Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TEKNIK MENJAWAB

KERTAS 1
MATEMATIK UPSR
Renungan
O GAGAL menjawab soalan penyelesaian
masalah antara faktor utama calon tidak
mendapat markah maksimum bagi
Matematik Kertas 1, manakala untuk
Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan
jalan pengiraan
O Sehubungan itu, calon diingatkan supaya
tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi
tumpuan ketika menjawab soalan kedua-
dua kertas itu
Matematik Kertas 1 (051/1)
O 40 bilangan soalan
O Peruntukan masa ( 1 Jam )
O Secara umumnya ada dua corak yang
mudah di fahami. Iaitu :-
O 10 soalan bentuk terus (Mekanis)
O 30 soalan bentuk penyelesaian masalah
(KBKK)
Kertas 1
O Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini
mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh
dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan
penyelesaian masalah.

O 8-10 soalan disoal dalam bentuk persamaan (mekanis)
membabitkan nombor dan simbol matematik

O Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon
hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan
seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik
perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan
pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat
penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika
membuat pengumpulan semula
O Dalam lingkungan 30 soalan lagi adalah jenis
penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam
dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan
sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar

O Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan
sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti
maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan
penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada
satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu

O Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam
soalan, contohnya bakinya, yang tinggal,
diberikan sama banyak, simpanan, untung,
rugi, diskaun dan sebagainya
O Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah
kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu
calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat
terakhir

O Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan
kehendak soalan, rancang pula langkah
pengiraannya

O Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk
kepada maklumat untuk membuat pengiraan.
Perkataan sebelum atau selepas angka
dikemukakan lazimnya membantu calon
menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan
bahagi)
O Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke
dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi
betul digunakan untuk membuat pengiraan

O Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian
masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi
dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan
sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu

O Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak
dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang
memerlukan calon membuat penelitian kerana
sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan,
manakala sebahagian maklumat lagi dalam
pernyataan soalan
Matlamat Kertas 1
O UJI KETAHANAN
O UJI KETELITIAN
O UJI KETEPATAN
O PENGURUSAN MASA
O KEMAHIRAN BELAJAR
O KETAHANAN MENTAL
Teknik Menjawab Soalan
Matematik Kertas 1
O Menjawab soalan mudah terlebih dahulu
O Tidak terlalu lama menumpukan
pengiraan terhadap soalan yang sukar
O Tandakan nombor soalan yang sukar
sebelum menjawab soalan yang
seterusnya
O Gunakan kaedah yang paling mudah dan
cepat
O Buat semakan. Pastikan soalan 1 - 10
betul.(Soalan aras 1)
Teknik / Strategi Menjawab
Soalan M3(1)
O Bina Sifir / Jadual
O Kira Di Atas Kertas Soalan / Mengukur
O Potong Jawapan Yang Jelas Salah
O Buat Anggaran Pada jawapan
O Tak Ingat Rumus, Bekerja Ke Belakang,
Selesaikan Melalui Jawapan
O Selesaikan Secara Pola
O Selesaikan Secara Gambarajah
O Cuba Kes Yang Lebih Mudah
O Simulasi
O Cuba Jaya
O Menggunakan Analogi
O Menaakul Secara Mantik
O Algebra

You might also like