

Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon),
Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan
Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama
Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning
Crescent).


Rajah di atas menunjukkan bentuk dan nama fasa-fasa bulan.


Anak Bulan/Bulan Baru - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang
bergerak dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari iaitu berada
sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada ketika ini,
bahagian permukaan bulan yang gelap (yang tidak disinari cahaya matahari) akan
menghadap ke arah bumi. Oleh itu, bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
Bulan Sabit Baru & Lama - sebahagian kecil (1% - 49%) sahaja permukaan bulan yang
disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Separa Pertama & Akhir - separuh (50%) daripada bahagian permukaan bulan
yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Purnama Baru & Lama - lebih separuh (55% - 99%) daripada bahagian
permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Purnama/Penuh - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di
sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini, seluruh
permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan
bulat.

You might also like