Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SUMBANGAN MAZZINI DALAM MENYATUKAN ITALY

Mazzini merupakan tokoh nasionalis yang memperjuangkan penyatuan Itali menerusi


pemberontakan yang dilihat bertentangan dengan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan
Piedmont.

Beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Piedmont menyertai Peperangan Crimea.
Malah, beliau tidak merestui perikatan antara kerajaan Piedmont dengan Perancis pada tahun
1859. Menurut Mazzini, usaha ke arah penyatuan Itali harus dilakukan oleh bangsa Itali sendiri
tanpa melibatkan bantuan dan campur tangan bangsa lain.

Beliau berpendapat matlamat utama penyatuan Itali ialah penubuhan negara republik. Mazzini
tidak bersetuju dengan pendekatan diplomatik yang digunakan oleh Cavour untuk menyatukan
Itali antara tahun 1860-1861.

Terdapat beberapa sumbangan yang diberikan oleh Mazzini bagi menyatukan Itali antaranya
ialah:

a. Idea penyatuan Itali oleh Mazzini

Selain seorang pejuang, beliau juga merupakan seorang penulis yang berkaliber dan
merupakan tokoh nasionalis yang telah memberikan kesedaran serta galakan kepada rakyat
Itali tentang penyatuan Itali.

Mazzini merupakan tokoh yang terawal menyebarkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan
rakyat Itali. Beliau juga bergiat secara aktif menerusi kegiatan politik untuk menyatukan Itali.

Beliau mempopularkan idea-idea seperti menyatukan Itali ke arah pembentukan sebuah negara
republik, menggulingkan pemerintahan asing dari bumi Itali, menubuhkan pertubuhan-
pertubuhan untuk mencapai matlamat mereka, dan usaha penyatuan harus dilakukan oleh
rakyat Itali sendiri.

b. Menubuhkan pertubuhan

Kegagalan revolusi yang dilancarkan pada tahun 1820-1821 dan 1830 menyedarkan Mazzini
tentang keperluan menubuhkan pertubuhan bersifat nasional yang mendapat sokongan meluas
daripada rakyat.

Beliau menyebarkan masalah yang dihadapi oleh Itali untuk pengetahuan masyarakat
antarabangsa. Mazzini juga meyakinkan rakyat tentang keperluan untuk menyelaraskan
perjuangan menentang Austria. Pada tahun 1831, Mazzini menubuhkan pertubuhan Young
Italy. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan nasional yang mempunyai ahli-ahli dari seluruh
Itali.

Pada tahun 1834, beliau mengasaskan pertubuhan Young Europe di England. Pertubuhan-
pertubuhan ini memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat Itali.

c. Melancarkan pemberontakan

Mazzini merupakan tokoh nasionalis yang merancang dan memimpin pemberontakan
menentang kuasa-kuasa asing di bumi Itali. Pada tahun 1833, beliau merancang serangan
terhadap wilayah Savoy dari Switzerland dan terlibat dalam pemberontakan di Coseuza pada
tahun 1843.

Pada tahun 1857, Mazzini merancang pemberontakan di Genoa dan Leghorn dari England.
Walaupun pemberontakan-pemberontakan tersebut menemui kegagalan, namun ia telah
menyemai perpaduan dan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

You might also like