Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tugasan 2

Aktiviti 1
Laporan Pengawetan Spesimen Biologi
Pengenalan:
Biologi adalah suatu ilmu ataupun kajian mengenai benda-benda hidup.
Mempelajari tentang tumbuhan dan haiwan, serta hubungan mereka dengan alam
sekitar adalah bahagian yang penting dalam memahami biologi. Selaku bakal guru
sains, amat penting juga untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
pengumpulan, pengawetan dan pengelasan spesimen biologi.
Spesimen biologi perlu diawet secara sempurna dengan menggunakan
beberapa kaedah yang sesuai supaya dapat kekal dan berkeadaan baik untuk
digunakan pada masa depan.
Pengawetan Kering Tumbuhan
Kebanyakkan tumbuhan berkayu boleh diawetkan terutama daun dan
bunganya untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan
boleh disimpan dengan lama jika disimpan dikendalikan dengan sempurna.
Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan
rujukan di makmal sekolah. Tumbuhan atau bahagian tumbuhan tertentu yang
keringkan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil spesimen herbarium.
Herbarium ialah bahan tumbuhan yang dikeringkan dan ditekankan kemudian
dipajangkan pada kertas tebal. Penyediaan spesimen ini melibatkan proses
mengumpul, menekan, engering, melekatkan spesimen, mengenal pasti, mengelas,
melabel dan menyimpan.


PENGAWETAN POKOK KARI SECARA KERING
OBJEKTIF :
Mengekalkan ketahanan dan memanjangkan tempoh masa spesimen untuk
rosak dan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar.
BAHAN-BAHAN;
1. Tumbuhan herba (pokok kari)
2. Kertas surat khabar
3. Tali
4. Kertas tebal (kadbod)
ALAT/RADAS:
1. Alat penekan
2. Ketuhar

PROSUDER/LANGKAH :
Penyediaan herbarium melibatkan beberapa proses berikut:-
1. Pertama sekali, proses pengumpulan.
2. Bagi mengumpul suatu jenis spesimen tumbuhan, mengumpul beberapa
bahagian pentingnya seperti contoh buah, daun dan bunga (gambar 1).
3. Kami memilih tumbuhan Murraya Koenigii (Pokok Kari) sebagai spesimen
herbarium kami.
4. Bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan itu juga dimasukkan
bersama spesimen.
5. Keratan spesimen yang diambil harus nampak segar dan sihat.











Gambar 1

6. Seterusnya, melakukan proses penekanan (gambar 2).
7. Spesimen telah disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Pastikan
bahagian-bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka ataupun terkembang
untuk mudah dilihat.
8. Bahagian daun pula diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan
tertiarap.
9. Papan lapis diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-
spesimen itu. Bagi menambah tekanan, ikatan susunan papan lapis
diketatkan dengan pemberat.


Gambar 2
10. Selepas itu, proses pengeringan pula dilakukan. Bahagian-bahagian daun
dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu kami terpaksa
mengeringkannya dalam udara biasa yang mempunyai sinaran matahari.
11. Pastikan kertas akhbar sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat
sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu.
12. Sebelum proses pengeringan, kami telah memastikan spesimen sudah mati
sepenuhnya. Hal ini kerana, spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak
boleh dikeringkan. Jika tidak, spesimen berkenaan akan layu semasa
pengeringan.
13. Seterusnya memasukkan tumbuhan herba ke dalam ketuhar untuk
memastikan tumbuhan herba benar-benar kering.

14. Spesimen yang sudah kering disusun di atas mounting board (gambar 3).
15. Spesimen perlu dilekatkan ataupun diikatkan pada mounting board dengan
menggunakan benang. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan
spesimen ke atas bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam
tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula
kurang sesuai kerana ia mudah rosak dan bertukar warna serta hilang
pelekatnya.















Gambar 3
16. Proses herbarium diteruskan dengan pelabelan.
17. Setiap bahagian tumbuhan dilabelkan (gambar 4).
18. Biasanya, nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada perlabelan
yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut:

Gambar 4













19. Label diletak pada satu sudut herbarium itu.
a. Alam : Tumbuhan
b. Divisi : Magnoliophyta
c. Kelas : Magnoliopsida
d. Order : Sapindales
e. Family : Rutaceae
f. Genus : Murayya
g. Species : M. Koeniggi
h. Binomial : Murayya Koenigii
i. Tarikh : 01.02.2014
j. Lokasi : Taman Sri Mas, Pendang, Kedah
k. Nama pengumpul : NOORUL HUDA BT AYOB
: NORILZA BINTI SALLEH
20. Untuk memastikan herbarium tahan lama, ia dibalut dengan plastik dan
disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.
21. Herbarium akan kekal lama jika sentiasa disimpan dalam bilik gelap, kering,
sejuk dan bebas daripada perosak seperti serangga dan tikus. Spesimen
herbarium ini disimpan disusun di dalam rak-rak kabinet untuk memudahkan
penyusunan dan pengurusannya.

You might also like