Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

1

1.0 PENGENALAN
Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-
akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi
semakin meningkat dari hari ke hari. Pencemaran bunyi tidak semestinya datang dari
kilang atau tempat pembinaan. Ia berpunca daripada kenderaan, terutama pemandu
yang gemar menekan hon tidak tentu hala terutamanya pemandu bas. Pembangunan
negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan
kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara
kita. Seharusnya, pencemaran bunyi bising ini diberi perhatian kerana ia merupakan
satu pencemaran yang boleh mengganggu prestasi kerja, perhubungan percakapan,
pendengaran, kesihatan dan kenyenyakan tidur.
Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga
menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran
ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan
kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan
impuls, dan kebisingan selang-seli.
Antaranya adalah kebisingan selenjar yang merupakan kebisingan yang selar
dan kurang daripada 3 dB(A). Dengan kata yang lebih mudah kategori ini umpama
seseorang yang sedang berbisik kepada orang lain. Kebisingan fluktuasi lebih cepat
daripada kebisingan selenjar walaupun mempunyai getaran yang sama dengan selenjar.
Kebisingan jenis ini juga terletak antara puncak gelombang tinggi dan rendah. Contoh
bunyi enjin kenderaan dan orang sedang bercakap. Hentakan impuls pula lebih intensiti
dalam tempoh yang lebih singkat. Tahap getaran ini tidak menentu, ia memuncak dan
menurun dengan cepat sekali. Contohnya tembakan dan ketukan benda keras. Intensiti
bunyinya adalah melebihi 80 dB(A). Kebisingan selang-seli berlaku secara selang-seli
apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek.
Contoh yang paling mudah ialah menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji
itu sedang bergerak dan tiada getaran sekiranya gergaji dihentikan.
2

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam
kawasan industri di mana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan
material, jentera, dan kenderaan serta pengangkutan awam seperti kereta api (LRT)
dan kapal terbang. Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan
ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan
pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan. Justeru, dalam kajian
ini memberi fokus kepada tahap pencemaran bunyi di antara ketiga-tiga buah kawasan
kajian dan pencemar bunyi utama yang berlaku di kawasan kajian. Selain itu, kajian ini
juga mengenalpasti kaedah-kaedah rawatan yang diambil oleh pihak berkuasa
tempatan khususnya dalam menangani masalah ini di ketiga-tiga buah kawasan kajian
tersebut.













3

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Bunyi
Bunyi ialah penggangguan tenaga mekanik yang merambat melalui jirim dalam
bentuk gelombang sama ada melalui cecair dalam bentuk gelombang mampatan
ataupun melalui pepejal dalam bentuk gelombang mampatan dan ricih. Bunyi disifatkan
secara lebih terperinci melalui ciri-ciri gelombang yang generik, iaitu frekuensi, jarak
gelombang, tempoh, amplitud, kelajuan, dan arah. Kelajuan dan arah juga digabungkan
menjadi vektor halaju, atau jarak gelombang dan arah digabungkan menjadi vektor
gelombang.
Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Jailani Mohd. Nor berkata, bunyi
merupakan getaran gelombang akustik yang boleh didengar oleh manusia. Bagi
manusia normal, mereka hanya boleh mendengar bunyi dalam julat frekuensi 20 Hertz
(Hz) hingga 20,000 Hz. Jika julat di bawah 20 Hz, ia disebut infrasonik yang
merangkumi gelombang rendah manakala gelombang di atas 20,000 Hz dinamakan
ultrasonik.
Manusia merasai bunyi melalui deria pendengaran. Kita mengenali bunyi
sebagai getaran yang melalui udara dan boleh didengari manusia. Namun begitu,
seperti dinyatakan oleh Prof. Mohd. Jailani, saintis dan jurutera lain juga mengamalkan
definasi yang lebih luas bagi bunyi yang merangkumi getaran frekuensi rendah dan
tinggi di udara yang tidak boleh didengari manusia, dan getaran yang melalui semua
bentuk jirim, iaitu gas, cecair, pepejal, dan plasma.
Jirim yang menampung bunyi dipanggil medium. Bunyi merambat sebagai
gelombang tekanan ulang alik, lalu menghasilkan pemampatan dan rarefaksi. Zarah-
zarah dalam medium dialihkan oleh gelombang lalu berayun. Kajian saintifik mengenai
penyerapan dan pemantulan gelombang bunyi dipanggil akustik.
4

Manusia terdedah kepada pelbagai bunyi daripada suara, muzik, nyanyian
hingga kepada bunyi daripada peralatan seperti mesin pengisar di rumah. Prof. Jailani
berkata terdapat banyak perbezaan antara hingar (noise) dan bunyi (sound). Hingar
(noise) merupakan bunyi yang tidak diingini atau tidak selesa didengar oleh manusia.
Dalam bidang sains dan kejuruteraan, hingar ini merupakan komponen tidak diingini
yang mengaburkan isyarat yang diingini. Bunyi (sound) pula adalah segala bunyi yang
boleh didengar manakala loudness pula merujuk kepada kadar kebisingan.

2.2 Sifat-sifat Bunyi
Arah pergerakan bunyi yang paling umum adalah garisan lurus. Bunyi bergerak
secara lurus melalui media udara di antara sumber bunyi dengan penerima. Contohnya,
bunyi daripada berlepasnya kapal terbang akan disampai ke pemerhati atas lapangan
dengan pergerakan lurus.
Salah satu sifat gelombang bunyi adalah dapat dipantulkan sehingga gelombang
bunyi juga dapat mengalami hal ini. Hukum pemantulan gelombang iaitu sudut datang =
sudut pantul juga berlaku pada gelombang bunyi. Hal ini dapat dibuktikan bahawa
pemantulan bunyi dalam ruang tertutup dapat menimbulkan gaung, iaitu sebahagian
bunyi pantul bersamaan dengan bunyi asli sehingga bunyi asli terdengar tidak jelas.
Untuk menghindari terjadinya gaung, maka dalam cinema, studio radio dan
televisyen, dan gedung konser musik dindingnya dilapisi zat peredam suara yang
biasanya terbuat daripada kain wol, kapas, gelas, karet, atau besi. Fenomena ini
dikenali sebagai penyerapan bunyi. Ia melibatkan penghilangan tenaga mekanik bunyi.
Bahan direkabentuk dalam bentuk poros untuk tujuan membenarkan gelombang bunyi
menembusi bahan tersebut. Permukaan yang melibatkan penyentuhan geseran pada
permukaan adalah besar dan ini membantu molekul gerakan menghasilkan tenaga
haba.
Salah satu sifat gelombang bunyi adalah mengalami pembiasan. Peristiwa
pembiasan dalam kehidupan seharian, misalnya pada waktu malam, bunyi petir
5

terdengar lebih keras daripada waktu siang. Hal ini disebabkan kerana pada waktu
siang udara lapisan atas lebih dingin daripada di lapisan bawah. Ini adalah kerana bunyi
cepat rambat pada suhu dingin daripada suhu panas maka kecepatan bunyi di lapisan
udara atas lebih kecil daripada di lapisan bawah, yang berakibat medium lapisan atas
lebih rapat dari medium lapisan bawah. Hal yang sebaliknya terjadi pada waktu malam.

2.3 Klasifikasi Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi dapat diklafikasikan kepada beberapa jenis iaitu kebisingan
selenjar, kebisingan fluktasi, hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli. Pertama
sekali, kebisingan selenjar merupakan kebisingan yg selar dan kurang daripada 3 dB.
Ini berlaku apabila seseorang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dgn lebih
perlahan.
Keduanya, kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara
puncak gelombang yang lebih tinggi dan rendah. Pada tahap ini, getaran gelombang
bunyi akan bergetar lebih cepat daripada kebisingan selejar. Getaran gelombang
adalah sekitar 3 dB sahaja. Sebagai contohnya bunyi enjin kenderaan dan orang
sedang bercakap.
Seterusnya, hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh
yang singkat. Sebagai contohya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda keras.
Lazimnya, tahap getaran gelombang ini akan memuncak dan menurun dengan lebih
cepat. Pada tahap ini juga, intensiti bunyi ialah melebihi 80 dB, kemudian gelombang
bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti ini masih menunjukkan tahap bunyi yang
tinggi kerana bunyi yang kuat memberi kesan yang lama terhadap getaran.
Jenis pencemaran bunyi yang terakhir ialah kebisingan selang-seli. Kebisingan
ini berlaku secara selang-seli. Ia dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan
kuat dalam jangka masa pendek. Sebgai contohnya, ketika seseorang sedang
menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak
akan berlaku apabila gergaji kayu diberhentikan.
6

2.4 Sumber-sumber Pencemaran Bunyi
Bunyi boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Petir boleh dikatakan bunyi
semulajadi yang paling kuat didengari. Bunyi kadang-kala menyebabkan
ketidakselesaan kepada kita. Masyarakat juga menghasilkan kebisingan melalui
sumber pengangkutan dan kenderaan di mana lapangan terbang dan kenderaan
bermotor menjadi punca utama dari sumber pengangkutan. Bunyi kenderaan bermotor
seperti kereta, lori, bas, dan lain-lain yang banyak menyumbang ke arah pencemaran
ini.
Selain itu, sumber pencemaran bunyi juga datang dari bangunan atau
perumahan awam. Pembangunan kawasan industri mengeluarkan bunyi melalui
pemprosesan material, jentera, kenderaan, aktiviti pembuatan akan menjejaskan
ketenteraman kepada orang ramai dan memberi kesan kepada manusia seperti gelisah,
kurang rehat, gangguan pemikiran, dan lain-lain.
Tambahan pula, pembinaan kawasan petempatan juga merupakan salah satu
sumber pencemaran bunyi. Aktiviti pembinaan tersebut telah mengeluarkan bunyi
apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah untuk pembinaan bangunan-
bangunan tinggi.

2.5 Kesan-kesan Pencemaran Bunyi
Kesan pencemaran bunyi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kesan
ke atas pendengaran dan psikologi.
Dalam tempoh masa 0.02 hingga 0.05 saat selepas didedahkan kepada tahap
bunyi 80 dB ke atas, otot-otot tengah telinga akan bertindak untuk mengawal reaksi
daripada telinga. Selepas 15 minit terdedah kepada keadaan tersebut, beberapa otot
akan mula bertenang dan menjadi kurang tegang. Reaksi luar kawal ini hanya memberi
perlindungan yang terhad kepada telinga daripada tahap kebisingan yang tinggi.
Keadaan ini tidak boleh melindungi telinga daripada ancaman bunyi yang tinggi serta
berterusan. Keadaan ini hanya boleh mengekal pada frekuensi bawah 2,000 Hz sahaja.
7

Otot-otot telinga akan bertenang selama beberapa saat selepas kebisingan tersebut
berhenti.
Berikutan dengan dedahan tahap kebisingan yang tinggi, kebiasaannya akan
menyebabkan serba sedikit kehilangan pendengaran dan akan sentiasa berbunyi dalam
telinga. Jika keadaan ini tidak teruk, kesan ini akan hilang selepas beberapa jam berlalu.
Pencemaran bunyi dan kebisingan dapat memberikan kesan-kesan yang nyata
ke atas minda dan kehidupan manusia. Antara kesan-kesan ke atas psikologi
termasuklah gangguan percakapan, gangguan mental, dan gangguan tidur. Kebisingan
ini boleh mengganggu kebolehan kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ia
berkaitan dengan jarak antara penutur dan pendengar juga. Setiap individu mempunyai
tahap bunyi semulajadi yang tidak disenangi. Oleh itu, gangguan mental dari kebisingan
adalah reaksi daripada pengalaman pendengaran. Manakala gangguan tidur
merupakan gangguan yang paling diberi perhatian. Hampir setiap orang pernah
mengalami pengalaman terkejut daripada tidur disebabkan oleh kebisingan bunyi yang
kuat, ganjil, dan menakutkan.

2.6 Kawalan Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan
mahupun dipandang ringan. Namun di Malaysia, pencemaran bunyi kurang diberi
perhatian yang tinggi terutamanya pencemaran yang disebabkan oleh kenderaan
pengangkutan. Kini, negara kita mula menyedari kepentingan mengawal pencemaran
bunyi dari menjejaskan kesihatan manusia dan mula menguatkuasakan undang-undang
yang berkaitan dengan kawalan pencemaran bunyi.
Terdapat enam peraturan dan akta telah digubal bagi mengawal pencemaran
bunyi dan kualiti alam sekitar. Undang-undang tersebut telah berkuatkuasa sehingga ke
hari ini. Di antara peraturan dan akta tersebut adalah seperti berikut:
1. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Hingar Kenderaan Motor, 1987).
2. Panel Code 1971.
8

3. Undang-undang Kenderaan Lalulintas 1959.
4. Akta Penerbangan Tempatan 1976.
5. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
6. Akta Kilang Dan Jentera 1969.
Selain daripada penguatkuasaan undang-undang, pencemaran bunyi juga boleh
dikawal secara teknikal. Di Amerika Syarikat, teknologi meramal tahap kebisingan bunyi
daripada suatu objek dengan menggunakan program komputer telah digunakan. Ia
boleh menguji dan meramal kesan kebisingan terhadap persekitaran. Program tersebut
boleh mengesan tahap kebisingan pada jarak tertentu dari tempat atau sumber yang
diuji (David, 1999).
Bagi kawalan secara teknikal ini, perkara yang paling penting perlu diketahui
untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi ini adalah apa tujuan bunyi tersebut
dihasilkan, dari mana bunyi datang, bagaimana bunyi bergerak, dan apa yang boleh
dilakukan ke atas bunyi tersebut. Antara kaedah yang paling baik dalam pengawalan
pergerakan kebisingan adalah pembinaan pengadang, papan atau pemantul bunyi di
sepanjang arah pergerakan kebisingan.









9

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan bagi kajian ini adalah untuk:
Membandingkan tahap pencemaran bunyi di antara ketiga-tiga buah kawasan
kajian, iaitu perpustakaan IPG KTI, Terminal Bas Larkin dan stesen kereta api
KLCC.


Mengenalpasti pencemar bunyi utama yang berlaku di ketiga-tiga buah kawasan
kajian.

Mengenalpasti kaedah-kaedah rawatan yang diambil oleh pihak berkuasa
tempatan khususnya dalam menangani masalah ini.
















10

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Adakah ketiga-tiga buah kawasan kajian, iaitu perpustakaan IPG KTI, Terminal
Bas Larkin, dan stesen kereta api KLCC mengalami pencemaran bunyi yang
serius?

Adakah punca pengangkutan kenderaan menjadi pencemar bunyi utama yang
berlaku di ketiga-tiga buah kawasan kajian?

Adakah penguatkuasaan undang-undang dan pembinaan pengadang dapat
mengatasi masalah pencemaran bunyi tersebut?













11

5.0 KAWASAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan di Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor Bahru, Terminal Bas Larkin Johor dan stesyen kereta api
KLCC Kuala Lumpur. Ketiga-tiga kawasan ini dipilih kerana ia merupakan tempat awam
yang menjadi tempat rutin orang ramai.
Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim adalah
terletak dalam bandar Johor Bahru. Perpustakaan ini terbuka kepada semua warga
institut. Biasanya perpustakaan adalah tempat awam yang lebih senyap dan tidak
dibenarkan membuat kecoh. Oleh itu, kawasan kajian ini dipilih sebagai kawalan untuk
membandingkan tahap pencemaran bunyi dengan kawasan kajian lain.
Terminal Bas Larkin dan Kompleks Terminal Teksi terletak di bandar Larkin dan
Ia adalah kira-kira 4 kilometer dari Pusat Bandar Johor. Terminal Bas Larkin adalah
terminal bas utama dan terbesar di Johor Bahru yang berfungsi sebagai ketibaan dan
perlepasan untuk bas ekspres yang berjarak jauh, bas dalam bandar dan lokal teksi.
Selain itu, Terminal Bas Larkin juga berfungsi sebagai ketibaan dan perlepasan untuk
SBS Transit, iaitu Singapore Perkhidmatan Bas Transit, bas nombor 170 dan
Causeway Link CW1/CW2. Mereka menyediakan perkhidmatan ulang-alik di antara
Larkin (Johor Bahru), Kranji MRT (Singapura) dan Queen Street (Singapore). Oleh
sebab perkhidmatan ulang-alik ini disediakan oleh SBS 170 dan Causeway Link
CW/1CW2, ramai orang sebenarnya memilih untuk menaiki bas ekspres di Terminal
Bas Larkin tetapi bukannya Singapura. Ini adalah untuk tujuan jimatkan duit. Mereka
bergerak dari MRT Kranji Singapura ke Terminal Bas Larkin oleh SBS 170 atau
Causeway Link CW2, selepas itu menaiki bas ekspres di Terminal Bas Larkin ke Kuala
Lumpur. Oleh itu, sentiasa ada orang ramai berada di Terminal Bas Larkin tidak kira
hari itu hari minggu ataupun hujung minggu dan tidak kira juga masa itu sama ada pagi,
petang ataupun malam.
Stesen kereta api KLCC ialah stesen alihan laju bawah tanah yang terletak
berhampiran Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai
sebahagian Aliran Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian
12

segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan
Terminal PUTRA dan sebatang laluan bawah tanah. Stesen ini terletak di tingkat bawah
tanah pusat beli-belah Avenue K di Jalan Ampang. Sebatang laluan bawah tanah
menghubungkan stesen ini dengan Suria KLCC dan seluruh kawasan pembangunan
KLCC yang merangkumi Menara Berkembar Petronas, Menara Maxis dan Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur. Stesen kereta api KLCC terletak di tengah-tengah bandar,
dan begitu dekat dengan banyak mercu tanda. Selain itu, laluan pejalan kaki yang
menghubungkan antara Menara Berkembar Petronas dan pusat membeli-belah Pavilion
Kuala Lumpur di Bukit Bintang telah dilancarkan pada Januari 2012 dan siap kini. Oleh
itu, stesen kereta api KLCC ini adalah salah satu stesen yang paling sibuk dalam sistem
LRT. Ia dipenuhi orang ramai terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah.













13

6.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan dalam kajian ini adalah melalui
alat pengukuran bunyi bising dan soal selidik.

6.1 Alat Pengukuran Bunyi Bising
Peralatan yang digunakan dalam kajian adalah The Real SPL Meter versi 1.0.1
dan Decibel 10
th
versi 3.7.0. Kedua-dua alat pengukuran bunyi bising ini adalah aplikasi
yang diperuntukkan dalam kedai iTunes bagi pengguna iPhone, iPad, dan iPod touch.
Dalam kajian, dua peralatan yang berbeza yang digunakan adalah untuk tujuan
triangulasi peralatan supaya kebolehpercayaan kajian ini boleh dipertingkatkan lagi.
Kedua-dua peralatan ini berfungsi mengukur tahap bunyi dalam unit decibel (dB)
dengan pemberat A.
The Real SPL Meter adalah meter tahap tekanan bunyi yang amat tepat dan
mudah dikendalikan. Setiap peranti yang ditala boleh membekalkan 0.5dB perbezaan
berbanding dengan SPL Meter professional. Selain itu, ia juga menawarkan masa
tindak balas yang terdiri daripada meter impulsif, cepat, dan perlahan.

Rajah 6.1.1 Aplikasi The Real SPL Meter dalam kedai iTunes



14

Rajah 6.1.2 Screenshot bagi aplikasi The Real SPL Meter


Bagi Decibel 10
th
pula, ia boleh mengukur tahap tekanan bunyi di sekeliling kita
dengan tepat juga. Ia boleh memaparkan purata, puncak, dan nilai-nilai maximum
dalam kedua-dua susun atur digital dan analog dengan baik dan jelas. Peralatan ini
terdapat teks rujukan yang cepat untuk membantu kita bandingkan dengan contoh-
contoh nyata dalam kehidupan seharian.

Rajah 6.1.3 Aplikasi Decibel 10
th
dalam kedai iTunes



15

Rajah 6.1.4 Screenshot bagi aplikasi Decibel 10
th



6.2 Soal Selidik
Borang soal selidik digunakan untuk memerolehi data daripada responden yang
belajar atau bekerja di ketiga-tiga buah kawasan kajian ini. Borang soal selidik yang
disediakan mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A memerlukan responden menandakan () pada punca-punca utama
pencemaran bunyi yang berlaku di kawasan kajian tersebut. Manakala bahagian B
memerlukan responden untuk menandakan () pada kaedah-kaedah rawatan yang
sesuai diambil untuk mengawal pencemaran bunyi di kawasan kajian tersebut. Jika
responden terdapat jawapan yang lain juga dipersilakan untuk menyatakan di bawah
ruangan lain-lain.





16

7.0 HASIL ANALISIS DAN PERBINCANGAN

7.1 Analisis Cerapan Data
Data-data bacaan tahap bunyi telah dikumpulkan dalam masa tiga minggu di
mana kawasan kajian yang terlibat pada minggu pertama ialah perpustakaan IPG KTI.
Gambar-gambar yang menunjukkan keadaan kawasan kajian telah ditangkap dan boleh
dirujuk di Lampiran A. Cerapan data telah dirumuskan dalam Jadual 7.1. Bagi minggu
kedua pula, kawasan kajian yang terlibat adalah Terminal Bas Larkin Johor dan
cerapan data telah dirumuskan dalam Jadual 7.2. Minggu terakhir iaitu minggu cuti Hari
Raya, kawasan kajian yang terlibat ialah stesen kereta api KLCC di Kuala Lumpur.
Cerapan data telah dirumuskan dalam Jadual 7.3. Untuk mendapatkan min keseluruhan
bagi setiap bacaan terendah dan tertinggi, data bagi kedua-dua peralatan telah
dikumpulkan sebanyak tiga kali supaya purata dan min dapat dikirakan.

Jadual 7.1 Analisis Cerapan Data di IPG KTI pada minggu pertama
Tempat : Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Tarikh : 26 Julai 2013 (Jumaat)
Bacaan (dBA)
Peralatan
Terendah Tertinggi
1 2 3 Purata 1 2 3 Purata
The Real SPL
Meter
55.7 62.9 60.4 59.7 59.3 67.1 60.4 62.3
Decibel 10
th


56.0 59.0 57.0 57.3 80.0 63.0 64.0 69.0
Min 55.9 61.0 58.7 58.5 69.7 65.1 62.2 65.7


17

Jadual 7.2 Analisis Cerapan Data di Larkin pada minggu kedua
Tempat : Terminal Bas Larkin Johor
Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
Bacaan (dBA)
Peralatan
Terendah Tertinggi
1 2 3 Purata 1 2 3 Purata
The Real SPL
Meter
84.8 82.7 90.8 86.1 92.6 83.8 90.8 89.1
Decibel 10
th


83.0 81.0 84.0 82.7 85.0 87.0 90.0 87.3
Min 83.9 81.9 87.4 84.4 88.8 85.4 90.4 88.2

Jadual 7.3 Analisis Cerapan Data di KLCC pada minggu ketiga
Tempat : Stesen Kereta Api KLCC, Kuala Lumpur
Tarikh : 9 Ogos 2013 (Jumaat)
Bacaan (dBA)
Peralatan
Terendah Tertinggi
1 2 3 Purata 1 2 3 Purata
The Real SPL
Meter
87.5 88.8 97.0 91.1 90.1 97.4 97.0 94.8
Decibel 10
th


86.0 89.0 92.0 89.0 92.0 94.0 97.0 94.3
Min 86.8 88.9 94.5 90.1 91.1 95.7 97.0 94.6

Selepas min keseluruhan bagi bacaan terendah dan bacaan tertinggi bagi setiap
kawasan kajian telah dirumuskan, perbandingan tahap pencemaran bunyi di antara
ketiga-tiga buah kawasan kajian, iaitu perpustakaan IPG KTI, Terminal Bas Larkin, dan
stesen kereta api KLCC telah dirumuskan dalam Jadual 7.4 dan dianalisiskan dalam
Rajah 7.1. Untuk menghasilkan purata bacaan bagi ketiga-tiga buah kawasan kajian,
18

bacaan terendah dan bacaan tertinggi didapatkan daripada jadual-jadual yang sebelum
ini.
Jadual 7.4 Perbandingan tahap pencemaran bunyi di antara ketiga-tiga buah
kawasan kajian
Kawasan kajian
Bacaan
(dBA)

Perpustakaan
IPG KTI

Terminal Bas
Larkin Johor

Stesen Kereta Api
KLCC
Terendah

58.5 84.4 90.1
Tertinggi

65.7 88.2 94.6
Purata 62.1 86.3 92.4

Rajah 7.1 Analisis Perbandingan Tahap Pencemaran Bunyi

0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Perpustakaan IPG
KTI
Terminal Bas
Larkin Johor
Stesen Kereta Api
KLCC
Terendah 58.5 84.4 90.1
tertinggi 65.7 88.2 94.6
B
a
c
a
a
n

(
d
B
A
)

Perbandingan Tahap Pencemaran Bunyi di
antara Ketiga-tiga Buah Kawasan Kajian
19

Analisis data telah menunjukkan bacaan tahap bunyi yang tertinggi ialah stesen
kereta api KLCC, manakala terendah ialah perpustakaan IPG KTI. Namun begitu,
adakah ia menunjukkan tahap pencemaran bunyi di stesen kereta api KLCC adalah
paling serius dan tahap pencemaran bunyi di perpustakaan IPG KTI adalah paling tidak
serius? Jadual 7.5 di bawah telah menunjukkan perbandingan bacaan cerapan data
dengan piawai yang sepatutnya berada di tempat-tempat tertentu. Piawai tersebut
boleh dirujuk pada Lampiran B.
Jadual 7.5 Perbandingan Cerapan Data dengan Piawainya

Tempat

Piawai
(dBA)
Purata
Piawai
(dBA)
Purata
Cerapan
Data (dBA)
Perbezaan
Data
(dBA)
Tahap
Pencemaran
Bunyi

Perpustakaan
IPG KTI

35 40

37.5

62.1

+ 24.6

Sederhana

Terminal Bas
Larkin Johor

50 60

55.0


86.3

+ 31.3
Tinggi
(kemungkinan
kerosakan
pendengaran
selepas 8
jam)

Stesen Kereta
Api KLCC

85 90

87.5

92.4

+ 4.9

Berdasarkan Jadual 7.5 dan Rajah 7.2, perbezaan antara cerapan data yang
diperolehi dengan piawai yang sepatutnya telah menunjukkan Terminal Bas Larkin
mengalami tahap pencemaran bunyi yang paling serius kerana nilai datanya banyak
melebihi piawainya. Manakala stesen kereta api KLCC terdapat perbezaan yang paling
sedikit iaitu 4.9 dB(A) sahaja. Ini bermaksud cerapan data hanya 4.9 dB(A) melebihi
piawainya. Namun demikian, kedua-dua kawasan kajian ini berada di tahap
pencemaran bunyi yang amat tinggi. Kesannya adalah berkemungkinan pendengaran
akan dirosakkan jika berada di tempat tersebut selama 8 jam berterusan. Di
20

perpustakaan IPG KTI pula mengalami tahap pencemaran bunyi yang sederhana, tetapi
perbezaan cerapan datanya berbanding dengan piawai amat besar, iaitu sebanyak 24.6
dB(A).
Rajah 7.2 Analisis Perbezaan Data antara Cerapan Data dengan Piawainya


7.2 Analisis Soal Selidik
Borang soal selidik telah diedarkan kepada 10 responden yang belajar atau
bekerja di setiap kawasan kajian untuk mengenalpasti punca utama berlakunya
pencemaran bunyi di tempat tersebut dan pandangan responden mengenai kaedah-
kaedah rawatan yang sesuai untuk mengawal pencemaran bunyi di kawasan kajian
tersebut.
Borang soal selidik yang disediakan mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian A
dan bahagian B. Borang soal selidik ini boleh dirujuk di Lampiran C. Bagi bahagian A,
Purata Piawai
Purata Cerapan
Data
Perbezaan Data
Perpustakaan IPG KTI 37.5 62.1
Terminal Bas Larkin Johor 55 86.3
Stesen Kereta Api KLCC 87.5 92.4
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
B
a
c
a
a
n

(
d
B
A
)

Perbezaan Data di antara Cerapan Data dan
Piawainya
+24.6
+31.3
+ 4.9
+24.6
+31.3

+ 4.9
21

berdasarkan soal selidik yang dijalankan kepada 10 responden di Perpustakaan IPG
KTI, punca utama yang menyebabkan tahap pencemaran bunyinya menjadi sederhana
adalah kerana percakapan orang dalam perpustakaan dan bunyi daripada penghawa
dingin.
Selain itu, berdasarkan soal selidik yang dijalankan kepada 10 responden di
Terminal Bas Larkin, punca utama yang menyebabkan tahap pencemaran bunyinya
tinggi adalah kerana pengangkutan kenderaan berat seperti bas ekspres, bas tempatan,
lori, dan pengangkutan kenderaan ringan seperti van, teksi, dan kereta. Terdapat juga
responden menandakan punca percakapan orang di terminal tersebut menjadikan
pencemaran bunyi.
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan kepada 10 responden di Stesen Kereta
Api KLCC, punca utama yang menyebabkan tahap pencemaran bunyinya tinggi adalah
kerana pengangkutan kenderaan iaitu kereta api yang dikenali sebagai LRT. Namun,
terdapat juga responden menunjukkan bahawa kadang-kala tempat tersebut ada aktiviti
pembinaan kawasan petempatan yang menyumbang kepada pencemaran bunyi.
Jadual 7.6 menunjukkan punca-punca yang menyebabkan pencemaran bunyi di
ketiga-tiga buah kawasan kajian. Rajah 7.3 pula menunjukkan peratusan punca-punca
utama pencemaran bunyi di ketiga-tiga buah kawasan kajian ini.







22

Jadual 7.6 Analisis Punca Utama Pencemaran Bunyi di ketiga-tiga buah
kawasan kajian
Bil. Kawasan Kajian

Punca
Perpustak
aan IPG
KTI
Terminal
Bas Larkin
Johor
Stesen
Kereta Api
KLCC

Jumlah
1. Perkilangan 0 0 0 0
2. Pembinaan kawasan
petempatan
0 0 3 3
3. Perumahan awam 0 0 0 0
4. Pengangkutan kenderaan 0 10 10 20
5. Percakapan 10 5 0 15
6. Lain-lain: (sila nyatakan)
Penghawa dingin
2

0

0

2
Jumlah: 40

Rajah 7.3 Analisis Peratusan Punca-punca Utama Pencemaran Bunyi di ketiga-
tiga buah kawasan kajian

50%
37%
8%
5%
Peratusan Punca-punca Pencemaran
Bunyi
Pengangkutan Kenderaan
Percakapan
Pembinaan Kawasan
Petempatan
Lain-lain
Kata Kunci:
23

Bagi bahagian B yang mengenai kaedah-kaedah rawatan yang boleh diambil,
berdasarkan soal selidik yang dijalankan kepada 10 responden di Perpustakaan IPG
KTI, majoriti responden bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang. Namun,
terdapat juga responden bersetuju dengan kempen atau pendidikan yang mengenai
kepentingan pencemaran bunyi sesuai untuk merawat masalah pencemaran bunyi ini.
Selain itu, berdasarkan soal selidik yang dijalankan kepada 10 responden di
Terminal Bas Larkin, majoriti responden juga bersetuju dengan penguatkuasaan
undang-undang. Namun, terdapat juga responden bersetuju dengan pembinaan
pengadang dan mengaplikasikan pemantulan bunyi untuk menurunkan pencemaran
bunyi.
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan kepada 10 responden di Stesen Kereta
Api KLCC, seperti di kawasan kajian lain, majoriti responden juga bersetuju dengan
penguatkuasaan undang-undang. Ini adalah kerana mereka mempercayai bahawa
manusia takut dengan hukuman sama ada dalam bentuk wang ataupun dipenjarakan.
Namun, terdapat segelintir responden bersetuju dengan pembinaan pengadang adalah
sesuai untuk merawat masalah pencemaran bunyi ini. Jadual 7.7 menunjukkan kaedah-
kaedah rawatan yang boleh diambil di ketiga-tiga buah kawasan kajian. Rajah 7.4 pula
menunjukkan peratusan kaedah-kaedah rawatan yang boleh diambil untuk mengawal
pencemaran bunyi di ketiga-tiga buah kawasan kajian ini.







24

Jadual 7.7 Analisis Kaedah Rawatan yang boleh diambil untuk mengawal
pencemaran bunyi di ketiga-tiga buah kawasan kajian
Bil. Kawasan Kajian

Kaedah Rawatan
Perpustak
aan IPG
KTI
Terminal
Bas Larkin
Johor
Stesen
Kereta Api
KLCC

Jumlah
1. Kempen kesedaran
kepentingan pencemaran
bunyi
2 0 0 2
2. Penguatkuasaan undang-
undang

10 10 10 30
3. Pembinaan pengadang


0 3 3 6
4. Pengaplikasian pemantulan
bunyi untuk menurunkan
pencemaran bunyi
0 4 0 4
5. Pendidikan pencemaran
bunyi

2 0 0 2
6. Lain-lain: (sila nyatakan)
Membina bilik khas untuk
perbincangan kumpulan

1

0

0

1
Jumlah: 45



25

Rajah 7.4 Analisis Peratusan Kaedah Rawatan yang boleh diambil untuk
mengawal pencemaran bunyi di ketiga-tiga buah kawasan kajian










67%
13%
9%
5%
4% 2%
Peratusan Kaedah-kaedah Rawatan untuk
Mengawal Pencemaran Bunyi
Penguatkuasaan Undang-
undang
Pembinaan Pengadang
Pengaplikasian Pemantulan
Bunyi
Kempen Kesedaran
Pendidikan
Lain-lain
Kata Kunci:
26

8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dengan kajian yang telah dijalankan di ketiga-tiga buah
kawasan kajian, antaranya tahap pencemaran bunyi di perpustakaan IPG KTI adalah
berada di tahap sederhana. Terminal Bas Larkin dan stesen kereta api KLCC pula,
tahap pencemaran bunyi adalah berada di tahap tinggi. Walau bagaimanapun, antara
ketiga-tiga kawasan, perpustakaan IPG KTI menunjukkan perbezaan yang ketara dari
pelbagai aspek. Ia tidak seperti terminal bas dan stesen kereta api, ia tidak mempunyai
pengangkutan kenderaan dalamnya. Selain itu, ia memang merupakan tempat yang
tidak dibenarkan membuat kecoh dan tempat awam yang lebih senyap. Namun begitu,
nilai tahap bunyi di perpustakaan IPG KTI ini telahpun melebihi piawai yang sepatutnya
dan ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Dapatan kajian telah menunjukkan punca-punca yang menyebabkan
pencemaran bunyi di ketiga-tiga buah kawasan termasuklah pengangkutan kenderaan
awam yang berlaku setiap lima hingga sepuluh minit secara berterusan yang menjadi
rutin seharian, terutamanya bagi Terminal Bas Larkin dan stesen kereta api KLCC.
Terdapat juga punca seperti pembinaan kawasan petempatan dan percakapan juga
boleh menyebabkan pencemaran bunyi.
Akhirnya sebagai kesimpulannya, pihak berkuasa, pihak kerajaan, dan
masyarakat haruslah sentiasa bersedar bahawa masalah pencemaran bunyi ini
haruslah diberi perhatian dan dikawal. Pihak berkuasa haruslah meningkatkan peranan
mereka dalam menguruskan pencemaran bunyi ini. Tegasnya semua pihak perlulah
berganding bahu dalam mengawal permasalahan ini dan bukan mengabaikannya.





27

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan adalah menjalankan
kajian seperti ini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun supaya pihak
berkuasa dapat memerhati peningkatan tahap pencemaran bunyi tidak melebihi tahap
kebisingan yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Selain itu, kekerapan pengumpulan data perlu diperbanyakkan lagi seperti
mengumpul data dari setiap kawasan kajian tiga hari dalam seminggu supaya bacaan
lebih jitu dan membantu analisis yang lebih tepat. Ini boleh mengelakkan faktor lain
seperti hari Isnin hingga hari Jumaat merupakan hari persekolahan, hujung minggu
lebih banyak orang ramai berada di tempat awam, dan lain-lain lagi.
Di samping itu, kawasan kajian yang dipilih boleh diluaskan lagi kepada kawasan
perumahan yang berhampiri dengan penerbangan kapal terbang, industri, dan
pembinaan kawasan penempatan yang sedang dijalankan. Ini memberikan peluang
kepada orang ramai untuk meluahkan perasaan mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang
menyebabkan pencemaran bunyi dan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan
pendengaran serta psikologi mereka.









28

BIBLIOGRAFI

Ahmat faizal bin Abas. (Ogos, 2010). Langkah-langkah Mengatasi oleh Pihak Kerajaan.
Dipetik pada 10 Ogos, 2013, daripada laman http://perlukekesah.blogspot.com/
Anti Hon. (Mei, 2011). Pencemaran bunyi di Kuala Lumpur serius. Dipetik pada 30 Jun,
2013, daripada laman
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0505&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
BMPK 12. (Ogos, 2010). Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Bunyi. Dipetik pada
10 Ogos, 2013, daripada laman http://bmpk12.blogspot.com/2010/08/langkah-
mengatasi-pencemaran-bunyi.html
BM Pengurusan Kumpulan 15. (Ogos, 2010). Pencemaran Bunyi. Dipetik pada 15 Julai,
2013, daripada laman
http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.com/2010/08/pencemaran-bun.html
Daripada Apple Online Store. (Julai, 2013). Decibel 10
th
. Dipetik pada 30 Julai, 2013,
daripada laman https://itunes.apple.com/my/app/decibel-10th/id448155923?mt=8
Daripada Apple Online Store. (Ogos, 2012). The Real SPL Meter. Dipetik pada 30 Julai,
2013, daripada laman https://itunes.apple.com/us/app/the-real-spl-
meter/id532896702?mt=8
Daripada ExpressBusMalaysia.com. (2013). Larkin Bus Terminal. Dipetik pada 1 Julai,
2013, daripada laman http://www.expressbusmalaysia.com/bus-stations/larkin-
bus-terminal
Daripada Ilmu Fisika. (n.d.). Sifat-sifat Umum Dari Gelombang Bunyi. Dipetik pada 5
Julai, 2013, daripada laman http://kuliahitukeren.blogspot.com/2011/06/sifat-sifat-
umum-dari-gelombang-bunyi.html
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. (n.d.) Decibel. Dipetik pada 3 Julai, 2013,
daripada laman http://en.wikipedia.org/wiki/Decibel
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. (n.d.) Pencemaran Bunyi. Dipetik pada 30 Jun,
2013, daripada laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_bunyi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. (n.d.) Stesen LRT KLCC. Dipetik pada 1 Julai,
2013, daripada laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Stesen_LRT_KLCC
Khairunnisa Sulaiman. (Mei, 2007). Akustik dan Bunyi Sebahagian daripada Kehidupan.
Era Sains, Teknologi dan Inovasi, estidotmy. Utusan Malaysia. (63
rd
ed.). Page 6.
PP 362/12/2007.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (1991). Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127)
dan Peraturan-peraturan. International Law Book Services.
29

Rusyanti Ab. Aziz, Noor Fadilah Mohd Saufi, Khairul Nasihah Abd Rashit, dll. (n.d.).
Pencemaran Bunyi. Dipetik pada 5 Julai, 2013, daripada laman
http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-bunyi.html
Siti Jamiah Tun Jamil, Noor Azam Yahaya, Mohd Zaki Shamsudin. (Februari 2007).
Kajian Tahap Pencemaran Bunyi Bising Trafik Berhampiran Kawasan
Pendidikan Di Sekitar Bandaraya Ipoh. Universiti Teknologi MARA: Shah Alam,
Selangor.
Tan Min Liang. (2010). Jenis-jenis Pencemaran: Pencemaran Bunyi. Dipetik pada 1
Julai, 2013, daripada laman http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenis-
pencemaran_9947.html

You might also like