Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 1

BAB 1
PROFIL SEKOLAH
1.0 SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Chengal telah mula dibina sejak pertengahan
tahun 2003 dan telah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2005. Ianya terletak kira-kira
1.5 km dari jalan Kuala Krai Kota Bharu dan lebih kurang 14 km dari Bandar Kota Bharu.
Nama Sekolah Menengah Kampong Chengal (SMKKC) adalah nama yang telah diambil
sempena kampong letaknya sekolah ini iaitu Kampong Chengal. Kampung ini dinamakan
sempena dengan pokok chengal iaitu sejenis pokok kayu keras yang terkenal kukuh dan
digunakan dalam pembinaan rumah.
SMKKC adalah sebuah sekolah separa kawalan yang telah mula beroperasi pada 1
Januari 2006. Pada tahun pertama beroperasi, seramai 277 orang pelajar telah mendaftar di
sekolah ini. Pada tahun tersebut sebanyak 10 buah kelas dibuka iaitu tujuh kelas Tingkatan
1(terdiri dari 4 Kelas Rancangan Khas (KRK) dan 3 kelas saluran), dua kelas Tingkatan 2 dan
satu kelas Tingkatan 4 Sains. Pelajar-pelajar yang memasuki kelas KRK adalah mereka yang
mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B datang dari sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu.
Manakala pelajar yang berada di kelas saluran merupakan pelajarr-pelajar dari dua buah
sekolah berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal dan Sekolah Kebangsaan
Raja Abdullah.
Pelajar-pelajar Tingkatan 2 pula merupakan pelajar-pelajar yang bersekolah di SMK
Kadok tetapi tinggal di Kampong Chengal dan kampung-kampung berhampiran. Pelajar di
kelas 4 Sains pula merupakan pelajar-pelajar lepasan PMR dari sekolah-sekolah sekitar Kota
Bharu.
Pada tahun 2006, SMKKC ditadbir oleh Pengetua perintis iaitu Pn. Hjh. Faridah bt Che
Hussin dengan dibantu oleh barisan Penolong Kanan yang terdiri dari Pn. Hjh. Maizan bt
Mohd Nor (Penolong Kanan Pentadbiran), Tn. Hj Mat Harun bin Ab Rahman (Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid), dan En. Achmy bin Awang (Penolong Kanan Ko kurikulum).
Seramai 22 orang guru ditempatkan di sekolah ini sebagai guru perintis.

MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 2

Pada tahun kedua iaitu 2007, seramai 14 orang guru telah melaporkan diri di SMKKC
menjadikan jumlah guru seramai 39 orang dan jumlah kelas pula bertambah kepada 18 buah
kelas iaitu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bilangan pelajar pula , bertambah kepada
400 orang dan pada tahun ketiga iaitu tahun 2008, SMKKC mempunyai 500 orang pelajar
dan 57 orang guru. Mulai tahun 2008 sebanyak 35 kelas telah dibuka dengan bilangan guru
yang mencecah kepada 70 orang.
Sejak mula beroperasi pada 1 Januari 2006 sehingga kini SMKKC menjadi sebuah
sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa dimana ramai pelajar yang datang dari kawasan-
kawasan lain datang untuk belajar di sekolah ini.
Sejak sekolah ini dibuka seramai 3 orang Pengetua telah bertukar ganti iaitu:

1. Pn. Hjh. Faridah bt Che Hussin 1 Januari 2006 hingga 1 Julai 2008
2. Pn. Siti Meriam bt Mohamed 1 September 2008 hingga 28 Februari 2009
3. Tn. Hj. Sudin bin Harun 1 Mac 2009 - Sekarang.


Foto 1: Pengetua SMK Kampong Chengal: Tuan Haji Sudin bin Harun


MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 3

1.1 VISI DAN MISI DAN MOTO


VISI
Memberi pendidikan berkualiti dan berkesan bagi melahirkan modal insan yang
berketrampilan.

MISI
Menjadi sebuah sekolah harian luar Bandar tersohor dalam PPD Kota Bharu
menjelang 2015

MOTTO

KOMPREHENSIF, INTEGRITI, INTELEKTUALITI

1.2 FALSAFAH DAN NILAI

Jujur
Menepati Masa
Akauntabiliti
Amanah
Profesionalisme
Berintegriti
Hormat Menghormati
Rajin
Baik Hati
Rasional
Bekerjasama
Kebersihan Mental dan Fizikal
Berdikari
Berani
Adil
Bersyukur





MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 4

1.3 PIAGAM PELANGGAN


MURID:
Memastikan kebajikan dan
keselamatan semua murid
diutamakan.
Memastikan semua murid
mendapat pengajaran dan
pembelajaran mengikut jadual
waktu yang ditetapkan.
Memastikan semua kerja murid
disemak secara berkala dalam
tempoh yang ditetapkan.
Memastikan semua murid
mendapat ilmu pengetahuan
secara adil dan saksama.
Memastikan murid-murid
mendapat bimbingan dan
penerapan nilai-nilai Islam dan
nilai-nilai murni

GURU DAN STAF:
Memastikan pengagihan waktu
mengajar yang seimbang
mengikut opsyen dan keperluan
semasa.
Memastikan setiap guru dan
staf mendapat peluang latihan
untuk meningkatkan kemahiran
sekurang-kurangnya 7 hari
setahun.
Memastikan guru dan staf
sokongan yang baharu bertugas
menerima gaji dalam tempoh
tiga bulan.
Memastikan agihan tugas diberi
secara adil dan seimbang.

IBU BAPA & KOMUNITI:
Memastikan ibu bapa dan
pihak yang berurusan dengan
kami dilayan dengan mesra,
cepat dan memuaskan hati.
Memastikan segala aduan dari
ibu bapa/penjaga akan
mendapat perhatian dan
tindakan segera dalam masa 7
hari bekerja.
Memastikan slip peperiksaan
murid diberi tiga minggu
selepas peperiksaan.
Memastikan hubungan yang
mesra dengan masyarakat
sekitar.


STAKEHOLDER
Memastikan laporan dihantar
ke Kementerian, JPN dan PPD
sebelum atau mengikut masa
yang ditetapkan.
Memastikan segala urusan
surat- menyurat dengan
Kementerian, JPN dan PPD
berbalas dalam masa 7 hari.
Memastikan tindakan yang
segera terhadap segala arahan
Kementerian, JPN dan PPD.









MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 5

1.4 STRUKTUR ORGANISASI SMK KAMPONG CHENGAL
























PENGETUA
Tn. Hj. Sudin b Harun
DG 52

PENTADBIRAN AM
PENGETUA
Tn. Hj. Sudin b Harun

PK PENTADBIRAN
r
PK HAL EHWAL MURID
d
mmmm



pp

PK KOKURIKULUM

GURU-GURU KANAN
KURIKULUM

KEWANGAN

PEPERIKSAAN

STAF GURU

STAF SOKONGAN

PSS

JADUAL WAKTU

PENGURUSAN ASET SEKOLAH

SEKOLAH
PENGAWAS / KETUA TINGKATAN

BIASISWA / KEBAJIKAN

MAJALAH

BINA INSAN

ASRAMA

KECERIAAN

KESELAMATAN

KESIHATAN

KANTIN

BUKU TEKS

PENDAFTARAN

KAUNSELOR

GURU DATA


PERSATUAN &
KELAB

BADAN BERUNIFORM

KO-AKADEMIK

SUKAN & PERMAINAN

KOPERASI

PERABOT

MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 6

1.5 BENDERA SEKOLAH





Ciptaan : En. Mohd Noor

1.6 LENCANA SEKOLAH


Rahal dan Al- Quran
Melambangkan agama menjadi asas kehidupan insan
Struktur Atom
Melambangkan kepentingan sains dan teknologi masa kini.
Dunia
Melambangkan ICT merupakan satu keperluan sejagat.
Pokok Chengal
Melambangkan kekuatan dan keteguhan yang tidak boleh
digugat
Warna Merah
Bersemangat waja
Warna Biru
Perpaduan berbilang kaum di Malaysia
Warna Putih
Kesucian, keluhuran dan keimanan
Warna Kuning
Ketuanan Melayu
MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 7

1.7 LAGU SEKOLAH

SEGAGAH CHENGAL
Sederap dan selangkah
SMK Kampong Chengal gagah
Setiap cabaran diredah
Tanpa menyerah kalah

Komprehensif intelektual integriti
Pemacu cita- cita kami
Komitmen keyakinan berdikari
Pembelajaran bestari

Chorus
Syukuri nikmatmu Tuhan
Jasa guru budiman
Cemerlang gemilang terbilang
Wawasan pembangunan

Segagah cengal kamilah juara
Sekuat cengal kamilah perwira
Seutuh tekad yang membara
Seharum namamu di persada.

SMK Kampong Chengal gemilang
Ciptaan :
Tn Hj. Yasin Awang



MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 8

1.8 PELAN LOKASI
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Chengal terletak kira-kira 1.5 km dari Jalan
Kuala Krai Kota Bharu dan lebih kurang 18 km dari bandar Kota Bharu. Pekan yang
paling dekat ialah Pekan Ketereh. Sekolah ini juga boleh dihubungi melalui jalan
kampung ke Jalan Kota Bharu Pasir Puteh Jerteh.


Peta Lokasi SMK Kampong Chengal












MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 9

1.9 KEMUDAHAN FIZIKAL
SMK Kampong Chengal mempunyai rekabentuk bangunan yang tersendiri dan agak
berlainan daripada reka bentuk sekolah-sekolah lain di Kelantan.Terdapat 5 blok bangunan
yang bersambung di antara satu sama lain iaitu blok pentadbiran yang mengandungi pejabat,
bilik-bilik pentadbir, bilik guru, pusat sumber, bilik cetak, bilik mesyuarat dan bilik
peperiksaan dan operasi PBS. Dua blok bangunan pula diperuntukkan untuk bilik-bilik darjah
iaitu 36 semuanya. Kedudukan bilik darjah yang strategik memudahkan pemantauan kerana
daripada bilik guru, pentadbir dapat memantau kesemua 35 kelas yang beroperasi. Dua blok
lagi menempatkan bilik-bilik khas seperti bilik masakan dan jahitan, bilik PSV, makmal
komputer, bilik SAL, makmal Sains,dan makmal KH.
SMK Kampong Chengal juga mempunyai sebuah dewan yang dapat memuatkan 1000
orang pada satu-satu masa. Banyak program anjuran JPN,PPD serta agensi kerajaan yang lain
telah menggunakan kemudahan di dewan yang diberi nama Dewan Chengal Perdana. Selain
daripada itu terdapat dua blok asrama yang dapat menempatkan 250 orang pelajar iaitu 125
pelajar perempuan dan 125 pelajar lagi. Ianya turut dilengkapi dengan satu dewan makan,
satu gelanggang serbaguna dan 2 unit rumah warden. Kemudahan asrama ini dapat memberi
peluang kepada pelajar-pelajar yang datang dari sekitar daerah Kota Bharu untuk belajar di
sekolah ini. Kedudukan sekolah yang terletak lebih kurang 1.4 km dari jalan besar agak
menyukarkan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah kerana tiada kemudahan pengangkutan
awam.
Kemudahan lain yang boleh didapati di SMKKC ialah tiga blok bangunan yang
mengandungi 24 unit kuarters guru yang dihuni oleh guru-guru serta kakitangan SMKKC
serta guru-guru dari sekolah sekitar dan juga kakitangan PPD Kota Bharu.
Sebuah padang bola serta gelanggang bola tampar juga disediakan selain daripada
gelanggang badminton yang terdapat dalam Dewan Chengal Perdana.Padang bola sepak ini
turut digunakan oleh Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal untuk acara kejohonan sukan
tahunan. Selain daripada itu ianya juga digunakan untuk aktiviti masyarakat setempat. Semua
kemudahan fizikal sekolah ini dapat dirujuk pada pada Lampiran 1



MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 10

1.10 PIBG
Pada awal penubuhan SMKKC, satu jawatankuasa penaja PIBG dibentuk. Jawatankuasa
penaja ini diterajui oleh seorang pesara guru yang merupakan anak tempatan iaitu Tn. Hj
Khalid bin Mat Diah. AJK penaja telah melaksanakan beberapa program sebelum sekolah
mula beroperasi pada 1 Januari 2006. Antaranya mengadakan gotong-royong bagi
membersihkan kawasan sekolah yang baru selesai pembinaannya dan mengadakan solat hajat
sebelum sekolah dibuka. Mesyuarat Agung pertama yang diadakan pada tahun
2006, telah memilih Yang Dipertua PIBG yang baru iaitu Tuan Hj. Mohamad bin Jusoh.
Beliau merupakan bekas guru dan tokoh agama serta aktivis masyarakat. Beliau menerajui
PIBG SMKKC sejak tahun 2006 sehingga kini. Penaung kepada PIBG SMK Kampong
Chengal pula ialah YB Tan sri DatoPanglima Hj Annuar bin Hj Musa yang kini merupakan
Ahli Parlimen Ketereh.
Jawatankuasa PIBG SMK Kampong Chengal telah memainkan peranan yang cukup
penting dalam memajukan sekolah ini baik dari segi akademik, sahsiah pelajar serta
kokurikulum. Program kecemerlangan akademik seperti tuisyen malam adalah anjuran
bersama Unit Kecemerlangan Akademik Asrama dan PIBG. Begitu juga dari segi
pembentukkan sahsiah pelajar. Satu program mendekati masjid diadakan dengan kerjasama
PIBG di mana lebih kurang 20 orang pelajar lelaki dibawa ke beberapa masjid dan madrasah
di sekitar sekolah untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Pelajar dapat solat berjemaah,
mengikuti tazkirah serta bergotong royong membersihkan masjid. Dalam program ini YDP
PIBG sendiri menjadi teraju utama dimana beliau mengimamkan sembahyang dan
menyampaikan tazkirah. PIBG juga memberi sumbangan kewangan dalam menjayakan
program-program yang dianjurkan oleh sekolah.
Ahli jawatankuasa PIBG juga terdiri daripada ibu bapa yang mewakili kampung-
kampung berhampiran. Dengan ini segala maklumat daripada sekolah dapat disampaikan
secara terus kepada para Ibu bapa dan ini akan mewujudkan hubungan yang baik antara
sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.



MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 11

1.11 ENROLMEN MURID
SMK Kampong Chengal merupakan sekolah separa kawalan PPD. Ini bermaksud
pengambilan murid terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelajar untuk Kelas Rancangan Khas
di mana murid yang mempunyai keputusan minimum UPSR 3A dan 2B layak memohon
secara online sebaik sahaja keputusan UPSR dikeluarkan. Keputusan permohonan akan
dikeluarkan seminggu sebelum sesi persekolahan tahun berikutnya. Surat tawaran akan
dikeluarkan oleh PPD. Pengambilan murid bergantung kepada tempat yang disediakan iaitu
lebih kurang 140 murid untuk setiap sesi kemasukan. Manakala 3 kelas lagi diperuntukkan
kepada murid-murid dari dua sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Raja Abdullah
dan Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal. Senarai enrolmen murid bagi tahun 2013
mengikut Tingkatan dan jantina dapat dilihat dalam Jadual 1 di bawah:

BIL TINGKATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1 1 94 72 166
2 2 122 81 203
3 3 101 91 192
4 4 75 87 162
5 5 82 85 167
JUMLAH 890

Jadual 1: Enrolmen Murid
















MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 12



1.12 GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN
a) Staf Akademik
GRED
JANTINA
JUMLAH
LELAKI PEREMPUAN
DG 52 1 1
DG 48 9 13 21
DG 44 14 23 37
DG 41 03 12 15
DGA 32 01 01 02
DGA 29 - - -
DC 41 - -
JUMLAH 28 47 75

Jadual 2 - Staf akademik


















MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 13

b) Staf Sokongan













Jadual 3: Staf Sokongan













BIL NAMA JAWATAN
JAWATAN YANG ADA
L P JUMLAH
1 Ketua Pembantu Tadbir - 1 1
2 Pembantu Tadbir - 2 2
3 Pembantu Tadbir Rendah -
4 Penyelia Asrama 1 1
4 Pembantu Makmal 1 2 3
5 Pembantu Makmal Rendah - - -
6 Pembantu Am Rendah(Makmal) - - -
7 Pembantu Am Pejabat 3 1 4
8 Pekerja Rendah Awam 1 - 1
JUMLAH 7 6 12
MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 14

1.13 PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN AKADEMIK
Menjadi antara sepuluh buah sekolah terbaik dalam pencapaian kelulusan
peperiksaan awam dalam PPD Kota Bharu menjelang 2015 merupakan Visi Unit
Kurikulum SMK Kampong Chengal. Sehingga tahun 2012 SMKKC telah meraih
banyak kejayaan baik di peringkat PPD maupun negeri. Pencapaian 3 tahun
kebelakangan iaitu dari tahun 2010 sehingga 2012 dapat dilihat dalam Jadual 4
di bawah:

BIL PEPERIKSAAN TAHUN PENCAPAIAN ANUGERAH
1 PMR 2010
81.55%
GPS
Sijil Penghargaan
dari PPD sepuluh
sekolah terbaik GPS
dan % kelulusan
semua MP
2 PMR 2010 Straight As 19
0rang 9.22%
Sijil Penghargaan
dari PPD di atas
Pencapaian Semua A
3 PMR 2010 Peningkatan
Straight As dari 2
orang pada tahun
2009 kepada 19
orang tahun 2010
Sijil Penghargaan
dari PPD di atas
Peningkatan
Pencapaian Semua A
4 PMR 2010 GPS cemerlang
Mata Pelajaran KH
1.84
Sijil Penghargaan
dari PPD Pencapaian
Cemerlang GPS
5 PMR 2011 3 Buah Sekolah
Kelulusan Terbaik
PMR QIT Ketereh
Sijil Penghargaan
dari PPD
6 PMR 2011 3 Buah Sekolah
Semua A Terbaik
PMR QIT Ketereh
Sijil Penghargaan
dari PPD
7 PMR 2011 Sepuluh Sekolah
Terbaik PPD
Sijil Penghargaan
dari PPD
8 SPM 2011 3 Buah Sekolah
GPS Terbaik SPM
QIT Ketereh
Sijil Penghargaan
dari PPD
9 SPM 2011 3 Buah Sekolah
Kelulusan Terbaik
SPM QIT Ketereh
Sijil Penghargaan
dari PPD
10 SPM 2011 GPS Terbaik Sijil Penghargaan
dari JPN
11 SPM 2011 Peratus Kelulusan
Terbaik
Sijil Penghargaan
dari JPN
12 PMR 2012 Sepuluh
sekolahGPS Terbaik
Sijil Penghargaan
dari PPD/JPN
13 PMR 2012 Sepuluh sekolah Sijil Penghargaan
MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 15

peratus lulus
Terbaik
dari PPD
14 PMR 2012 Peningkatan peratus
lulus Terbaik
Sijil Penghargaan
dari PPD/JPN
15 PMR 2012 Kelulusan 100%
MP KH1, KH2 dan
KH4
Sijil Penghargaan
dari PPD
16 PMR 2012 Kelulusan 100%MP
Sejarah
Sijil Penghargaan
dari PPD

Jadual 4: Pencapaian akademik dan anugerah yang diterima

1.14 PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN KOKURIKULUM

SMK Kampong Chengal telah menyertai kesemua kegiatan ko kurikulum
yang dianjurkan oleh QIT, PPD dan juga JPN dan KPM. Namun demikian
kejayaan yang amat menyerlah dicapai melalui sukan bola sepak. Pada tahun
2006 satu akademi bola sepak telah ditubuhkan di kenali sebagai Akademi Bola
Sepak Kijang Emas. Pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang berpotensi sebagai
pemain bola sepak ditempatkan di SMK Kampong Chengal. Mereka mengikuti
sesi pembelajaran seperti biasa dan menjalani sesi latihan di sebelah petang.
Pasukan ini dibimbing oleh seorang jurulatih yang dilantik oleh Unit Sukan
Jabatan Pelajaran Negeri yang merupakan guru penolong di SMK Kampong
Chengal. Beberapa orang pelajar dari pasukan ini telah berjaya melanjutkan
pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan ada di antara mereka yang terpilih
dalam skuad Harimau Muda C. Salah seorang daripada mereka telah bersama
dengan Skuad Harimau Malaya semasa menentang Palestin dalam perlawanan
amal yang diadakan pada awal tahun ini. Pada tahun 2012 dan 2013 Pasukan
Bola Sepak SMK Kampong Chengal telah Berjaya menempa nama di peringkat
kebangsaan. Antara pencapaian tertinggi pasukan ialah menjadi juara Sukan
Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) peringkat Kebangsaan pada tahun 2012
manakala pada tahun 2011 Pasukan Bola Sepak SMKKC telah Berjaya menjadi
naib johan Kejohanan Juara Sekolah 100 PLUS peringkat kebangsaan di Kangar
Perlis. Rekod pencapaian keseluruhan pasukan dan pemain sepanjang 2011, 2012
dan setakat bulan Mei 2013 ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah:



MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 16



1. Pencapaian Pasukan

BIl KEJOHANAN PERINGKAT
UMUR
PENCAPAIAN
1 Juara Sekolah 100
PLUS
18 Tahun Naib Johan Kebangsaan
2011
2 MSSK 14 Tahun Johan Negeri 2012
3 Sukan Prestasi Tinggi 14 Tahun Johan Kebangsaan 2012
4 Sukan Prestasi Tinggi 14 Tahun Johan Negeri 2012
5 Cawangan KB 3 15 Tahun Johan Cawangan 2012
6 MSSD Kota Bharu 15 Tahun Johan MSSD 2012
7 MSSK 15 Tahun Naib Johan MSSK 2012
9 MSSK 18 Tahun Johan MSSK 2012
10 ARMY KAFA 18 Tahun Naib Johan 2012
11 MSSK KB 3 15 Tahun Johan MSSK KB 3 2013
12 MUPC Zon Timur 15 Tahun Naib Johan 2013
13 MSSK KB 3 18 Tahun Johan Mssk KB 3 2013
14 MSSK Kota Bharu 18 Tahun Naib Johan MSSK KB
15 MSSK 18 Tahun Johan MSSK

Jadual 5: Pencapaian Pasukan Bola Sepak Sekolah

2. Pencapaian Individu Pemain Bola Sepak

BIL NAMA PEMAIN KEJOHANAN PENCAPAIAN
1 Wan Mohd Norhafizul
Azrin b. Wan Baharuddin
1. Mewakili
MSSM 2012
2. Kejohanan
Liga ARMY
KAFA





3. Pemilihan
Pasukan Belia
Kebangsaan
kelayakan
AFC
4. Mewakili
Kelantan
dalam
Kejohanan
Piala Belia.
Naib Johan
Kebangsaan
Naib Johan.
Terpilih sebagai
pemain terbaik
kejohanan dan
berpeluang ke
Manchester
United, England
pada April 2013.
Terpilih dalam
skuad 25 pemain.



Tempat ke tiga
kebangsaan.
2 Mohd Hariss b. Sani 1. Mewakili Naib Johan
MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 17

Kelantan ke
MSSM 2012
2. Kejohanan
Liga ARMY
KAFA
Kebangsaan

Naib Johan.
Terpilih sebagai
pertahanan
terbaik
kejohanan.
4 Mohd Amaruddin b. Azman 1. Mewakili
Kelantan ke
MSSM 2012
2. Pemilihan
Kejohanan
Japan-East
Asean
Football
Exchange di
Osaka.
3. Mewakili
Pasukan
Malaysia bwh
14 th dalam
Kejohanan
Jemputan
Malaysia di
SSMTI di
Johor.
4. Mewakili
Malaysia bwh
15 th
Kelayakan
AFC.

4

5

6

7

8
9
Muhammad Abriesyam
Muhammad Zakir
Muhammad Izuddin b.
Razali
Muhamad Syahir Akram b.
Roh
Muhamad Amirudin b.
Mohd Nazri
Nik Azli b. Nik Alias
Mohd Aneq b. Nawi

Mewakili
Kelantan ke
MSSM 2012


Jadual 6: Pencapaian Individu Pemain



MAIZAN BT MOHD NOR SMU1 AMBILAN1/2013 18















Foto 2: Kapten Pasukan menerima trofi kemenangan sebagai Johan SPTS
Peringkat kebangsaan Disember 2012



3. Rekod Pencapaian Angkat Berat
Nama pelajar: Muhamad Afildza Haikal bin Nordin.
i) Mewakili Kelantan dalam Kejohanan SUKMA kategori 94kg ke atas.
ii) Mendapat tempat ke tiga Kejohanan Remaja Kebangsaan kategori 94 ke atas.
iii) Johan dalam Kejohanan Zon Timur kategori 105kg ke bawah.

You might also like