Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Asas Kurikulum MPF2413

1

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA





TUGASAN INDIVIDU
KURSUS : MPF2413 ASAS KURIKULUM


TAJUK: PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: KESEDIAAN
GURU MENGENDALIKAN PROSES PANGAJARAN PEMBELAJARAN






NAMA PENSYARAH : DR SANITAH BTE MOHD YUSOF
NAMA: KOMALAVALLI VELIAPANDIAN
NO MATRIK: MP131239
SEM 1 2013/2014


Asas Kurikulum MPF2413
2

Tajuk: Pengajaran Kemahiran Berfikir aras tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan
Proses Pengajaran Pembelajaran

Pengenalan
Peranan utama pendidikan menjelang abad ke-21 ialah merintis transformasi sosial
melahirkan masyarakat berfikiran, kejayaan sistem pendidikan bergantung kepada tahap
pemikiran masyarakat. Melahirkan masyarakat berfikir perlu dijadikan landasan perubahan
bagi menghadapi kemajuan dan cabaran gelombang perubahan global abad ke-21. Masyarakat
berfikir ialah masyarakat yang berwibawa, produktif, optimistik kepada perubahan, berfikiran
jauh, bersifat futuristik, mempunyai idealisme, mempunyai nilai intelektual yang tinggi,
bersifat demokratik, dapat membina dan mempertahankan nilai-nilai hidup yang menjamin
kesejahteraan serta kebajikan masyarakat.
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi
(HOTS) berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.
Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas
kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras
paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami
dan menghafal. Kemahiran berfikir antara enam ciri utama pelajar yang menjadi aspirasi
kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global.
Walau bagaimanapun, hasrat ini tidak akan tercapai sepenuhnya jika pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah tidak berubah dan masih mengikut cara tradisioanal.
Hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang, adalah
tanggungjawab guru untuk memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar menerusi pendekatan
yang terkini. Oleh itu, pengetahuan guru dan persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran
berfikir akan mempengaruhi amalan dalam pengajaran. Berikutan itu, banyak kajian rintis,
dan penyelidikan dijalankan di pelbagai peringkat untuk mengkaji keberkesanan dan
kesediaan guru dalam pengajaran pembelajaran. Jurnal yang dipilih ini juga salah satu kajian
yang pernah dilakukan oleh N.S. Rajendran Ph.D. (Michigan State), Fakulti Sains Kognitif
dan Pembangunan Manusia, di Univerisiti Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Asas Kurikulum MPF2413
3

Fokus perbincangan
Kajian yang bertajuk Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Pengkaji mengkaji aspek penyediaan guru
untuk membolehkan guru-guru mengajar kemahiran berfikir melalui mata pelajaran yang
diajar oleh mereka. Penumpuan kajian diberi kepada aspek kesediaan guru untuk mengajar
kemahiran berfikir dari aspek ilmu, kemahiran pengajaran pembelajaran yang dijalankan,
implikasi yang dibawa oleh dapatan kajian dan cadangan untuk memantapkan lagi persediaan
guru.
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi guru tentang kesediaan mereka dari segi
pengetahuan, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kelas Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris di peringkat sekolah rendah. Seterusnya, penyelidikan ini juga mengkaji pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah untuk memastikan sama ada berlaku ataupun
tidak penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan di 22 sekolah menengah di sebuah daerah
yang terpilih di Selangor merangkumi sekolah bandar dan juga luar bandar. 93% guru yang
mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tingkatan dua telah memberi respon kepada
soal selidik yang diadakan. Selain soal selidik, pemerhatian dilakukan secara rawak terhadap
guru-guru yang mengajar kelas dan pelajar-pelajar tersebut. Pegawai-pegawai di Bahagian
Pendidikan Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum, dan guru sumber di peringkat daerah yang
terlibat dalam pelaksanaan kemahiran berfikir telah ditemuduga untuk menyokong dapatan
kajian.
Inovasi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
Pengkaji telah membincangkan pelbagai inovasi untuk meningkatkan proses
pengajaran pembelajaran. Pada pendapat pengkaji, proses pengajaran dan pembelajaran
dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang dikaji ialah ilmu pengetahuan,
kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan. Pada pendapat
pengkaji satu pengajaran dan pembelajaran yang berjaya di suatu kelas tidak semestinya
berjaya di kelas yang seterusnya kerana setiap kelas adalah berbeza dari aspek kesediaan
guru, tahap pencapaian pelajar, bahan sumber pengajaran yang digunakan dan juga waktu
pengajaran. Seperti yang kita ketahui, teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner
(1983), yang mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang boleh diperkembangkan
sepanjang hayat. Oleh itu, adalah tidak sesuai dan tidak wajar guru menggunakan pendekatan
Asas Kurikulum MPF2413
4

yang sama untuk setiap kelas dan mengharapkan satu output yang sama. Seterusnya, Calvin
W.Taylor seorang ahli psikologi menyatakan bahawa tidak semua manusia dilahirkan dan
dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang
terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang
pemikiran seorang pelajar. Dalam teorinya Multiple Creative Talent, beliau menjelaskan
bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang
dijalankan di dalam kelas.
Perkara yang menjadi cabaran utama kepada guru-guru adalah ketidaktentuan dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Fenomena ini berlaku kerana pada
zaman ini terlalu banyak ekspektasi diharapkan dari generasi muda negara seperti yang
terkandung dalam RRJP3 dan juga wawasan 2020, yang menjadikan tanggungjawab guru
menjadi lebih kompleks. Guru terpaksa mengubah cara pengajaran termasuk cara menyoal,
cara berfikir, mengubah cara pentaksiran, menekankan aktiviti hands-on, cara berkomunikasi
dan mengubah secara komprehensif cara konvensional yang tidak sesuai diikuti pada zaman
sekarang.
Perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk mengendalikan kelas yang berkesan
ialah ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar, kemahiran untuk mengajar
kandungan mata pelajaran tersebut dan sikap yang sesuai. Dalam konteks mengajar
kemahiran berfikir dalam mata pelajaran di sekolah-sekolah Malaysia, guru guru yang
dilatih juga perlu memiliki perkara-perkara tersebut untuk mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran seperti bah kata pepatah ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Guru
terlebih dahulu perlu melengkapi diri dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Kreatif adalah suatu proses atau proses berfikir. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan
idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Dalam era globalisasi ini guru
perlu memiliki kebolehan tinggi dalam soal adaptasi dan proaktif membuat penambahbaikan
dalam tugas supaya anak-anak tidak menjadi bosan dalam proses pembelajaran.
The Law of Readiness yang diperkenalkan oleh Thorndike menyatakan bahawa,
seseorang yang ingin belajar mesti mempunyai suatu kematangan fisiologi untuk belajar. Oleh
itu, kesediaan guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang
dituntut oleh sesuatu inovasi merupakan salah satu daripada pembolehubah utama yang
menentukan kejayaan atau kegagalan inovasi tersebut. Inovasi boleh ditakrifkan sebagai
pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti
merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah
Asas Kurikulum MPF2413
5

nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses
inovasi, maka proses tersebut adalah idea semata-mata. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010).
Justeru, sekiranya kemahiran berfikir tidak diinovasikan, maka usaha ini akan kekal sebagai
suatu idea yang tidak dikembangkan.
Menurut pengkaji, inovasi pendidikan pada tahun 1981 dan 1989 telah berusaha
mengubah pemikiran guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Inovasi tersebut mengharapkan bahawa guru akan menjalankan sebahagian besar pengajaran
yang berpusatkan pelajar dan akan menggunakan pelbagai strategi dan teknik untuk turut
melibatkan pelajar dengan aktif. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1981). Perubahan ini nyata
terlalu berbeza dengan penyampaian ilmu kepada pelajar di mana pelajar kekal sebagai
penerima yang pasif. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui
penglibatan pelajar secara aktif .Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda
mereka, dan perkara ini tidak akan berlaku secara pasif, (Ibrahim,1994; Nik Azis, 1992).
Perkara ini telah diketengahkan oleh John Dewey (1859-1952), sebagai child
centered curriculum yang berpusatkan pelajar. Selain John Dewey, Wiliam Heard Kilpatrick
juga banyak memperjuangkan pemikiran progresif, yang bersifat demokratik dan kebebasan
dalam dunia pendidikan. Menurut Kilpatrick, kurikulum mestilah mengikut minat dan
kehendak pelajar itu sendiri. Selain itu, beliau juga menekankan purposeful learning yang
membawa maksud, segala aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dengan bertujuan dianggap
sebagai suatu pembelajaran. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa, tugas guru bukan sebagai
pemberi maklumat tetapi, untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir dan membuat
keputusan dalam pembelajaran. Guru hanya berfungsi sebagai fasilitator yang memberi
bimbingan kepada anak-anak untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan pengetahuan sedia
ada.
Pengkaji berpendapat, guru-guru juga harus berkemampuan menangani pelbagai
cabaran yang mungkin timbul dalam proses pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang
menghalang perubahan yang signifikan adalah guru-guru mempunyai monopoli di dalam
bilik darjah tanpa disedari. Ini secara langsung menjadikan pelajar pasif di dalam kelas. Guru
biasanya memilih untuk mencontohi gaya guru mereka sendiri. Faktor ini menjadi penghalang
utama kepada usaha guru dalam membuat inovasi ke atas proses pengajaran dan
pembelajaran. Mengikut Perkins dan Swarts, (1990), kesilapan-kesilapan utama yang sering
dilakukan adalah berfikir secara terburu-buru, berfikiran sempit, berfikiran kabur dan
Asas Kurikulum MPF2413
6

berfikiran secara bercelaru. Namun demikian, guru-guru haruslah dibimbing supaya mereka
melihat kepentingan inovasi dan membuat perubahan yang diperlukan.
Pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana di bilik darjah yang
memberangsangkan pelajar-pelajar supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses
tersebut. Beyer, Barry K. (1997) menyarankan cara untuk mewujudkan suasana bilik darjah
yang bernas dan berinteraksi untuk mencungkil pemikiran kritis dan kreatif mencadangkan
guru bukan semata-mata sebagai penyampai maklumat, bahkan harus berinteraksi dengan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Marland (1975), pula menyarankan bahawa
suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran.
Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran, dan menunjukkan
sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Kemahiran guru mengurus
masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku pelajar dalam menyediakan
suatu iklim yang seuai untuk pembelajaran (Alberto&Troutman, 1986).
Guru seharuslah melibatkan pelajar yang aktif supaya pelajar menerima pengalaman
yang bermakna melalui proses pengajaran pembelajaran. Pengalaman yang bermakna akan
mendorong pelajar memikirkan tentang apa yang mereka belajar jauh lebih lama dari masa di
kelas. Kolb(1984), juga mempercayai bahawa pembelajaran adalah proses yang berlaku
melalui transformasi pengalaman. Pembelajaran yang konkrit melibatkan aktiviti hands-on
dan minds-on. Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang
berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Dengan kata lain,
pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan interaksi antara
pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. Sebagai contoh, pengalaman
seorang pelajar terhadap sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru menyedia dan
menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui pengajaran
dan pembelajaran subjek yang serupa.
Guru bertanggungjawab untuk menukar pengajaran pembelajaran di kelas supaya
benar-benar berbeza dari amalan di kelas konvensional. Sekiranya, guru gagal melakukan
perubahan ini, maka usaha untuk membuat inovasi adalah satu kegagalan. Dalam konteks ini,
guru-guru perlu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk
melakukan perubahan tersebut.
Dalam kajian ini, guru-guru telah diminta memberi respons kepada lapan item yang
meliputi aspek kurikulum untuk menyiasat persepsi guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa
Asas Kurikulum MPF2413
7

Inggeris tentang penguasaan ilmu pengetahuan untuk mengajar Bahasa Melayu / Bahasa
Inggeris dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aspek penguasaan ilmu yang dikaji
terdiri daripada aspek, pengetahuan tentang perancangan, menggunakan pelbagai strategi dan
teknik, menggunakan pendekatan penyebatian dan melibatkan secara aktif pelajar dalam
proses pengajaran pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru BM dan BI lebih
yakin dari segi ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk mengajar BM atau BI berbanding
pengetahuan berhubung KBAT.
Seterusnya, guru-guru juga diminta memberi respons kepada sembilan aspek
berhubung kemahiran pedagogi. Aspek kemahiran pedagogi yang diuji meliputi aspek
merancang untuk mengajar, berkebolehan untuk menggunakan bahan sumber pengajaran
pembelajaran, dan menilai kemajuan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru
BM dan BI ini adalah lebih yakin dari segi kemahiran pedagogi yang mereka miliki untuk
mengajar BM atau Bi berbanding kemahiran pedagogi untuk mengajar KBAT. Perkara yang
menarik minat pengkaji ialah, guru-guru BM atau BI tidak berbeza secara signifikan dalam
respons mereka terhadap persepsi mereka tentang kemahiran pedagogi yang mereka miliki
untuk mengajar BM atau BI dan KBAT.
Sikap adalah pembolehubah terakhir yang dikaji dari aspek persepsi guru terhadap
tanggungjawab mereka, kepuasan dalam mengajar, pengaruh ke atas masa depan pelajar,
keperluan guru menerima peluang perkembangan profesionalisme yang berterusan, dan
pendapat mereka terhadap mengajar KBAT dan pada masa yang sama menyediakan mereka
menghadapi peperiksaan. Secara konsisten guru-guru telah memberi respons yang tinggi
kepada aspek pengajaran BM/BI berbanding pengajaran KBAT. Walau bagaimanapun,
respons yang diterima bagi item, tanggungjawab guru terhad ke sekolah dan masa di sekolah
bagi, lebih suka menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan daripada mengajar
kemahiran berfikir, saya menghadapi masalah dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi
peperiksaan dan pada masa yang sama menyediakan mereka untuk berfikir tidak terdapat
perbezaan yang signifikan.
Penyelidikan ini juga telah berusaha mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi ilmu
pengetahuan, kemahiran pedagogi, dan sikap guru untuk mengajar KBAT melalui BM atau
BI. Faktor-faktor lain seperti jantina, kelulusan akademik, kelayakan profesional, latihan
perguruan yang pernah diikuti, kursus berhubung pengajaran KBAT yang pernah dihadiri dan
pengalaman mengajar telah diuji. Kesemua faktor tersebut, kecuali pengalaman mengajar
Asas Kurikulum MPF2413
8

ataupun tempoh mengajar guru-guru, tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas
persepsi guru terhadap ilmu, kemahiran dan sikap guru-guru.
Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian yang serius ialah, walaupun 59 peratus
daripada guru telah menghadiri kursus untuk mengajar KBAT melalui mata pelajaran, latihan
yang mereka hadiri tidak meninggalkan kesan yang signifikan dalam persepsi guru-guru ini.
Didapati guru-guru ini tidak mempunyai kepercayaan diri mereka lebih bersedia untuk
mengajar KBAT melalui BM atau BI berbanding guru-guru yang tidak menghadiri sebarang
kursus. Ini jelas menunjukkan bahawa secara tidak langsung, kursus-kursus yang telah
dihadiri oleh guru-guru ini tidak berjaya memberi ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan
sikap yang berkesan kepada guru-guru ini untuk mengajar KBAT melalui BM atau BI.
Oleh yang demikian, implikasinya ialah proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-
bilik darjah berpusatkan guru, seterusnya perkara ini terbukti melalui pemerhatian, temubual,
dan analisis dokumen yang telah dijalankan oleh pengkaji. Dicadangkan bahawa, bagi
program pengajaran KBAT, amalan pengajaran pembelajaran di bilik-bilik darjah mestilah
berbeza secara signifikan. Penekanan kepada HOTS atau KBAT secara tidak langsung
mengubah corak dan proses pembelajaran di dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif
kerana membabitkan pelajar dan guru. Seterusnya, guru perlu menggalakkan murid banyak
bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang
diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan. Menurut Teori E. Paul Torrance, tujuh
perkara yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru di dalam proses memupuk dan
mengembangkan kreativiti para pelajar adalah penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan,
penerokaan, memanipulasi dan aktiviti/bermain. Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan
Kreativiti Fisher (1943), menerangkan bahawa kanak-kanak digesa untuk memberi pendapat
dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu refleksi diri.
Implikasi kedua ialah, guru-guru tidak dapat menyebatikan KBAT dalam pengajaran
pembelajaran BM atau BI yang diakibatkan oleh keadaan guru-guru yakin tentang ilmu,
kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar BM atau BI tetapi kurang yakin untuk megajar
KBAT. Kajian membuktikan bahawa 78 peratus daripada guru menggunakan 10 peratus
ataupun kurang daripada waktu pengajaran pembelajaran untuk mengajar KBAT di dalam
bilik darjah BM atau BI. Selain itu, didapati guru-guru masih terikat dengan paradigma lama
dalam mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Hanya 10 peratus soalan yang
dikemukakan dalam bacaan dan kefahaman oleh guru-guru menggunakan aras tinggi.
Keadaan yang sama dapat dilihat dalam soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan. Ini
Asas Kurikulum MPF2413
9

bermakna, 90 peratus soalan yang dikemukakan oleh guru-guru adalah pada aras rendah iaitu
hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasikan konsep atau
pengetahuan yang sedia ada. Guru-guru BM dan BI perlu lebih menggunakan soalan-soalan
yang membangunkan tahap pemikiran aras tinggi Taksonomi Blooms yang telah dibuat
penambahbaikan oleh Lorin Anderson, iaitu soalan aras mengapliksi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Menurut E. Paul Torrance, pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan,
pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanipulasi sesuatu semasa bermain tetapi
sentiasa mencuba mencari kebenaran kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.
Cadangan
Kajian mengenal pasti beberapa kelemahan yang signifikan dalam pelaksanaan dan
penyebatian KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran secara umum. Guru-guru yang
mengajar KBAT melalui mata pelajaran sekolah perlu menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran pedagogi dan sikap yang mereka miliki untuk mengajar KBAT. Apabila guru-guru
yakin melaksanakan pengajaran pembelajaran menggunakan KBAT, maka mereka dapat
menyebatikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal ini, kursus-kursus yang dikendalikan untuk menyediakan guru-guru untuk
mengajar KBAT perlu dirancang dengan teliti dengan mengambil kira dapatan kajian.
Seterusnya, kursus dikendalikan dengan profesional supaya meninggalkan kesan yang positif
dan berkesan dalam kalangan guru. Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam
mengendalikan kursus-kursus ini. Antara perkara yang dicadangkan oleh pengkaji ialah perlu
ada hand-on yang cukup bagi guru merancang, mencuba, menilai dan belajar daripada
pengalaman mengajar KBAT melalui mata pelajaran. Menurut Cooperstein &
Kocevar,(2004), hands-on merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri sekali gus,
dapat menjadikan fikiran pelajar-pelajar berkembang dengan baik melalui pengalaman dan
persekitaran mereka. Selain itu, tempoh pengendalian kursus juga perlu diberi perhatian
supaya guru benar-benar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk
mengajar KBAT. Kursus KBAT perlulah dikendalikan berperingkat dari aras yang mudah
hingga tahap yang kompleks bertepatan dengan Teori Pembelajaran Gagne yang
menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bergerak daripada peringkat
paling mudah kepada peringkat paling kompleks.
Pengkaji mencadangkan supaya, guru-guru perlu diberi sistem sokongan (support
system) untuk melaksanakan inovasi di dalam bilik darjah dan sekolah. Sistem sokongan
Asas Kurikulum MPF2413
10

seperti bahan rujukan, bahan resos, wacana untuk membincangkan isu-isu berhubung
pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran mudah diperolehi dengan adanya teknologi
maklumat yang canggih pada zaman ini. Pada pendapat saya, adalah tidak wajar guru-guru
menjadikan kekurangan sumber atau sistem sokongan sebagai alasan untuk tidak
melaksanakan KBAT, kerana pada zaman ini setiap sekolah dilengkapi dengan Wireless
Fideliti atau wi-fi, 1BestariNet, guru pakar, guru cemerlang, program mentor-mentee,
program panitia, dan banyak lagi usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan secara berterusan
untuk membantu guru-guru memantapkan sistem pendidikan negara. Tambahan pula, baru-
baru ini kursus jangka pendek,program i-Think dikendalikan oleh Agensi Inovasi Malaysia,
bagi membolehkan semua guru menguasai teknik berfikir HOTS secara on-line.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kebebasan guru mengendalikan
pengajaran pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kurikulum yang padat,
peperiksaan pusat, sasaran sekolah, dan banyak lagi perkara yang menjadi penghalang untuk
menghasilkan generasi yang mampu berfikir seperti yang dikehendaki oleh RRJP3.
Perancangan dan perubahan sistematik perlu dilakukan secara berperingkat dan sistematik
untuk membantu guru-guru menyebatikan KBAT melalui mata pelajaran yang diajar.
Pada pendapat saya, guru secara berterusan perlu berusaha untuk cuba menyebatikan
KBAT dalam pengajaran mereka dengan bantuan alat- alat berfikir yang bersesuaian untuk
memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan berkesan, proses berfikir
yang teratur dan sistematik. Alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk membantu proses
pemikiran yang lebih tersusun seperti pengurusan grafik, alat CORT, SWOT, Carta T, Peta
Minda, teknik penyoalan mengikut aras Taksanomi Bloom, Peta Pemikiran, dan Carta Y,
perlu digunakan mengikut kesesuaian mata pelajaran. Penggunaan alat berfikir sebegini,
secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berfikir pelajar sekali gus, menyebatikan
KBAT dalam pengajaran pembelajaran.
Kemahiran berfikir bukan suatu yang mudah untuk terus diajar, dan memerlukan suatu
proses yang berterusan tetapi ia bukan mustahil dicapai sekiranya diberi perhatian yang serius.
Teori Robert Sperry, menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya
berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian
otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir
dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan.
Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,
sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Oleh itu, bagi
Asas Kurikulum MPF2413
11

melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak
kanan dan kiri hendaklah dikembangkan oleh guru-guru di sekolah dengan menggunakan
pelbagai kaedah.
Menurut,Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan),
Datuk Dr Amin Senin, keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik
dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak
berada pada tahap memuaskan. Oleh itu, pelbagai rancangan dan usaha yang giat sedang
diambil oleh kerajaan untuk mengubah cara pemikiran, pembelajaran dan pengajaran di
sekolah. Seterusnya, sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS
dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016. Ini
bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS berinisiatif supaya
pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu
mengaplikasikannya dalam peperiksaan dan juga kehidupan harian mereka.
Edward de Bono, (1976), mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral
yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malah berfikir untuk
melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspeksif bagi menyelesaikan masalah. Setiap pelajar
perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis,
kreatif, serta inovatif, bagi membolehkan pelajar mempunyai keupayaan menaakul, membuat
unjuran dan mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang baharu. Oleh
yang demikian, penekanan perlu diberi kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
supaya pelajar berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di
luar konteks akademik.
Kesimpulannya, antara cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah
untuk mempertingkatkan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
kalangan pelajar, mempertingkat dan memantapkan keupayaan guru dalam Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT), serta membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Bertepatan dengan tema hari guru tahun 2014, Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi. Guru terlebih dahulu perlu membudayakan KBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran demi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan selaras dengan
kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Guru memainkan
peranan yang amat penting sebagai agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif,
mempunyai ketrampilan yang tinggi, daya pemikitan yang luas dan mampu melahirkan
Asas Kurikulum MPF2413
12

generasi muda yang mempunyai minda kelas pertama yang kompetitif secara global. Guru:
Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.


RUJUKAN

You might also like